Jumaat, 30 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


3 Bulan, RM608 Juta "Dilaburkan" PM dan TPM untuk Kempen Barisan Nasional??

Posted: 30 Mar 2012 04:39 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalam memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.

Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.

Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.

"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.

"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.


[Gambar/Video] Gadis Dirogol Bergilir-gilir, Dicekik, & Dibakar Akhirnya Meninggal Dunia

Posted: 30 Mar 2012 01:49 AM PDT


Berita Agensi melaporkan seorang gadis Ukraine berusia 18 tahun meninggal dunia semalam setelah hampir tiga minggu peristiwa dia dirogol bergilir-gilir, dicekik, dan dibakar oleh sekumpulan pemuda. Kes yang menggemparkan Ukraine itu dilabel sebagai antara jenayah paling kejam yang pernah berlaku di negara itu.

Makar Oksana telah diperlakukan dengan kejam oleh tiga pemuda yang kemudiannya mencampak mangsa di suatu kawasan pembinaan dalam suatu serangan di bandar Mykolayiv, selatan Ukraine  pada 10 Mac lalu, jelas pendakwa.


Mangsa yang dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan pembinaan itu kemudiannya dimasukkan ke hospital dengan 55 peratus kesan terbakar dan berada dalam keadaan kritikal. Kecederaan serius yang dialami mangsa telah memaksa pihak hospital memotong kaki dan lengannya.



Oksana Makar akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah di sebuah hospital pakar di bandar timur Donetsk. Jantungnya berhenti berdegup selepas pendarahan berlaku di bahagian paru-parunya walaupun pihak hospital telah melakukan tiga percubaan untuk memulihkannya, kata Fistal Emil, Ketua Perubatan Pusat Donetsk Burns.

"Bayangkan. Mangsa telah dicekik dan mereka (penyerang) fikir dia telah meninggal dunia. Jadi, mereka membakarnya. Dia terbaring di sana selama 10 jam dalam cuaca sejuk beku dan menghidu kesan pencemaran di kawasan tersebut," kata Fistal.

Kes itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Ukraine, mendedahkan ketidakcekapan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang dan tahap masalah sosial di bandar-bandar perindustrian seperti Mykolayiv yang dibelenggu masalah dadah dan AIDS.

Salah seorang penyerang Oksana dikatakan menyewa sebuah flat yang menjadi lokasi mangsa dirogol dan dicekik, sebelum dibakar dalam usaha untuk menutup jejak mereka.

Media Ukraine mendakwa penyerang yang terlibat adalah anak golongan atasan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, nama-nama mereka belum lagi diumumkan kepada media secara rasmi.

Ketiga-tiga suspek telah ditangkap pada 11 Mac tetapi pihak berkuasa telah membebaskan dua daripada suspek. Tindakan tersebut telah mencetuskan demonstrasi penduduk tempatan serta kumpulan feminis Femen yang mengadakan bantahan topless di pejabat am pendakwa Ukraine di Kiev.

Selepas bantahan tersebut, dua lelaki itu ditahan semula pada 13 Mac lalu. Dua suspek kemudiannya didakwa atas kesalahan merogol secara bergilir-gilir dan seorang lagi atas kesalahan merogol dan dan cubaan membunuh. -DCM




P/s: Kejam gila! 

Berdasarkan laporan Kyivweekly, ketiga-tiga suspek kini akan didakwa atas kesalahan membunuh dan jika disabitkan bersalah akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup

"Sebelum ini, ketiga-tiga mereka dituduh atas kesalahan merogol dan cuba menyembunyikan perbuatan jenayah, manakala seorang suspek dituduh atas kesalahan cubaan membunuh," kata Ketua Perhubungan Awam MIA, Volodymyr Polishchuk.

"Selepas mangsa meninggal dunia, ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Bahagian 2 Perkara 115 Kanun Jenayah Ukraine, jika disabitkan kesalahan, suspek akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup" 

Bagi TM, nyawa wajar dibalas dengan nyawa. Bagi kes seumpama ini, adakah pejuang hak asasi manusia masih mahu menghapuskan hukuman mati yang dilaksanakan di negara-negara tertentu termasuk negara kita, Malaysia?



'Mangsa' ARE Bukit Merah Meninggal Dunia

Posted: 30 Mar 2012 12:30 AM PDT

(Lai Kwan bersama anaknya, Cheah Kok Leong yang terencat akal sejak dilahirkan.  Kok Leong meninggal malam tadi)

[HD] IPOH, 30 Mac: Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi. 

Tubuh Cheah didapati menggeletar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan, lapor MerdekaReview.

Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. 

Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi.

Lai Kwan kini berusia 70 tahun. Beliau mempunyai lapan orang anak. Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong.

Lai Kwan (gambar kanan) yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC. 

Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong. 

Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 

Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal.

Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik".

Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell  ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.

Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya. 

Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat. Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie.


P/s: Katakan Tidak kepada LYNAS!


Raja Ashman Anakanda Sultan Perak Mangkat Akibat Asma

Posted: 30 Mar 2012 12:10 AM PDT


[Bernama] IPOH: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal Jumaat akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi Jumaat.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.


P/s: Takziah, al-fatihah.


Pelajar Diculik Dipaksa Berbogel, Melakukan Onani, dan Menjilat Kaki Penculiknya

Posted: 29 Mar 2012 11:36 PM PDT


[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.

Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya 'menggantikan' rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.


P/s: Gila seks.
Adakah lelaki-lelaki lahanat ini sindiket klip filem lucah?



[PANAS] PAS Mahu Tukar Ketua Pembangkang

Posted: 29 Mar 2012 07:57 PM PDT


KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi Parlimen.


P/s: Kah kah kah!




Anak Ugut Bapa dengan Pedang Dikenakan Denda RM4 Ribu

Posted: 29 Mar 2012 06:31 PM PDT


[HM] KOTA BHARU: Gara-gara hasratnya untuk menjual rim kereta dihalang, seorang penganggur mengamuk dan mengugut bapanya menggunakan pedang, minggu lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Hafizi Mat Hussein, 26, menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor.

Mohd Hafiz memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa mengugut bapa kandungnya Mat Hussein Che Mat, 62, dengan niat menyebabkan ketakutan yang akan mendatangkan kematian kepada warga emas itu di rumahnya di Kampung Setek, Kok Lanas di sini pada jam 10 pagi, 25 Mac 2012.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba berang dengan mengamuk sambil mengacukan pedang ke arah pengadu selepas hasratnya untuk menjual rim tayar dihalang bapanya itu.

Pengadu yang ketakutan dan bimbang dicederakan bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sejurus kejadian. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.



Bapa Kurung Anak di dalam Bilik Selama 18 Tahun

Posted: 29 Mar 2012 06:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] TAROUT (Arab Saudi): Seorang bapa didakwa mengurung anak perempuannya sebagai tahanan di biliknya selama lebih 18 tahun.

Bagaimanapun, sehingga ini, tidak diketahui apakah punca menyebabkan lelaki itu bertindak demikian.

Wanita itu yang kini berusia 36 tahun dinafikan hak untuk bersekolah dan semua aspek kehidupan seperti manusia normal, lapor akhbar Arabic Press, semalam.

Sumber berkata, keluarga lelaki itu dan jirannya tahu mengenai tindakan bapa mangsa. Menurut akhbar itu, mangsa kini dalam keadaan tertekan dan masih dikurung di biliknya. Akhbar itu mendesak polis dan badan hak asasi kemanusiaan campur tangan.

Jurucakap Polis Tarout, Kolonel Ziyad al-Ruqaiti berkata, kes itu tidak dilaporkan kepada polis. Aktivis sosial, Jafar al-Eid berkata, badan keagamaan dan hak asasi manusia mengutuk tindakan lelaki itu.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai kes itu perlu diperoleh.

Mangsa mungkin melakukan kesilapan ketika berusia belasan tahun tetapi ia masih tidak mewajarkan bapanya untuk bertindak demikian, kata Jaafar.

Beliau juga berkata, lelaki itu mungkin menghidap sakit jiwa dan tidak tahu apa yang dilakukannya. - SG


Budak Ketagih Judi Dirantai Bapa

Posted: 29 Mar 2012 05:22 PM PDT


[HM] PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

"Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya," katanya.

Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. - AFP


Tiada ulasan: