Selasa, 20 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Haram adakan kerjasama dengan Yahudi - Harussani

Posted: 19 Mar 2012 10:05 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hakikat itu jelas jika dikaitkan dengan kekejaman kaum Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.

''Kedudukan orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu berbeza kerana mereka dikategorikan sebagai kafir zimmi yang bersetuju untuk berlindung di bawah naungan kerajaan Islam.

''Namun, Yahudi di Israel dewasa ini adalah kafir harbi yang wajib diperangi kerana golongan tersebut memusuhi umat Islam dan menjajah sebuah negara Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian parti berkenaan menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan hubungan dan kerjasama dengan kelompok Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.-Utusan

Jangan dusta dalan dewan - Dzulkefly

Posted: 19 Mar 2012 09:54 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-"Lepas bergaduh, di luar sana mereka berpeluk cium," seloroh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ronald berkata demikian selepas Ahli Parlimen Datuk Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) meminta masa 'pergaduhan' diganti kemudian dilanjutkan tempoh masa perbahasannya.

Mohamad Aziz yang memulakan sesi pergaduhan dengan menuduh PAS menjadi alat Ketua Pembangkang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menyokong Yahudi sepertimana dinyatakan oleh Ahli Parlimen Marang.

Ekoran lantangnya Mohamad Aziz itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menyangkal tuduhan liar itu dan menyifatkan Mohamad tidak faham maksud yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen Marang.

"Bezanya Yahudi dan Zionis sudah diterangkan oleh Marang. Apa yang Marang sebut bermuamalat dengan Yahudi berbeza bermuamalat dengan Zionis. Jangan buat interpritasi begitu, berdusta dalam dewan," bidas Dzulkefly.

Bagaimanapun, Mohamad Aziz tetap menegaskan Yahudi adalah musuh Islam seperti disebut dalam Al-Quran.

Pergaduhan Ahli Parlimen PAS dan BN bertambah kecoh apabila, Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) menuduh Ketua Pembangkang antara individu yang kuat mempertahankan Israel dan Yahudi.

"Sekarang ni Ketua Pembangkang hendak sangat mempertahankan adalah Israel. Israel adalah Yahudi Zionis. Kalau maksud Marang boleh berniaga dengan Yahudi adakah dia bermaksud boleh berdagang dengan Israel? Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel dia patut ambil tindakan suruh Permatang pauh Tarik balik," katanya.

Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pula bangun membidas Zulkifli Nordin dan menegaskan kerajaan BNlah yang sepatutnya menjawab apa yang dibangkitkan wakil rakyat bebas itu.

Kemudian Ahli Parlimen CheUda Che Nik (PAS-Sik) menyebut 'Apco' berulang-ulang kali ditambah pula masing-masing Ahli Parlimen bersuara, menyebabkan dewan kecoh seketika.-Harakahdaily

Malang Menteri Kewangan malas, tidak kreatif

Posted: 19 Mar 2012 09:50 PM PDT


MALAYSIA CHRONICLE

Cadangan: PINDAAN PERINTAH LEVI KENDERAAN BARANG–BARANG (PENGECUALIAN) 1983, AKTA LEVI KENDERAAN BARANG–BARANG 1983


Tanpa perlu diselindung Malaysia sedang mengalami masalah ekonomi khususnya apabila perbezaan antara pendapatan kerajaan jauh amat rendah dari perbelanjaan pengurusan negara. Ini sebenarnya boleh dibaca sebagai kelemahan kebijakan pengurusan ekonomi pemerintah. Maka bukan sedikit cadangan telah diutarakan oleh regim untuk menambah pendapatan kerajaan dan kebanyakannya menjurus kepada menekan semula kepada rakyat untuk ditekan dan diperas dari perbagai segi bagi menambah pendapatan regim. Antaranya ialah cadangan GST barangan keperluan, penarikan subsidi (yang menyebabkan kenaikan harga bahan utama seperti bahan api) dan seumpamanya.

Setiap kali pengumuman diumumkan regim terus menipu rakyat dengan mengatakan bahawa negara ini jauh lebih murah dan perbagai propaganda dengan menimbulkan perbagai perbezaan dengan perbagai negara bagi mewajarkan tindakan regim yang menekan rakyat bagi tujuan menambah pendapatan kerajaan.

Sebenarnya jika diteliti banyak ruang lain boleh diteroka dalam menambah pendapatan kerajaan. Namun regim yang gagal bertindak kreatif hanya melihat rakyat sebagai bahan penting untuk diperas.

Antaranya ialah dengan meneliti akta levi kenderaan barang–barang (1983) KDRM. Bayangkan Singapura mampu mendapat lebih 1Billion SGD setiap tahun hanya dari GST yang dibayar oleh pengeksport Malaysia. Malangnya kita hanya mampu RM147.108 juta (2008) dan RM141.15 juta (2009) melalui levi kenderaan/barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan Malaysia-Singapura. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan bertahun tahun.

Ini berlaku mungkin berlaku kurang ketegasan di pintu sempadan namun alasan paling besar ialah Menteri yang memerintah khususnya Menteri Kewangan hilang kretiviti serta malas untuk meneliti perkara–perkara ini bagi memperbagaikan pendapatan negara.

Bayangkan Levi kita kekal sejak tahun 1983 tanpa diteliti atau dikaji.

A. Kadar levi kenderaan barang-barang meninggalkan negara

i. Muatan Jadual 1 (perihal kenderaan) RM200.00

ii. Muatan Jadual II (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00

iii. Muatan Jadual III (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00

iv. Muatan Jadual IV (dikecualikan 50%) RM 100.00

B. Kadar Levi Barang – Barang Memasuki Negara

i. Muatan dagangan RM100.00

ii. Tiada Muatan RM 0.00

Ini ialah kadar levi diperkenalkan pada tahun 1983 ketika itu Menteri Kewangannya ialah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ketika levi tersebut dibentangkan dan diluluskan malah diperkenalkan sistem potongan levi di mana pada ketika itu mata wang Malaysia jauh lebih tinggi dari Singapura malangnya oleh kerana kita punya Menteri yang pemalas dan cuai maka kita telah kehilangan bukan sedikit pendapatan negara apabila kadar levi lapuk ini terus dipakai di pintu sempadan negara dan dalam pada masa yang sama Singapura menikmati lebih 1 billion SGD kerana kecekapan pentadbiran mereka.

Cadangan / Pindaan Akta levi 1983

Berikut ialah kadar levi baru yang dicadangkan:

a) Semua kenderaan dagangan yang meninggalkan negara dikenakan levi RM300 (kadar sekarang RM200) b) Semua kenderaan dagangan yang membawa jenis barangan dalam jadual II (dagangan mudah rosak) dikenakan levi RM100 (kadar Levi sekarang dikecualikan sepenuhnya) c) Kadar 50% yang diberikan dalam jadual IV hendaklah dibatalkan dan semua lori yang membawa barangan binaan hendaklah dikenakan levi RM300 (kadar sekarang cuma RM100.00) d) Semua kenderaan barang–barang bermuatan yang memasuki Malaysia dikenakan levi RM200.00 (kadar levi sekarang iaitu RM100.00)

Rajah 1 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang meninggalkan Malaysia



Kadar sekarang dicadangkan
Jadual I RM 200.00 RM300.00
Jadual II RM 0.00 RM 150.00
Jadual III RM 0.00 BATAL
Jadual IV RM 100.00 RM300.00


Rajah 2 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang memasuki Malaysia



Kadang sekarang dicadangkan
Muatan dagangan RM 100.00 RM 200.00
Tanpa muatan RM 0.00 KEKAL

Rasional / justifikasi

Parlimen Malaysia perlu segera meminda kadar levi ini segera berikutan justifikasi cadangan pindaan akta levi (1983) iaitu:

a) Mengambil kira faktor keselamatan negara iaitu kes penambakan laut oleh Singapura dengan menggunakan batuan, pepejal, simen, besi dan lain – lain dari Malaysia. Tindakan ini juga bagi mengurangkan / mengekang tindakan peniaga Singapura melantik proksi dalam syarikat – syarikat seperti syarikat kuari di Malaysia, selama ini tindakan ini menyebabkan bukan sedikit mereka meraih keuntungan dan mengalirkan wang negara keluar.

b) Pengimport – pengimport dan syarikat – syarikat binaan asing Singapura tidak layak mendapat pengecualian 50% dari Malaysia dan kebanyakanya ialah bertaraf syarikat pengeksport yang telah kukuh dan maju sepatutnya tidak punya masalah bagi membayar sedikit kenaikan levi. Mereka mendapat keuntungan besar hasil penggunaan bahan binaan dari Malaysia.

c) Mereka juga tidak membantah kenaikan kadar GST 5% oleh kerajaan Singapura. Pengeksport boleh dan mampu membayar GST (Goods and Services Tax) kepada kerajaan Singapura berdasarkan nilai SGD. Sedangkan keuntungan mereka berpunca dari Malaysia.

d) Kadar levi lama amat lapuk selama 27 tahun tidak dipinda dan kedudukan mata wang Malaysia yang pada ketika itu lebih tinggi dari Singapura sebaliknya kini berbeza kita tertinggal dari Singapura.

e) Secara tidak langsung kadar baru levi ini sedikit sebanyak mampu menrancakkan penggunaan pelabuhan tempatan seperti Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang untuk menghantar terus barangan tanpa melalui Singapura dan menghantar kemudian melalui pelabuhan Singapura. Selama ini ada peniaga yang melintasi tambak Johor dan menghantar barang keluar menerusi pelabuhan Singapura kerana kos melintasi tambak Johor terlalu minima.

f) Peningkatan kadar levi akan ditanggung oleh rakyat Singapura bukan Malaysia. Selaku negara maju dan punya matawang yang nilai jauh lebih tinggi sudah tentu tidak akan merasai sedikit kenaikan yang dicadangkan sebaliknya kita dapat menampah pendapatan kerajaan bagi mengurangan beban rakyat.

g) Dari segi persaingan antarabangsa kita juga masih terus selesa kerana pengimport Singapura pasti akan menanggung kos lebih jika memilih untuk tidak menggunakan bahgan dari Malaysia dan membeli bahan dari Indonesia, Vietnam dan lain–lain. Bagi barangan mudah rosak pula jika diimport dari Indonesia atau Thailand ianya menyebabkan kos yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Rumusan

Sebenarnya pindaan akta levi kenderaan barang–barang ini hanya boleh dibuat dengan keputusan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk memperkenalkan kadar levi baru. Namun malangnya kerana kita mempunya menteri kewangan yang malas dan tidak kreatif maka cadangan ini dibawa ke parlimen untuk tindakan semua ahli parlimen. Cadangan ini jika diterima sekurang–kurangnya akan menambahkan RM200 juta kepada pendapatan negara pada tahun tahun akan datang.

Cadangan pindaan levi ini hanyalah sebahagian dari ratusan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan jika punya Kabinet yang benar–benar 'competent'. Tekanan kepada rakyat seharusnya merupakan tindakan terakhir namun bagi kabinet yang pemalas ini ia menjadi tindakan pertama.

Ini adalah contoh kecil bagaimana wang negara boleh diselamatkan dan rakyat tidak terus dibebani tetapi regim tua ini sudah hilang kretivitinya maka terpulang kepada rakyat untuk mengangkat kelompok baru yang punya daya kretiviti dan lebih anergetik dalam tahun mendatang bagi mentadbir negara agar Malaysia akan lebih disegani dan berdaya saing.

Kertas cadangan ini diusul oleh: che'GuBard ialah pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Khalid berbincang dengan syarikat Perancis, UK tentang pengurusan air

Posted: 19 Mar 2012 09:49 PM PDT

Oleh Yow Hong Chieh


PETALING JAYA — Menteri Besar Selangor mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa dalam persiapan untuk mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa syarikat Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari Britain bersedia untuk berkongsi kepakaran pengurusan air bersama Selangor agar modelnya bukan sahaja efisyen tetapi mampu berdaya saing.

"Pertikaian rundingan untuk Kerajaan Negeri mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi... tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri daripada membuat persediaan."

"Kami amat gembira apabila pakar-pakar ini sanggup berkongsi pengetahuan teknologi mereka," beliau berkata dalam kenyataan daripada sekretariat akhbarnya.

Beliau (gambar) bagaimanapun menekankan bahawa sebarang kerjasama dua pihak perlu melalui "proses telus dan kebertanggungjawab" bagi memastikan ia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Menteri Besar akan berucap pada pelajar-pelajar Malaysia di London pada Jumaat ini mengenai "kegagalan" penswastaan air di Malaysia.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja mengenai topik itu sempena Forum Air Sedunia pada Rabu lalu.

Pemindahan aset air tertakluk di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) yang memastikan segala aset di Semenanjung Malaysia terletak di bawah kawalan persekutuan sebelum ia disewakan semula kepada pemegang lesen di setiap negeri.

Namun Selangor dan Putrajaya telah buntu sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih negeri itu pada tahun 2008, kerana kedua belah pihak tidak mahu melepaskan kawalan industri air.

Kawalan aset air Selangor adalah penting untuk PR menetapkan tarif dan memenuhi janji kempen air percuma bagi semua penduduk di negeri itu.

Kedua belah pihak berbeza pendapat tentang nilai aset air di Selangor, yang dianggarkan RM1 bilion oleh Putrajaya tetapi RM10.98 bilion oleh kerajaan negeri.

Kerajaan persekutuan dan negeri juga bertelingkah mengenai cadangan Langat-2 air loji rawatan.

Menurut Putrajaya, loji itu diperlukan bagi menjamin masa depan bekalan air di Selangor.

Namun Selangor telah menegaskan beberapa kali bahawa perbincangan mengenai Langat-2 tidak akan diadakan sehingga isu aset air ditangani.

Putrajaya menolak syarat itu malah sebaliknya menggesa Selangor tidak mempolitikkan masalah air di negeri ini dan memintanya bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk mengelak daripada negeri terkaya negara ini menghadapi krisis bekalan air pada 2014.

Aset Selangor yang telah diswastakan juga membekalkan air kepada wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

KDN haram tiga buku canggah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Posted: 19 Mar 2012 09:47 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Mohamed Nor berkata buku yang diharamkan ialah "Pengantar Ilmu-ilmu Islam", "Dialog Sunnah Syi'ah" dan "Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah", dipetik Bernama Online.

Buku "Pengantar Ilmu-ilmu Islam" ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala "Dialog Sunnah Syi'ah" ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka dari Bandung.

"Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah" pula ditulis oleh Jalaluddin Rakhmat dan diterbitkan PT Remaja Rosdakarya, juga dari Bandung.

"Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya pewartaan perintah larangan ini adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta berkenaan.

"Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya, bahan yang dikenakan perintah larangan itu," katanya.

Abdul Aziz berkata mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pelajar 'superman' diperintah kerja khidmat masyarakat 200 jam

Posted: 19 Mar 2012 09:43 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang menunggang motosikal "ala superman" diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 200 jam.

Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu terhadap Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew di sini pada 3.40 pagi, 17 Mac lepas.

Suzarika turut memerintahkan Muhammad Hafiz yang juga pelajar sebuah pusat latihan itu melakukan kerja khidmat masyarakat berkenaan dalam tempoh 24 bulan.

Muhamad Hafiz didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor M. Rajan manakala Muhamad Hafiz tidak diwakili peguam.- Bernama

'Saya ada tarikh PRU, tapi tak boleh dedah'

Posted: 19 Mar 2012 09:42 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Bernama

Umno Kota Bharu tidak gentar hadapi Zaid

Posted: 19 Mar 2012 09:40 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

sakit

KOTA BHARU - Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menyatakan rasa tidak gentar dengan kesediaan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, untuk bertanding dalam pilihan raya nanti, sesiapa pun boleh bertanding asalkan layak dan cukup syarat.

"Perlembagaan di negara ini membenarkan hak untuk rakyat bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun), jika mereka cukup syarat dan beliau (Zaid) ada hak untuk bertanding jika menepati kelayakan.

"Ia terbuka kepada sesiapa dan sebab itulah ada di sesetengah tempat, ada yang berstatus 'nenek' bertanding dan berkempen semasa pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Cakna Rakyat di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini.

Jumaat lalu, ketika melancarkan jentera pilihan rayanya, Zaid menyatakan kesediaan bertanding untuk Parlimen Kota Bharu atas kapasiti calon bebas tanpa mewakili mana-mana parti untuk PRU13.

Zaid berkata, Umno tidak mengira siapa yang akan bertanding kerana parti berkenaan tetap akan lawan dengan sesiapa sahaja calonnya.

"Sudah tentu ada ancaman daripada mana-mana parti termasuk daripada Zaid, tetapi saya rasa itu perkara biasa dalam politik.

"Perlawanan tetap perlawanan, kita tidak ambil mudah perkara berkenaan dan berhati-hati, tetapi saya percaya, rakyat boleh menilai parti mana yang banyak membela mereka," katanya.

Semasa pelancaran jentera pilihan rayanya, Zaid berkata, beliau lebih selesa bertanding atas diri sendiri kerana yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.

SPRM sedia semuka dengan sesiapa

Posted: 19 Mar 2012 09:39 PM PDT

Mohd Fazli Zainul Abidin

editor

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia berhadapan dengan mana-mana pihak termasuk pemimpin politik bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung satu-satu kes yang disiasat agensi itu bagi mengelakkan ia terus di manipulasi.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, beliau tiada masalah untuk berjumpa dengan sesiapapun bagi menerangkan sesuatu kes secara tertutup kerana SPRM mengamalkan ketelusan.

"Kita aturkan di mana saja pertemuan mengenainya, saya akan hadirinya. Ini akan memberikan lebih kefahaman dan kepercayaan kepada SPRM dalam melakukan tugas.

"Saya pernah menjemput mereka yang agak kritikal menjelaskan perkara ini, tetapi mereka tidak mahu, kerana jika mereka dengar penjelasan saya, bermakna tidak ada lagi bahan untuk dicakapkan kelak," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abu Kassim sebelum itu memberikan taklimat mengenai perjalanan SPRM sempena lawatan Editor Sinar Harian dan Kumpulan Media Karangkraf di pejabatnya.

Katanya, beliau kesal dengan undangan yang gagal itu lebih-lebih lagi apabila SPRM 'ditembak' dari belakang.

"Sedangkan mencegah rasuah adalah tanggungjawab bersama... Lihatlah betapa sukarnya penugasan SPRM yang disuruh berperang dengan rasuah tetapi ditembak.

"Jalan sikit kena tembak, jalan sikit tembak kaki," katanya yang menggambarkan rasuah adalah musuh negara hari ini.

'Pandangan Hadi bukan jawapan politik'

Posted: 19 Mar 2012 09:35 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang Jumaat lalu melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis, bukan "jawapan politik" untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum dalam Islam, kata setiausaha akhbarnya, hari ini.

Mengulas pandangan Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Abdul Hadi hujung minggu lalu adalah selari dengan pendirian rasmi Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi bahawa Israel ditentang bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka.

Dalam pandangannya disiarkan Sinar Harian semalam, Mahmood Zuhdi antara lain menyifatkan kenyataan Presiden Pas mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, tindakan Abdul Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.

Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

Abdul Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam, kata ahli akademik itu.

Mahmood Zuhdi, yang juga Pesuruhjaya Suhakam berkata, Ahli Parlimen Marang mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

Mengulas lanjut perkara itu, Nasaie berkata, penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis.

"Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Keduanya, menurut Nasaie, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodoks sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar.

"Mereka menganggap penubuhan Negara Israel di atas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri.

"Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada di antara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut," katanya lagi.

Sehubungan Nasaie berkata, beliau terkeliru dengan kenyataan Mahmood Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia.

"Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi.

"Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut.

"Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah dizaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika," katanya lagi.

Mengenai poin Mahmood Zuhdi yang mengatakan bahawa jawapan Abdul Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat.

"Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden Pas dan disambut oleh Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) secara tegas bahawa Pas menolak kewujudan negara haram Israel.

"Malah Presiden Pas juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam," katanya lagi

Himpunan tak takutkan pelabur, kata usahawan Cina

Posted: 19 Mar 2012 09:33 PM PDT

Di sebalik pendirian negatif kerajaan, presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng berkata perhimpunan di Malaysia tidak menakutkan pelabur asing kerana kebanyakannya diadakan secara aman.

NONE"Kami telah pelajari bahawa perhimpunan di Malaysia biasanya dilakukan secara aman, tiada pergaduhan langsung.

"Di Eropah dan Amerika Syarikat, ini berlaku hampir setiap hari, jika perhimpunan adalah benar-benar aman, anggap dan layannya sebagai senaman," kata Cheng memberitahu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau, walau bagaimanapun, mengingatkan bahawa jika perhimpunan bertukar menjadi ganas, ia boleh menjejaskan pelaburan di negara ini, sama ada domestik atau asing.

Katanya, beliau melihat perhimpunan secara aman sebagai antara cara rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

ACCCIM juga mengeluarkan satu laporan kaji selidik yang meliputi masyarakat perniagaan Cina tempatan bertajuk 'Situasi Ekonomi di Malaysia bagi separuh tahun ke-2 2011'.

Penduduk risau pencemaran cyanide jejas kesihatan

Posted: 19 Mar 2012 09:28 PM PDT

Penduduk kampung di Bukit Koman, Raub cemas apabila baru-baru ini mendapati tompokan serbuk kuning di sekitar kampung mereka.

NONESelain menderita daripada bau busuk sepanjang hari, penduduk kampung juga kuathir, aktiviti perlombongan emas di kawasan itu yang menggunakan cyanide - sejenis bahan kimia berbahaya, tiga tahun lalu - mula menunjukkan tanda-tanda pencemaran.

Lebih merisaukan apabila ada di antara mereka mengalami penyakit kulit, mata dan masalah pernafasan yang semakin kronik.

Menurut blog terbaru daripada ahli jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Liew Kou Yoong, 76, tompokan serbuk kuning juga dijumpai pada kereta, pintu rumah dan kawasan sekitar rumah mereka.

bukit koman anti cynide mining 240212 02Seorang lagi penduduk kampung, Chong Pei Har, mendapati tompokan kuning, yang bersaiz sehingga 8mm diameter, pada keretanya petang Sabtu lalu.

Menurut blog itu, sejak aktiviti perlombongan emas dimulakan, burung merpati, burung gagak, dan cicak, serta sayur-sayuran yang ditanam di kampung itu mati dan tidak menjadi.

Penduduk kampung mengesyaki kematian itu dan bau busuk khususnya pada waktu malam, serta penyakit yang dialami mereka ada kaitan dengan pencemaran cyanide.

Pengerusi jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Wong Kin Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa tompokan kuning itu adalah sisa daripada pelepasan operasi perlombongan.

NONEBergantung kepada arah angin, menurutnya, titik kuning biasanya kelihatan di atas tanah, bumbung rumah, kereta dan pagar rumah selepas hujan.

Katanya, walaupun fenomena yang juga berlaku pada masa lalu, ia hanya menarik perhatian penduduk kampung baru-baru ini

Mereka juga telah memaklumkan kepada wakil rakyat mereka dan jabatan kesihatan berhubung mereka.

NFC akan diheret ke PAC esok

Posted: 19 Mar 2012 09:27 PM PDT

National Feedlot Corporation (NFC) akan diheret menghadapi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) esok bagi membantu siasatan ke atas projek ternakan lembu itu yang didakwa terbabit dengan penyelewengan jutaan ringgit wang rakyat.

"Kami bertindak berdasarkan (peraturan) tertentu. Terdapat perkara-perkara yang sub judice, tetapi ini bukanlah kali pertama kami menyentuh mengenai perkara-perkara yang masih dibicarakan di mahkamah," kata Pengerusi PAC, Azmi Khalid.

Pada keterangan selama empat jam hari ini, jawatankuasa parlimen itu mendengar kenyataan daripada wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan.

Wajah segar MCA bagi tumbang 'orang kuat' DAP

Posted: 19 Mar 2012 09:23 PM PDT

MCA dijangka membariskan senarai calon muda untuk merampas kerusi-kerusi 'hangat' pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber yang rapat memberitahu Malaysiakini bahawa berkemungkinan satu pertiga daripada calon yang akan diketengahkan terdiri daripada wajah-wajah muda yang segar.

kak tunda mca jessie ooiSumber dari MCA Selangor mendedahkan bahawa jawatankuasa perhubungan negeri itu telah menyerahkan senarai calon untuk diteliti oleh kepimpinan pusat mereka dan keputusannya dijangka diketahui menjelang bulan depan.

Adalah difahamkan bahawa antara mereka yang dicalon oleh MCA Selangor adalah ketua Beliawanis Selangor Jessie Ooi, timbalan ketua Beliawanis Pusat Nicole Wong dan ketua kelab pidato MCA Bahagian Cheras Steve Teoh.

Di sebalik pengalaman memalukan semasa siaran langsung di televisyen semasa perbahasan MCA-DAP bulan lalu, Ooi difahamkan mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu.

Sumber itu, berkata beberapa pemimpin percaya kesilapan kecil yang dilakukan oleh Ooi itu sebenarnya membawa kelebihan kerana beliau kini lebih dikenali di kawasannya di Selayang, berbanding dengan penyandang ahli parlimen sekarang.

mca nicole wongSeperti Ooi, Wong (kiri) dan Teoh juga dilatih untuk berdepan dengan masyarakat dan menjalani latihan berucap di khalayak ramai. Mereka juga ditugaskan mendekati masyarakat di kawasan masing-masing - Selayang, Seputeh dan Cheras - untuk beberapa waktu.

Presiden Kelab Pidato MCA, Tan Jui Thong, ketika dihubungi, berkata sebilangan besar calon yang dijangka dipilih adalah dari ahli kelab itu manakala sumber lain pula berkata, sekurang-kurangnya 10 ahli kelab berkenaan telah dicalonkan.

Selain itu, MCA juga dijangka meletakkan tokoh masyarakat terkenal walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang politik, meskipun pada hakikatnya bahawa usaha seumpama itu gagal pada tahun 2008.

Sebagai contoh, personaliti TV, Victor Gu dibawa bertanding di kerusi Damansara Utama, yang dianggap kawasan yang agak selamat, namun beliau dikalahkan teruk oleh calon dari DAP.

mca chew hoong lingBagi pilihan raya akan datang, satu nama yang disebut-sebut adalah pengacara profesional dan penceramah motivasi Chew Hoong Ling.

Chew (kanan), 32, mendapat publisiti meluas apabila beliau menderma 60 peratus daripada hatinya pada tahun 2009 kepada seorang remaja yang menghidap kanser yang tidak dikenalinya.

Spekulasi adalah bahawa MCA bercadang meletakkan beliau sebagai calon berpotensi di Petaling Jaya Utara bagi menumbangkan orang kuat DAP Tony Pua.

Wikileaks: Pejabat Anwar nafi paksa keluarkan RPK

Posted: 19 Mar 2012 09:21 PM PDT

MALAYSIA KINI
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raj Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu.

Ketua staf di pejabat itu Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai "penumpang" hanya diberitahu kemudian.

azlan"Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim.

"Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilapor menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan Raja Petra dalam program di England itu.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu dilapor berjalan dengan mempertemukan Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

azlanNajib kelmarin dilapor berkata, keputusan Anwar itu tidak konsisten dengan amalan demokrasi dan sifat terbuka yang dilaungkan apabila tidak seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta "mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka".

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, beliau kesal dengan "tohmahan" itu kerana ia tidak berdasarkan fakta sebenar kerana tidak timbul soal debat kerana persetujuan hanyalah wawancara Anwar dengan Assange secara satu sama satu.

Ibrahim sebaliknya berkata, Najib sebaliknya yang patut berdebat dengan Anwar berkaitan isu nasional kerana ia pasti memberi manfaat banyak kepada rakyat dan negara Malaysia.

PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda

Posted: 19 Mar 2012 09:19 PM PDT

Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

NONEKatanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate 'OER'), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

NONEMenurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Campur tangan secara jelas

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

NONEFelda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONETurut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.

Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.

Garis panduan keselamatan petugas media dilancar

Posted: 19 Mar 2012 09:18 PM PDT

MALAYSIA KINI

Semua majikan petugas media perlu menyediakan tatacara kerja selamat dengan merujuk kepada garis panduan "Safe Work Practices For Media Professionals" bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam.

NONEBeliau berkata garis panduan itu menerangkan tindakan yang perlu diambil petugas media, selain membantu pihak pengurusan mengenal pasti risiko yang mungkin timbul sewaktu bekerja.

"Kami tidak mahu kes seperti di Somalia, di mana seorang jurukamera terkorban ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan berulang.

"Kejadian berkenaan amat memberi impak, justeru melalui JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) garis panduan itu dibangunkan untuk membantu petugas media dalam menyampaikan berita terkini," katanya ketika melancarkan garis panduan itu malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Pengarah Institut Kesihatan dan Keselamatan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Subramaniam berkata garis panduan itu hasil kerjasama berdasarkan konsep tripartisme penglibatan majikan pekerja dan kerajaan iaitu JKKP, NUJ (Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia, Institut Akhbar Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

"Sumber rujukan garis panduan itu adalah berdasarkan beberapa rujukan dalam dan luar negara seperti HIRARC (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko), BBC Safety and Business Continuity, International News Safety Institute (INSI), Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia," katanya.

"Satu Amah Satu Kerja"

Beliau berkata ini sekali gus dapat mengantarabangsakan garis panduan itu dan ia relevan digunakan semua pihak di mana sahaja.

Mengenai isu "Satu Amah Satu Kerja" Subramaniam enggan mengulas, tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham ekoran perbezaan pengunaan bahasa dan istilah.

indonesian maid domestic workers"Sekarang terpulang kepada Indonesia untuk menghormati apa yang ditandatangani dan memberi makna kepada perjanjian persefahaman yang telah dipersetujui," katanya.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara memeterai perjanjian bagi meminda perjanjian persefahaman (MoU) mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia pada 2006.

Antara persetujuan yang dicapai ialah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511, majikan hanya boleh mengambil semula RM1,800 sahaja, pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. Bernama

Najib: Saya beri media lebih kebebasan

Posted: 19 Mar 2012 09:16 PM PDT

Kuek Ser Kuang Keng


Datuk Seri Najib Razak berkata tempoh sepanjang tiga tahun pentadbirannya sebagai perdana menteri telah membawa kepada kebebasan media yang diakui di peringkat antarabangsa.

"Sejak saya jadi perdana menteri kedudukan Malaysia telah meningkat sembilan anak tangga mengikut indeks kebebasan media yang dikeluarkan pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan.

azlan"Malah kedudukan seperti Amerika Syarikat dan Great Britain juga telah merosot.

"Malaysia kini secara rasmi merupakan antara negara Asia Tenggara yang mesra media, dan berada di hadapan Thailand, Filipina dan Singapura," katanya pada perasmian Kelab Koresponden Asing Malaysia, malam semalam.

Berucap pada hadirin yang sebahagian besar mereka adalah wartawan asing, Najib menegaskan bahawa liberalisasi media adalah suatu yang nyata dan bukan retorik pilihan raya.

Katanya, beliau bertekad untuk melihat kerajaan lebih mudah didekati dan dapat memenuhi keperluan media.

"Ya, masih ada ruang untuk diperbaiki tetapi tidak dapat dinafikan bahawa perubahan sedang berlaku di Malaysia," katanya.

Merujuk pada undang-undang penapisan, beliau berkata wartawan asing mungkin mendapati ia lebih banyak berbanding negara asal mereka.

Najib juga mengakui undang-undang seumpamanya mungkin telah digunakan secara berlebihan sebelum ini tetapi beliau kini sedang melihat ke hadapan dengan mengkaji semula undang-undang berkenaan tahun lalu bagi menjadikan media lebih bertenaga, telus, adil dan melangkaui kepentingan politik tertentu.

azlan"Itu sebabnya saya telah melonggarkan syarat pelesenan media yang berkuatkuasa sejak sekian lama selain memastikan media maya terus bebas daripada sebarang peraturan," kata beliau.

Beliau memberi contoh dua portal online yang dibenarkan bergerak bebas - Malaysiakini dan The Malaysian Insider - sebagai contoh untuk membuktikan komitmen beliau terhadap kebebasan akhbar.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan pada ucapannya itu, Najib juga meminta ahli Kelab Koresponden Asing Malaysia yang baru ditubuhkan menjadi mata untuk dunia memandang Malaysia dan telinga bagi dunia luar mendengar suara rakyat negara ini.

Katanya, sebagaimana beliau bertanggungjawab melindungi nilai-nilai dan tradisi Malaysia, para koresponden pula bertanggungjawab menonjolkan nilai-nilai Malaysia, rakyat dan anggota politik sepertimana hakikatnya.

foreign correspondents club fcc 190312Dalam melindungi dan mempertahankan nilai-nilai berkenaan, sebagai Perdana Menteri beliau bertanggungjawab memastikan kerajaan bertindak dari semasa ke semasa untuk mengehadkan penerbitan atau aktiviti yang menggugat tradisi tempatan.

"Saya berdiri teguh dengan tindakan saya itu," katanya.

Perdana Menteri menyifatkan untuk melihat Malaysia daripada kaca mata Barat dan "menyatakan kita salah" adalah suatu tindakan yang begitu mudah.

"Senang cerita, Malaysia bukanlah negara Barat. Kami bukanlah lebih baik atau lebih buruk, kami hanya berbeza. Memang mudah untuk ahli politik di negara kurang maju bagi memancing undi dengan mengutuk budaya dan nilai-nilai barat.

"Saya tidak akan bertindak sebegitu," kata Najib.

Menurutnya, apa yang disifatkan normal dan ketara daripada kaca mata Barat tidak sama dengan apa yang dilihat sebagai suatu yang lazim dan ketara bagi rakyat Malaysia.

"Dan saya kurang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan melalui laporan sambil lewa oleh sebilangan koresponden yang kurang sofistikated dan kurang berfikir dengan teliti, bahawa nilai-nilai Barat adalah yang unggul.

"Malaysia bukan sebuah negara di mana apa sahaja dibenarkan berlaku. Bagi kami, sesetangah perkara adalah tidak okay," kata Najib.

Karpal ditegur dedahkan isu dalaman DAP

Posted: 19 Mar 2012 09:06 PM PDT


MALAYSIA KINI

Pengerusi DAP Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai.

"Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai kepada Bernama.

tan kok wai 160211Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas didakwa mendalangi satu protes Disember lalu.

Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi.

"Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya. Bernama

Tarik pinjaman siswa: NGO pula ancam berdemo

Posted: 19 Mar 2012 09:01 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Selain kumpulan mahasiswa, sebuah NGO tempatan pula mengancam berdemonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu menarik balik pinjaman enam penuntut universiti kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

umno supreme council special meeting 260809 ahmad saidPengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohd Fauzi Abu Samah berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada bulan depan sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (kiri) berdegil dan tidak menarik balik keputusan itu atau masih belum dapat bertindak menyelesaikannya.

"Sebulan itu tempoh yang munasabah (untuk bertindak). Ahmad Said kena ingat, menarik balik hukuman itu tidak menjatuhkan kredibilitinya sebagai menteri besar," katanya.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam tidak menolak kemungkinan berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Terengganu yang mengambil tindakan itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan mahasiswa ketika menjawab surat tunjuk sebabnya.

Semua mahasiwa terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan bagaimanapun boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Mohd Fauzi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk bergabung dengan kumpulan lain, termasuk mahasiswa yang turut tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

MB anti 'orang agama'?

Mengulas hukuman itu, beliau mempersoalkan kenapa mahasiswa universiti di Mesir sahaja dikenakan tindakan itu sedangkan ramai lagi penuntut menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.

"Adakah Ahmad Said anti 'orang agama'?" soalnya lagi yang sedang menjejaki identiti keenam-enam mahasiswa berkenaan.

bersih rally petaling street 090711Mesir yang antaranya menempatkan Universiti Al-Azhar – universiti tertua dan paling popular dalam pengajian agama di seluruh dunia Islam.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan enam mahasiswa berkenaan menuntut di institut pengajian tinggi yang mana.

Mohd Fauzi berkata, tindakan kerajaan Terengganu juga tidak wajar kerana walaupun benar kumpulan itu menyokong pembangkang, wang bantuan pinjaman itu wang rakyat pembayar cukai dan "bukan wang Umno".

MAMPAT antara badan yang aktif memperjuangkan isu-isu setempat dan mencuri perhatian sebelum ini apabila giat memperjuangkan royalti minyak negeri dikembalikan kepada rakyat Terengganu sejak 2009.

Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

Posted: 19 Mar 2012 12:57 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers

Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.

Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib

Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor

Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan

Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk

Ikrar Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?

Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.

Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna"crushed bocies',"lost lives' dan"ethnic cleancing".

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara " champion of doubletalk" bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO? Malaysia Chronicle

PBRS mahu RCI disegerakan selesai pendatang di Sabah

Posted: 19 Mar 2012 12:39 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," kata Presidennya Tan Sri Joseph Kurup.



KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri itu.

"Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," kata Presidennya Tan Sri Joseph Kurup ketika berucap pada majlis ulang tahun PBRS ke-18 di sini, malam tadi.

Beliau merayu kepada para pemimpin atasan BN supaya "melepaskan" rakyat Sabah daripada kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan mereka ekoran kehadiran PATI di negeri itu.

Kurup berkata parti itu juga akan terus mempertahankan hak asasi tanah anak tempatan, satu daripada isu yang kini hangat diperdebatkan di negeri ini

Sokong BN

Beliau mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau berkata perjuangan rakyat negeri ini belum selesai, dan perjuangan itu hanya dicapai melalui BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Marilah kita renung bersama…Sebenarnya hasil perjuangan BN, kita semua rasai keseronokan hasil ekonomi yang terus berkembang serta keharmonian suasana yang cukup baik di kalangan semua masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, Kurup menyeru semua anggota PBRS di 22 bahagian supaya bersatu dan menyokong calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN, bertanding di kawasan berkenaan.

"Marilah kita berpegang tangan untuk memberi mandat kepada BN demi kebaikan bersama," katanya.-Bernama

Sudah 20 tahun masalah tanah belum selesai

Posted: 19 Mar 2012 12:30 AM PDT

Fazy Sahir

Penduduk Kampung Keretapi Sungai Buloh serah memo kepada Menteri Besar Selangor memohon agar beliau dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.


SHAH ALAM: Seramai 46 keluarga terdiri daripada bekas peneroka bandar Kampung Keretapi Sungai Buloh menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tampil menyelesaikan masalah tanah yang membelenggu mereka sejak 20 tahun lalu.

Keluarga terlibat telah menunggu selama 20 tahun sejak 1992 untuk mendapatkan tanah di Matang Pagar, Sungai Buloh, seperti yang dijanjikan oleh pejabat tanah Gombak dan kerajaan negeri Selangor ketika itu.

Presiden Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas), Tan Jo Hann, mempersoalkan mengapa tanah berkenaan tidak diberi kepada keluarga yang terlibat sedangkan mahkamah mengakui wujud tanah tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah menemui Abdul Khalid namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian yang konkrit.

Tan mendakwa Menteri Besar seolah-olah tidak berminat untuk membantu menyelesaikan isu terbabit.

"Saya dan YB Iskandar Samad telah memberi keterangan dalam mahkamah. Malah mahkamah telah mengakui dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), pejabat tanah bahawa wujud tanah itu dan turut mempersoalkan mengapa ia tidak diberi kepada penduduk," katanya.

Pengerusi Persatuan Rumah Panjang Rawang S Muniandy, 61, ditemui berkata dua memorandum telah diserahkan pada April 2008 dan September 2011 lalu namun masih tiada penyelesaian.

Beliau yang nyata kesal dengan hal itu, menuntut perhatian Menteri Besar untuk membantu menyelesaikan kemelut tanah yang dihadapi.

Kira-kira 20 orang hadir berkumpul di lobi Bangunan SUK di sini pagi tadi untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Menteri Besar.

Namun disebabkan majlis perasmian pembukaan sidang dewan berlangsung pagi tadi, maka hanya wakil Menteri Besar turun menerima memorandum tersebut.

Akidah Yahudi lebih bahaya

Posted: 19 Mar 2012 12:28 AM PDT

Nik Aziz Nik Mat


Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Justeru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa ".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin "selamat", tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

*Kenyataan media oleh Nik Aziz Nik Mat (gambar kanan) selaku Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan.

Suara wanita untuk perubahan: Kami mahu kerajaan yang bersih!

Posted: 19 Mar 2012 12:26 AM PDT

Nashita Md Noor


"Pada pilihanraya yang ke 13, kita akan mendengar suara wanita! Bukan hanya di sini tetapi di setiap bandar, di setiap pusat mengundi, mendengar suara wanita! Adakah kita bersedia untuk perubahan ini?"

"YA!" disambut dengan laungan jawapan yang bersemangat dari lebih daripada 3,000 wanita.

"Kita mahukan Perubahan! Kita mahu kerajaan yang Bersih, bukan yang membelanjakan berjuta-juta untuk..."

"Cincin!" Terdengar laungan jawapan dari wanita-wanita yang berkumpul di Padang Astaka sambil mengadap ke pentas yang disediakan.

Bermula dari Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 Petaling Jaya, sekitar 1000 orang berkumpul di dalam barisan yang panjang menantikan saat permulaan perjalanan, petang semalam. Ramai yang mula berkumpul untuk bersama Solat Zuhur di Masjid.

Kumpulan ini yang terdiri dari pelbagai NGO dan Parti Politik berkumpul sambil melaungkan kata-kata semangat.

"Bangkit Wanita, Hidup Wanita! Bebas Rasuah!", dan pelbagai lagi laungan kata semangat kedengaran.

Mungkin inilah satu perhimpunan yang besar yang berjaya diadakan yang menaikkan semangat ramai wanita, tua, muda, kecil dan besar untuk turun ke jalanraya. Ada yang datang jauh dari Utara, Selatan dan Timur. Ada yang datang sendirian, berkeluarga bersama suami dan anak-anak. Ramai juga yang bersusah payah datang berkumpulan bersama bas-bas yang disewa khas.

Suasana sungguh bersemangat, wanita berani sesuai dengan tema yang dibawa "Wanita Suara Perubahan" Wanita Super!

Melaungkan slogan tuntutan mereka

1. Wanita Bersuara! Untuk Kesaksamaan!
2. Wanita Menolak! Menolak Rasuah!
3. Wanita Bernilai! Tuntut Gaji Minima!
4. Wanita Bersama! Menentang Keganasan!
5. Wanita Memilih! Kerajaan Yang Bersih!
6. Wanita Bersatu! Kami Mahu Berhimpun!

Dengan bantuan Briged Muslimat juga Unit Amal, mereka bergerak perlahan-lahan bermula jam 2.35petang dari Masjid Bulat. Bergerak dalam barisan yang aman dan teratur di jalanraya.

Perhimpunan yang aman dengan pihak polis berada di bahu jalan memerhatikan tanpa sebarang tindakan. Kumpulan ini kemudiannya bersatu dengan sekumpulan lagi yang bergerak dari Tasik Taman Jaya. Suasana menjadi bertambah semangat. Laungan tuntutan bertambah kuat.

Bersatu di dalam satu kumpulan yang besar, mereka meneruskan perjalanan di satu lorong menuju ke Padang Astaka.

Sedikit kekecohan telah berlaku apabila "coach" tim ragbi yang sedang menggunakan padang yang sama di satu hujung yang lain meluru ke arah kumpulan yang baru tiba. Beliau memarahi dan menjerit-jerit ke arah kumpulan wanita dan mengarahkan mereka semua beredar dari padangnya.

Namun kehadiran Latheefa Koya, Peguam dari Lawyers For Liberty yang juga Ahli Majlis Bandaran Petaling Jaya berjaya meleraikan kekecohan yang berlaku.

Perhimpunan berjaya diadakan di Padang Astaka sekitar jam 3.20 petang apabila kesemua yang berarak berkumpul di hadapan pentas yang disediakan. Semuanya berpakaian Ungu dan bersarung tangan putih.

Perhimpunan diisi dengan ucapan-ucapan yang bersemangat dari beberapa orang wakil wanita. "Kita mahu semua dengar suara kita! Kita mahukan perubahan!"

"Wanita!" "Suara Perubahan!" begitulah semangatnya wanita-wanita yang hadir menjawab laungan dari Janarthini mewakili Jawatankuasa Program.

"Kita mahu Pilihanraya yang bersih, adil , tanpa rasuah. Rasuah berleluasa di dalam masyarakat Orang Asli. Orang Asli selalu ditindas disebabkan tiada pendidikan. Walau kami tiada pendidikan, kami ada fikiran!" Tegas dan jelas sekali tuntutan dari wakil wanita Orang Asli, Fatimah Bahsin.

"Kami tidak mahu penindasan, kami mahu Orang Asli wanita dan lelaki diberi hak dan bukan hanya wanita Orang Asli, semua wanita diberi gaji berpatutan. Walau Orang Asli tidak berkelulusan tinggi tapi kami buat kerja dengan baik sama seperti yang berkelulusan tinggi."

Mungkin ramai tidak menyedari betapa golongan Orang Asli ini dipinggirkan. "Tiada tanah, tiadalah kami, sebab kami tiada kelulusan." Mereka mendesak kerajaan memberikan hak mereka, iktiraf tanah adat.

Pihak penganjur tidak melupakan kepada Wakil Rakyat Wanita yang berjaya melakukan perubahan. Rodziah Ismail, Ahli Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi mewakili kumpulan ini.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor yang memungkinkan perhimpunan ini berjaya diadakan," jelas Rodziah yang juga mewakili Kerajaan Negeri Selangor.

Rodziah tidak ketinggalan untuk menaikkan semangat wanita yang hadir untuk melakukan "pembersihan" di pilihanraya yang akan datang sesuai dengan tuntutan Wanita Suara Perubahan.

"Bersih! Bersih! Bangkit Wanita! Bersih Negara! Wanita untuk perubahan, bersihkan kerajaan yang ada, Kerajaan Barisan Nasional yang perlu dibersihakan!"

Beliau turut menjemput semua wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang turut hadir menaiki pentas tanda sokongan. Turut naik ke pentas adalah Fuziah Salleh, Elizabeth Wong, Gan Pei Nei, Teresa Kok, Nurul Izzah, Haniza Talha, Zuraidah Kamaruddin, Chong Eng, Senator Mumtaz Nawi, Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah, Irene Fernandez dan ramai lagi yang turut hadir memberikan sokongan.

Selain dari itu Ahli Parlimen lelaki Pakatan Rakyat tidak ketinggalan turut serta di atas pentas memberikan semangat pada semua yang hadir. Antara yang kelihatan ialah Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan lain-lain lagi.

Perhimpunan pada petang itu turut juga diserikan dengan persembahan tarian "Jaiho" atau "Victory". Perhimpunan berjalan dengan aman dan berakhir dengan aman walau kelihatan juga kelibat truk FRU di belakang pentas utama.

Perarakan dan perhimpunan kali ini berjaya membuktikan bahawa wanita mampu melakukan perubahan sekiranya mereka berani suarakan hak mereka. Kehadiran wanita tua dan muda dan bukan hanya wanita sekitar Lembah Kelang dan Selangor, malah sejauh dari Gerik, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan dari merata tempat lagi membuktikan mereka mampu menyampaikan mesej "Wanita Suara Perubahan" di seluruh pelusuk negara.

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA.

Tiada ulasan: