Biaqpila |
- JAWATAN KOSONG UNTUK DIISI SEGERA
- Remaja Berpesta Seks dengan 18 Lelaki di dalam Sebuah Tren
- MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas
- LAWAK AHAD: MAK CIK KARIPAP
- KEPUTUSAN PIALA FA 10/3/2012
JAWATAN KOSONG UNTUK DIISI SEGERA Posted: 11 Mar 2012 10:48 AM PDT DEY MACHA!!! BULAN APRIL NI ADA JAWATAN KOSONG MENTERI PEMBANGUNAN LEMBU,KONDO DAN MASYARAKAT SYARAT-SYARATNYA AMAT MUDAH MESTI PANDAI MENGAMPU SERTA MENIPU YANG PENTING RUPA PARAS MESTI BOLLYWOOD DAN BERANI SELAK KAIN KAH!KAH!KAH! SAPA SAJA BOLEH APPLY JANJI PANDAI BUAT DUIT WALAUPUN TAK PANDAI BELA LEMBU KAH! KAH! KAH! BILA DAH KAYA RAYA BILA HARTA DAH BERJUTA KELUARGA KITA SEMUA GAJI DAH PULUH RIBU KITA UMUM UNTUK BERUNDUR PADAHAL TEMPOH KITA AKAN TAMAT KITA TIPU RAKYAT JELATA DEPA BUKAN TAU APA KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Remaja Berpesta Seks dengan 18 Lelaki di dalam Sebuah Tren Posted: 10 Mar 2012 11:00 PM PST Beberapa media melaporkan bahawa identiti remaja yang terlibat dalam pesta seks dengan 18 lelaki di dalam sebuah tren di Taiwan telah terdedah. Remaja perempuan tersebut dilaporkan berumur 17 tahun dan menggunakan nama samaran Xiao Yu (Little Rain). Gambar-gambar remaja tersebut juga mula tersebar di internet. Ketika pihak polis menjalankan siasatan di rumah Xiao Yu, ibu bapanya meluahkan rasa terkejut, manakala bapanya asyik mengomel: "Mustahil, mustahil" Namun, gadis itu mengaku menyertai pesta seks dengan 18 lelaki di dalam sebuah tren. Remaja itu walau bagaimanapun tidak dapat memastikan jumlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengannya. Pada mulanya, Xiao Yu tidak menganggap perbuatannya adalah sesuatu yang salah, namun selepas ibunya meraung histeria, dia memohon maaf. "Saya tahu saya salah," kata remaja yang telah keciciran sekolah tinggi itu. Dia kini didakwa melanggar Akta Penyelenggaraan Tatacara Sosial dan Akta Kebajikan Kanak-kanak dan Belia. Salah seorang lelaki yang terlibat dalam pesta berahi itu memberitahu media Taiwan bahawa mereka sepatutnya mengambil keretapi untuk ke sebuah tempat untuk tujuan parti seks tersebut. "Saya tidak pernah terfikir bahawa kami terpaksa melakukannya di atas kereta api," katanya. Polis sebelum ini telah menangkap penganjur parti itu kerana melanggar undang-undang moraliti seksual. Pada 28 Februari lalu, ketika memberikan keterangan di mahkamah, Xiou Yu mengaku mengadakan hubungan seks dengan 7-8 lelaki di dalam tren itu. "Saya masih ingat wajah 5 lelaki itu, namun saya terlalu letih untuk mengingati wajah lelaki lain." -DCM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas Posted: 10 Mar 2012 09:00 PM PST Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing. Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu. Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu. Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut. Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini. Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam. Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing. Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi. Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas. "Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh. "Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka." Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing.. "Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 Mar 2012 05:00 PM PST Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan. Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali. Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" "...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamba badaknya KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 Mar 2012 04:10 PM PST JADUAL SUKU AKHIR: KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan