Isnin, 12 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


Sidang Parlimen Penggal ke5 2012 Bermula

Posted: 12 Mar 2012 01:10 AM PDT

Sidang Parlimen Penggal ke5 tahun 2012 bermula hari ini.. Tumpuan sepenuhnya dihalakan ke parlimen oleh semua media pro kerajaan dan media pro pembangkang. Team Era Pasca pun xnak lepaskan peluang yang ada. Sidang parlimen penggal ke5 ini bermula hari ini sehingga 12 April depan.


Sesi Parlimen kali ini dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah. Sedikit point2 titah Baginda di Dewan Parlimen: 

  • Lebih menekankan tentang aspek 'mendengar suara rakyat'
  • Peningkatan kualiti dan taraf pembangunan di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak. 
  • Pendekatan kepimpinan yang lebih progresif dan inklusif. Team Era Pasca amat tertarik pada satu ayat baginda agong BELIA JANTUNG NEGARA, GUNA RUANG DAN PELUANG. 
  • Pengiktirafan terhadap peranan kaum wanita dalam pembangunan negara. 
  • TRANSFORMASI dari kerajaan perlu memberi ruang kepada KEBEBASAN SIVIL kepada rakyat
  • Pentingnya sistem KEBEBASAN KEHAKIMAN untuk negara 
  • Ucapan TAHNIAH kepada atlit2 negara yang mengharumkan nama negara

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah juga bertitah kepada semua Ahli Ahli Parlimen supaya perbahasan para MP haruslah berdasarkan KEIKHLASAN dan TANGGUNGJAWAB untuk rakyat dan negara, bukan bersikap PERIBADI dan BERKEPENTINGAN.



Menanti Ketibaan Seri Paduka Baginda YDP Agong
Pemeriksaan Perbarisan oleh SPB YDP Agong
Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pimpinan Pakatan Rakyat
YAB Tan Sri Khalid dan YB Dato Saifudin Nasution
YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid
YB Nurul Izzah dan YB Leong Jee Keen
YB Yusmadi 
Banyak sangat la gambar... ni je la. Siapa nak lain bolehlah cari aku nanti.. adoooii.. Nak tido..





YAB Hj Najib Dam Dam & The Gang... 
Aku harap lembUMNO2 tak buat kerja bangang lagi dalam perbahasan Parlimen kali ni.. Jangan guna kepala lutut untuk berfikir... ok?




Gempar!!! Bekas IGP Musa Hasen & AG Ghani Petai Main Golf dgn Ketua Kongsi Gelap Johor??

Posted: 11 Mar 2012 11:41 PM PDT






Kuala Lumpur 12 Mac - Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipaksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh, untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.

Johari kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),
Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor
telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail  campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit digelar "Cicero" dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini. -  mkini
kah kah kah

-----------------------------------------------------------------------------

pengedar dadah, kaki perompak, geng judi, geng peras ugut yg elit elit.
semuanya main golf dgn org2 yg berkuasa.. sebab itulah negara gua jadi 
macam sampah sekarang, ingat mereka ini ingatlah Blue Negara (BN) kah kah kah


gengster bertauliah yg di ajar oleh ketuanan melayu umno.. kah kah kah

Tiada ulasan: