Jumaat, 30 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Live! TG Nik Aziz Mengimami Solat Hajat Bersama Pimpinan Pakatan Dan Rakyat Kelantan

Posted: 30 Mar 2012 08:57 AM PDT

Allahuakhbar!

Allahuakhbar!

Hancur Umno!

Sebaran Media: TG Nik Aziz, DS Anwar, Mat Sabu Dan YB Tan Siaw Gegarkan Kota Bharu Malam Ni

Posted: 30 Mar 2012 04:38 AM PDT

Ayuh sahabat. Penuhkan tempat di Padang Perdana dengan segera mungkin.

Banyak isu akan dikupas oleh pemimpin pakatan berkaitan isu semasa. Masa yang sesuai pru-13 nanti adalah masa yang sesuai untuk hantar umno ke liang lahad.

Allahuakhbar!

Pas akan terus guna kempen 'undi, syurga'

Posted: 30 Mar 2012 03:30 AM PDT


Oleh: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan," kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Jom Malam Ni Kita Main Tiang. Geng Umno Mesti Keluar Air Liur

Posted: 30 Mar 2012 02:25 AM PDT

Kat melaka lagi la sporting kan. Siap wakil rakyat pun kaki kelab malam kahkahkahkahkah..

Pandai orang melaka pilih wakil rakyat beliau :).

Laman web FAM digodam

Posted: 30 Mar 2012 02:21 AM PDT


Oleh: NORASHIKIN LEMAN

SHAH ALAM - Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari ini - sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan "kesalahan besar" dan akan berhadapan dengan hukuman berat.

Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.

Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.

Ini kali kedua laman web FAM digodam selepas kali terakhir pada Oktober lalu. Ketika itu ia digodam berhubung isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia.

Semalam, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 4 April ini untuk mengetahui keputusan mengenai kesnya itu.

"Dia (Annuar) perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin kerana apa yang dilakukan itu kesalahan besar. Bila sudah buat satu tindakan tidak bijak yang menyalahi undang-undang, dia kena berhadapan dengan tindakan itu," titah baginda.

Dalam pada itu baginda bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri.

Baru-baru ini Annuar, bekas menteri Kabinet Persekutuan, melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pada satu majlis di Shah Alam baru-baru ini, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan, tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk Datuk K Rajagobal.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenya taan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh beri komen mengenai skuad kebangsaan.

Kemiskinan: Kelantan jauh lebih baik daripada Sabah

Posted: 30 Mar 2012 12:57 AM PDT



(Oleh: Azrul Azwar)
Mar 30 2012 / Keadilan Daily

Menurut hasil kajian World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor, paling ramai rakyat miskin di Sabah boleh ditemui di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan etnik Rungus di Utara, Orang Sungai di Timur dan etnik Suluk di Timur.

Terdapat juga rakyat miskin dalam komuniti lain termasuklah keturunan Tionghua di kawasan bandar. Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia. Dengan saiz isi rumah purata terbesar di Malaysia dari segala segi, sudah pasti kesempitan hidup amat mencabar terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam kategori 40 peratus isi rumah terbawah (40 peratus).

Lebih parah lagi, kadar isi rumah di Sabah dalam kategori 40 peratus isi rumah terbawah ditakrif sebagai mereka yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan (pendapatan kasar bulanan purata pada 2009 bagi seluruh Malaysia adalah RM4,025 iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar berbanding bagi golongan 40 peratus isi rumah terbawah sebanyak RM1,440) telah meningkat kepada 11 peratus pada 2009 berbanding 6 peratus pada 1989!

Hakikatnya, pada 2009, menurut laporan The Millennium Development Goals at 2010, terbitan hasil kerjasama di antara PBB dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, semua negeri di Malaysia KECUALI Sabah berjaya mencapai satu daripada lapan matlamat pembangunan seperti mana terkandung dalam Millenium Development Goals yang dipersetujui oleh kesemua 193 negara ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dipenuhi di antara 1990 sehingga selewat-lewatnya 2015, yakni mengurangkan sehingga menjadi separuh kadar kemiskinanan masing-masing.

Rakyat Sabah mundur

Malah, masih ramai rakyat Sabah seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara dan dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur kerana setelah hampir setengah abad, Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah semasa di luar Barisan Nasional masih gagal menyediakan bekalan elektrik kepada hampir satu pertiga (23 peratus) daripada masyarakat luar bandar Sabah berbanding hanya 0.5 peratus sahaja masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang masih belum menikmati kemudahan elektrik, bekalan air bersih atau air yang telah dirawat kepada hampir separuh (47.7 peratus) daripada masyarakat luar bandar di Sabah.

Sedangkan hanya 10 peratus daripada masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa akses kepada air bersih, peluang pekerjaan sesuai pada paras pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup terutamanya bagi warga belia.

Jika Malaysia menggunapakai kayu ukur kemiskinan sebagaimana pendekatan yang diambil di negara maju seperti OECD dan Kesatuan Eropah yakni Purata Garis Kemiskinan (PGK) pada paras 50 peratus atau 60 peratus pendapatan isi rumah median yang dianggap oleh banyak pihak berkepentingan sebagai mampu memberi gambaran lebih tepat paras pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas supaya mencapai taraf hidup yang memuaskan, nescaya kadar kemiskinan Malaysia khususnya Sabah akan meningkat paling kurang tiga hingga empat kali ganda!

Jika diambil kira purata pendapatan kasar isi rumah pada 2009 sebanyak RM3,144 bagi Sabah dan Labuan, PGK pada kadar 60 peratus akan melonjak kepada RM1,886.4 bagi Sabah dan Labuan berbanding RM1,048, sekaligus menjerumuskan lebih ramai lagi rakyat Sabah ke dalam kancah kemiskinan. Jurang antara kaya dan miskin melebar atau ketidaksamaan ekonomi merosot di Sabah dan Labuan di mana pekali Gini telah meningkat kepada 0.453 pada 2009 berbanding 0.450 pada 2007 atau 0.448 pada 1999!
BN penyebab Sabah negeri termiskin

Semua ini jelas mercu tanda kegagalan pentadbiran Barisan Nasional memanfaatkan sebaiknya kekayaan hasil bumi dan pelbagai kelebihan lain yang dimiliki negeri yang terkenal dengan jolokan di Negeri di Bawah Bayu ini. Sebagai antara negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam semulajadi seperti minyak, gas, balak, hidupan laut serta hasil lautan dan perhutanan asli yang lain di samping kawasan pertanian yang luas dengan kelapa sawit, getah, koko dan komoditi lain serta pelbagai kawasan tarikan pelancong berpotensi tinggi terutamanya bagi segmen pelancongan-eko dan pelancongan-agro, adalah amat tidak wajar dan memalukan bagi Sabah mendapat gelaran negeri termiskin di Malaysia.

Malah, tidaklah keterlaluan jika sesetengah pihak menyifatkan kegagalan perancangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan inklusif ini sama seperti 'jenayah kemanusiaan' apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar, Bumiputera-bukan Bumiputera, berpendidikan-tidak berpendidikan, antara wilayah atau negeri dan sebagainya bukan sahaja di Sabah malahan di seluruh Malaysia.

Kelantan jauh lebih baik

Meskipun pendapatan per kapita negeri Kelantan adalah yang terendah di Malaysia, sudah terang lagi bersuluh bahawa negeri tersebut bukanlah yang termiskin di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana pada paras 4.8 peratus, kadar kemiskinan Kelantan hanyalah yang kelima tertinggi di Malaysia di belakang Sabah, Perlis, Sarawak dan Kedah (mengikut turutan).

Oleh kerana terbukti tanpa sebarang keraguan lagi bahawa rakyat Sabahlah yang terpaksa bergelut paling teruk untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya dalam golongan 40 peratus isi rumah terbawah, maka Najib dan rakan-rakannya dinasihatkan supaya mengekang diri daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan sama sekali tidak berasas ataupun menyalahgunakan/menyalahtafsirkan penunjuk ekonomi seumpama ini pada masa hadapan.

*Penulis dari Lawyers For Liberty. Artikel ini merupakan bahagian kedua dari 2 siri yang diterbitkan minggu lalu.

Mahathir Nyata Semakin Nyanyuk Dan Pelupa

Posted: 30 Mar 2012 12:47 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad baru-baru ini bersuara lagi dan melahirkan rasa kesalnya berikutan kurangnya golongan cerdik pandai Melayu yang menyertai UMNO, sebaliknya lebih cenderung memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Ia menurut beliau berikutan tindakan bahagian dan cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam UMNO.

"UMNO sudah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, itu sebab kebanyakan doktor masuk PAS. Ia akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon yang sesuai bagi menentukan kemenangan dalam pilihanraya," Mahathir dipetik sebagai bekata.

Daripada satu segi memanglah apa yang diutarakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya kerana pemimpin bahagian dan cawangan berbuat demikian berikutan takut akan dicabar atau kehilangan kuasa. Bila hilang kuasa, maka hilangnya upaya untuk memonopoli pelbagai jenis projek dan kemewahan.

Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Lantaran itu UMNO hanya dikuasai oleh golongan berpendidikan rendah dan sederhana sahaja di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ini pula meluaskan lagi pengaruh mereka dengan meetakkan adik-beradik dan saudara mara dalam kepimpinan cawangan, isteri dan anak perempuan sebagai ketua wanita dan ketua puteri, sementara anak lelaki dijadikan ketua pemuda cawangan.

Akhirnya bertahun-tahunlah kuasa dalam cawangan itu menjadi warisan turun temurun. Apabila kepimpinan di peringkat cawangan sudah begitu keadaannya, maka di peringkat bahagian juga melahirkan bentuk kepimpinan yang sama. Sebahagian besar pemimpin UMNO bahagian naik sebagai pemimpin bukan kerana merit atau keupayaan tetapi lebih kerana keupayaan menguasai cawangan-cawangan daripada kelompok yang disebutkan tadi.

Setelah menjadi pemimpin dan berpeluang pula memegang pelbagai jawatan, meraih kuasa dan mengumpul kekayaan, sudah tentulah mereka ini tidak mahu golongan cerdik pandai menjadi ahli UMNO. Mereka bimbang nikmat dunia yang sementara itu terlepas dari genggaman.

Kejayaan Mahathir mempertahankan kuasa selama 22 tahun pun sebahagian besarnya adalah atas kejayaan memanipulasi keadaan ini. Sepanjang 22 tahun berkuasa Mahathir tidak pernah memberi galakan kepada gilongan cerik pandai ini untuk menyertai UMNO, yang penting baginya ialah kuasa kekal dalam tangan. Bagi Mahathir bukan cerdik pandai yang penting tetapi sejauh mana mereka itu menyokong dan mampu mempertahankannya. Peon atau tukang kebun sekali pun yang menjadi pemimpin UMNO bukan masalah bagi Mahathir, yang penting ke mana sokongan mereka. Kenapa hari ini, setelah UMNO hampir kalah dan makin ditolak, baru beliau menyedarinya?

Mahathir sepatutnya menghantukkan kepala ke dinding jika benar berasa kesal, bukan sekadar bersuara dan menceceh seolah-olah beliau tidak bersalah.

Bukankah Mahathir juga yang menyekat kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO suatu ketika dahulu. Untuk menyekat pengaruh Musa Hitam di awal tahun 80an ketika menjadi Menteri Pelajaran yang lebih disukai oleh kalangan guru-guru, Mahathir telah menyekat guru dan kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO atas alasan yang dijustifikasinya untuk kepentingan masyarakat tetapi sebenarnya untuk mengekalkan kuasa dan bimbang pengaruh Musa Hitam mengatasinya.

Tidaklah boleh Mahathir marah bilamana sekarang ini ramai doktor, jurutera, arkitek, pensyarah dan sebagainya tidak menyertai UMNO. Mereka bukan saja dihalang oleh pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang bimbang kuasa terlepas tetapi juga oleh peraturan yang dibuat oleh Mahathir sendiri untuk kepentingan mengekalkan kuasa.

Kurangnya minat golongan cerdik pandai ini terhadap UMNO bertambah lagi apabila melihatkan stail dan corak kepimpinan Mahathir selama 22 tahun yang agak rakus, tertutup dan "dia saja yang betul". Sudah tentulah cerdik pandai yang mempunyai ilmu dan pengetahun ini gagal mengaplikasikan kebolehan mereka dengan stail dan gaya Mahathir itu. Lalu, tidaklah menghairankan apabila mereka lebih memilih Pas misalnya, untuk mencurahkan bakat, ilmu dan pengetahuan yang dimiliki itu. Lebih-lebih lagi Pas begitu mengalu-alukan kehadiran mereka.

Berikutan dasar dan peraturan Mahathir itu juga, mereka yang berpendidikan rendah dan sederhana yang menguasai cawangan dan bahagian dan kemudian dijadikan ADUN, Ahli Parlimen, EXCO kerajaan negeri dan sebagainya itu mula pula berlagak pandai dalam serba-serbinya dan tidak mahu lagi menerima pandangan orang lain.

Memburukkan keadaan terdapat juga mereka yang sudah bergelar pemimpin ini membeli pula pelbagai sijil dan gelaran untuk menonjolkan diri mereka kelihatan "gah" dalam masyarakat. Berapa ramai kalangan pemimpin UMNO sekarang ini yang tiba-tiba sudah bergelar "Doktor" dalam sekelip mata.

Walaupun Mahathir kini seperti menjadi sifu kepada kepimpinan Najib dan cuba menunjukkan kepimpinannya selama 22 tahun sebagai era yang suci bersih dan cuba menolak semua kesalahan kepada pihak lain, hakikatnya semakin banyak beliau bersuara semakin terdedah banyak kesilapan dan kelemahannya. Malahan sesuai dengan peningkatan usianya, Mahathir juga semakin pelupa dan tidak menyedari bahawa kebanyakannya yang disuarakan sekarang hanya memercik kembali ke mukanya sahaja

Kisah Antara Dua Darjat. Lihat Gambar TGNA Dan Tok Pa

Posted: 29 Mar 2012 09:16 PM PDT

Senyuman seorang tok guru dan pemimpin rakyat kelantan. Sejuk hati melihatnya. Walaupun dalam serba kekurangan, beliau terus berusaha untuk rakyat kelantan.

Sebelah kanan pula senyuman seorang pemimpin yang banyak menyekat projek untuk kemudahan rakyat kelantan. Kecek belawok!

Sebelum Solat Jumaat, Cuba Tengok Siapa Yang Layak Jadi MB Kelantan?

Posted: 29 Mar 2012 08:13 PM PDT

Gambar ni dirakam semasa perasmian Pesta Pantai kelmarin.

Anwar tidak gentar disapina ke mahkamah

Posted: 29 Mar 2012 03:22 PM PDT


Mar 30 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Ahmad Fadli KC)

BANGI 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah gentar dan mengelak untuk hadir ke mahkamah jika diperintahkan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau sudah lali dengan taktik Umno yang cuba menyekat kemaraan politiknya dengan membuatkan beliau turun naik ke mahkamah dan jugda ianiaya polis.

Namun, beliau enggan menerima satu perintah sapina yang diserahkan kepadanya di bangunan Parlimen semalam kerana tidak dimaklumkan dengan jelatentang kes itu.

"Saya disapina ke mahkamah. Saya tak terima sebab saya tidak tahu kes apa," kata Anwar merujuk kepada agensi Bernama yang melaporkan berita itu.

Berita itu menyebut Anwar diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh Hong Leong Finance Berhad untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.

Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.

Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan.

Dalam ceramahnya di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi semalam, Anwar sempat menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang enggan menjadi saksi Fitnah II sehingga ke akhir perbicaraan.

"Saya tahu nama saya Anwar Ibrahim, pantang dicabar. Dipanggil ke mahkamah aku pergi ke mahkamah.

"Ingat aku macam pemimpin kamu? Ingat aku Najibkah?" soal Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Parti mana lebih hebat?

Posted: 29 Mar 2012 03:20 PM PDT



Oleh : Muhammad Nazreen

Jimi Hendrix diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama mendengar secara 'live' album Sgt. Pepper Lonely Heart Club – album ke-8 The Beatles. Malah, Majalah Rolling Stone mengisytiharkan album yang diterbitkan pada 1 Jun 1967 itu merupakan album terbaik di kalangan 500 album sepanjang zaman.

Album ini ditanggapi sebagai cetusan baru dalam dunia muzik Psychedelic Rock yang paling unik pernah tercipta.

Mahu dijadikan cerita, Jimi Hendrix tidak senang untuk melihat Sgt Pepper Lonely Heart Club terus berjaya dengan dominasi muzik British pada era yang dikenali sebagai 'Brits Invasion'. Terus, Jimi mengambil keputusan mengejut dengan memainkan lagu Sgt Pepper Lonely Heart Club secara live di Saville Theatre hanya selepas tiga hari album itu dilancarkan.

Tindakan Jimi Hendrix dianggap kurang ajar oleh penerbit album terbabit, Brian Epstein, kerana merasakan seolah-olah peluang gemilang 'The Beatles' ini dicuri Jimi yang sememangnya memukau hadirin pada malam itu. Jadi, kontroversi terbit, seperti 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.

Jika kita bandingkan hal ini dengan gejolak persaingan parti-parti politik di Malaysia, adakah kita mendapati perkara yang sama sedang beralun di lanskap politik tanahair? Ya, dengan pasti, kita terus hanyut dihiburkan dengan parti-parti politik yang bertarung bukan tentang soal dasar dan idea yang berguna untuk rakyat, tetapi tentang siapa menciplak idea siapa.

Ironi bukan? Hal seperti ini tidak asing dalam sejarah politik dunia.

Barang diingat, hal yang sama di suatu ketika pernah melanda dunia politik Amerika. Artikel yang terbit pada 24/2/2008 dalam New York Times, bertajuk "Political Oratory and Plagiarism", menceritakan perkara yang hampir sama. Artikel berkenaan mengisahkan perjalanan susuk politikus terkenal di Amerika yang terbabit dalam hal ini.

Semasa kempen pilihanraya presiden Barack Obama, beliau meniru bulat-bulat dasar yang dikembangkan oleh Gabenor Massachusett, Deval Patrick, tanpa pula memberi penghormatan kepada pencadang dasar asal.

Kembali ke Malaysia, kita selalu didendangkan dengan drama sebuah parti politik yang menciplak beberapa keping dasar daripada lawannya. Parti ini kemudian mengatakan dengan megah bahawa ia adalah parti mesra-rakyat. Ini biasa buat parti politik yang sudah kering idea dan kontang idealisme.

Seharusnya, ada dasar-dasar yang baik yang perlu disokong tanpa mengira siapa yang memperkenalkan dasar itu dan ia milik siapa. Sebagai contoh, dasar C.A.T (Competency, Accountability, Transparency).

Bagi saya selaku orang yang bukan milik kepada sesuatu parti, seharusnya tidak timbul hal-hal remeh untuk dibicarakan di Dewan Rakyat. Kita harus sedar bahawa Dewan Rakyat perlu menjalankan fungsinya secara berkesan dalam proses ke arah kerajaan kelas pertama.

Bayangkan kita hadir di Dewan Rakyat, apa yang berlaku adalah ahli-ahli dewan rakyat sibuk bertengkar samada Parti A 'mencilok' idea Parti B dan sebaliknya.

Saya kira sebagai wakil rakyat, mereka perlu lebih fokus kepada perbincangan yang berkait rapat dalam soal kemaslahatan rakyat, selain fokus terhadap peranan asalnya untuk membincangkan soal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat untuk merangka perlembagaan dan akta-akta yang dapat diterapkan dengan baik untuk kesejahteraan rakyat di masa hadapan.

Berbalek kepada kontroversi Jimi Hendrix dan The Beatles tadi, saya kira kedua-dua artis ini terus mencipta nama besar di dalam perkembangan industri muzik dunia. Walaupun Jimi terlebih dahulu memperbaiki beberapa susunan lagu 'Sgt Pepper Lonely Heart Club' dengan lebih baik, The Beatles terus mencipta fenomena dengan album terbabit sekalipun tanpa bantuan dan publisiti Jimi Hendrix.

Jadi, tinggalkan sahaja debat tentang siapa yang menciplak idea siapa. Saya kira banyak hal lain yang lebih penting, termasuk untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan budaya demokrasi matang kelas pertama demi menjana keharmonian bangsa Malaysia.Roketkini.com

Tiada ulasan: