Selasa, 20 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ayah Pasang Kamera RAKAM Anak Remajanya Mandi

Posted: 20 Mar 2012 08:00 AM PDT


adelaidenow.com.au menyiarkan berita seorang lelaki berusia 50 tahun di Adelaide, Australia yang memasang sebuah kamera rahsia untuk merakam aksi anak perempuannya di bilik mandi. Apabila ditanya, lelaki itu tidak dapat menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bahan pornografi kanak-kanak dan satu tuduhan merakam filem sumbang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Selain itu, polis turut menemukan lebih daripada 2000 fail komputer semasa serbuan yang dibuat sekitar bulan Jun tahun lalu.

Peguamnya Michael Lutt, memberitahu sebuah Mahkamah Daerah bahawa anak guamnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dan atas sebab itu, dia banyak menghabiskan masa melayari internet. Situasi tersebut telah mendorongnya melihat bahan pornografi.

"Keadaan defendan umpama berkonflik dengan kelakuannya sendiri," katanya.

"Dalam dua situasi, dia telah membaling cakera keras jauh-jauh kerana tidak mahu melihat imej-imej tersebut."

Lutt berkata lelaki itu merakamkan empat kejadian berasingan di bilik mandinya dan menyimpannya  bersama-sama dengan koleksi imej yang dimuat turun dari internet.

"Defendan mengaku bahawa beliau memasang sebuah kamera di bilik mandi keluarga rumah tersebut," katanya.

"Lelaki itu pada dasarnya tidak dapat menjelaskan sebab yang mendorong dia terlibat dalam kelakuan tersebut."

Lelaki itu ditahan sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman minggu depan. -DCM



P/s: Berahi terhadap anak sendiri. Gila!!!!!

Kerana Minta Cerai, Suami Gigit & Telan Puting Payu Dara Isteri

Posted: 20 Mar 2012 07:00 AM PDT


[BH] SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara. 

Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.  

Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.

Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.

Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi.



Skandal Scorpene: Najib, Razak Baginda, dan Keluarga Altantuya Mungkin Dipanggil Beri Keterangan di Perancis

Posted: 20 Mar 2012 06:11 AM PDT


Scorpene: Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil

[KD] KUALA LUMPUR 20 Mac: Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

"Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian," kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol.

Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.

Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.

"Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu," katanya.

Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009.


Scorpene: Najib perlu ke mahkamah Perancis

 
[KD] KUALA LUMPUR 20 Mac: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ke Mahkamah Perancis berkenaan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

"Sebagai Menteri Pertahanan ketika pembelian dilakukan, kemungkinan besar nama beliau akan disebut, dan beliau harus akur sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.

"Seperti di Malaysia, mengingkari arahan mahkamah akan dianggap menghina mahkamah, dan ia adalah satu kesalahan jenayah dan waran tangkap boleh dikeluarkan," kata Sivarasa yang merupakan seorang peguam.

Sivarasa turut berkata, sebagai pegawai tertinggi negara, Najib harus menghormati undang-undang Perancis dan menjaga imej Malaysia.

Menurutnya lagi, apabila inkuiri terbuka bermula, maklumat-maklumat terperinci dan cuba disembunyikan sebelum ini, seperti individu yang terlibat, akan didedahkan kepada rakyat.

"Begitu juga dengan pembunuhan Altantuya. Walaupun kes bunuh itu tiada kaitan secara langsung, namun penglibatan beliau dalam proses transaksi menjadikannya sangat relevan untuk dibangkitkan," jelas beliau.

Mengulas isu sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada dibuat berkenaan kes ini sebelum ini.

Namun katanya, kerajaan tidak memiliki iltizam politik untuk membongkar kes ini sehingga ke akar umbinya.

"Apatah lagi dengan keadaan SPRM yang berada di bawah telunjuk pemerintah. Kita tahu SPRM tidak boleh mendakwa sekiranya tidak mendapat kelulusan Peguam Negara.

"Walhal, ini adalah kes serius, sehinggakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu membangkitkan perkara ini di Parlimen dahulu", kata Shamsul lagi.

Pembelian kapal selam Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dan terlibat dalam pembunuhan model Altantuya Sharibuu, menerima komisyen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.

Susulan itu, NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu..

Baru-baru ini, Mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka berkenaan kes ini, untuk menyiasat pegawai-pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Daim RAMAL BN Hanya Selamat di 3 Negeri

Posted: 20 Mar 2012 05:49 AM PDT

 
[MK] Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

Kali ini, ketika ditemu bual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".
 
 

Anwar Tuntut RM100 Juta daripada Nalla, Notis Mohon Maaf daripada Utusan Fitnah Dirinya BIASEKSUAL

Posted: 20 Mar 2012 05:45 AM PDT


[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Surendran juga berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan.

"Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.


P/s: Saya suka jika Anwar mula bertindak begini! Usah terlalu berlembut dan memberikan muka kepada kaki fitnah.

 

Layan Pelanggan 20 Orang Sehari, Pendapatan Keseluruhan Cuma RM40

Posted: 20 Mar 2012 05:00 AM PDT



[Kosmo] DHAKA - Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.

Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan 'panas' itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.

Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.

"Saya lebih berisi setelah mengambil 'ubat' ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari," kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.

Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.

Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.

Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.

Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.

Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat. - Reuters



Kerajaan Negeri Jawab Fitnah Tanah Rizab Melayu Tergadai di Kelantan

Posted: 20 Mar 2012 02:15 AM PDT

[HD] Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan.

Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar.

Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh.

Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut.

Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan.

Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).
Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996,  Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu.

Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya.



Salam hormat.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan


P/s: Orang UMNO kena cermin diri. Sudah berapa banyak tanah rizab Melayu tergadai. Cuba lihat di kawasan Lembah Kelang.

Cuba lihat contoh di bawah ini:

  MB Selangor berjaya menyelamatkan tanah rizab Melayu yang cuba digadaikan oleh UMNO Puchon:

 
 

Hanya Seorang Anak Temui Ibu yang Sedang Nazak

Posted: 20 Mar 2012 01:47 AM PDT


[HM] KUALA LUMPUR: Suasana hiba menyelubungi sebuah pusat perubatan di sini apabila pesakit barah hati, Rossanah Abdul Manan, 44, yang terlantar nazak mengalirkan air mata apabila dikunjungi seorang daripada empat anaknya, semalam.

Rossanah yang kini tidak lagi mampu bergerak dan bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak tiga minggu lalu menangis sebaik saja anak bongsunya dikenali sebagai Amin, 13, mengusap lengannya ketika mereka bertemu buat pertama kali sejak terpisah 10 tahun lalu.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Amin ketika ditemui Harian Metro.

"Amin seronok dapat jumpa Mama," katanya. 

Harapan wanita berkenaan untuk bertemu empat anak lelakinya yang terpisah sejak 10 tahun lalu akhirnya termakbul selepas ceritanya disiarkan di muka depan akhbar ini semalam.  



P/s: Di mana lagi tiga orang anak wanita ini? Tidak kah mereka tahu bahawa ibu mereka kini nazak?

Berita berkaitan di sini.




Nasib Janda Muda, Sudahlah Disamun, Dirogol Bergilir-gilir Pula

Posted: 19 Mar 2012 11:45 PM PDT


[Kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang janda anak satu yang berhasrat untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suaminya ditimpa malang apabila dia bukan sahaja disamun, malah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki di kawasan Bukit Raja, Klang, Selangor kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku apabila janda muda berusia 20 tahun itu didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM150.

Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari kawasan dia disamun sebelum dirogol.

Sumber memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja.

"Wanita tersebut yang telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini tinggal di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan 
datang ke rumah saudaranya di kawasan tersebut untuk memulakan hidup baharu sejak dua minggu lalu," katanya.


 P/s: Malaysia negara paling selamat? Statistik jenayah menurun? Kah kah kah!



Jurutol Dicabul dengan RAKUS

Posted: 19 Mar 2012 09:00 PM PDT


[SH] SHAH ALAM – Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.

Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.

Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.

Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.

"Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.

"Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.

"Mangsa kemudiannya mem­buat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang," katanya.

Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.

"Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.


Wanita yang Dikaitkan dengan Kontroversi Ustaz Badrulamin Mohon Fasakh

Posted: 19 Mar 2012 07:32 PM PDT

 
[Kosmo] ROMPIN – Seorang wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin di sini semalam.

Sebaliknya, Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di sini memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Wanita itu yang hadir ke mahkamah seorang diri membuat tuntutan notis tarik balik tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Kassim Pilus di dalam kamar hakim.

Bagaimanapun, semasa ditemui pemberita, Izatil tidak menyatakan alasan tertentu berhubung tindakan menarik balik permohonan cerai tersebut.

"Saya terpaksa tarik balik tuntutan tersebut (permohonan cerai) kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya ringkas.

Dia yang mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan tahun hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala suaminya, Fazli, yang merupakan seorang guru tidak kelihatan.

Tiada ulasan: