Ahad, 11 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Coca Cola dan Pepsi Guna Ramuan yang Dikaitkan dengan Kanser?

Posted: 11 Mar 2012 06:22 AM PDT


[HM] CALIFORNIA: Pengeluar minuman terkenal Coca-Cola dan Pepsi akan menukar ramuan minuman berkarbonat mereka untuk mengelak daripada meletakkan label amaran barah yang diwajibkan di sisi undang-undang, di setiap botol minuman itu.

Perubahan itu dibuat selepas California meletakkan bahan kimia 4-methylimidazole, yang digunakan dalam pewarna karamel dalam kedua-dua jenis minuman itu dalam senarai karsinogen.

Kedua-dua Persatuan Minuman Amerika dan Pentadbiran Ubatan dan Makanan AS berkata, tiada bukti bahan kimia itu menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia. - BBC 


P/s: Sebelum ini, tersebar keratan akhbar yang mendakwa minuman Coca Cola mengandungi kandungan alkohol sehingga 8%. Sehingga kini, tiada kenyataan balas tentang laporan itu.




Syed Ali Anggap Pengumuman Shahrizat untuk Undur Diri Sebagai Menteri Macam "Drama Hindustan", Mengapa?

Posted: 11 Mar 2012 05:39 AM PDT


[MK] Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood,
" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

NONE"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal
 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.






Wartawan Arab Hina Nabi/Islam BERTAUBAT

Posted: 11 Mar 2012 05:00 AM PDT

 
Berita Agensi melaporkan penulis dan wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang ditahan di penjara Al-Hair di Riyadh selepas didakwa menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di laman Twitternya, telah bertaubat secara rasmi di hadapan mahkamah di sini, Selasa lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Al-Madinah, kelmarin, ayah, ibu, adik-beradik dan peguamnya hadir pada sesi mahkamah itu.

Sumber yang rapat kepada kes tersebut percaya catatan dokumen mengenai pernyataan taubat Kashgari di hadapan hakim mahkamah adalah satu perkembangan yang penting dalam kes itu.

Walau bagaimanapun, seorang penasihat undang-undang, berkata taubat Kashgari tidak akan membebaskannya daripada tanggungjawab undang-undang berhubung dengan kenyataan yang didakwa dibuat olehnya.

Kashgari, 23 tahun, melarikan diri dari Arab Saudi selepas kenyataannya yang disiarkan dalam Twitter dibongkar oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Dia, walau bagaimanapun, ditangkap di Malaysia dan dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki pesawat khas. Sejak itu, Kashgari telah ditahan dalam penjara di Riyadh.

Dalam satu kenyataan rasminya, Kashgari telah mengumumkan bahawa dia telah bertaubat dan meminta ampun. Kashgari berkata dia telah meninggalkan keseluruhan idea-ideanya yang salah dan kenyataan yang dibuatnya dalam Twitternya, sambil menambah bahawa dia sedang murung ketika itu.

Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan rakannya, serta para ulama yang memberikannya sokongan dan cuba membimbingnya kembali ke jalan yang benar di sisi agama. - DCM
 
 
 
P/s: Islam TIDAK kejam seperti yang sangkaan sesetengah pihak. Moga-moga kerajaan Saudi bertindak mengikut hukum yang ditetapkan.


[PANAS] Sharizat Umum "Undur Diri" Kerajaan, Kekal Sebagai Ketua Wanita UMNO

Posted: 11 Mar 2012 12:50 AM PST


[BH] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.


Berkaitan:

[TMI] Kuala Lumpur, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bulan depan tetapi akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

"Pada 8 April, apabila tamat tugas saya sebagai senator, saya akan berundur sebagai menteri," dia berkata di Desa Water Park di sini.

Peletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat (gambar) pada masa itu merupakan menteri Kabinet.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.

NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.

Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan.

Ini termasuklah pembelian kondominium bernilai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya.

Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan.

Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya.



Berita awal di sini, di sini.

 
P/s: Kurang sesuai jika media menggunakan istilah "meletak jawatan" ketika melaporkan hasrat Shahrizat yang mahu mengundurkan diri sebagai menteri pada 8 April 2012, iaitu tarikh terakhir dirinya bergelar Senator. Istilah "letak jawatan" kurang sesuai digunakan kerana secara automatiknya pada tarikh tersebut, perkhidmatan Sharizat sebagai menteri juga tamat. Istilah yang sesuai digunakan ialah "bersara". Jika media atau Shahrizat mahu menggunakan istilah "letak jawatan", maka Ketua UMNO itu perlu melepaskan jawatan menterinya sebelum 8 April 2012.

Biarpun begitu, berdasarkan pengumuman yang dibuat, sukar untuk memastikan dakwaan penyelewengan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan NFC akan dibawa ke muka pengadilan kerana Sharizat masih mahu mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO/BN. Tindakan menyiasat kes ini dan seterusnya membawa ke muka pengadilan sudah tentu akan menjejaskan peluang UMNO/BN dalam PRU13, kecuali....anda mungkin faham maksud saya...!

Apa "deal" antara Najib dengan Shahrizat?

Jangan lupa penyelewengan NFC, teruskan pembongkaran penyalahgunaan wang rakyat! 


[PANAS] Shahrizat Umum Letak Jawatan Hari Ini?

Posted: 10 Mar 2012 11:52 PM PST


[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

"Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu," katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

"Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

"Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut," jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

"Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI," kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

"Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur," kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu. 

Berita berkaitan di sini.


 

Isu Desak TG Nik Aziz Berundur, Ibrahim Ali Lupa Cermin Diri, Lupa Dia Menang Kerusi Parlimen Atas Tiket PAS

Posted: 10 Mar 2012 11:31 PM PST


[SH] GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990.

Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun.

"Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah.

"Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat.

Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan.

"Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya.

"Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR.

"Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya.

Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang.

Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13.

"Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya.



P/s: Kalau sudah dasar muka tidak tahu malu, tidak tahu mengenang budi/jasa, maka begitulah sikapnya. 

Logiknya mudah, TG Nik Aziz mempunyai pengaruh yang cukup kuat untuk menarik sokongan masyarakat pelbagai kaum untuk mengundi PR dalam PRU13 nanti. Penerimaan masyarakat bukan Melayu di seluruh negara terhadap TG cukup-cukup mengerunkan UMNO. Begitu juga pengaruh Anwar Ibrahim dalam kalangan masyarakat di negara ini sehingga menjayakan Reformasi 1998.   

Oleh sebab itu, UMNO dan pencacai mencipta pelbagai isu/fitnah untuk memaksa kedua-dua tokoh ini berundur dari politik. TG Nik Aziz difitnah dengan pelbagai tohmahan. Misalnya, kes penyelewengan melibatkan menantunya, tajaan umrah, kes balak, dan sebagainya. Walaupun difitnah teruk, namun sehingga kini, pihak SPRM gagal membuktikan tuduhan-tuduhan tersebut. Anwar Ibrahim pula seperti yang anda maklum, diaibkan sejak dipecat pada tahun 1998.

Pengalaman berhadapan dengan kerenah ahli politik lupa daratan/katak pada PRU12 sepatutnya dijadikan pengajaran berguna kepada PR agar "pengkhianatan" pemimpin yang bertanding atas tiket parti PR itu tidak berulang pada PRU13.


[PANAS] Shahrizat Akan LETAK JAWATAN Kerajaan dan Parti dalam Masa Terdekat

Posted: 10 Mar 2012 07:37 PM PST


[NST] DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil will resign as minister and Wanita Umno chief in the next few days, sources close to her who are also senior movement leaders said.

A state Wanita Umno chief said Shahrizat, who is also Women, Family and Community Development Minister, told her close circle of executive council members on Friday night that she would be relinquishing
both her posts.

It is also learnt that Shahrizat had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday to discuss her resignation.

"Shahrizat told us she wanted to let go of both her posts. She was not happy with suggestions that she resign as minister but remain as Wanita Umno chief until the next party election. She sees no point in this. Therefore, she made up her mind to relinquish both positions," said the state Wanita Umno chief.

The source added that some of the movement's senior leaders who were upset with Shahrizat's decision met with Najib the same day to discuss the matter. Another senior Wanita leader said a close aide of Shahrizat's had informed some Wanita members that Shahrizat would resign on Saturday (yesterday).

"However, this did not happen. We are puzzled as her officer was very confident that an announcement would be made that day. Perhaps she is waiting for the right time."

Other highly-placed sources said it was certain that Shahrizat would not be fielded in the upcoming general election. There were also many other signs yesterday pointing to an impending announcement of Shahrizat's resignation.

Najib and Shahrizat's short exchange before the start of a press conference following the launch of a Wanita Barisan Nasional welfare programme, Jelajah Sayang 1Malaysia, at the Pasir Gudang Municipal Council, fuelled speculation that the Wanita Umno chief would make an important announcement soon.

Shahrizat was stopped by Najib while they were both walking towards the stage for the press conference. They proceeded to discuss in hushed tones while approaching their seats on the stage.

Reporters overheard what was discussed between the two. To a question from Najib, Shahrizat said: "It is not the right place. It is not proper. Maybe tomorrow (today)."



P/s: Berdasarkan berita NST di atas, Sharizat dikatakan akan meletakkan jawatan kerajaan dan parti dalam tempoh beberapa hari. Hal ini disahkan oleh pemimpin pergerakan wanita UMNO dan sumber akhbar tersebut.

Namun, keputusan peletakan jawatan sama ada dalam kerajaan atau dalam parti bukanlah lesen untuk melepaskan keluarga Sharizat daripada pengadilan atas tuduhan penyelewengan dana ayam dan pecah amanah. Kedua-dua pertuduhan ini turut dibangkitkan oleh Nazri Aziz selaku Menteri yang menjaga porfolio undang-undang dan pihak polis turut mencadangkan pihak peguam negara membuat pendakwaan atas pertuduhan yang sama.

Selagi isu ini tidak dibawa ke muka pengadilan, selagi itulah kes NFC relevan dan perlu dibangkitkan dari semasa ke semasa. Kerajaan perlu menyiasat kes ini dengan teliti kerana sebanyak RM250 juta wang rakyat didakwa disalahgunakan untuk pelbagai pelaburan atas nama peribadi ahli keluarga Sharizat. Wang sebanyak itu bukanlah dana UMNO atau BN tetapi dana yang diperoleh hasil pelbagai cukai yang dikenakan terhadap rakyat negara ini.



Laman Facebook, Fan Page, Twitter TM dan DCM

Posted: 10 Mar 2012 06:00 PM PST


Bagi pengunjung yang berminat mengikuti laman Facebook Tayadih Maysia, anda boleh berbuat demikian dengan mencari nama "Maysia Tayadih" di ruang carian FB atau mengelik pautan di bawah:



Bagi akaun Twitter, anda boleh menyertai saya dengan mengelik di sini atau mengelik logo di bawah ini:

Follow tayadihmaysia on Twitter

Bagi yang berminat menyertai Fan Page DCM anda boleh berbuat demikian dengan mengelik butang "Like" dalam kotak Fan Page DCM di atas atau boleh berbuat demikian di sini



Banyak input/info/berita/tempelan/video/gambar yang tidak disiarkan di blog DCM dimuatkan di wall FB sama ada di akaun peribadi TM atau di Fan Page DCM. Selain itu, semua kiriman di blog ini akan turut dipaparkan pautannya di akaun Twitter dan Facebook secara automatik.

Sokongan anda, saya hargai. Terima kasih.


Tiada ulasan: