Khamis, 8 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Panggilan Telefon antara Razak Baginda dengan Tertuduh pada Malam Pembunuhan Altantuya

Posted: 08 Mar 2012 05:37 AM PST


altantuya razak baginda murder 110707 razak handphone
[MK] Beberapa panggilan telefon dikenal pasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu.

Dalam kertas pertuduhan itu, tercatat masanya sebagai antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya.

Dalam kes ini, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Azilah menelefon Abdul Razak sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9.41 malam 19 Oktober  2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dan dikatakan dibuat sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10.41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.

Buka puasa
altantuya razak baginda mongolian murder 250607 shameAzilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu.

Bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.
Abdul Razak dan keluarganya tidak berada di rumah kerana keluar untuk berbuka puasa (ketika itu bulan Ramadan).

Azilah dan Sirul – didapati bersalah atas tuduhan bersama melakukan pembunuhan ke atas wanita Mongolia itu di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, enam tahun lalu.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge concernTertuduh pertama Azilah dalam keterangan bersumpah pembelaannya berkata beliau tidak berada di  tempat kejadian pembunuhan itu dan ada bersama dengan tunangnya Norazilah Baharuddin di Wangsa Maju.

Rekod panggilan itu adalah antara bahan bukti yang dilampirkan bersama dalam penghakiman 70 mukasurat, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin (kiri, bertali leher), yang baru dikeluarkan selepas membuat keputusan perbicaraan tersebut dua tahun lalu.

Panggilan seminit
Selain dari penyataan di atas, terdapat enam lagi panggilan lain yang dibuat antara kedua-dua mereka pada malam tersebut bermula dari jam 7.57 malam, kemudian 8.36 malam, 8.41 malam, 8.54 malam, 8.55 malam, 9.08 malam dan akhir sekali pada jam 9.41 malam.

Panggilan paling lama yang dibuat oleh Abdul Razak kepada Azilah adalah selama satu minit.

Log pemanggilan telefon itu digunakan untuk menunjukkan di mana Azilah, Sirul dan Abdul Razak berada di mana dua anggota polis tersebut dikatakan berada di kawasan berhampiran tempat kejadian bunuh itu.

Hakim Mohd Zaki mengambil kira rekod panggilan berkenaan walaupun ditentang oleh pasukan pembelaan ketiga-tiga tertuduh kerana mereka mendakwa, ia bukan asli, boleh diubah atau ada kemungkinan ada elemen campurtangan untuk diubah.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrival"Maka oleh kerana ketiadaan saksi yang dipanggil untuk mencanggah bukti tersebut, maka saya membuat keputusan menerima pembuktian tersebut secara zahir (on the face of it).

"Keempat-empat  saksi (dari syarikat operasi telefon) telah memberi keterangan mengenai hasil, pengeluaran, aturan dan pengesahan data tersebut yang diambil dari pangkalan sistem data mereka," kata hakim Mohd Zaki.

Rekod panggilan tersebut sebanyak enam muka surat menunjukkan panggilan telefon yang dibuat antara ketiga-tiga tertuduh.

Persoalan yang tidak dijawab
Adalah difahamkan penghakiman kes pembunuhan ini tidak diberikan kepada peguam yang terlibat dalam perbicaraan tetapi dimasukkan terus dalam jurnal undang-undang Current Law Journal 2012 1 CLJ.

altantuya razak baginda mongolian murder 270607 mongol familyPenghakiman itu juga menyentuh mengenai nota yang ditulis oleh Abdul Razak yang dijumpai dalam beg Azilah yang mengandungi alamat lengkap  penganalisis politik itu, dan nama ayah beliau Abdullah Malim Baginda.

Maka kata Hakim Mohd Zaki, keputusannya  "adalah konsisten dengan perlakuan seseorang yang tidak bersalah" dalam meminta bantuan Azilah bagi polis menjaga kediaman dan melakukan rondaan di rumah tersebut di Damansara Heights oleh kerana ugutan oleh Altantuya yang merupakan bekas teman wanita penganalisis politik itu.

Bagaimanapun, isu ugutan yang dilakukan oleh Abdul Razak melalui penyiasat persendirian Balasubramaniam (bawah, kiri) dan pembantunya K Suras Kumar apabila mereka masuk ke bilik hotel Altantuya di Hotel Malaya, tidak diberi perhatian dalam penghakiman tersebut.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 01Begitu juga dengan dakwaan bahawa rekod perjalanan Altantuya ke Malaysia dikatakan dipadamkam tidak dinyatakan dalam penghakiman ini.

Tiada motif dijumpai dalam kejadian pembunuhan kejam ini dan hakim berkata, motif tidak relevan atau penting.

Azilah dan Sirul Azhar telah memfailkan rayuan terhadap hukuman ke atas mereka dan esok Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh untuk mendengarnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman bunuh itu telah berlanjutan lebih dari dua tahun sementara menunggu penghakiman bertulis siap.

Projek RM2.2 Bilon untuk Peguam UMNO

Posted: 08 Mar 2012 05:19 AM PST



Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.

Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi


 


[Video] Auta Menteri Kangaroo

Posted: 08 Mar 2012 05:03 AM PST




[TVS] SHAH ALAM, 7 MAC : Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar disifatkan sebagai "Menteri Kanggaru" kerana enggan hadir dalam sesi Selcat baru baru ini walaupun beliau dengan yakin, pernah mendakwa mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Selangor.

Dalam menyelar sikap Noh, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap Noh, yang sebelum ini lantang mendakwa yang dia mempunyai fakta penyelewengan Kerajaan Selangor.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan mempunyai fakta, jika menyimpan fakta keluarkan saja fakta itu, kenapa susah-susah hendak jadi kanggaru.

"Dia Menteri Pertanian bukan Menteri Pertanian di Australia yang perlu tahu tentang kanggaru," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Noh tidak hadir pada mana-mana sesi pendengaran awam SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan yang berlangsung pada 5 ke 7 Mac.

Peranan sesi pendengaran awam tersebut adalah untuk mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan Kerajaan Selangor di samping memperbaiki unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketirisan dan salah urus tadbir.

Noh pernah mendakwa ada banyak unsur penyelewengan dalam pentadbiran syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Selangor seperti Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di bawah pemerintahan Pakatan.

Beliau juga telah dicabar oleh Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dan setiausaha politik Menteri Besar Faekah Hussin supaya datang ke sesi Selcat dan kemukan bukti.

Abdul Khalid pada hari ini sekali lagi mengulang pendirian Pakatan Selangor bahawa Selcat merupakan wadah yang terbaik untuk mengemukan bukti tentang penyelewengan dan salah tadbir.

"Kalau dia ada fakta tentang isu haram, jenayah atau sebagainya, keluarkan saja. Dia sebagai mempunyai tugas, bukan sahaja sebagai ahli DUN atau ahli Parlimen tetapi juga sebagai rakyat tempatan.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan menyimpan fakta, tetapi tidak hadir. Jika dia tak reti pasal tugas dia bermakna dia gagal dan saya berasa kasihan kepada rakyat Selangor kerana mempunyai menteri sepertinya."


P/s: Kalau benar Noh Omar ada bukti, sudah lama SPRM bertindak!!!






"Girlprenng aku ajak tydo sekali, ap lagy? first night, BERDARAH"

Posted: 08 Mar 2012 12:07 AM PST

Sumber paparan skrin di sini.
P/s: Inilah realiti kehidupan segelintir remaja hari ini. Semoga paparan ini dapat dijadikan pengajaran yang amat berguna.



Wanita CUN Dikenakan Hukuman Penjara Kerana...

Posted: 07 Mar 2012 10:59 PM PST


[SH] JAKARTA - Seorang bekas eksekutif Citibank di Indonesia dikenakan hukuman penjara lapan tahun setelah didapati bersalah mencuri RM12 juta (AS$4 juta) dari akaun pelanggan untuk hidup mewah dan menjalani pembedahan kosmetik.

Mahkamah Daerah Jakarta Selatan memutuskan pengurus perhubungan pelanggan, Malinda Dee, 49, bersalah atas tuduhan memindahkan wang dari akaun pelanggan.

Malinda ditangkap pada Mac tahun lalu.

Wang itu digunakan untuk hidup mewah termasuk membeli kereta dan menjalani pembedahan kosmetik.

Agensi kawal selia Indonesia mengenakan sekatan ke atas Citibank ekoran kes itu.

Pendakwa raya menuduh Malinda mengarahkan 117 pemindahan dana dengan setiap satu berjumlah dua bilion rupiah (RM674,786) daripada akaun pelanggannya atau akaun beberapa kenalannya antara tahun 2007 dan 2011.

Laporan media sebelum ini menyebut wang tersebut digunakan untuk membeli kereta Ferrari, Porsche, Mercedes dan Hummer selain beberapa buah rumah dan apartmen mewah.

Mahkamah juga memerintahkan agar dua kereta Ferrari, sebuah Hummer dan sebuah trak pikap Toyota selain wang tunai berjumlah RM676,056 dikembalikan kepada Citibank.

Citibank yang merupakan bank ketiga terbesar di Amerika Syarikat mengarahkan satu siasatan dalaman dilakukan selepas seorang pelanggannya mengesan dan melaporkan pemindahan wang dilakukan tanpa kebenarannya.

Suami Malinda, adik perempuan dan juga adik iparnya telah pun dikenakan hukuman penjara empat tahun berhubung kesalahan pengubahan wang haram.


[Kemas Kini] Skim SBPA Dibatalkan, SSM Dikemaskinikan

Posted: 07 Mar 2012 08:29 PM PST


[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.



P/s: Jangan sedih, gaji kakitangan awam jauh lebih tinggi daripada majoriti pekerja sektor swasta.




Kemas Kini:

Gaji Minimum-Maksimum ganti struktur gaji SSM
 [UM] PUTRAJAYA 8 Mac - Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.


1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan - insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikan gred untuk guru-guru berdasarkan 'time-based'.

Rahsia Miliki 18 Anak: "Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak"

Posted: 07 Mar 2012 05:15 PM PST


[HM] Suami pantang 'tersentuh', manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar 'pasangan super' apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang 'subur' kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

"Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

"Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


 Berkaitan:

Bersesak dalam kediaman tanpa bilik air
 [HM] KOTA BHARU: Dengan pendapatan cuma RM20 hingga RM40 sehari hasil jualan buah dan bunga nipah, pasangan Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, kini bersesak mendiami sebuah rumah usang tiga bilik tanpa bilik air bersama 15 anak dan sebahagian 14 cucu.

Akibat dihimpit kemiskinan juga, 12 daripada 15 anak pasangan berkenaan keciciran sekolah dengan sebahagiannya hanya bersekolah setakat tingkatan tiga, malah ada yang setakat darjah enam.

Menurut Mek Jah, kerana miskin, dia dan suami tidak mampu memberi kehidupan dan pendidikan sempurna untuk anaknya.

"Oleh kerana sudah terbiasa hidup susah, saya sering menasihati anak supaya bekerja keras dan berdikari dalam mencari rezeki kerana mereka tiada pelajaran.

"Apapun, saya bersyukur kerana anak yang tidak habis sekolah mampu berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan, sekali gus membantu menyediakan perbelanjaan untuk tiga anak saya yang masih bersekolah," katanya.

Mek Jah berkata, dia tidak mahu menyusahkan orang lain, namun berharap ada pihak membantu terutama dalam menyediakan kediaman lebih selesa untuk dia sekeluarga.



Katanya, kemiskinan yang dilalui membuatkan anaknya terperap di kawasan sekeliling rumah dan tidak pernah kenal makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), sehingga berpeluang merasainya selepas dibawa wartawan.



P/s: Semoga dimurahkan rezeki!




Tiada ulasan: