Selasa, 6 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ini Orang Sudah Gila - Kadir Sheikh Fadzir

Posted: 05 Mar 2012 11:33 PM PST

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.

Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.

"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.


"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.

Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.

Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.

"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.

"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.

Tak perlu cabar

Mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata beliau tidak mahu layan.

Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau.

"Saya pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.

Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.

HarakahDaily


Ceramah Orang Tak Betul Malam Tadi..

Posted: 05 Mar 2012 11:21 PM PST

Hassan Ali Dakwa Punyai Pendapatan RM60 Ribu Sebulan...

Apabila membicarakan isu melindungi agama Islam, NGO Jalur Tiga (JATI) yang berusia belum setahun jagung, percaya bahawa cara paling berkesan adalah memastikan Pakatan Rakyat tidak berkuasa.

NONEPada ceramah JATI di kerusi di Gombak Setia, malam semalam yang dipegang oleh pengerusinya, Datuk Hasan Ali, mereka berkempen menentang DAP dan PKR yang diistilahkan beliau sebagai "unsur-unsur parasit" dalam PAS.


Sambil mengapi-api emosi hadirin yang berjumlah 500 orang itu, penceramah Shamsuddin Munir (kanan) menuduh pemimpin bukan Islam DAP dan PKR sebagai "pelampau dan cauvinis" dan melabelkan mereka sebagai "kafir harbi".


Shamsuddin, yang mempunyai kaitan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata ini adalah kerana masyarakat bukan Islam berterusan memurtadkan umat Islam.

"Mereka adalah kafir harbi dan adalah wajib melancarkan perang ke atas mereka. Dalam erti kata moden, ini bermakna tidak memberikan satu pun kerusi kepada DAP atau PKR pada pilihan raya umum ini," katanya.

Membawa tema yang sama adalah bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri Mohamad (bawah, kiri) yang mendakwa parti itu telah dihina sedemikian rupa kerana unsur-unsur parasit itu kini mahu pemimpin bukan Islam.

NONE"Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam, " hasut penceramah itu.

Bagi menambah kehangatan ceramah pada malam itu, yang hadirinnya, kebanyakan mereka dalam pertengahan umur, penceramah utama - Hasan Ali - memberi amaran terdapat tanda-tanda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang melindungi kepentingan orang Melayu akan dihapuskan.

"Tanda-tanda itu jelas dalam tindakan, kata-kata dan tulisan-tulisan mereka... jika Pakatan menang besar, mereka akan menggugurkan Artikel 153 dan menggantikannya dengan meritokrasi. Itulah sebabnya kita perlu institusi diraja yang boleh menghalang ini," katanya.

Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/hassan-ali-dakwa-punyai-pendapatan-rm60.html


"Jika Lynas beracun, saya akan potong"

Posted: 05 Mar 2012 10:32 PM PST

Gambar lucah anti Lynas berangkan MCA


MCA berang gambar anti-Lynas yang memaparkan gambar presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam keadaan bertelanjang diedarkan melalui Facebook.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki dengan kepala Chua memegang sebilah parang dalam keadaan bertelanjang bulat dengan tertera perkataan: "Jika Lynas beracun, saya akan potong" yang menutup bahagian kemaluan pada gambar itu.


Perkataan "saya akan potong" atau "wo qie diao" dalam bahasa Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengambarkan sesuatu yang sukar dipercayai.

Pada sidang media hari ini, timbalan pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Frankie Gan Joon Zin berkata gambar palsu yang diubahsuai itu adalah sesuatu yang melampau.


Katanya, empat menteri MCA yang menganggotai kabinet telah bekerja keras untuk memastikan bahawa loji Lynas tidak akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

"Saya ingin bertanya kepada pelukis (ilustrasi): Adakah anda sebegitu benci terhadap MCA?

"Jika loji Lynas benar-benar berbahaya, adakah anda fikir MCA akan menerimanya?" soal Gan.

Dakwanya, warga maya sedang dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sehingga mencetuskan mereka membuat gambar palsu itu.

http://www.malaysiakini.com/news/191235


Mashitah Telah Digoda Oleh Syaitan..

Posted: 05 Mar 2012 07:47 PM PST

Mashitah: Bila Belengasnya Sudah Kering

Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk (subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.

Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah wajahnya akan kelihatan 'belengas macam tapai mala' dalam mata jantan.

Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu namanya. Aduhai...


Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan Akidah...lah) wanita yang handal. Namanya jadi sebutan dan wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.

Kerana kehebatan dan kebolehan itu dia diambil masuk ke gelanggang politik? Mungkin juga pengambilan itu bukan sangat kerana kebolehannya, tetapi kerana kecantikan dan syaksiyah yang nampak Islami. Parti Umno memang obses kepada kecantikan perempuan bukan kepada nilai tambah Islam.

Mulanya orang teruja dan mengira dia akan dapat menjadi seorang serikandi politik yang hebat dan merubah keadaan dalam Umno. Menjadi perjuang kepada kebenaran dan keadilan seperti Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. Pembela kepada kaum Hawa. Harapan jauh diberikan kepadanya agar memperbetulkan budaya kerja dan sosial di kalangan wanita Umno. Dia diharap menjadi Ibu Hadhari dan ketua wanita Umno. Tetapi malang tidak sampai ke situ daya politiknya lemah.

Kelembutan, ketakwaan dan keimanananya nampak seperti turut mencair selepas bergelumang dengan politik. Tiada teguran kepada sosial wanita Umno. Tidak pernah terdengar dia menyebut fasal kepentingan kain tudung kepada wanita Umno. Rafidah atau Sharizat Jalil atau Siti Hasmah yang rambut berjuntai di dahi macam ekor burung damak jantan. Mashitah tidak pernah tegur. Bahkan dia sendiri pernah bersalam dengan lelaki bukan muhrim tanpa berlapik di parlimen, saya sendiri menyaksikannya?

Akhir-akhir ini akhlak dan tutur katanya semakin memburuk. Mungkin sudah tertelan air liur pemimpin-pemimpin Umno yang suka bercakap huduh atau sudah terlangkah air kencing Selentia. Mashitah sudah berani memburukan orang lain dan memfitnah musuh-musuh partinya. Mashtitah sudah melakukan upacara buka mulut kali kedua barangkali dengan menggunakan cincin atau batu Mahathir.

Wanita cantik dan belengas ini sudah mula pandai mengatakan orang dan membuat tuduhan melulu tanpa disertakan fakta dan bukti cukup. Dia sudah membudayai politik Umno yang sedia melakukan apa saja kejahatan demi kuasa. Soal adat budaya dan hukum hakam tidak dipedulikan lagi.

Bacalah apa yang terkandung dalam catatan Mashitah ini yang disiarkan dalam sebuah akhbar. Tenguk macam mana liar dan huduhnya sifat dan pemikiran Mashitah tidak setanding dengan kecantikan dan 'kebelengasan' tubuhnya yang Allah anugerahkan kepadanya.

"Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

"Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

"Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

"Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

"Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

"Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

"Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

"Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

"Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

"Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir."


Jelas sekali tulisan dan kritikan Mashitah kepada para pemimpin pembangkang itu fitnah dan fakta yang tidak tepat. Nampak sangat Mahsitah sedia digoda syaitan agar membuat fitnah kepada sesama manusia. Dia sudah menjadi alat kepada politik munafik. Di mana ilmu dan kewarakannya selama ini. Mungkin bukan saja saya, orang lain yang pernah menganggap Mahsitah bukan saja cantik tetapi berilmu, terkejut beruk dengan bentuk penulisan berunsur fitnah itu. Begitu juga seorang lelaki yang tergila-gilakan Mashitah sampai kini sudah meleburkan cintanya apabila melihat Mashitah sudah berubah?

Ada dua tempat sekurang-kurang dalam tulisan Mashitah itu bohong dan fitnah dan sengaja mahu memburukkan pihak yang dituduh. Pertama mengenai tuduhan terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kononya pernah ada skandal dengan anak dara orang untuk dijadikan isteri ketiga. MasyaAllah... Nauzubilahiminazalik....

Dari mana Mashitah mendapat cerita ini kalau ia bukan dari bisikan syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis sangat hampir dengan sesetengah pemimpin Umno seperti mana kata Nazri Aziz. Bila Nazri kata Anwar Ibrahim iblis, ertinya Nazri juga iblis atau hantu kerana iblis mengenali iblis. Anwar dulu pun Umno juga.

Kedua ialah tuduhan ke atas Adun Selising Saiful Bahari itu. Mashitah kata Saiful ada sekandal dengan isteri orang dan kena tumbuk di stesen keretapi Wakaf Baru. Dari bakul sampah syaitan mana Mashitah mengutip cerita ini dan ditulis untuk paparan umum. Benarlah wanita akan jadi lebih kejam dari lelaki kerana ia dikuasai 90 peratus nafsu amarah berbanding lelaki hanya 10 peratus.

Demikian juga dengan isu-isu dihadapi Mat Sabu, Badrul Amin dan bekas speakar Dun Kelantan (sebanrnya bekas timbalan speakar) Kelantan itu. Sedih seorang ustazah yang belengas macam Mashitah dia tidak membuat semakan baik dari undang-undang dan juga hukum sebelum menulis untuk mencernakan pemikiran siasahnya kepada media.

Terhadap dua tuduhan beliau ke atas Saiful dan Abdul Hadi Awang itu, tindakan undang-undang (saman) boleh dilakukan. Saya mengsyorkan demi kebaikan dan pengajaran kepada Mashitan, Abdul Hadi dan Saiful Bahari menyaman Mashitah binti Ibrahim. Elok juga kalau giring wanita ini ke mahkamah mudah Mashitan akan tersedarari keenakan sofa politik.

Saya yakin catatan dan idea itu bukan original dari Mashitah. Ada tukang tulis yang menulis kemudian menggunakan nama Mashitah. Bagaimana pun persepsi dan pandangan buruk akan dipikul oleh Mashitah kerana ia diletakkan nama Dr Mahsitah Ibrahim. Maka berhati-hatilah untuk bercakap isu politik yang dilakar oleh orang lain kerana akhirnya keburukan terkena ke atas tubuh kita.

Natijah naifnya politik Mashitah menyebabkan tulisan itu memberi damage kepadanya. Ia boleh menghapuskan kebelengasan wajahnya dalam mata lelaki. Mata lelaki ada kalanya bukan berapikan nafsu semata-mata tetapi ada juga yang bernurkan ilmu. Pakailah kosmetik berjenama apa sekali pun atau cukurlah bulu kening tetapi kalau mulut sudah busuk orang akan benci dan menjauhi kita.

Seburuk-buruk dan sebenci-benci Rosmah Mansor kepada pemimpin pembangkang yang memburuk dan memfitnahkan suaminya Ha Najib Razak, Rosmah tidak pernah menulis atau upah orang membuat fitnah kepada pemimpin pembangkang seperti mana Mashitah Ibrahim. Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah? [wm.kl.9:34 am 06/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/marah-pagi.html


Selama Ini Azizan Razak Tadbir Kedah Secara Tak Betul Ke? Banyak Penyelewengan??

Posted: 05 Mar 2012 07:14 PM PST

Jawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.


Bagaimanapun, Phahrolrazi ketika mengumumkan keputusan beliau dan Dr Ismail menyertai barisan EXCO negeri di Alor Star petang semalam, berkata jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan di peringkat jawatankuasa itu.

Namun, Mustafa ketika ditanya mengenai peranan jawatankuasa itu menjelaskan ia tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar secara terus tetapi akan memberikan pandangan dalam beberapa perkara yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat.

"Kita tidak campur pentadbiran secara 'per se' (secara khusus). Tidak boleh campur, tetapi kita boleh berikan pandangan mengenai perjalanan (pentadbiran) negeri itu. Kerajaan yang kita (PAS) pimpin itu atau yang kita terbabit secara langsung (bertanggungjawab) maklumkan program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita," katanya pada sidang media yang turut dihadiri dua Naib Presiden PAS, iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat parti pada 12 Mac ini.

Kemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula dua minggu lalu apabila Phahrolrazi, yang juga EXCO kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima semula pelantikan tetapi Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Keengganan mereka menyertai barisan EXCO Azizan dikatakan ada kaitan dengan desakan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS atau kumpulan Anwarinas yang tidak setuju dengan pemimpin tertentu, termasuk Azizan bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Mustafa berkata, jawatankuasa sama pernah diwujudkan selepas pilihan raya umum pada 2008 untuk memberikan pandangan berkaitan soal pengurusan, kelicinan dan pentadbiran negeri itu.

Mengenai laporan yang menyatakan Phahrolrazi ada menetapkan syarat supaya beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mustafa berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Inilah hasilnya, inilah keputusan yang dibuat dan kita yakin ia boleh diselesaikan. Semua yang terbabit sebelum ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan dan ia sudah pun diputuskan," katanya.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan peluang PAS Kedah untuk kekal berkuasa di negeri itu, Mustafa berkata, ia sama sekali tidak berbangkit malah yakin Kedah akan kekal di bawah PAS.- Berita Harian



Menggemparkan..! RM8.5 Bilion Wang Rakyat Diperjudikan

Posted: 05 Mar 2012 06:03 PM PST

Demi menyelamatkan diri akibat kekalahan UmnoBn dalam PRU13, kerajaan UmnoBn sekarang ini sedang tergesa-gesa melakukan pengambilalihan aset-aset penting negara dan dalam masa yang sama mendapatkan dana pilihanraya.

Jutawan dan bilionaire yang terdiri daripada kroni-kroni Umno sudah mula melakukan pengeluaran ke atas aset yang dipercayai mewakili pihak pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.


Pengambilalihan Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) firma yang dikaitkan dalam komisyen RM570 juta pembelian kapal selam Scorpene, sudah tentu akan membolehkan pihak pengurusan BHIC untuk menutup mengenai akaun dan hal ehwal syarikat. Manakala sebagai sebuah syarikat tersenarai, BHIC mendapat kelonggaran Suruhanjaya Sekuriti untuk mematuhi peraturan pengawal selia pasaran.

"Kerana ketakutan BHIC dirampas, maka mereka tergesa-gesa membuat penjualan. Tetapi apabila berlakunya perubahan kerajaan, rakyat boleh yakin Pakatan Rakyat akan mengadakan suatu siasatan awam tanpa rasa takut atau memihak kepada semua tawaran menjijikkan. Terdapat banyak kes yang kita tidak boleh melakukannya semua sekali gus, tetapi satu demi satu, semua kesalahannya yang akan diambil kira untuk rakyat, " kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng.



Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih untuk menjadi kerajaan persekutuan daripada gabungan Najib di PRU13. Antara jutawan yang sedang sibuk melupuskan aset termasuklah Vincent Tan dan Ananda Krishnan, kedua-duanya dikenali sebagai perantara kepada elit Umno.

Rakyat Semakin Miskin, Pemunggahan Wang Rakyat Sedang Berlaku

Oleh kerana Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional Najib, maka terdapat kekerapan yang tinggi dalam penjualan aset tunai milik golongan elit Umno, kerana jangkaan mereka benar-benar kehilangan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.



Penjualan syarikat tenaga Tanjung Energy Holding, milik bilionair Ananda Krishnan, dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki 100% Kerajaan Malaysia.

Ananda Krishnan telah mendapat RM2.5 bilion lebih keuntungan daripada nilai pasaran sebanyak RM6 bilion. 1MDB sangat bermurah hati untuk membayar RM8.5 bilion bagi pembelian aset tersebut. Adalah jelas Ananda Krishnan bertambah kaya, dan terima kasih kepada perjanjian 'manja' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala rakyat Malaysia telah menjadi miskin dengan wang rakyat digunakan bagi pembelian Tanjung Energy Holding.

1MDB Untuk Kepentingan Najib Rosmah ?!!!

Jika memang loji janakuasa ini membuat wang - ada yang mengatakan mereka menjana RM1 bilion dalam pendapatan setiap tahun - kenapa Ananda akan menjual mereka? Apakah pecahan pendapatan? Apakah keuntungan bersih selepas dan berapa lama ini akan dikekalkan? Namun, apabila semua yang diperkatakan, Ananda dan kawan-kawan ahli politik yang berkuasa tahu sudah tiba masanya untuk menjual segalanya.

Bayangkan, jika M8.5 bilion telah dibelanjakan ke atas pelaburan lain, betapa besarnya potensi untuk memberi kesan positif ekonomi untuk rakyat Malaysia.

Hakikat adalah 1MDB memang tidak serius dalam maksud yang tersendiri dan misi. Ia tidak menghairankan bahawa 1MDB telah digunakan untuk membuat Ananda Krishnan dan rakan-rakan lebih kaya., walaupun pihak pengurusan 1MDB diwakili orang yang berlatarbelakang mencurigakan.

Jadi, bagaimana rakyat Malaysia boleh merasa aman bahawa wang mereka akan dilindungi dan ekonomi mereka bertambah apabila terdapat sekumpulan orang yang menjalankan dana 1MDB, yang diberi lesen untuk mengambil apa-apa pelaburan 'untuk' rombakan 'ekonomi?

Sejarah Berulang

Ia kelihatan seperti Najib meniru Mahathir melibatkan satu kumpulan penasihat dan pengarah untuk menguruskan syarikat anaknya Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan, yang menyebabkan insolvensi. Ia menjadi subjek kontroversi pada tahun 1998, dan memainkan peranan besar dalam penyebab Anwar dibuang ke dalam penjara untuk tuduhan liwat yang sengaja direkacipta dan tuduhan rasuah.

Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, telah menolak untuk bailout Mirzan, yang didakwa cuba membunuh diri akibat tekanan akibat kemarahan Mahathir. Sebaik sahaja Anwar diletakkan di belakang tirai penjara, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) membeli semua aset perkapalan Konsortium Perkapalan sebanyak RM696 juta, membantu Mirzan untuk membayar hutang.

Tetapi yang pasti, senarai Penasihat dan Pengarah yang berkilauan di dalam 1MDB, mempunyai kepentingan untuk meletakkan hak mereka sendiri, selain daripada dijemput oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Malangnya, mereka semua bukan berminat untuk menjadikan 1MDB berjaya. Dan mereka tidak akan berdiri di belakang rakyat Malaysia apabila tawaran RM8.5 bilion amat ketara sebagai keuntungan besar kepada Ananda Krishnan.

Kini, dengan pelaburan baru 1MDB sebanyak RM8.5 bilion di Tanjong Energy Holding (TEH), sememangnya tidak dapat dipertikaikan bahawa 1MDB akan menjadi syarikat yang paling memanfaatkan di Malaysia, dengan risiko sepenuhnya terbatas oleh pembayar cukai. TEH, dengan langsung tidak ada kepakaran atau pengalaman dalam minyak dan gas, pembangunan hartanah dan sekarang, sektor penjanaan kuasa, 1MDB akan menetapkan sendiri untuk menjadikan Rakyat Malaysia sebagai pengikat jamin. Jika ia berlaku, ia akan menjadi bencana kewangan yang akan mencetuskan kemungkinan krisis ekonomi yang terburuk negara ini pernah hadapi.

Rakyat Berdiam Diri Atau Ajak Semua Melakukan Perubahan…???

Adakah akibat "tauke-tauke" lain tidak mahu sponsor Najib dalam PRU13 (baca sini), pembelian oleh 1MDB ini juga adalah sebagai mengisi dana pilihanraya bagi pihak UmnoBn…? Najib dan Umno tidak boleh mengambil wang terus dari 1MDB atau khazanah negara, tetapi dengan menyalurkan wang dalam pembelian saham kroni terbesar mereka sebanyak RM8.5bilion, keuntungan sebanyak RM2.5bilion itu sudah di "kaw tim" dengan Ananda Krishnan untuk digunakan sebagai dana pilihanraya mereka..???


Najib dan UmnoBn sudah menyediakan 2 pilihan, pertama, mereka cuba menyapu bersih segala wang Rakyat yang berpeluang untuk digunakan sebagai dana pilihanraya sebagai benteng pertahanan UmnoBn memenangi semula dalam pilihanraya yang akan datang…,

Dan pilihan mereka yang kedua…, mereka sedang mempersiapkan diri mereka untuk melarikan diri dan melepaskan segala kepentingan mereka di negara ini…

Akibatnya…. Rakyat bagaimana..???!!!

http://reformisanakmuda.blogspot.com/2012/03/menggemparkan-rm85-bilion-wang-rakyat.html


Menteri BN Pertahan Tindakan Sekat Bantuan Kepada OKU Yang Sokong Pembangkang

Posted: 05 Mar 2012 03:31 PM PST

Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.

Mong juga berkata tindakannya meminta Jabatan Pertanian Sri Aman untuk tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada pekebun yang cacat itu sebagai betul.

Beliau ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.


"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan itu ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Sejak surat itu tersebar di Facebook, ramai warga maya membidas pemimpin BN itu kerana didakwa menindas orang kurang upaya.

Bagaimanapun, Mong, yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), semasa dihubungi The Sun berkata, Frusis tidak sepatutnya diberikan bantuan kebajikan kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal."

Frusis, Jumaat lalu, membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beliau dipercayai menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.


http://www.malaysiakini.com/news/191188


Kenyataan Paling Bodoh Dari Hasan Basri Orang Kanan Hasan Ali

Posted: 05 Mar 2012 07:32 AM PST

UST. HASAN BASRI DEDAH PARASIT DESAK MAJLIS SYURA TERIMA AMBIGA SBG. TIMB. PRESIDEN PAS!!


Hasan Basri yg sedang berceramah di Gombak Setia pada ketika ini mendakwa Parasit PAS sedang merancang meletakkan Ambiga sbg Timbalan Presiden PAS sebagai org No 2 dlm parti.

Sumber - http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Tahniah EGM Koperasi Peneroka Felda tak jadi......selamatttttttt duit den,

Posted: 05 Mar 2012 07:20 AM PST


Kali kedua gagalnya Isa Samad mengarahkan dan mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) supaya mengadakan mesyuarat agong khas(EGM) bertujuan meminta dan memaksa ahli-ahli perwakilan bersetuju KPF melabur modal dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan di senaraikan ke Bursa Malaysia.


Sejak Isa Samad yang hanya bawa air liur sahaja datang ke Felda ,dia terus "membeko" dan "mengelisang" mencari sumber kewangan bagi kepentingan bosnya.

Kita semua tahu diantara sebab-sebabnya Isa Samad dilantik ke jawatan pengerusi Felda ialah bosnya yakin Isa mampu serta bergeliga mencari wang bagi melindungi kewangan Felda Global Ventures Holding (FGVH) ."Bak kata orang badan pendek akalnya panjang",Isa ada pengalaman apa yang berlaku dengan tanah Yayasan Negeri Sembilan di Serting.

Masyarakat peneroka tidak kisah sekiranya Isa menggunakan kebijakasanaannya memperolehi dana dengan melegokan bukan hak peneroka. Apa yang jadi masalah dan dipersoalkan ialah wang ahli Koperasi(KPF) yang terus di usik, walhal Isa satu sen pun tidak ada menyumbang dalam KPF.

Pelbagai cara bagaimana hendak mengambil persetujuan perwakilan telah dilakukan oleh Isa diantaranya menggunakan kuasanya terhadap kakitangan supaya mempengaruhi peneroka merangkap perwakilan KPF mengundi cadangan bosnya.

Ahli KPF berterima kasih kepada "ANAK" terutama ketuanya Mazlan Aliman kerana berusaha menyelamatkan wang KPF dari di lego oleh Isa. Saya ada RM230,000.00 dalam KPF.

http://udin53.blogspot.com/2012/02/tahniah-egm-koperasi-peneroka-felda-tak.html


Najib sedia debat dengan orang berfikiran munasabah

Posted: 05 Mar 2012 05:33 AM PST

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.


"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.

Katanya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan teori konspirasi yang hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional, kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri.

"Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri," katanya.

Najib berkata beliau sangat bimbang apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan.

"Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah sama ada ia berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak.

"Mereka tetap menggunakannya walaupun ia akan merosakkan reputasi negara di mata antarabangsa dan mengganggu kestabilan dalam negara," katanya. - Bernama


Umno Gigit Jari - Kedah Akan Terus 'Sejahtera' Untuk Semua

Posted: 05 Mar 2012 04:02 AM PST


Kemelut Kedah selesai, dua exco terima lantikan

Pergolakan kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.


"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.

Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.


"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini.

"Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.

"Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.

Sebelum ini, ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.

"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."

Walaupun enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.

Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

"Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan," katanya.

Marah sebab tak faham

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.

Selain itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

"Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

"Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.

"Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya " ujarnya.


Krisis Pas Kedah - Kami Bukan Hasan Ali

Posted: 05 Mar 2012 01:53 AM PST

Phahrolrazi, Dr Ismail Terima Tawaran Exco
Kemelut Kedah Selesai

MAKLUMAT yang baru saja saya terima dari Kedah, Phahrolrazi dan Dr Ismail sedia untuk kembali menjadi Eco Kerajaan Kedah dan berada dalam barisan kabinet Azizan Razak. Dengan penerimaan ini kemelut Pas Kedah yang agak membimbangkan itu bolehlah dianggap sudah selesai.

Phahrolrazi dan Dr Ismail menerima padangan dan arahan Pas Pusat dan juga mengalu-alu penubuhan jawatankuasa khas Pas Pusat untuk memantau pentadbiran negeri Kedah. Simbolik kepada keputusan itu menunjukkan Dewan Ulamak Kedah yang bersama Phahrolrazi mengambil sikap berlapang dada dan telah meletakkan kepenting politik dari segala-galanya serta turut memansuhkan fatwa-fatwa kecil yang bersifat rigid sebelum ini yang dikemukakan segelintir mereka.


Pastilah orang yang paling bersyukur dengan perkembangan ini ialah Salahuddin Ayub yang menjadi koorodinator yang menguruskan penyelesaian kemelt ini. Orang pertama yang mengambil inniasitif dan tanggungjawab membincang kemelut di Kedah ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu apabila presiden dan timbalan berkebetulan tiada dalam negeri.

Bermula dari usaha Salehuddin bersama beberapa pimpinan lain itulah isu kemelut di Kedah diberi perhatian serius sehingga membawa kepada pertemuan mahabbah di antara Azizan dan Phahrolrazi di kediaman MB Kedah di Mentaloon malam semalam yang akhir mencapai penyelesaian semua pihak untuk menamatkan pertelagahan.

Tahniah kepada semua pihak yang memberi perhatian dalam isu ini dan yakinlah apa yang berlaku itu ada hikmat besar di sebaliknya. Memetik kata-kata Mustapa Ali, penyelesaian kemelut itu akan menjadikan Pas Kedah semakin kuat. [wm.kl.5:40 pm 05/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/maklumat-terkini.html


Tiada ulasan: