DIALOG RAKYAT |
- Rampasan dadah meningkat, kempen 6 Jahanam gagal
- Pilihan Raya kampus tertangguh, 100 mahasiswa berdemo
- "Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita" selepas ekspedisi jelajah warisan
- Najib kecewa pengkritik "cetek", tetapi...
- Asrama YS Mampu Tempatkan 1,500 Pelajar
- Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor
- Geran Selangorku Lulus 20 Projek Pembangunan
- Debat: Anwar, Raja Petra sudah bersedia, Najib bila lagi?
- PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar
- Azmin dedah Hassan Ali bazir RM300 ribu ubahsuai pejabat
- Daftar pengundi dua kali bukti SPR langgar prosedur
- Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu di Gombak
- Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
- Apakah kesalahan-kesalahan UMNO-BN yang Najib mohon dimaafkan?
- Lynas: Najib putar belit lagi, cuba tutup kesilapan sendiri
- Najib hilang kawalan ke atas Wanita: Kemarahan membara terhadap Shahrizat
- 'Sepatutnya tidak perlu desak Shahrizat undur'
- Exco Wanita Umno kesal Kamilia desak Shahrizat undur
- Gadis hilang ikut suami orang
- Gempa Bumi Di Mexico: Rakyat Malaysia Selamat
- Pelayan istana diberkas
- Youtube lancarkan khidmat setempatnya untuk Malaysia
- AUKU tidak terpakai di Mesir
- Demo bebaskan ustaz Hoslan Sabtu ini
Rampasan dadah meningkat, kempen 6 Jahanam gagal Posted: 23 Mar 2012 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Rampasan dadah yang berjaya dikutip Polis DiRaja Malaysia didapati meningkat tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2008 hingga 2010. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, rampasan dadah pada 2008 ialah RM260.87 juta meningkat kepada RM389.25 juta pada 2009. Jumlah itu terus meningkat kepada RM270.78 pada 2010, namun menurun kepada RM243.32 pada tahun 2011, katanya menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah). Mengulas mengenai statistik itu, Anthony berkata kes penyeludupan dadah di negara ini semakin serius walaupun kerajaan sejak dahulu "Dadah yang tak berjaya dirampas mungkin mencecah ratusan juta ringgit lagi. "Ini menunjukkan permintaan dadah semakin tinggi walaupun umum mengetahui hukuman seludup dadah adalah gantung sampai mati, namun masih ramai orang ambil risiko (menyeludup)," kata Ketua Pemuda DAP itu di lobi Parlimen di sini hari ini. Barang kes hilang Sehubungan itu, beliau menyeru Hishammuddin mengadakan sistem pemantauan yang lebih telus dan canggih untuk melupuskan rampasan dadah kerana tidak mahu apa-apa penyelewengan semasa pengendalian terjadi. "Pernah berlaku barang kes hilang dibawah jagaan polis. Ini bahan berisiko dan sensitif, saya gesa menteri beri perhatian khusus supaya Sementara itu, Hishammuddin dalam jawapannya turut menjelaskan pengendalian rampasan dadah semasa siasatan dijalankan, penyimpanan distor eksibit, pergerakan ke mahkamah dan pelupusan dadah tersebut tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan Arahan Pentadbiran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. |
Pilihan Raya kampus tertangguh, 100 mahasiswa berdemo Posted: 23 Mar 2012 03:50 AM PDT Kumpulan itu turut menyerahkan sekeping 'batu nisan' kepada pegawai KPT sebagai tanda simbolik demokrasi yang telah mati. PUTRAJAYA: Kecewa dengan Pilihan Raya Kampus yang ditangguhkan sehingga September depan, kira-kira 100 mahasiswa berdemontrasi di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini membantah keputusan tersebut dan mahu ia diadakan secepat mungkin. Kumpulan mahasiswa terbabit mula berkumpul secara aman di hadapan bangunan KPT selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk "Hidup Mahasiswa", "Kembalikan Autonomi Mahasiswa" sambil melaungkan 'hidup mahasiswa' dan 'hancur kezaliman'. Pilihan raya kampus sepatutnya bermula pada 26 Mac sehingga April depan tetapi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Sedangkan majoriti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) telah dibubarkan dan Jawatankuasa Pemilihan MPP baru sudah ditubuhkan, namun akhirnya turut dibubarkan atas alasan yang tidak munasabah. Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini berkata tindakan itu langsung tidak profesional, mengelirukan dan membelakangkan mahasiswa. Katanya, HEP memberikan alasan terpaksa ditangguhkan kerana mahu menyelarasakan pilihan raya serentak diperingkat Diploma dan Ijazah, selain menunggu pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang akan diputuskan di Parlimen bulan depan. "Sekiranya pilihan raya kampus sengaja dilewatkan sehingga sesi hadapan, keseluruhan kampus tiada barisan kepimpinan yang dipilih secara majoriti. "Sedangkan mahasiswa memerlukan sebuah pimpinan baru yang akan mengetuai perjalanan kampus. "Kesannya, banyak isu tertangguh yang tak mampu ditangani dengan baik," katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abdul Malik. Penjaga Eksekutif Kumpulan itu turut menyerahkan sekeping 'batu nisan' kepada pegawai KPT sebagai tanda simbolik demokrasi yang telah mati. Sementara itu, Mohd Syahid berkata pilihan raya kampus juga sepatutnya menjadi peluang terbaik mahasiswa belajar memahami proses demokrasi melalui kempen dan pengundian memandangkan 60 peratus daripadanya adalah pengundi muda Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13). Namun sebaliknya apabila BHEP menubuhkan Penjaga Eksekutif yang berfungsi sebagai orang tengah dan melantik pemimpin tanpa suara atau pandangan majoriti mahasiswa. "Mahasiswa yang dilantik dalam Penjaga Eksekutif sekarang dilihat kebanyakannya sudah semester akhir. "Kebanyakan mereka yang akan tamat tempoh pengajian pada hujung Jun depan, mereka sepatutnya fokus terhadap pengajian akademik dan tidak dibebankan dengan kerja mengurus yang terlalu banyak," katanya. Sekiranya pilihan raya kampus ini dijadikan senjata oleh pihak tertentu, katanya tidak hairan sekiranya mahasiswa berani bertindak lebih jauh dalam hali ini. |
"Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita" selepas ekspedisi jelajah warisan Posted: 23 Mar 2012 03:48 AM PDT Wong Swee Nee Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita telah ditubuhkan selepas satu ekspedisi menjelajah ke tanah warisan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kelmarin. Ekspedisi ini telah menjelajah ke Kampung Bandar Dalam, Kampung Baru, Tokong Mee Thor Gan, Jalan Sultan dan Kampung Kerinchi - tanah warisan yang bakal dimusnahkan untuk memberi laluan kepada projek mega seperti MRT, lebuh raya, kompleks membeli-belah dan bangunan pencakar langit. Kampung Kerinchi menjadi lokasi pertama yang dikunjungi dalam ekspedisi ini, diikuti dengan Jalan Sultan, Kampung Baru, Kampung Bandar Dalam dan diakhiri dengan Tokong Mee Thor Gan di Ampang. Satu upacara menulis kaligrafi telah dijalankan di tokong ini, malah Ishak Surin menurunkan tulisan dengan kaligrafi dalam bahasa jawi, "Pertahankan Warisan Kita". *Wong Swee Nee ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 18 Mac 2012. |
Najib kecewa pengkritik "cetek", tetapi... Posted: 23 Mar 2012 03:40 AM PDT Buat kali kedua Perdana Menteri Najib Razak tampil ke stesen radio bahasa Cina untuk rancangan temubual, kali ini di stesen 98.8, selepas wawancara bersama One FM pada tahun yang lalu. Ia semestinya ditafsir sebagai usaha Najib untuk mendampingi masyarakat Cina menjelang PRU 13, khususnya apabila tinjauan terbaru oleh Merdeka Center memperlihatkan tahap populariti Najib di kalangan responden Cina hanya mencatat 56%, terendah berbanding responden India (80%) dan Melayu (74%). *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
Asrama YS Mampu Tempatkan 1,500 Pelajar Posted: 23 Mar 2012 03:37 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan merobohkan asrama Yayasan Selango (YS) di atas Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) adalah bagi menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan dengan mengkomersial aset-aset sedia ada. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab pertanyaan Adun Paya Jaras (BN), Datuk Muhammad Bushro Mat Johor berkata Kerajaan Negeri juga sedang dalam usaha menempatkan pelajar ke sekolah berasrama penuh di tanah YS di Bestari Jaya. "Sekolah berasrama penuh itu terletak di sebelah Universiti Selangor (UNISEL) yang berpaya menempatkan lebih 1,500 pelajar. Ibu bapa boleh melihat perkembangan yang kita lakukan. "Soal tidak prihatin dengan nasib pelajar tidak timbul.Perlu kita lihat bagaimana perancangan masa depan, setiap tahun kita menjemput mereka yang menjadi ahli ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi melihat perkembangan yang dilakukan oleh Yayasan Selangor (YS). Akaun YS juga dibentangkan dan diaudit serta perancangan masa depan untuk YS," katanya. Beliau berkata dalam kajian beberapa tahun lalu, Kerajaan Negeri melihat kesusahan pelajar berulang-alik dari asrama ke sekolah-sekolah bestari sekitar Kuala Lumpur yang mengambil masa beberapa jam. "Kita bukan tidak efisyen,salah satu usaha yang kita lakukan, berjumpa dengan sekolah-sekolah dan menyewakan penempatan bukan turun naik bas setiap hari dalam keadaan yang tidak memuaskan," katanya. Tambahnya, keputusan menempatkan pelajar ke kawasan luar bandar itu juga dilihat berdasarkan keputusan penilaian pelajar YS lebih baik contohnya di Sabak Bernam dan Kuala Kubu Bharu. "Dengan wujudnya cadangan ini, penambahan pelajar akan dapat dilaksanakan berbanding dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghadkan hanya lima pelajar kerana memberi peluang kepada pelajar bandar sahaja. "Maka dengan itu, kita mempersoalkan apabila hanya 1,500 pelajar dibantu sedangkan kita patut tingkatkan dua kali ganda jumlah pelajar kerana peluang perlu diberikan kepada ramai pelajar yang memerlukan sokongan dan bantuan," katanya. Khalid berkata bagi merealisasikan impian untuk meningkatkan jumlah pelajar yang perlu diberi sokongan dan kajian juga telah dilakukan menunjukkan Kerajaan Negeri perlu membina asrama sendiri. Jelasnya, pembangunan yang akan dijalankan di atas tanah itu dirancang berasaskan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) yang dilakukan dalam jangka masa panjang iaitu dengan mengambil kira keuntungan berlipat ganda. Sebelum ini, Tanah seluas 7.5 ekar yang menempatkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin akan dibangunkan untuk cadangan pembangunan bercampur (komersial, kediaman dan hotel) di lot 544 dan 545. Pembangunan itu bertujuan untuk menjana sumber kewangan bagi pembangunan untuk projek jangka masa yang lebih terancang. |
Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor Posted: 23 Mar 2012 03:36 AM PDT SHAH ALAM : Barisan Nasional terutama Umno dilihat semakin resah gelisah dengan pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri sehingga sanggup menjalankan taktik kotor bagi menawan semula negeri ini, demikian ujar Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Antara yang paling 'ajaib' menurut Nik Nazmi ialah pertukaran daftar pemilih yang ditukar tanpa pengetahuan pendaftar. "Ada aduan yang saya terima daripada pemilih di Seri Setia yang namanya tiba-tiba ditukar ke Dun Damasara di bawah Parlimen Subang. "Pendedahan sebelum ini juga melibatkan Menteri Besar kita yang berubah ke Parlimen Lembah Pantai, juga tanpa pengetahuannya," jelas beliau. Selain itu, beliau turut menambah, kejayaan Selangor cemerlang dengan gaya pentadbiran yang telus dan berpaksikan kebajikan kepada rakyat. "Di Selangor kita ada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang menyediakan pelbagai program yang menguntungkan rakyat yang dilancarkan hanya 100 hari selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan di negeri ini. "Perkara ini tidak pernah terbayang oleh pemimpin BN sebelum ini, malah mereka mengkritik kita. Tetapi akhirnya mereka mencontohi dan menciplak langkah yang kita jalankan seperti program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM)," jelas Nik Nazmi. Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberian gula-gula oleh BN itu hanya bersifat one-off tidak seperti program MES bawah Kerajaan Negeri yang berterusan. "Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Jawatankuasa Khas seperti SELCAT untuk menonjolkan sifat kebertanggungjawaban Kerajaan Pakatan terhadap rakyat," kata Nik Nazmi. |
Geran Selangorku Lulus 20 Projek Pembangunan Posted: 23 Mar 2012 03:32 AM PDT SHAH ALAM : Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan 20 projek pembangunan insfrastruktur serata Selangor dengan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama. Projek yang diluluskan ini antaranya bertujuan untuk menurap semula jalan dan membaiki jalan termasuk pemasangan lampu jalan dan pembinaan longkang di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang, dan Kuala Langat. Menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek insfrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR). "Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek insfrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu. Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek insfrastruktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta. |
Debat: Anwar, Raja Petra sudah bersedia, Najib bila lagi? Posted: 23 Mar 2012 03:30 AM PDT Oleh: Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Bloger kontroversi Raja Petra Kamaruddin menyatakan kesediaan menyertai debat yang dianjurkan Wikileaks. Bercakap dalam blog Malaysia Today beliau hanya mahu berdebat dengan Anwar dan Najib berkaitan isu-isu Islam. "Jika saya bersetuju untuk berdebat dengan Anwar dan Najib dan memilih Islam sebagai subjek untuk dibahaskan adakah kedua-dua personaliti ini bersetuju untuk berdebat?" katanya dipetik dalam blog beliau. Raja Petra berkata, beliau memilih untuk berdebat mengenai Islam kerana Umno selama ini mendakwa mereka adalah parti yang kuat memperjuangkan Islam. Subjek itu juga ada kaitan dengan pengalamannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan menghina Islam. "Islam boleh dihina? Oleh itu, anda boleh ditahan tanpa bicara untuk menghina Islam? Apakah Islam? Adakah tafsiran Umno dan Pakatan Rakyat tentang Islam betul atau cerita dongeng semata-mata?" katanya. Semalam Anwar dilaporkan sedia berdebat dengan Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan Wikileaks. Assange menghubungi Anwar melalui twitter untuk menganjurkan debat antara mereka bertiga yang akan dihoskan oleh Assange sendiri. Sebelum ini Anwar diwawancara Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global. Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu. Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Assange sahaja. |
PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar Posted: 23 Mar 2012 03:29 AM PDT Oleh: Masdar Wahid PORT DICKSON : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga. "Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang. "Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu. Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. "Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun. "Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998. Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara. "Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya. Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat. Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer. Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu. |
Azmin dedah Hassan Ali bazir RM300 ribu ubahsuai pejabat Posted: 23 Mar 2012 03:27 AM PDT KEADILAN DAILY SHAH ALAM : Bekas Exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didedahkan membazirkan ratusan ribu mengubah suai pejabatnya ketika memegang jawatan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. Semasa perbahasan titah diraja, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau. "Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya. Azmin, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan, lapor Malaysiakini. |
Daftar pengundi dua kali bukti SPR langgar prosedur Posted: 23 Mar 2012 03:26 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR-Jawapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung kontroversi pengundi bernama Zarina Abu Tausi yang didaftar dua kali membuktikan suruhanjaya itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Merujuk jawapan seorang pegawai SPR kononnya nama itu pengundi biasa yang memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir (PTH), beliau berkata, pegawai itu sepatutnya tahu prosedur penukaran pengundi untuk menjadi PTH. "SPR perlu memaparkan nama pengundi telah dipadam dalam senarai pengundi biasa, dan pada masa sama memaparkan (status) PTH pada permohonan yang kedua," katanya dalam satu kenyataan. Dalam kes Zarina dan beribu-ribu pengundi lain, Fuziah berkata, mereka dipadam dalam senarai pengundi biasa tetapi dalam masa sama memaparkannya sebagai pengundi baru. Semalam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan taktik terbaru SPR melakukan pendaftaran satu nama dua alamat iaitu dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan. Nama Zarina sebelum ini didakwa berada dalam daftar induk sebagai pengundi biasa tetapi telah memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir pada 20 Disember 2011 kerana suaminya berkhidmat dalam tentera. Mengulas perkara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, beliau tidak menolak nama-nama yang tidak dipadamkan, boleh mengundi dua kali walaupun daftar sebagai PTH. "Prosedur yang digunakan SPR ini terbuka kepada penyalahgunaan dan kemungkinan ia dimanipulasikan adalah tinggi," katanya. |
Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu di Gombak Posted: 23 Mar 2012 03:21 AM PDT Oleh: Norutul Ilham SHAH ALAM – Resam Umno BN apabila memegang kuasa sesebuah negeri, pastinya ada tanah rizab Melayu dijadikan harta sendiri dengan menjualnya sesuka hati. Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, mendedahkan penyelewengan melibatkan tanah rizab Melayu di kawasannya. "Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu kes kerakusan Umno di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang. "Sejumlah 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Bagaimanapun katanya, syarikat berkenaan gagal membangunkan tanah itu dan tidak mahu menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut ditukar. "Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor. "Hal ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini. "Satu lagi amalan yang sering kali dilakukan pentadbiran Umno dalam menguruskan Tanah Rizab Melayu ini adalah dengan menukar tanah rizab di kawasan bandar dengan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," ujar beliau. Sebaliknya kata Azmin, sepanjang empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR tetap mengekalkan Tanah Rizab Melayu demi kepentingan kaum itu. "Kerajaan PR terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang diberikan rakyat. Oleh itu, adalah diharapkan agar kerajaan negeri dapat merangka satu pelan strategik pengurusan tanah rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," katanya. |
Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis? Posted: 23 Mar 2012 03:14 AM PDT Kami cukup tertarik dengan saranan Sultan Selangor baru-baru ini supaya tanah rizab Melayu dipertahankan. Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini. Dahulu British telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar sebagai tanah rizab Melayu. Sekali lagi 3 juta hektar. Sebab apa British berbuat begitu? Sebab….British tidak mahu orang Melayu terasa seperti ditindas hidup di negara sendiri. Itu dahulu, angkanya masih lagi 3 juta hektar. Sekarang? Bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.
Undang-undang Tanah Rizab Melayu mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Tanah Rizab Melayu Dipelihara : 2 objektif Asal Undang-undang Tersebut :
Bagaimana tanah rizab Melayu semakin mengecil? Ini kerana jikalau "orang lama" masih ingat lagi dahulu, di mana melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.
Undang-undang asalnya sebelum "berjaya" dipinda, kerajaan sama sekali tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah rizab Melayu, tidak boleh sama sekali. Melainkan diambil tanah tersebut untuk tujuan menyediakan kemudahan awam, sekolah dan hospital. Yang…itu boleh. Dua perkara besar yang telah diubah itulah telah menyebabkan menyebabkan tanah rizab Melayu semakin berkurangan.
Kehilangan tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur amat menakutkan apabila tanah rizab Melayu sejak tahun 1957 hanya tinggal 5.1% sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Kebanyakan modus operandinya adalah dengan mengambil tanah rizab Melayu dan ditukarkan kepada status komersial. Akhirnya, ramai jadi kaya atas "skim cepat kaya" ini. Kami tidak menolak pembangunan tetapi biarlah kita melihat melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera (tanah rizab Melayu) akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan. |
Apakah kesalahan-kesalahan UMNO-BN yang Najib mohon dimaafkan? Posted: 23 Mar 2012 03:10 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Gimik politik Datuk Seri Najib Razak yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas "kesalahan-kesalahan" lampau UMNO dan Barisan Nasional masih kabur kerana tidak pernah diakui secara khusus kesilapan-kesilapan kerajaan. Justeru, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengambil langkah untuk membantu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN dengan memperjelaskan kesalahan serta kesilapan Najib terhadap rakyat Malaysia. "Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN…biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menyenaraikan beberapa kesalahan dan kesilapan Najib: 1. Merampas kuasa pemerintahan secara haram dari kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang bertentangan dengan Perlembagaan yang Najib sendiri telah merancang dan melaksanakannya. 2. Kegagalan Najib mempertahankan dasar 1Malaysia timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian. 3. Politik hipokrisi di mana Najib berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa tetapi mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh pecacai UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. 4. Ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan Putrajaya sebagai tampuk kuasa UMNO. 5. Bertambahnya kejadian-kejadian keganasan terhadap ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang peserta perhimpunan aman anti-Lynas di Sudut Pidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak polis berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka. 6. Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri. 7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap orang yang terlibat dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, dan juga V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa. 8. Munculnya kembali politik Mahathirisme walau pun generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC. 9. Politk rasuah, kronisme dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd dengan konsesi selama 60 tahun. 10. Keengganan kerajaan UMNO-BN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri. 11. Salah urus perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu yang bertujuan menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil, dengan kerajaan UMNO-BN memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, sementara kumpulan pelampau dan ekstrem dibiarkan menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama. 12. Kegagalan Najib untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara, termasuk kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara, SPRM, SPPR, dan sebagainya. Menurut Kit Siang, banyak lagi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib sendiri dalam tempoh 35 bulan ini yang perlu beliau minta maaf. "Dan kita belum lagi menceritakan kesalahan-kesalahan lampau yang dilakukan oleh BN yang mengakibatkan keputusan pilihan raya umum paling teruk baginya dalam tahun 2008. "Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah 'demokrasi paling baik di dunia', beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan PRU yang akan datang sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?" soal beliau.- Roketkini.com |
Lynas: Najib putar belit lagi, cuba tutup kesilapan sendiri Posted: 23 Mar 2012 03:08 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memutarbelitkan kenyataan sendiri apabila mengakui bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas adalah penting untuk "membuat keputusan" mengenai pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Sedangkan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada 17 Mac lalu dengan jelas menyatakan PSC tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan tentang loji Lynas. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan untuk berubah nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan "dasar kuat untuk membuat keputusan" mengenai Lynas adalah "flip-flop" yang bertentangan kenyataan beliau sendiri pada 17 Mac lalu. "Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan Pakatan Rakyat untuk memboikot PSC itu. "Namun begitu, "flip-flop" yang berlaku ini menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17 Mac sebagai berkata: Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya "kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai". Menurut Guan Eng, dengan berpandukan kepada kenyataan Najib pada 17 Mac itu, DAP dan Pakatan Rakyat memilih untuk tidak menyertai PSC semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu Barisan Nasional untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat. "Melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. "Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam. Dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan," ujarnya. Setelah Pakatan Rakyat enggan menyertai PSC, Najib memutarbelitkan kenyataannya sendiri dengan mendakwa kononnya beliau tidak faham mengapa PR membantah usul penubuhan jawatankuasa itu. Alasan terbaru Najib adalah kononnya isu Lynas memerlukan penyelesaian yang menjangkau politik kepartian yang perlu ditangani semua pihak. Ia jelas bertentangan dengan kenyataan beliau pada 17 Mac lalu. Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagain mendesak Najib supaya menarik balik kenyataannya pada 17 Mac untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya, termasuk yang dinyatakannya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa kerajaan BN tidak akan membenarkan loji Lynas beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. "Untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib juga mesti memberi arahan hentikan kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut," tambahnya. Menurutnya, kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar. – Roketkini.com |
Najib hilang kawalan ke atas Wanita: Kemarahan membara terhadap Shahrizat Posted: 22 Mar 2012 05:21 PM PDT Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Lebihkurang 2 minggu lepas,Najib memuji keputusan Shahrizad untuk meletak jawatan sebagai menteri kabinet tetapi mengekalkan jawatan ketua wanita,dengan mengatakan ianya langkah yang wajar. Beliau membeza kan kedau jawatan tersebut dan menyeru ahli Wanita terus menyokong Shahrizat. "Berkenaan kes NFC, debat nya ialah jawatan beliau sebagai menteri dalam kabinet," Bernama melaporkan Najib berkata demikian pada 11 Mac. " Berikan beliau sokongan dan kerjasama kerana beliau (Shahrizat) telah memberi komitmen dengan memimpin Wanita Umno dan merubah pergerakan itu kepada sebuah jentera penting untuk pilihanraya umum." Kembali menyerang balas Komen Najib mencetus korus segera dan maklumbalas dari pak turut, malahan dari timbalan Shahrizat sendiri,Kamilia Ibrahim, yang baru-baru mengecam beliau kerana mencemari Umno,terus menunggu giliran dalam barisan.Bagimanapun, ini berlaku sehari sebelum perjumpaan khas dimana Shahrizat dan Najib sepatutnya berucap kepada 7,000 perwakilan wanita. Kamilia kembali menyerang balas. "Bila dana rakyat digunakan, ia membabitkan rakyat.Rakyat melihat nya sebagai isu nasional yang mencemar imej kerajaan.Rakyat mula mempersoalkan bagaiman NF Corp boleh memperolehi pinjaman sebesar itu dengan hanya 2% kadar faedah dan lima tahun tempoh sebelum membayar semula bila sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman," The Star melaporkan Kamilia berkata demikian. "Dan mereka mempersoalkan bagaimana NF Corp bolleh membeli kereta dan unit2 konda dengan pinjaman yang sepatutnya digunakan membeli lembu2. Kredibiliti kita dalam bahaya'"Saya telah turun ke akar umbi dan inilah yang diperkatakan oleh mereka. Mereka sukar berjumpa orang ramai bila imej pemimpin (Shahrizat) telah tercemar.Rakyat mempersendakan Wnaita dan memanggil kami lembu," Wanita kar umbi berkata susah nak kerja.Dan pembangkang memberitahu kami supaya tidak buat apa apa mengenai nya kerana ia memudahkan kerja mereka (untuk pilihanraya akan datang).Sebagai pemimpin,kami mesti mendengar apa yang dikatakna akar umbi," Keluarga Shahrizat diberi projek pembiakan lembu NFC oleh kerajaan Umno BN pada tahun 2006. Suami nya didakwa kerana jenayah pecah amanan dan tuduhan beliau dan 3 anaknya menyalahgunakan kuasa dan melaburkan keluar wang dari RM250 juta pinjaman kerajaan kepada akaun peribadi dan mendapatkan pinjaman untuk memberli kondo mewah dan pajakan pasaraya. Keengganan Najib mengambil tindakan segera memburukkan keadaan sementara pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin terus mendedahkan dakwaan demi dakwaan terhadap keluarag Shahrizat,dengan Rafizi berkata maklumat yang diterimanya dari pemberi maklumat yang rasa malu dengan gaya hidup mewah keluarga Shahrizat bakal mengambil masa 2 tahun untuk didedahkan sepenuhnya. Situasi semakin buruk bila didedahkan pengarah NFC telah membeli kondo mewah benilai RM 1.7 juta di Kazakhstan, menimbulkan spekulasi ia ialah hadiah perkahwinan anak perempuan, yang baru2 ini berkahwin dengan seorang ahli kelaurga berpengaruh dari Kazakhstan. Kaitan kepada Najib mengharuskan tindakan segera dan dalam beberapa hari saja, Salleh Ismail,suami Sharizat dan pengerusi NFC, akhirnya didakwa jenayah pecah amanah. Najib kini hilang sokongan dari Wanita Para pemerhati Umno menyatakan Najib kini bimbang tentang rasa tak pus hati yang bertambah dikalangan ahli Wanita dan akibat negatif terhadap beliau dan keluarga kerana hartanah di kazakhstan. Malahan beliau mungkin silap jangkaan kawalannya terhadap Wanita , yang di masa lepas adalah penyumbang utama kepada bank pengundi BN. Akhbar kawalan kerajaan,The Star melaporkan beberapa ketua bahagian Umno sudah bosan dengan kes NFC dan mereka meminta ketua ketua Wanita tidak menghadiri perjumpaan Jumaat ini. Akibatnya, ibupejabat Wanita Umno mengarahkan semua bahagian menghantar sekurang kurangnya 40 wanita untuk meramaikan kehadiran. Sekarang,Kamilia menggesa Sharizat supaya meletak jawatan bila jawatan dalam Kabinet nya tamat tempoh pada 8 April ini, daripada menunggu sehingga Umno mengadakan pemilihan dan pilihanraya umum pada tahun ini. Bagaimana pun beliau segera meyakinkan yang beliau akan patuh kepada keputusan Najib. "Saya akan sokong PM> Beliau ialah presiden parti.Saya akan patuh kepada keputusan nya dan mainan peranan saya dan fokus pada pilihanraya umum," kata Kamilia. Bila tangan yang menghayun buain itu tiada kesedaran diri Pemerhati Umno agak sinis dalam maklumbalas mereka, dan percaya bahawa satu drama lagi akan meletuskan bisul jika ianya meletus Jumaat ini dan memalukan najib. Ini lah sebab Kamilia mengecam Shahrizat-untuk memuaskan hati golongan yang marah dengan Shahrizat dan akan menenangkan mereka. "Silapnya sendiri kerana merendah-rendah kan Wanita Umno.Shahrizat tidak akan letak jawatan.Perlantikan sebagai Senator akan tamat 8 April bersama dengann jawatan kabinetnya.Jadi jangan jadi bodoh dengan drama yang disokong oleh Najib dan selurun majlis tertinggi Umno untuk mengaburi mata akarumbi," kata Timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. "Lebih baik bagi Umno dan rakyat Malaysia dikecualikan dari dimalukan jika Najib meminta Shharizat menyerahkan jawatan Kabinet nya sebaik saja PKR membuat laporan kepad SPRM dan menghantar bukti dokumen2 bersama dakwaan tersebut. Najib patut menyerahkan kepada Wanita untuk memutuskan sendiri apa yang patut dilakukan kepada Sharizat, daripada cuba memanipulasi mereka ke situasi politik terbaik untuk beliau dan Shahrizat.Sekarang rakyat berkata Wanita di kawal oleh lelaki dan tiada kesedaran dan suara sendiri."Malaysia Chronicle |
'Sepatutnya tidak perlu desak Shahrizat undur' Posted: 22 Mar 2012 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul. |
Exco Wanita Umno kesal Kamilia desak Shahrizat undur Posted: 22 Mar 2012 05:14 PM PDT SHAH ALAM - Exco Wanita Umno menyifatkan kenyataan dikeluarkan Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur dari jawatan itu sebagai pandangan peribadi. |
Posted: 22 Mar 2012 05:07 PM PDT KOSMO KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.
"Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan. "Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya," kata beliau di sini semalam. Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer. Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an. Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu. |
Gempa Bumi Di Mexico: Rakyat Malaysia Selamat Posted: 22 Mar 2012 05:05 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Mexico mengesahkan semua kakitangan Malaysia di kedutaan itu selamat dan tidak terlibat dalam kejadian gempa bumi dekat sempadan antara selatan Oaxaca dan Guerrero. "Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menetap di kedua-dua negeri tersebut," kata Kementerian Luar menerusi satu kenyataan, Khamis. Selasa lepas, satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 7.4 melanda Mexico dengan gegaran turut dirasai di Mexico City, yang terletak 320km dari pusat gegaran. Gempa bumi itu mengakibatkan 60 rumah di kawasan berdekatan pusat gempa runtuh manakala 800 rumah yang lain rosak. Tiada kematian dilaporkan akibat gempa itu. - BERNAMA |
Posted: 22 Mar 2012 05:03 PM PDT KLANG 22 Mac - Kelicikan seorang pelayan istana sejak 2010 mencuri barang pameran bersejarah diperbuat daripada emas bernilai lebih RM200,000 di Istana Alam Shah di sini, terbongkar apabila dia akhirnya diberkas polis minggu lalu. Suspek yang berusia 47 tahun diberkas selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyedari barang pameran itu yang merupakan cenderahati daripada rakyat berketurunan Cina di negeri ini kepada nenda dan ayahanda baginda sejak 1950-an hilang. Barangan yang hilang adalah 17 bilah gunting dan kunci emas yang antaranya dihadiahkan semasa Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merasmikan sebuah bangunan di Klang dan sebuah replika ketam yang diperbuat daripada emas yang dihadiahkan penduduk Pulau Ketam semasa lawatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke sana. |
Youtube lancarkan khidmat setempatnya untuk Malaysia Posted: 22 Mar 2012 04:58 PM PDT Oleh NURULANUAR MANSOR KUALA LUMPUR - Para penggemar dan pengguna laman perkongsian video, YouTube di Malaysia kini boleh menjalankan carian kandungan tempatan yang paling releven bagi mereka dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana, penyedia platform komuniti perkongsian video itu telah melancarkan khidmat setempatnya di Malaysia semalam. Menurut Pengarah Pengurusan Produk YouTube Asia Pasifik, Adam Smith, pengguna di negara ini kini boleh menggunakan khidmat setempat tersebut dengan hanya memilih 'Malaysia' sebagai tetapan lokasi atau melayari www.youtube.com.my . Smith menjelaskan, pihaknya memutuskan untuk mengadakan khidmat setempat khusus untuk Malaysia berdasarkan trend penggunaan yang semakin meningkat sehingga ada yang kini telah dikenali di peringkat antarabangsa. "Versi setempat khas untuk Malaysia ini bakal membolehkan lebih ramai lagi bakat tempatan seperti Zee Avi, Yuna, Tenderfist dan Mizz Nina. "Harapan ini boleh dicapai kerana versi khas ini memudahkan pencipta kandungan dan pengguna tempatan saling berinteraksi serta saling mencari," jelas beliau. Bersempena dengan pelancaran YouTube Malaysia, dua syarikat media dan muzik tempatan iaitu Astro dan KRU Studios telah menjalinkan perjanjian perkongsian bagi memudahkan pengagihan kandungan serta meningkatkan jumlah penonton kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 22 Mar 2012 04:53 PM PDT KL TODAY Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menggesa kerajaan Terengganu menarik semula pembatalan pinjaman pelajaran kepada beberapa pelajar Malaysia di Mesir yang terlibat dengan demonstrasi Bersih 2.0 dinegara itu sebelum ini.Timbalan Presidennya, Mohd. Asri Md. Daud mendakwa, tindakan tersebut menyebabkan proses pendidikan dan pelajaran yang sedang dilalui mahasiswa di Mesir terbabit terbantut. "ILMAM dimaklumkan pada Februari lalu seramai sembilan pelajar menerima surat dari Yayasan Terengganu menyatakan penamatan perjanjian pinjaman pelajaran berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah yang bersidang pada 18 Disember 2011. "ILMAM kesal di atas tindakan itu kerana usaha untuk melahirkan generasi ummah melalui golongan agama sepatutnya di pandang tinggi. Ksinambungan generasi ulama dan professional adalah aset utama negara.," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Mohd. Asri seterusnya mendakwa, penafian hak pinjaman terhadap pelajar terbabit juga menunjukkan seolah-olah Akta Universiti dan Kolej Universiti wujud di luar negara sedangkan perkara itu tidak terpakai kepada mahasiswa luar negara. Sehubungan itu, katanya, ILMAM berusaha mengumpulkan dana bagi membantu sembilan mahasiswa tersebut dan rombongan ILMAM akan bertolak ke Mesir hujung bulan ini bagi mengetahui situasi sebenar serta menyampaikan dana tersebut. Justeru, katanya, ILMAM menggesa kerajaan negeri meneruskan pinjaman itu kepada mahasiswa terbabit bagi memastikan kesinambungan pengajian dapat berjalan dengan baik dan sempurna. "Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," tegas Ahmad. |
Demo bebaskan ustaz Hoslan Sabtu ini Posted: 22 Mar 2012 04:52 PM PDT Beberapa NGO akan mengadakan perhimpunan aman menyokong pembebebasan Imam Hoslan Hussinyang pernah membaling kasut kearah panel hakim Mahkamah Persekutuan. Berhimpun di Masjid Wilayah Jalan Duta pukul 2 petang Sabtu ini selepas solat Zohor, Jingga 13 merancang untuk berarak ke Istana Negara Jalan Duta bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Koordinator Jingga 13 Faris Musa berkata perarakan ke Istana Negara bertujuan menuntut keprihatinan Yang Di-pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Hoslan. "Hukuman yang dikenakan terhadap Hoslan itu menyembunyikan isu sebenar kes itu iaitu dakwaan penyelewengan dana Masjid Ar-Rahimah," tegas beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau juga menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaffar. Sehubungan itu, Faris menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati dengan nasib bekas imam Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan yang terpaksa berpisah dengan isteri dan tujuh orang anaknya agar turun beramai-ramai pada himpunan tersebut. Himpunan tersebut turut dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Pusat, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim). Bawa dalam sidang Parlimen Sementara itu, Firdaus berkata isu Imam Hoslan itu akan dibawa ke sidang Parlimen sama ada ketika perbahasan atau celahan bagi mendapatkan penjelasan daripada Menteri Agama. "Sekiranya ada penyelewengan dana masjid yang ingin didedahkan, kita sedia membantu jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," tegas beliau. Hoslan dikenakan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yangdipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin selepas panel itu menolak permohonannya untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. Pendedahan yang dibuat Hoslan menyebabkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan memintanya mengosongkan kuarters. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan