Jumaat, 23 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kakitangan Perubatan Lakukan Seks Oral terhadap Pesakit

Posted: 23 Mar 2012 05:00 AM PDT


[SH] PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Rakyat dan Negara Kehilangan RM589 Juta, Mengapa?

Posted: 23 Mar 2012 03:00 AM PDT


[MK] Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada  Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.



P/s: Saya tertarik dengan komen pembaca di MK: Bolehkah hutang PTPTN, rumah, kereta rakyat marhaen dilupuskan begitu sahaja?

Sebagai orang Islam, kita yakin setiap wang rakyat yang disalahgunakan akan dihisab di akhirat kelak! 


Pekung "Pejuang Islam, Melayu, Raja" Terbuka: Belanja Rm300 Ribu Ubah Suai Pejabat, Membelakangkan Dasar Tender Terbuka

Posted: 23 Mar 2012 02:05 AM PDT


Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

[MK] Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan





[PANAS] Anak Nazri Aziz Didakwa Serang Penyelia Keselamatan Kondo Mewah, Lagi Hangat....

Posted: 23 Mar 2012 12:24 AM PDT


[MK] Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium tersebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.


P/s: Apa lagi hangat? Anda bacalah jenis kenderaan yang dipandu anak Nazri dan pengawal peribadinya.  Bayangkan anaknya memandu PORSCHE, manakala pengawal peribadinya memandu MPV MEWAH.

Patutlah Nazri tidak mahu Menteri BN mengisyhtiharkan harta.
 
Bayangkan juga anak-anaknya yang lain, bayangkan juga suku sakat dia yang lain.




[Video] Tulisa Contostavlos Akui Ketulenan Klip Seksnya

Posted: 23 Mar 2012 12:01 AM PDT


[HM] LONDON: Juri program realiti X Factor, Tulisa Contostavlos, semalam memohon maaf kepada peminatnya dan mengaku klip video seks yang tersebar di Internet beberapa hari lalu adalah dirinya.

Penyanyi kumpulan N-Dubz berusia 23 tahun itu berkata, rakaman "detik intim" itu dibuat bersama bekas kekasihnya, Justin Edwards.

Kata Tulisa, deejay dikenal sebagai MC Ultra itu "mengkhianati" dirinya kerana memuat naik rakaman berkenaan di Internet.

"Saya benar-benar kecewa," katanya. Menurut Tulisa, apabila seseorang sanggup berkongsi "detik intim" bersama pasangan yang dicintai dan dipercayai, mereka tidak pernah bimbang rakaman itu akan dikongsi dengan orang lain.

Rakaman itu menggunakan kamera telefon berkualiti tinggi memaparkan Tulisa melakukan aksi seks lebih enam minit. Sebuah firma Internet mengenakan caj 3.90 pound (RM19) untuk sesiapa yang ingin memuat turun rakaman berkenaan, tetapi perkhidmatan laman sesawang itu didapati digantung beberapa jam kemudian. - TS




Gagal SPM, Minum Racun

Posted: 22 Mar 2012 08:25 PM PDT


[HM] ALOR GAJAH: Akibat kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh, seorang remaja nekad meminum racun di Durian Tunggal, di sini, pagi kelmarin.

Remaja berkenaan, E Premkumar, 18, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, remaja itu ditemui lemah oleh rakan sekolahnya di pekan berkenaan lalu dikejarkan ke hospital.

Bapa mangsa, K Eswaran, 45, berkata, dia menghantar anaknya ke sekolah di Durian Tunggal jam 10.30 pagi untuk mengambil keputusan SPM.

"Premkumar meminta saya pulang dulu dan memberikan RM20 kepadanya untuk belanja kerana memberitahu ingin keluar minum bersama rakannya.

"Saya difahamkan, ketika di pekan Durian Tunggal, anak saya mengasingkan diri daripada rakannya sebelum ditemui tidak bermaya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurutnya, dia difahamkan, anaknya itu mengalami tekanan emosi selepas gagal dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya dia tidak pula memarahinya atau memberi amaran kepadanya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan kerana sudah bekerja di kilang di Singapura sejak empat bulan lalu.

"Premkumar baru pulang dari Singapura sehari sebelum kejadian untuk mengambil keputusan SPM dan merancang pulang semula ke negara itu pada hari ini (semalam) bagi menyambung semula kerjanya.

"Saya tidak menyangka Premkumar sanggup bertindak sedemikian gara-gara kecewa keputusan SPM diperoleh," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan kejadian.



Tiada ulasan: