Rabu, 28 Mac 2012

.

.


Laporan Lewat

Posted: 28 Mar 2012 01:38 AM PDT

Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu

Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi mengikut ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan.

Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb.

Ada dipercayai ancaman atau konotasi 'Israel' itu ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun orang ramai khasnya anak-anak muda, orang Cina dan India yang datang ke padang bola untuk mengikuti ceramah perdana itu sedikit pun tidak gentar kepada ancaman itu. Sebaliknya ancaman tidak bertamdun itu menjadi cabaran dan semangat untuk mereka hadir.

Malam tadi tidak ada laporan berlaku kekacauan terhadap ceramah berkenaan. Anwar dan Mohamad Sabu dapat berceramah dengan elok sehingga ke akhir majlis.

Melihat kepada sambutan hangat pada ceramah malam tadi ia memberi petanda bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah dan kuat. Dipercayai keadaan itu akan lebih hangat lagi selepas parlimen dibubarkan.

Selain Mohamad Sabu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin juga turut sama hadir.

Dalam perkembangan lain pada malam Jumaat (30 Mac 2012) Anwar akan bersolat hajat dan berceramah bersama Tok Guru Nik Aziz dan Dr Tan Seng Geow akan di Padang Perdana Kota Bharu.

Di sebelah petang Anwar akan berada di Paloh Gua Musang untuk meraikan majlis kemasukan lebih 100 orang ahli dan penyokong Umno ke dalam parti PKR. Maklumat terbaru katanya Tengku Razaleigh Hamzah juga pada hari sama akan berada di Gua Musang.

Apakah beliau akan bertemu dengan Tengku Razaleigh atau tidak tidak dapat dipastikan. [wm.kl.4:46 pm 28/03/12]

Susupan Malam

Posted: 27 Mar 2012 04:24 AM PDT

Hasan Akidah Terkena Lagi?

Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?

Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.

Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).

Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.

Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.

Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.

Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.

Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]

Tiada ulasan: