Jumaat, 9 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Perdana Menteri Seleweng Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anak Beliau?

Posted: 09 Mar 2012 12:29 PM PST

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792

Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975

Kos pengendalian RM81,000

Jumlah RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

9 MAC 2012

Untuk melihat bukti-bukti sila ke laman web rasmi rafizi

http://rafiziramli.com/2012/03/perdana-menteri-seleweng-wang-rakyat-untuk-majlis-pertunangan-anak-beliau/

PM nafi majlis tunang anak guna duit kerajaan

Posted: 09 Mar 2012 10:49 AM PST


Oleh: G MANIMARAN

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa pada Jun tahun lalu, diadakan dengan menggunakan duit kerajaan.

"Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office) kira-kira sejam lalu.

Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat."

Laporan media atas talian awal hari ini memetik PKR mendkawa, pihaknya ada bukti kerajaan telah membiayai majlis pertunangan Nooryana Najwa.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Malah menurut laporan itu, Rafizi mendakwa bahawa kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri.

Jumlah itu mungkin hanya RM409,767, namun menurut Rafizi, ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi."

Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Laporan Bernama pada hari pertunangan menyebut bahawa pertunangan anak Najib itu dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Gabungan Cuepacs kecewa SPBA dimansuh

Posted: 09 Mar 2012 03:19 AM PST


Oleh: NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), salah satu gabungan Cuepacs, kecewa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan dan menganggap keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, sebagai satu langkah mengundur ke belakang.

Setiausaha Agung MTSU, Samuel Devadasan berkata, SPBA sebelum ini lebih menjanjikan satu sistem gaji yang lebih menarik, tidak seperti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah lama diguna pakai.

"Telah menjadi pendirian Cuepacs selama ini untuk menamatkan SSM dan kami difahamkan satu MoU antara Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah ditandatangani pada 28 Disember lalu.

"Kami mahu pihak-pihak yang terlibat mendedahkan isi kandungan MoU berkenaan kerana difahamkan pakej yang dibincangkan lebih menarik," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Beliau berkata, MTSU merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar SPBA dikekalkan dengan penambahbaikan supaya borang opsyen, memilih antara SPBA dan SSM, yang ditandatangani Januari lalu dihormati.

"SPBA telah memberi semangat baru kepada ramai penjawat awam. MTSU berharap agar SPBA dapat dilaksanakan dan SSM dibatalkan," katanya.

Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pembatalan skim SBPA.

Harga Skim Rumah Pertamaku Najib ‘tidak munasabah’, kata kumpulan pembeli rumah

Posted: 09 Mar 2012 02:06 AM PST


Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah Pertamaku sebagai dasar "tidak bijak" selepas dilaporkan pada minggu ini ia bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah.

Skim yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu berdepan dengan masalah kerana bank-bank enggan memberi 100 peratus pembiayaan hartanah mencecah RM400,000 kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong memberitahu The Malaysian Insider penyediaan pembiayaan pinjaman RM400,000 di bawah skim itu untuk "perumahan mampu" adalah "tidak munasabah dan seseorang perlu memberitahu perdana menteri tentang fakta yang salah."

"Ia jelas perdana menteri kita tidak bijak dengan kepentingan diri kerana menyediakan harga setinggi RM400,000 untuk pekerja berpendapatan bawah RM3,000," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dengan bank dan mendapati kebanyakan pemohon merupakan individu yang disenarai hitamkan atau tidak mempunyai bukti pendapatan sahih.

"Maklum balas mengatakan jika rakyat tidak mampu membelinya, maka jangan beli. Bagaimana anda boleh mengambil pinjaman 100 peratus pinjaman seperti itu tanpa komitmen?" katanya.

Chang berkata bagi 20-tahun pinjaman untuk RM400,000 mengikut standard industri dua peratus di bawah kadar pemberian pinjaman asas memerlukan satu ansuran bulanan RM2,552 atau 85 peratus daripada RM3,000.

Beliau menambah untuk 30-tahun perjanjian memerlukan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,051 atau 68 peratus daripada RM3,000.

Laman web skim itu juga mengatakan untuk layak menyertai program itu, pembayaran balik tidak boleh melebihi 55 peratus daripada pendapatan kasar pemohon.

"Ia tidak mengejutkan terdapat kelulusan sifar kerana peminjam-peminjam mampu hidup melebihi kemampuan mereka."

Beliau berkata berdasarkan garis panduan Bank Negara pembayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga pendapatan, pinjaman bagi skim itu sepatutnya di antara RM150,000 hingga 180,000.

Perdana menteri mengumumkan pada Oktober lalu ketika membentangkan Belanjawan 2012 bahawa pinjaman permulaan skim itu akan dinaikkan sehingga RM400,000 sebagai harga hartanah.

Kerajaan terlebih dahulu berkata agensi pembiayaan dan gadai janji milik kerajaan negeri akan menyediakan deposit 10 peratus bagi membeli rumah.

Chang mencadangkan jika kerajaan serius tentang kemampuan perumahan, ia sepatutnya "memasuki satu usaha sama dengan pemaju bukan kroni" yang mahu harga mencecah RM400,000.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya menghapuskan kos tanah dengan "menyediakan lokasi strategik" seperti tanah di Sungai Besi dan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh.

"Daripada mahu lot tanah ini menjadi 'nilai tinggi,' cuba dapatkan perumahan mampu milik," katanya.

Chang menambah pemohon yang berkelayakan mesti menetap di rumah yang dibeli sekurang-kurangnya 10 tahun dan hanya dibenarkan menjual balik kepada kerajaan jadi ia boleh diberikan semula kepada "generasi pembeli berikutnya yang memerlukan perumahan mampu milik."

Harga hartanah di kawasan bandar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat sehingga 40 peratus pada 2010 dengan kadar faedah yang rendah dan pertambahan dalam pembelian spekulatif, walaupun harga meningkat lebih perlahan tahun lepas kerana langkah-langkah mengawal kelembapan sentimen seperti satu kenaikan cukai keuntungan harta.

Beberapa laporan juga menganggarkan harga hartanah akan meningkat dari 5.9 kali pendapatan pada 1989 kepada 10.9 kali pada 2010.

Kajian Demografi Rumah Mampu Milik Global menyifatkan harga pasaran, iaitu harga hartanah berada di 5.1 kali pendapatan kelas pertengahan atau lebih, sebagai "tidak mempunyai kemampuan."

HBA tahun lalu mengingatkan anak muda akan berdepan risiko dihalang memasuki pasaran hartanah disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi.

Kita Kelantan tidak sokong Zaid bertanding

Posted: 09 Mar 2012 01:58 AM PST


KOTA BHARU - Anggota dan pucuk pimpinan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Kita Kelantan Zakaria Salleh berkata ini kerana Kita Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti.

"Kita tidak boleh menerima pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dalam politik dan berjuang untuk kepentingan diri," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004.

Katanya, Kita Kelantan juga memberi sokongan kepada Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid. - Bernama

SBPA: Transformasi 1Malaysia Najib gagal

Posted: 09 Mar 2012 01:46 AM PST


Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.

Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga. Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.

Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju.

Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, yang akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.

Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna.

Isu SPBA berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR. Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda. Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga.

Dalam flip-flop terbaru ini, jelas ia adalah akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan. Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama.

Oleh kerana sikap gopoh-gapah inilah rakyat dapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – "Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan."

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

9 Mac 2012

SBPA: Bagaimana status Kumpulan Premier?

Posted: 09 Mar 2012 01:45 AM PST


KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung status terkini kakitangan Kumpulan Premier setelah Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) diumum mansuh semalam.

Ini kerana, kumpulan tersebut difahamkan telah diwajibkan bersara pada 31 Disember tahun lalu dan diserap sebagai kakitangan berstatus kontrak di bawah SBPA sejak Januari lalu.

"Sekarang SBPA dah diumum mansuh, jadi saya nak tanya apa status mereka (kumpulan premier) sekarang ini.

"Mereka sudah tandatangan surat pertukaran kepada jawatan kontrak, dan sudah dibayar gaji lebih tinggi mengikut SBPA malah ada yang sudah dapat ganjaran pesara sehingga mencecah RM500,000. Adakah mereka kena bayar balik atau bagaimana," soal Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Selain itu Najib turut mengumumkan pelarasan gaji SSM dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.

Untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A pula menerima kenaikan 9 peratus.

Turus 3 dan 2 menerima kenaikan sebanyak 8 peratus manakala turus 1 pula 7 peratus.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau khuatir tindakan pembatalan SBPA yang diumum Najib semalam mempunyai kesan perundangan terhadap kumpulan premier ini yang boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan.

Turut dipersoalkan, sekiranya kumpulan ini ditukar semula kepada status asal sebelum ini, adakah gaji mereka akan dibayar sama seperti sekarang atau lebih rendah seperti asalnya.

Jumlah sudah dibelanja

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut memohon penjelasan Najib berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.

Menurut Mahfuz, rakyat harus tahu berpa jumlah yang telah dibazirkan kerajaan untuk satu skim yang tidak dibincang dengan teliti dan akhirnya diumum mansuh itu.

"Berapa jumlah duit yang sudah dihabiskan untuk tujuan ini? Saya hairan kenapa perdana menteri boleh bersetuju dengan cadangan JPA ini.

"Pada saya perdana menteri sudah hilang kelayakan. Selepas PRU saya rasa banyak lagi benda celaru macam ni akan diperkenalkan," katanya.

Husam Musa Bijak Menilai Masalah Kakitangan Awam. Syabas!

Posted: 09 Mar 2012 01:43 AM PST

'Kerajaan tidak kaji SBPA dengan masak'

Oleh: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU - Tindakan membatalkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menunjukkan kerajaan tidak membuat kajian teliti sebelum melaksanakan sebarang dasar.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu juga menunjukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang seolah-olah terikut gaya kepimpinan sebelumnya yang tidak konsisten dalam mewujudkan dasar pentadbiran negara.

"SPBA diluluskan dalam Kabinet, tetapi dibatalkan oleh Kabinet yang sama, ini bererti dasar tersebut tidak dikaji terlebih dahulu secara masak dan teliti sebelum ia diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memansuhkan SPBA, sekali gus meredakan ketidakpuasan hati dalam kalangan 1.4 juta anggota sektor awam.

Husam berkata, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengemukakan pendirian menolak SPBA melalui konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah dan akhirnya menangguhkan skim berkenaan dan membatalkannya.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu berkata, pihaknya merangka tawaran perkhidmatan yang lebih baik termasuk gaji minimum kepada sektor awam.

"Kita dapati lebih 40 peratus kakitangan perkhidmatan awam masih di bawah paras kemiskinan, apatah lagi dengan kenaikan kos taraf hidup yang tinggi sekarang. Gaji mereka sekarang adalah lebih rendah daripada tahap kemiskinan. Kita juga mahu menghapuskan empat peratus caj perkhidmatan ke atas pinjaman kenderaan dan perumahan kakitangan awam di seluruh negara, pelaksanaan tersebut diambil oleh kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu," katanya.

Pas dakwa SBPA bukti transformasi 1Malaysia Najib gagal

Posted: 09 Mar 2012 01:40 AM PST


Oleh: Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM – Pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan semalam, menunjukkan kegagalan transformasi yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga terpaksa kembali kepada sistem lama, Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa SBPA diwujudkan secara tergopoh-gapah sebagai reaksi segera Najib kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga."Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.

"Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR," kata beliaau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, tindakan ini dibuat tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengetepikan pandangan kesatuan sekerja serta badan berkaitan sehingga kerajaan akhirnya berhadapan bantahan umum kakitangan dan kini terpaksa menarik balik kenyataan lalu kembali kepada sistem lama.

Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan skim gaji kakitangan kerajaan SBPA dan pelarasan gaji yang berkuat kuasa 1 Januari lalu akan dibayar mulai bulan ini atau April.

Beliau turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata, pemerhatian umum yang dilakukan terhadap beberapa perkara mengenai transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.

"Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH), pengambilalihan aset Felda Plantation dan Koperasi Permodalan Felda oleh syarikat berhutang sebagai modal penyenaraian, kini terpaksa berhadapan pelbagai bantahan daripada peneroka serta kakitangan Felda yang tidak bersetuju. Berikutan kegagalan mengawal harga barangan pengguna, kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang lebih rendah," katanya.

Tuan Ibrahim menambah, tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah sedangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan. Katanya, perkara ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga lebih mahal.

"Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna."Sedangkan, isu SPBA berkait rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR," katanya.

Exco Kedah: Mungkin ada rombakan, kata MB

Posted: 09 Mar 2012 01:05 AM PST


Oleh: ROSLINDA HASIM

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan untuk melantik semula Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri, namun tarikh mengangkat sumpah belum ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berikutan itu kemungkinan rombakan dalam portfolio lapan Exco yang mengangkat sumpah 28 Februari lalu akan dirombak semula.

"Kita kena tengok semula, ada yang tak rombak, ada yang perlu rombak sedikit. Setakat ini, saya sendiri belum jumpa Phahrolrazi atau Ismail bincang perkara ini," katanya pada sidang media di kediaman beliau selepas menerima lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jom Tukar Kerajaan Yang Flip Flop! Jom!

Posted: 09 Mar 2012 01:04 AM PST

TPM: Batal SBPA bukan tanda dasar kerajaan gagal

KUALA PILAH - Tindakan kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan disebabkan kegagalan kerajaan melaksanakan sesuatu dasar seperti yang didakwa pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebaliknya pembatalan itu dibuat selepas kajian mendapati skim itu tidak memenuhi tuntutan bagi meningkatkan gaji dan kemudahan lain untuk penjawat awam.

"Semasa kita mahu kemukakan SBPA itu, rupa-rupanya ada perkara-perkara yang tidak kita ketahui di peringkat awal dan bila diperincikan satu persatu, pihak perkhidmatan awam yang diwakili Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam memberikan pandangan bahawa apa yang diusulkan (dalam SBPA) tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.

"Perkara itu (skim SBPA) belum kita laksanakan kerana kita baru kemukakan tawaran, jadi perkara ini kita kaji balik kerana kita responsif kepada pandangan pegawai-pegawai awam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan guru-guru agama, guru-guru takmir, ahli jawatankuasa masjid dan pemimpin-pemimpin masyarakat Kuala Pilah di Johol di sini hari ini sempena lawatan kerja seharinya ke Negeri Sembilan. - Bernama

Kelantan tetap bubar DUN bersama Pusat

Posted: 08 Mar 2012 10:18 PM PST


Oleh: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.

"Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.

Mursyidul Am Pas berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, yang menjelaskan bahawa pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum dipanggil.

Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sejak memimpin kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sejak 1990, Nik Abdul Aziz telah membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen.

Antara Anwar, Najib siapa baik dengan Khalid Mishal? Subky Latif

Posted: 08 Mar 2012 08:28 PM PST



9 MAC — Saya tidak bercadang untuk membela Anwar Ibrahim yang menyatakan boleh menimbang menjamin keselamatan Israel dengan syarat-syarat yang dijangka tidak akan diterima oleh Israel.

Tetapi Perdana Menteri Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno lainnya belumlah lebih jelas sikapnya terhadap Palestin dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Kerajaan Malaysia baik di bawah Mahathir mahupun di bawah Najib ada membela Palestin dan negaranya yang dicadangkan di bumi Gaza dan Tebing Barat yang ditadbir oleh kerajaan Palestin sekarang. Mahathir akrab dengan Yasser Arafat dan Najib kenal Presiden Mahmood Abbas.

Mahathir dan Najib tidak kenal rapat Khalid Mishal, pemimpin Hamas yang mendapat perlindungan di Syria selepas dia dibelasah agen rahsia Israel di Jordan tidak lama dulu. Tetapi Anwar Ibrahim kenal Arafat, Mahmood Abbas dan kenal semua pemimpin Hamas.

Antara Anwar dan Najib campur Mahathir siapa lebih kenal dan lebih rapat dengan Khalid Mishal yang memimpin Hamas? Tentulah Anwar. Malah selepas kenyataan Anwar tentang apa yang dikatakan menjamin keselamatan Israel di WSJ, Anwar sudah berjumpa Khalid Mishal. Mereka sudah membincangkan isu yang berbangkit itu.

Khalid dan Hamas mewakili perjuangan membebaskan Palestin yang lebih jelas dari perjuangan PLO. Pendirian Mahmood dan Fatah yang dipimpinnya telah lama cair terhadap Israel, tetapi Hamas belum melepaskan senjata terhadap regim zionis itu.

Menyokong Palestin saja tidak cukup kalau tidak sama menyokong Hamas. Adakah Najib dan kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas? Semasa Hamas berkuasa di Palestin ada satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia memberi perwakilan itu kepada Fatah sedang Menteri Luar Palestin dari Hamas yang sudah berada di Kuala Lumpur dinafikan.

Semasa Najib jadi ketua Pemuda Umno Khalid Mishal pernah datang ke Kuala Lumpur. Dia bercadang untuk menermui Nazri Aziz yang belum jadi menteri tetapi menjadi Ketua Biro Antarabangsa Pemuda Umno. Mishal bercadang untuk membincangkan kemungkinan Hamas menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur sama seperti yang diberikan kepada Fatah.

Rombongan tertinggi Hamas tidak dapat layanan yang baik kerajaan dan Umno. Semasa Khalid berada di Malaysia, saya yang menemankannya ziarah hingga ke Kuala Terengganu dan Kota Baru. Bukan Wisma Putra dan bukan pemimpin Umno.

Kiranya ditanya pemimpin dan penyokong Hamas, siapa lebih mereka kenal antara Dr Mahathir, Najib dan Anwar? Kita terkejut jawapannya ialah Anwar. Mengapa? Justeru Anwar ada talian dengan kebanyakan orang Palestin. Ada pun Najib dan Dr Mahathir, ramai yang kenal tetapi dipercayai jaraknya tidak sama dengan Anwar.

Justeru itu, apa pun yang Anwar kata tentang Palestin dan Israel, hati rakyat Palestin lebih kenal dengan Anwar dari semua yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Untuk dikatakan Anwar itu alat dan boneka Israel, bagi setengah orang Palestin belum tentu Anwar lebih dari rekod Arafat dan Mahmood Abbas.

Kenyataan Anwar tentang Israel rasanya sekadar menjamin bersyarat jika ia dapat dipenuhi Israel. Jaminan belum sama dengan pengiktirafan. Anwar belum menyebut tentang pengiktirafan. Apa lagilah hubungan diplomatik.

Kiranya Zionis boleh bersetuju dengan syarat Anwar itu, maka barulah jaminan itu akan dibincangkan. Kalau pun jaminan itu boleh diberi, tetapi tidak semestinya ia boleh diiktiraf.

Saya kata begitu untuk bersangka baik dengan Anwar bahawa dia tidak dapat disama dengan Najib dan Mahathir yang dipercayai banyak bermain mata dengan Israel.

Contoh terbaik jaminan Malaysia tanpa pengiktirafan dan tanpa hubungan diplomatik ialah dengan Taiwan. Malaysia hanya mengakui satu China di dunia. Siapa yang mengakui Taiwan maka rosaklah hubungannya dengan China.

Tetapi China tidak tersinggung dengan jaminan Malaysia kepada Taiwan dan segala hubungan dagang antara keduanya.

Bagi mengukur sokongan kepada Palestin sekarang apa kata kalau Khalid Mishal tidak selesa tinggal di Syria berikut pergolakan di negara itu. Di mana Khalid hendak mendapat perlindungan? Jika dia mohon perlindungan menetap di Kuala Lumpur sambil meneruskan perjuangan Hamas. Adakah Najib bersedia? Kalau Pakatan berjaya mengambil Putrajaya, rasanya Khalid tidak ada masalah.

SBPA batal kerana Pakatan, kata Anwar

Posted: 08 Mar 2012 08:13 PM PST


GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.

"Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa.

"Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini," katanya.

Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.

"Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja.

"Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak yat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.

Tahun 2012 Tahun Melawat Kelantan. Jom Cuti Nanti Ke Negeri Kami

Posted: 08 Mar 2012 05:29 PM PST



Merit Apa Din, Merit Mata Dacing Ke?

Posted: 08 Mar 2012 05:18 PM PST

Pemberian projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion kepada seorang peguam Umno kata Udin anak Yassin ianya berdasarkan merit. Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd di mana ahli lembaga pengarah kepada kedua-dua syarikat berkenaan ialah orang bernama Mohd Hafarizam Harun yang dikenali sebagai peguam Umno.

Kata Udin anak Yassin ia diberikan berdasarkan penilaian wajar berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan.

Bolehkah kita percaya apa yang Udin anak Yassin katakan itu. Berdasarkan merit, merit apa Din, apakah merit mata dacing?

Mudah sahaja kalau benar kata-kata timbalan perdana menteri itu, dedahkan nama-nama syarikat lain yang ikut sama mengemukakan tander untuk projek berkenaan. Biar semua orang tengok dan rakyat juga tengok.

Rasanya ada dikalangan rakyat yang tahu menilai sejauh mana kebolehana dan kemampuan syarikat-syarikat yang membuat tander (kertas kerja) untuk projek berkenaan?

Kalau setakat ucap saja ia tidak boleh dipercayai. Tetapi kalau ia berdasarkan merit dacing mungkin boleh. Soalnya apakah syarikat lain yang ikut tander atau buat kertas kerja itu bukan bermerit dacing? Yang pastinya syarikat bermerit bulan, mata dan roket awal-awal lagi tidak mengemukakan cadangan kerana mereka sudah tahu keputusannya.

Yang menjadi tanda tanda selain daripada peguam Umno itu menjadi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi juga adalah ahli lembaga pengarahnya. Kerana kewujudan nama isteri bekas Ketua Hakim itu menyebabkan ada tanggapan pemberian projek itu sebagai mengenang budi.

Isteri itu pula yang mana adakah yang dikahwinkan di sebelah Siam itu?

Selagi Udin anak Yassin tidak menampalkan nama-nama syarikat yang ikut sama tander projek berkenaan untuk tatapan umum maka selama itu pemberian projek itu boleh dianggap sebagai pemberian untuk mengenang budi atau membalas jasa.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/sebelum-tutup-mata.html

Tiada ulasan: