Jumaat, 9 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sanggupkah Najib Mohon MAAF daripada Keluarga Altantuya?

Posted: 09 Mar 2012 04:30 AM PST


[HD] KUALA LUMPUR, 9 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu yang melibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu semakin mencalarkan Datuk Seri Najib di mata masyarakat.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penghakiman bertulis yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin seakan mahu mengheret 'seseorang yang berkuasa' di sebalik pembunuhan model tersebut.

"Penghakiman ini mewujudkan persoalan dan persepsi masyarakat, adakah institusi mahkamah dalam kes ini benar-benar bebas berfungsi ataupun telah diikat dan dikongkong oleh mereka yang  berkuasa di belakangnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, lebih mengusutkan keadaan apabila dalam penghakimannya, Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting walaupun ianya relevan.

"Tidak penting tujuan bunuh, justeru, mengapa Altantuya dibunuh?" soalnya.

Dua orang yang telah didapati bersalah adalah anggota Unit Tindakan Khas iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya adalah pegawai keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.

"Soalnya pula, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?

"Apa kaitan kedua-dua mereka dengan Altantuya?" tanya Riduan lagi.

Tambahnya, tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah itu tanpa sebab.

Menurutnya, mesti ada arahan oleh mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu DPPM berpandangan, sepatutnya misteri kes itu mudah terjawab dengan merungkai satu demi satu persoalan sehingga akhirnya akan menemui jawapan yang sebenar.

"Lihatlah bagaimana kes Datuk Sosilawati yang dibunuh dengan modus operandi yang hampir sama. Kes ini disiasat dengan beitu teliti sehingga akhirnya menemukan motif pembunuhan tersebut," ujarnya lagi.

Namun demikian, kata beliau dalam kes Altantuya motif pembunuhan ditutup seakan mahu menutup terus cerita ini dari terus disiasat.

Walau apa pun alasannya, ujarnya  rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes itu.

Beliau berkata, meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes itu amat merendahkan reputasi Najib.

Tambahan pula, ujarnya orang kepercayaan beliau, Abdul Razak Baginda juga dikatakan terlibat meskipun kemudiannya dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

"Kes ini juga amat memalukan negara di mata dunia kerana dunia menganggap Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat dikunjungi," katanya.

Justeru, tambahnya apa yang berlaku kepada Altantuya tidak mustahil juga berlaku kepada pelancong lain yang berkunjung ke negara ini.

"Dalam keadaan Datuk Seri Najib merayu-rayu rakyat dengan permohonan maaf dan menyesali atas 'ketelanjurannya', sanggupkah beliau memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya.

"Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?" tanya beliau lagi.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap model Mongolia itu.

PKR Dakwa Pejabat PM Bayar Kos Majlis Pertunangan Anak Najib, Berapa Kosnya???

Posted: 09 Mar 2012 04:01 AM PST


[KD] PETALING JAYA, 9 Mac: KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada pihak media, bil bayaran bagi penganjuran majlis pertunangan yang diadakan pada 17 Jun 2011 itu telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po'ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.

Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011.



Wanita China didenda RM0.60 Kerana Melacur

Posted: 08 Mar 2012 11:24 PM PST

Seorang wanita warga China yang mengaku bersalah kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran didenda sebanyak 10 rupee (RM0.60) oleh seorang majistret di Sri Lanka. Yang mengejutkan, denda tersebut merupakan  hukuman maksimum di bawah undang-undang 1841.

Wanita itu ditangkap dan didakwa di bawah Ordinan Orang Gelandangan (Vagrants) yang digubal semasa era penjajahan British, lapor akhbar Financial Times.

"Selepas mengambil kira peruntukan undang-undang, Majistret Kanishka Wijeratne mengarahkan wanita itu membayar denda sebanyak 10 rupee," lapor akhbar itu lagi.

Ketua Inspektor, Mangala Dehideniya memberitahu AFP bahawa denda tersebut adalah "tidak masuk akal" dan jauh dibandingkan dengan kos pentadbiran penangkapan dan perbicaraan pesalah di mahkamah.-DCM

P/s: Macam-macam! Kalau begitulah jumlah dendanya, ada pelacur bentang toto di kaki lima sahaja!

[Video] Rintihan Ibu Uzur yang Ditinggalkan Anak di Hotel Bajet

Posted: 08 Mar 2012 10:41 PM PST



 Berita berkaitan di sini.

P/s: Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan anak yang menderhaka kepada ibu bapa.


“Saya tak pernah utus surat dengan pemimpin Israel” – Anwar

Posted: 08 Mar 2012 09:25 PM PST

 
[KD] KEPALA BATAS 9 Mac: Sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah sama sekali mengiktiraf kerajaan Israel dengan cara berutus surat atau berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara itu.

Ia ditegaskan Ketua Pembangkang itu sewaktu berceramah di Markas Tarbiyyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

"Sewaktu saya jadi Timbalan Perdana Menteri, tak pernah saya tulis surat kepada mana-mana pemimpin Israel, tak pernah saya jumpa mana-mana pimpinan Israel.

"Penipu dan munafiknya pemimpin Umno, mereka serang saya. Tetapi, saya tak pernah pun ada (jalin) hubungan dagangan dengan Israel,"
tegas Anwar kepada kira-kira 2 ribu penyokong Pakatan Rakyat.

Ia katanya, berbeza dengan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dalam diam mengutus surat mengiktiraf kerajaan haram Israel, tetapi pada masa yang sama terus memfitnah beliau.

"Presiden Umno ucap tahniah kepada pemimpin Israel ada keluar TV3? Puji Ehud Barak ada keluar TV3?" tanya Anwar.


Anwar bersama Ketua Dewan Ulama PAS P.Pinang, Ustaz Sooid Md Amin (tengah) dan Tim Pesuruhjaya PAS P.Pinang, Ustaz Khalid Man (kiri)

Pada 29 Februari lalu, kerajaan mendedahkan tiga surat rasmi dikirim oleh Mahathir kepada tiga Perdana Menteri rejim Zionis itu bertarikh 21 Disember 1993, 14 Mac 1997 dan 8 Jun 1999.

Salah satu surat berkenaan, yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, antara lain menyatakan kesediaan kerajaan Umno BN untuk menjalinkan kerjasama dengan rejim itu pada masa yang sesuai.

Bercakap lanjut, Anwar berkata pengiktirafan secara senyap kerajaan Umno BN kepada rejim haram Israel diteruskan lagi oleh Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak yang takut untuk menyuarakan nasib rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.


Najib tidak bincang isu Palestin


Menurutnya, Najib berpeluang untuk mendesak Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama berbuat sesuatu terhadap kemelut di Israel-Palestin sewaktu bertemu Obama tidak lama dahulu.

Namun, Najib hanya sekadar berani menyokong tekanan Amerika ke atas program nuklear Iran sewaktu bertemu Obama.

Menurut Anwar, ia berbeza sama sekali dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani membangkitkan perkara itu.



Anwar bertemu pimpinan Hamas, Khalid Mashal Febuari lalu bagi membincangkan isu Palestin-Israel

"Tayyip Erdogan jumpa Obama bincang isu Palestin dan ada nota. Datuk Seri Najib ada bincang isu Palestin?" tanya Anwar.

Membidas berita media arus perdana semalam yang menyiarkan berita surat beliau kepada National Endowment for Democracy (NED), Anwar menjelaskan NED adalah pertubuhan yang berfungsi untuk mempromosikan demokrasi.

Justeru katanya, isi kandungan surat itu bukanlah satu pengiktirafan kepada kerajaan Israel seperti yang cuba diputarbelitkan media arus perdana.

Bercakap lanjut, Anwar percaya kenyataan dan pendiriannya tentang isu Palestin-Israel sengaja terus dimanipulasi Umno BN untuk menggugah hubungan baik beliau dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Umno ni mimpi dia nak lagakan saya dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kalau kami bergaduh, lega mereka"

""Tuan Guru Nik Aziz minta penjelasan, saya tiada masalah. Pendirian Pas tegas dan konsisten. Ini Umno nak tegur saya, tengok muka sendiri dulu" kata Anwar.
 
 
 
 
 
 

Tanggang Moden: Tinggal Ibu Uzur di Hotel Bajet

Posted: 08 Mar 2012 08:20 PM PST



[HM] KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.

Tiada ulasan: