Isnin, 12 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Video, Sharizat Umum Lepaskan Jawatan

Posted: 12 Mar 2012 01:42 AM PDT

Panas: Kecewa Sikap Kerajaan Tangani Isu Lynas, Resort Bernilai 'RM30 Juta' Terpaksa Di Batalkan!

Posted: 12 Mar 2012 12:20 AM PDT

KUANTAN, 12 Mac - Atas kedegilan Kerajaan Barisan Nasional meneruskan projek kilang nadir bumi Lynas, sebuah projek resort di Pantai Balok yang bernilai RM30 juta akan dibatalkan. Dengan ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasa amat kesal atas kedegilan pihak kerajaan BN yang enggan mendengar kepada suara rakyat tetapi membiarkan pembangunan ekonomi Kuantan mengalami penganiayaan kilang racun Lynas. AJK Keadilan Pahang, Lee Chean Chung (foto) berkata, projek "Gold Coast Kuantan" di Balok di bawah STG Group yang dianggarkan bernilai RM30 juta pada asalnya dijangka akan membawa 500 – 600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, sehingga kini Lynas hanya memberi 200 peluang pekerjaan tetapi menikmati keistimewaan tanpa cukai selama 12 tahun di samping menerima pengecualian duti setem 100 peratus dalam pembelian tanah tapak kilang. Tindakan kerajaan BN yang "Memajak harta negara, Menggadai nyawa rakyat" ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. Menurut Pengarah STG Group, Dato' Dr. Alex Tan Siong Seng, walaupun mereka telah membuat pelaburan sebanyak RM3 juta dalam projek itu, namun mereka terpaksa mempertimbangkan kepentingan para pelabur. "Seandainya kami meneruskan projek berkenaan, kami bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian RM3 juta, tetapi kerugian sebanyak RM30 juta yang akan kami hadapi dengan mulanya beroperasi kilang Lynas", katanya. Di samping itu, Chean Chung juga bersetuju dengan hujah Dr Alex Tan di mana detik permulaan operasi kilang Lynas menandakan detik kemelesetan ekonomi di sekitar Balok dan Kuantan, terutamanya dalam industri pelancongan dan hartanah. "Kuantan merupakan sebuah pusat pelancongan. Seandainya kilang Lynas mula beroperasi, bidang perikanan, produk-produk lautan seperti ikan masin, industri sarang burung walet, bidang perladangan, hartanah mahupun industry pelancongan akan dilanda Kesan Domino (Domino Effect) dalam ekonomi, dan kesan ini akan berterusan dan membawa impak-impak negative yang berlanjutan", katanya.


Gara-gara menafikan bantahan rakyat maka akhirnya pelabur lari keluar

Chean Chung juga mengkritik tindakan Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan yang tidak bertanggungjawab dan enggan megakui kesan-kesan negatif yang diakibatakan oleh Kilang Nadir Bumi Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh. "Datuk Abdul Aziz telah memberitahu rakyat bahawa tiada sebarang data di Menteri Kesihatan menandakan bahawa Kilang ARE telah mengakibatkan leukemia. Malahan beliau berkata, dalam kes terencat akal anak Lai Kuan yang pernah bekerja dalam industry nadir bumi yang lepas, kontraktor yang mengupah Lai Kuan yang harus bertanggungjawab terhadap peristiwa itu, tetapi bukan pihak kerajaan." "Dengan teori yang sama, adakah pihak kerajaan tidak perlu bertanggungjawab seandainya sebarang penyakit telah berlaku akibat radiasi atau sisa-sisa beradioaktif di Kilang Lynas. Adakah kerajaan pada masa itu akan memberitahu: Lynas saja yang harus bertanggungjawab, tetapi kerajaan BN yang degil meluluskan kilang itu tidak perlu bertanggungjawab?", tambah Cheang Chung.


Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group
tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas
Menurut Chean Chung, Abdul Aziz harus meminta maaf daripada mangsa-mangsa Bukit Merah yang menderita atau yang terkorban akibat penyakit-penyakit yang diakibatkan Kilang Nadir Bumi ARE. "Mengapakah pihak AELB masih enggan menerima hakikat, tetapi masih mengeluarkan hujah yang tidak bertanggungjawab untuk membina pusat rekreasi di tapak sisa Bukit Merah walaopun pihak Mitsubishi di Jepun telah mengakui kesilapan tersebut?" "Jelas bahawa pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional masih berat sebelah memperjuangkan kepentingan pihak Lynas walaupun menghadapi pelbagai fakta yang jelas serta bantahan rakyat tempatan." "Seandainya pihak kerajaan yang berkuasa enggan menghadapi fakta-fakta yang jelas dan suara rakyat asyik ditenggelami, siapakah yang dapat memberi jaminan kepada kehidupan generasi Kuantan pada masa akan datang?", tambah beliau lagi. Cheang kini memangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota selepas YB Azan Ismail dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu. Beliau juga adalah salah seorang dari calon PKR di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

[Difahamkan pelaburan STG Group terhadap Gold Coast Kuantan yang bernilai RM30 juta itu melibatkan pembinaan Hotel Mall, Resort dan Kondominium. Projek telah dilancarkan pada Jun 2009 dan 60% sudah pun ditempah oleh para pelanggan. Maknanya, jika projek ini dibatalkan maka ia akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan pusat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang tergamak membawa masuk prohek berisiko ke negeri ini menyebabkan pelaburan yang sepatutnya seperti dibidang perhotelan ini terpaksa menarik diri. Malah, difahamkan pihak agensi kewangan juga kini sudah menurunkan kadar pinjaman mereka kepada mana-mana pihak yang membeli aset-aset sekitar kawasan Balok, Cherating dan sekitarnya. Ini menunjukkan mereka juga tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang bahawa Lynas adalah selamat. Jalan terbaik ialah kerajaan perlu mendengar suara rakyat jika mahu mereka terus dihormati. Pastikan mereka ditolak pada PRU-13 ini].

NGO "Bantah Lynas", Anjurkan Himpunan Aman Protes Cadangan MB Dekat Pekan Sungai Lembing

Posted: 11 Mar 2012 07:24 PM PDT

KUANTAN, 12 Mac - NGO membantah Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan Stop Lynas Coalition (SLC) bersama Skuad Cakna Rakyat (PAS) telah mengadakan satu perhimpunan aman di Pekan Sungai Lembing pagi semalam. Program anjuran PAS Kawasan Kuantan itu bermula sekitar jam 7.30 pagi itu adalah bertujuan untuk memprotes tindakan Menteri Besar Pahang yang bercadang menghantar sisa buangan Lynas (rare earth) untuk ditanam di tapak bekas lombong di situ. Perhimpunan turut disertai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang Di Pertua PAS Kuantan) serta lain-lain pemimpin parti pembangkang. Mereka mengibarkan poster dan kain rentang membantah hasrat MB itu. Program berakhir beberapa jam kemudian. Peserta berjalan kaki sejauh lebih satu kilometer sambil melaunkan kata-kata keramat "Stop Lynas" dan membawa kain rentang tertulis "Sg.Lembing Is Not A Waste, Dumping Site, We Will Defend Our Land, We Dont Trust Aou "Flip-Flop" Govermenet?? No Lynas No Risk" dan "We Don't Want Another Bukit Merah Case". Mereka berjalan kaki hingga ke kawasan lombong berhampiran. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan pagi semalam. Sementara itu MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sebelum itu menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan terbabit. Beliau marah dan menuduh blogger serta akhbar berbahasa Cina menfitnahnya tentang isu itu. Susulan dari kekecewaan itulah yang menyebabkan insiden beliau halau wartawan akhbar terbabit semasa hadir ke pesta buku di sebuah hotel baru-baru ini.






Mengulas lanjut mengenai perhimpinan terbaru itu, Fuziah Salleh menegaskan rakyat membantah sekeras-kerasnya jika benar kerajaan memberi kebenaran kepada Lynas untuk membuang sisa industri mereka ke kawasan itu (Sg.Lembing). Beliau juga berharap Kerajaan Negeri mengambil kira cadangan dan pendapat orang ramai kerana mereka tidak mahu rakyat menanggung risiko projek berkenaan. Difahamkan, isu "Sg.Lembing" timbul, apabila Pengarah Lembaga Perlesenan Dan Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengeluarkan kenyataan bahawa sisa bijih besi yang dibuang ke lombong itu jauh lebih berbahaya dari sisa industri Lynas. Namun, menurut Fuziah jika AELB sudah tahu bahayanya maka kenapa mereka tidak menghapuskan sisa tersebut dan mengapa mahu mengundang lebih banyak bahaya dengan membuang sisa industri Lynas ke situ. Difahamkan, ketika sisa bijih besi tersebut dibuang ke lombong itu, AELB belum pun wujud sebenarnya, oleh itu beliau amat berharap agensi itu menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya. Apapun, syabas untuk semua peserta!.
[Perhimpunan aman bantah Lynas nampaknya terus bergema dan ia menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan himpunan yang sama di Gebeng April ini. Himpunan yang kononnya menyokong Lynas itu akan dikendalikan oleh Menteri UMNO, Rais Yatim. Ia akan mengumpul seramai mungkin rakyat Pahang dan rakyat Malaysia untuk bersama kerajaan bagi menyokong projek berkenaan. Khabarnya, bas-bas percuma dan elaun turut akan disediakan kepada orang ramai yang akan hadir. Situasi ini pasti akan lebih menghuru-harakan rakyat sebenarnya, sebab mereka yang menyokong Lynas kebanyakkan ialah mereka yang terpaksa mengampu kerajaan UMNO BN untuk tujuan politik semata-mata. Sedangkan mereka sendiri memang tahu projek itu cukup berisiko dan bahaya untuk masa depan anak cucu sebenarnya. Justertu perjuangan pasti akan diteruskan!].

Panas: Punca MB Marah Wartawan Akhbar Cina !!

Posted: 11 Mar 2012 07:08 PM PDT

Panas: Sharizat Wajar "Letak Semua" Jawatannya Bukan Hanya Habiskan Tempoh Bergelar Senator

Posted: 11 Mar 2012 06:23 PM PDT

SHAH ALAM, 12 Mac - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto) akhirnya mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai Senator tamat bulan April depan. Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan. Beliau bagaimanapun hanya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita UMNO. Keputusan itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kontroversi panjang isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail. Skandal NFC dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu turut mengaitkan dirinya. Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan Senator itu akan meletakkan jawatan. Sebelum ini, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan. Selain desakan banyak pihak termasuk pihak pembangkang, beberapa individu dalam UMNO seperti bekas Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti. Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan." Sementara itu kelmarin, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memfailkan saman balas terhadap Shahrizat. Tujuan saman balas tersebut menurut Zuraidah dan Rafizi berikutan khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. Pada 19 Januari lalu Ketua Wanita UMNO tersebut bertindak menyaman Zuraidah dan Rafizi kerana mengkaitkan beliau terlibat dengan skandal penyelewengan NFC.



[Keputusan Shahrizat ini sungguh mengejutkan, kerana beliau sebelum ini dengan sombong dan bongkak mengaku dihadapan Wanita UMNO bahawa dia tidak mungkin letak jawatan. Tapi, apa sudah jadi sekarang?. Selepas segalanya terbongkar dan terus dibongkarkan kini Sharizat mula menikus. Namun, harus diingat keputusan beliau ini tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada UMNO BN, kerana wang RM250 juta tersebut haruslah dipulangkan kepada kerajaan. Jika hanya letak jawatan menteri tetapi tidak Ketua Wanita UMNO, maka tiada apa yang boleh kiat banggakan sebenarnya. Mungkin ia sekadar mahu mengaburi mata rakyat kononnya UMNO sudah berlaku adil dalam menangani isu ini. Tambahan pula beliau bukan letak jawatan sebenarnya, tetapi kontraknya sebagai Senator berakhir dan mungkin tidak disambung semula. Jika dia jujur, maka beliau perlu berani letak jawatan dakam UMNO. Nampaknya rakyat cuba dipermainkan dengan isu ini. Walhal, mereka akan terus selesa merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi masing-masing. Justeru tolak UMNO, tolak BN pada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu negara ini berubah!].

Tiada ulasan: