Isnin, 12 Mac 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Tuntutan rakyat, janji PM Najib dan mangsa ISA.

Posted: 11 Mar 2012 07:03 AM PDT

Minggu lepas di Dewan Perhimpunan Cina K.L/Selangor, Gerakkan Mansuhkan ISA yang mewakili 80 NGO dan parti politik alternatif(GMI), dalam satu sidang akhbarnya, tetap bertegas menuntut janji dari PM supaya akta tahan tanpa bicara ISA segera di mansuhkan dan semua tahanan segera di beri hak proses perbicaraan atau dibebaskan saja. Tuntutan itu adalah sentiasa konsisten dengan kehendak rakyat yang mahukan semua penduduk di Malaysia ini sepatutnya di beri hak untuk mendapat proses perbicaraan di mahkamah yang adil.


Dan ini pula janji PM Najib terhadap rakyat Malaysia yang telah menjadi salah satu isi penting dalam ucapan utama beliau pada 15 September 2011 dimana beliau berjanji untuk memansuhkan ISA dan beberapa akta tahan tanpa bicara yang lain seperti EO dan DDA.
Dalam gambar ini, Puan M(bukan nama lengkap) berpakaian maxi hitam bertudung labuh putih ditemani oleh ibu mertuanya sedang menerima sumbangan dari Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim. Ketika gambar ini di ambil, Puan M sedang mengandung sembilan bulan.

Suami beliau, Azmi Pindatun ketika ini sedang di kurung di Kem Kamunting, Perak untuk kali kedua.Pertamanya beliau di tahan pada akhir tahun 2006 dan di bebaskan awal tahun 2008. Pertama kali ditahan dibawah ISA, Azmi belum berkahwin. Dan kali kedua ditahan dibawah akta yang sama pada November 2011, beliau baru lapan bulan mendirikan rumahtangga denganPuan M.

Siapa pernah menyangka, masih ada orang yang ditahan dibawah akta ISA ini lebih dari sekali.Siapa yang terfikir, di sebalik janji PM untuk memansuhkan ISA, di masa yang sama, masih ada lagi rakyat Malaysia yang terpaksa di korbankan untuk dijadikan mangsa oleh penguasa akta zalim ini.

Azmi bersama 39 yang lain masih di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.

Tiada ulasan: