Khamis, 8 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Melayu Dalam Bahaya atau Umno Yang Dalam Bahaya?

Posted: 08 Mar 2012 02:28 AM PST

Kuasa di tangan orang Melayu, mengapa kita perlu katakan orang Melayu itu dalam bahaya? Semua Perdana Menteri Melayu, Raja dan Sultan semua Melayu, Menteri Besar semua Melayu… Mengapa kita nak waraskan yang Melayu dalam bahaya? - A.Samad Said.
Baca di sini

Benarkah Melayu dalam Bahaya? Semata-mata kerana Umno akan lenyap? Tidak sama sekali.Ketahuilah bahawa yang melingkupkan orang Melayu di bumi sendiri adalah Umno. Orang Melayua sendiri sebenarnya tidak selamat jika terus menerus di bawah Umno.

  • Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu).

  • Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

  • Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

  • Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

  • Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

  • Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

  • Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

  • Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

  • Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

  • Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
    Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

  • Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

  • Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

  • Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

  • Siapa yang menggelarkan rajanya 'NATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

  • Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'. Ada banyak lagi kat sini

    Tiada ulasan: