Selasa, 20 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Lelaki Ini Asyik Ketawa Sejak Menjalani Pembedahan

Posted: 20 Mar 2012 09:57 AM PDT




Ini betul-betul kes naya.

Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu.

Entah di mana silapnya, sejak daripada pembedahan itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa!

Walaupun isterinya sampai naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa…malah ketika isterinya marah pun, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.

Pakar perubatan sehingga kini masih 'kebingungan' dengan keadaan tersebut tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.

Namun ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa, bukan itu saja, dia juga akan menitiskan airmata….iaitu ketika lagu kebangsaan negara itu berkumandang.

Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.

Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan itu, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut.

Tabiat suka ketawa Bosse, kata isterinya, membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.

Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa itu?

" Ketawa itu kan normal," kata Bosse sebelum kembali ketawa. Aduhhhhhhh…… – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

APA CELUP ANJING MULA MENYALAK?

Posted: 20 Mar 2012 05:26 AM PDT



DEY MACHA!!!
INI OLANG CALI MAKAN OOOOOO....
CAKAP BELIT SANA BELIT SINI..
JANJI MASYYUUKKK..
KAH! KAH! KAH!

UMNO SUDAH BIKIN ITU DEWAN NEGARA SELUPA TONG SAMPAH
LANTIK EZAM,LANTIK NALA,LANTIK SHARIZAT
LAGI KUAT LU KUTUK ANWAR
LAGI BOLEH LU JADI SENATOR
KAH! KAH! KAH!

LA NI MASA DAH TIBA UNTUK MENYALAK
SEBAGAI UCAPAN TERIMA KASIH
PASAI DAPAT JADI SENATOR
LU TOLONG GUA, GUA TOLONG LU
U HELP ME, I HELP U KATA AHJIB GOR
KAH! KAH! KAH!

OLANG TUA-TUA KATA
KALAU ANJING MULA MENYALAK
TANDANYA ITU PILIHANRAYA SUDAH DEKAT
KAH! KAH! KAH!


Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual

Ahli Dewan Negara Datuk S Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

nallakarupan interview 231107 respondBercakap pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kuala Lumpur, petang semalam, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, Utusan Malaysia pula melaporkan Nallakarupan secara terbuka mendakwa Anwar sebagai seorang biseksual.

Ini, katanya, berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan ketua umum PKR itu sebelum ini.

nallakarupan interview 230307 nalla anwar ibrahim shaking handsMenurut akhbar milik Umno itu lagi, Nallakarupan mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita.

''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya.-MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

JURUTOL DIIKAT SEBELUM DICABUL

Posted: 19 Mar 2012 10:43 PM PDT


20 Mac 2012
SHAH ALAM – Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.

Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.

Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.

Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.

"Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.

"Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.

"Mangsa kemudiannya mem­buat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang," katanya.

Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.

"Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.-SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kebencian kepada Umno semakin membuak

Posted: 19 Mar 2012 05:49 PM PDT



Semakin hari, semakin dekat demam pilihanraya keadaan di kem Umno tidak begitu membanggakan. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh DS Najib dan penasihat-penasihatnya bagi memenangi hati rakyat, namun kelihatan kerja-kerja tersebut lebih merupakan kerja sia-sia.

Hari ini kebencian rakyat kepada Umno dilihat semakin membuak-buak oleh ahlinya walau pun dari seorang yang merupakan Bekas Menteri Kabinet yang telah berjuang dalam Umno begitu lama dan memegang pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sekali pun Umno dilihat begitu sebati dengan kehidupan Bekas Menteri ini namun bila beliau mengimbau kembali salah dan silap Umno yang pelbagai dan penindasan terhadap rakyat tanpa belas kasian, akhirnya dia memuntahkan kembali kekotoran tersebut dengan membuang parti tersebut dalam kehidupannya.

Dalam usia 73 tindakan Dato ini amatlah dipuji dan patut diikuti oleh ramai lagi bekas-bekas Menteri, kakitangan kerajaan dan sebagainya.

Pada yang lain apa yang patut anda lakukan ialah dengan cara bermuhasabah diri dan mengingati kisah-kisah lampau bersama Umno dan Barisan Nasional. Nikmat perjuangan sebenar hanya ada diluar kotak Umno.

Syabas Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kerana keluar Umno. Semoga anda bersama Rakyat Malaysia memperjuangkan HAK RAKYAT!!

p111kotaraja

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: