Ahad, 18 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bongkar: 'Blogger UMNO' Dapat Puluhan Ribu RM Untuk 'Menyerang Anwar', Memainkan Provokasi Isu Seks, Agama Serta Yang Berbaur Perkauman !!

Posted: 17 Mar 2012 09:28 PM PDT

Sungguh mengejutkan apabila PDO dilaporkan ada Blogger UMNO mendapat imbuhan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit bagi tujuan menyerang Anwar Ibrahim, memainkan isu agama dan perkauman. Inilah hakikat yang berlaku mutakhir ini. Malah lebih mengejutkan blogger-blogger terbabit juga dapat "aksess" maklumat dari mana-mana agensi kerajaan termasuk juga pihak polis dengan mudah sekali. Justeru, tidak hairanlah dalam beberapa kes kita melihat kenapa mereka begitu cepat mendapat sesuatu berita, walhal ia belum lagi dihebahkan kepada umum oleh media arus perdana itu sendiri. Inilah yang berlaku dalam isu "kontroversi video seks" yang dikatakan melibatkan Anwar baru-baru ini. Video asal dipercayai telah diserahkan oleh "Trio Datuk T" kepada pihak polis, anehnya ada blogger UMNO yang boleh menaik turun video terbabit ke internet (Youtube). Begitu juga dalam kes Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad yang mati meninggal dunia ketika Himpunan Bersih 2.0. Keluarga Allahyarham dikatakan terpaksa membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan beliau mempunyai seorang perempuan simpanan. Malah mengejutkan Blogger UMNO yang membuat kontroversi tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes Allahyarham. Apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan. Kenapa gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada blogger terbabit (Papagomo)?. Semua ini menunjukkan mereka memang mempunyai akses dengan jabatan terbabit dan ini membimbangkan rakyat Malaysia sebenarnya. Terdapat bukti, pihak polis bekerja sama dengan blogger-blogger UMNO bagi tujuan menyerang Pakatan Rakyat. Senario ini cukup membimbangkan sebenarnya. Terdapat dakwaan dan bukti blogger berkenaan ditaja dan mendapat kerjasama daripada pihak yang sepatutnya berkecuali dalam menjaga keselamatan negara (Polis Di Raja Malaysia) itu sendiri.

UMNO Melabur Ratusan Ribu Ringgit Beli Blogger

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru (UMB) yang dipimpin oleh Exco Pemudanya iaitu Tun Faisal Ismail Aziz (foto) didapati meningkat dengan berganda sejak dua tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (Ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk 'budak tingkat empat' dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan diperolehi blogger UMNO mengikut keutamaan berikut ini:-

1) Sumbangan Daripada Tokoh Individu UMNO

Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan 'pengurusan persepsi' demi menjatuhkan pihak lawan.

2) Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan (Bekas CEO TV3) yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan 'value for money' setiap artikel dan post dikeluarkan. Inilah yang ditakuti mereka.

3) Sumbangan Daripada GLC, Yayasan Dan NGO

Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures.

4) Peruntukkan Daripada Unit Media Baru (UMB)

Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan Khairy Jamaluddin (KJ). Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger 'nyamuk' dan 'tiada kelas' dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Dua Kumpulan Blogger Dapat Habuan Lumayan

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majoriti blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka. Bagi Blogger Elitis Penyerang Individu mereka biasanta berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya empat individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. Mereka juga diminta berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Special Branch (SB) dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. Mereka juga jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia. Antara blogger terbabit ialah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.


Dua Blogger Pencacai UMNO yang dipercayai turut mendapat tajaan yang
cukup lumayan iaitu seperti Si Papa Gomo (kiri) dan Si Parpukari (kanan)

Sementara itu bagi Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan pula mereka juga berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya dua individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya dua assignment korporat dan politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu. Mereja juga berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan Malaysia, New Strait Times, TV3, Malay Mail dan sebagainya. Merekalebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dan blogger Rockybru atau Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi maklumat. Antara kumpulan yang dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup serang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu perbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga anggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger-blogger nyamuk.


Blog suarapakatanrakyat dipercayai ciptaan blogger UMNO Elitis
untuk kelirukan rakyat kononnya mereka bebas dan berkecuali

[Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, www.suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog terbabit cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada blog itu berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tidak adakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?. Nantikan pendedahan seterusnya].

Video: MP Pasir Salak Menghina Rakyat Kelantan

Posted: 17 Mar 2012 09:25 PM PDT

Panas: PEDAS Buat 'Laporan SPRM', Dakwa Bekas Pemimpin UMNO BN Khianat Tanah Rizab Melayu

Posted: 17 Mar 2012 03:04 PM PDT

KUANTAN, 18 Mac - Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) baru-baru ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, berhubung satu isu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di negeri ini. Laporan telah dibuat oleh wakil mereka, Ram Ponnusamy (foto) dan Pang Jon Kong di pejabat SPRM Pahang, Tingkat 10, Wisma Persekutuan dekat sini. Turut mengiringi mereka ialah beberapa orang pemimpin PAS Kawasan Kuantan termasuk Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua) dan Ustaz Syed Anis Syed Hussin (Naib Yang DiPertua). Dalam laporan tersebut, pihak terbabit mendedahkan satu penyelewengan tanah (No Hak Milik 7793, Lot 468 Seksyen 39) yang dilakukan oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang yang juga bekas Menteri Besar iaitu, Tun Khalil Yaakob dan barisan exconya (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang). Difahamkan, MB Ahli MMK telah berkerjasama memecahbelahkan Tanah Simpanan (Rizab) Melayu Tok Sira kepada 14 lot perumahan yang masing-masing mempunyai pajakan 99 tahun dengan menggunakan Pasdec Corporation bagi mengaburi mata rakyat atas tindakan ini. Menurut Ram, tanah disitu (Tok Sira) adalah Tanah Rizab Melayu dan tanah tersebut masih dirujukkan atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini berdasarkan maklumat dari Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan serta Pejabat Ukur Dan Pemetaan. "Mereka gunakan Pasdec Corporation Sdn Bhd untuk permohonan tersebut dan kemudiannya dipecahkan kepada 14 bahagian untuk tujuan lot-lot perumahan. Permohonan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) pada 2 April 1997 dan ia diberi milik kepada Pasdec pada 25 Oktober 1997", Kata Ram. Pasdec kemudiannya telah menjualkan lot terbabit kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang dengan kadar harga yang terlampau murah.


Pang Jon Kong, Cikgu Sulaiman, Ram Ponnusamy dan juga Ustaz Syed Anis
bergambar di lobi Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Antara yang disebut dalam laporan itu ialah bekas MB Tun Khalil Yaakob,
Dato' Hamdan (PKNP), Dato Hassan dan juga Dato' Omar (bekas Exco)

"Antara yang menandatangi Borang 14A (pndah lot) bagi lot tersebut pada 31 Disember 2001 ialah bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Dato' Hassan Ariffin dengan harga RM76,499. Harga itu terlalu rendah jika dibanding dengan harga pasaran ketika itu iaitu RM213,000 (dinyata dalam surat pejabat duti setem bertarikh 23 Januari 2002)", kata Ram lagi. Beliau turut mendedahkan, antara ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang mendapat lot-lot tanah itu lagi ialah Rahadian Mahmud Mohd Khalil (anak MB) bagi lot PN 7792, Lot 467, Seksyen 39; Dato' Omar Othman (Exco) bagi lot PN7800, Lot 475, Seksyen 39; Dato' Hamdan Jaafar (PKNP) bagi lot PN7803, Lot 478, Seksyen 39; Dato' Halim Hj Ibrahim bagi lot PN7804, Lot 479, Seksyen 39 serta ahli MMK lainnya.

Pemimpin UMNO BN Khianat Tanah Rizab Melayu

Difahamkan, selepas lot-lot tersebut dipindahmilik kepada exco terbabit, syarat tanah (Rizab Melayu) tersebut telah dilepaskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang. Ia bagi memudahkan urusan penjualan tanah tersebut kepada "bukan Melayu". Menurut Ram lagi, selepas syarat dibuang (Rizab Melayu) tanah tersebut telah dijual kepada bukan Melayu dan ia bercanggah dengan dasar kerajaan sendiri sebenarnya. "Dato' Hassan Ariffin menjual lot tanahnya kepada seorang bukan Melayu berbangsa Cina yang bernama Ti Lian Yeah pada 8 September 2004 dengan harga RM397,683.02 iaitu lebih daripada lima kali ganda daripada harga jualan Pasdec kepada beliau iaitu RM76,499. "Yang aneh, lot tersebut masih dirujuk atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini tetapi bagaimana ia boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu?. Bila isu ini dibawa ke mahkamah, hakim secara terus terang mengatakan beliau tidak mahu tahu latar belakang bagaimana Dato' Hassan Ariffin (pemilik) atau Ti Lien Yeah (pembeli baru) menjadi tuan punya berdaftar lot tersebut", katanya lagi. Malah, difahamkan Ti Lin Yeah telah menyerah balik pajakan lot tersebut untuk tujuan menukar pajakan 99 tahun kepada geran kekal selamanya (freehold). Sekiranya Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju, maka proses rampasan Tanah Rizab Melayu ini akhirnya terlaksana jua. "Saya rasa dalam isu ini, ia jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh UMNO telah menyalahgunakan kuasa untuk merampas Tanah Rizab Melayu untuk dijual kepada Bukan Melayu. Ia menguntungkan individu terbabit dan jelas sekali mereka telah khianat kepada orang Melayu itu sendiri", tambah Ram lagi.


[Pendedahan yang dibuat oleh PEDAS ini sebenarnya tidak terlalu mengejutkan rakyat Pahang. Ini kerana mereka kebanyakkannya tahu memang inilah kerja-kerja terkutuk yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Di depan rakyat mereka kononnya "membela orang Melayu", tetapi bila dibelakang mereka dulu yang sapu. Sikap dan perangai ini tidak habis disitu, bahkan kekal dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang ada sekarang. Mereka gemar merompak tanah, hutan dan sebagainya untuk dijual kepada "bukan Melayu". Malah, banyak juga ladang sawit dan tanah milik UMNO Pahang sendiri kini sudah terjual kepada bukan Melayu terutamanya dari Singapura. Inilah yang berlaku kepada ladang-ladang milik beberapa buah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Begitulah juga yang terjadi kepada tanah-tanah milik Melayu dalam bandar Kuantan ini sendiri. Bukti jelas apabila UMNO gagal membela "Tanah Rizab Melayu Transit Kuaters" dari dijual kepada "bukan Melayu". Kini segalanya sudah terbukti, UMNO gagal membela nasib Melayu. Malah, merekalah yang telah khianat kepada Melayu. Tidak perlulah mereka mendabik dada kononnya peruangan Melayu. Apa yang diperjuangkan sebenarnya ialah Melayu kroni mereka dan proksi-proksi yang boleh memberi untung. Rakyat hanya ditabur wang ketika menjelang pilihanraya semata-mata. Inilah amalan UMNO yang menyebabkan parti itu kini ditolak rakyat. Selagi mereka tidak berubah, lantaran itulah rakyat akan terus melakukan perubahan demi masa depan anak cucu mereka. Jom, ubahlah sekarang !].

Video: Fuziah, MB Selangor Tak Hilang Kelayakan

Posted: 17 Mar 2012 12:40 PM PDT

Panas, Mahfuz Omar, 'Tuduh Yahudi Biayai' PKR Tapi UMNO BN Sudah Lama Guna Khidmat Israel

Posted: 17 Mar 2012 11:58 AM PDT

SHAH ALAM, 17 Mac - Tindakan pimpinan UMNO BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian UMNO BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (foto) berkata tindakan pimpinan UMNO BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan UMNO BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. "Pimpinan UMNO BN sudah tiada daya upaya untuk menyakinkan rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang dilaksanakan selama ini kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka dan melihat kegagalan yang teramat sangat dalam urus tadbir negara," tegas Mahfuz. Menurut Mahfuz tindakan kerajaan pimpinan UMNO BN yang menggunakan khidmat perunding luar, APCO membuktikan sikap hipokrit mereka terhadap dasar luar negara khususnya berkaitan dengan kepentingan Israel. "Sebelum itu pada zaman Tun Dr Mahathir telah menggunakan syarikat Satchi And Satchi iaitu sebuah konsultan Yahudi yang dilantik untuk membantu kempen dalam pilihanraya UMNO BN pada zaman Tun Mahathir. " UUMNO BN memberi duit termasuklah melalui hubungan dagang dengan Israel termasuk membantu dalam minyak masak dan sebagainya bermakna ia memberikan kesihatan dan makan kepada Israel termasuk tentera mereka dan kemudiannya melanyak Palestin. "Dan pada hari ini melalui Apco dan beberapa kabel-kabel gerakan zionist antarabangsa digunakan untuk kepentingan politik mereka sampai mereka menggunakan wang negara yang merupakan wang rakyat untuk dibayar kepada konsultan daripada Zionist," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendakwa bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan rayanya.


Bukti, inilah surat perjanjian APCO dengan kerajaan Malaysia seperti
yang telah didedah oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Lagi info KLIK

Justeru itu menurut Mahfuz, beliau yakin rakyat tidak akan termakan dengan hasutan dan dakyah pimpinan UMNO BN yang mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing seraya menegaskan supaya pimpinan UMNO BN menumpukan kepada usaha memperbaiki institusi negara yang rosak dan porak peranda. "Apa yang penting bagi parti politik ialah menawarkan kepada rakyat dengan bersaing secara sihat daripada sudut mengemukakan dasar polisi tawaran yang baik kepada masa hadapan negara kita. " Negara kita kini menghadapi kerosakan kepada institusi negara kita yang diakui oleh bekas ketua hakim negara,institusi kehakiman rosak apabila Tun Mahathir membuat pindaan terhadap artikel perlembagaan sehingga menyebabkan hakim-hakim takut. " Hari ini terdedah bagaimana institusi Peguam Negara dan institusi Kepolisian yang diketuai oleh ketua polis negara terlibat dalam gerakan kongsi gelap,ini yang mesti diperbetulkan," kata Mahfuz Omar lagi.

[Nampaknya, tuduhan yang dibuat oleh UMNO BN terhadap PKR ini seolah-olah untuk menutup isu sebenar bahawa kerajaan yang ada hari inilah yang berbuat demikian sebenarnya. Malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri telah meminta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu. Rupa-rupanya, yang membuka cerita ini ialah bekas wakil rakyat lompat PKR sendiri, maka wajarlah ia dilihat sebagai satu ruang untuk "membodek". Zahrain mungkin bercita-cita besar untuk bertanding atas tiket BN pada PRU-13 ini. Lantaran itulah beliau perlu membuat pendedahan panas agar namanya diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi BN terutamanya Perdana Menteri Najib Razak sendiri].

Video: Dato' Fauzi Ulas Pasal Projek Kilang Lynas !

Posted: 14 Mar 2012 02:15 AM PDT

Penyenaraian: Ahmad Maslan Nyata Berbohong !!

Posted: 13 Mar 2012 09:41 AM PDT

Tiada ulasan: