Jumaat, 30 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


FULL VIDEO: TARIAN TIANG RM25

Posted: 30 Mar 2012 10:06 AM PDT



DEY MACHA!!!
PENARI TIANG DIDENDA RM25?
BETUL-BETUL SOHAI
HARGA ANTI VIRUS CIKAI PUN LAGI MAHAI
KAH! KAH! KAH!

AWAT CIPUT SANGAT DENDA NI?
CELAH BAJU DALAM JE DEPA BAYAQ
SAMAN NOMBOQ PLAT SENGET PUN RM300
KAH! KAH! KAH!



APA ADA HAL SETAKAT DENDA RM25
LEPAS NI BOLEH BUAT TARIAN PANJAT POKOK KELAPA PULAK
IMAM HINA MAHKAMAH PUN KENA PENJARA SETAHUN
INI KIRA KES HINA ISLAM APAHAL CIPUT JE DENDA?
KAH! KAH! KAH!

PATUTLAH NEGARA KITA PENUH DENGAN AKTIVITI MAKSIAT
RUPA-RUPANYA UNDANG-UNDANG YANG MENGGALAKKANNYA
KAH! KAH! KAH!

ITU PASAL NEGARA KITA MAJU DALAM BAB MACAM NI
YANG TAK BOLEH MAJU CUMA SATU
PASUKAN BOLASEPAK KITA
BARU KRITIK SIKIT DAH KENA MENGADAP
NI PUN UNDANG-UNDANG PUNYA PASAI JUGAK
KAH! KAH! KAH!



GUA RASA KALAU ADA SUKAN TARIAN TIANG
BESERTA DENGAN SKIM GALAKAN SEDIA ADA
SENANG-SENANG MALAYSIA MASUK WORLD CUP
KAH! KAH! KAH!

APAKATA INI MALAM KITA PAKAT PAKAI SPENDAR JE
LEPAS TU CARI TIANG ELEKTRIK DEPAN UMAH
BOLEH LA START TRAINING TARIAN TIANG
APA ADA HAL RM25 JE DENDA
KAH! KAH! KAH!

MAJULAH TARIAN TIANG UNTUK NEGARA
KAH! KAH! KAH!





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kemungkaran Dalam Facebook

Posted: 29 Mar 2012 09:00 PM PDT



Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.




Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.




KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
3 Mei 2010


ps: Petikan ini dipetik daripada website zaharuddin.net


mr-tazkirah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

UMNO masuk campur urusan SPRM – Ngeh

Posted: 29 Mar 2012 06:30 PM PDT


Beruas 29 Mac – Ada pihak yang disyaki membiarkan United Malay National Organisation (UMNO) campurtangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga memperolehi maklumat dalaman siasatan yang belum selesai.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, hari ini menuntut pihak SPRM supaya menjelaskan keadaan yang mencurigakan itu.

Menurut beliau, dua hari lalu sebuah akaun Twitter, "Sungai Rapat" telah menyiarkan bahawa Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, bakal didakwa di mahkamah berkaitan perniagaan jahitan yang melibatkan isteri beliau sebagai seorang pelabur pasif.

"Akaun 'Sungai Rapat' ini dipercayai diselenggara oleh kalangan yang diupah oleh EXCO BN Perak, Dato' Hamidah Osman," kata YB Ngeh dalam kenyataan media beliau hari ini. Sungai Rapat adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Hamidah.

Ngeh mendakwa bahawa jika pun benar dakwaan akan dibuat terhadap pihak berkenaan, sesuatu yang aneh maklumat sebegitu boleh diketahui UMNO, memandangkan siasatan masih lagi berjalan. Menurut beliau, jika UMNO boleh masuk campur dan memiliki maklumat-maklumat khusus tentang siasatan SPRM ia menunjukkan secara jelas bahawa SPRM tidak sebenarnya bebas.

"Kita minta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed untuk memberikan penjelasan demi mengekalkan integriti SPRM dalam siasatan tersebut," ujar Ngeh lagi.

Barisan Nasional diketahui menggunakan taktik mengheret pimpinan Pakatan Rakyat ke mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak berasas demi menghalang usaha mereka berkempen menentang salahguna kuasa Barisan Nasional. Antara yang telah dihadapkan ke mahkamah demi mengganggu kerja politik mereka termasuklah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Pua, Lau Weng San, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli. – Roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa

Posted: 29 Mar 2012 04:00 PM PDT


KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen.

HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: