Rabu, 7 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Anggota polis didakwa cabul anak kandung

Posted: 07 Mar 2012 03:09 PM PST

GEORGETOWN - Seorang anggota polis hari ini dituduh mencabul kehormatan anak kandungnya sembilan bulan lalu.Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuh Raya Thean Teik, Bandar Baru di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan.-SH

Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MANA AKIDAH?!!!! Hasan Ali dah merapu, Kafir Harbi pula jadi penyedap ceramah

Posted: 07 Mar 2012 02:00 AM PST

Hasan Ali kini semakin ligat putar dan terus putar 360 darjah.Semakin ligat Najib menghambat waktu dan ligan masa untuk raih undi di kalangan bukan Melayu Ngo Hasan Ali Jati tuduh pulak parti pakatan rakyat PKR dan Dap yang satu masa dulu bersama beliau sebagai pelampau dan cauvinis malah Dap dianggap sebagai kafir harbi.

Hasan Ali yang dakwa ramai pengikut semakin tak ketawan hala.Sekejap nak berjuang Melayu, Islam dan raja, sekejap kata tak mau terlibat dalam politik, sekejap kata biarlah ahli Jati yang tah berapa kerat tu nak terlibat dengan politik pun boleh.

Inilah akibatnya kalau tak ada hala tuju yang betul.Kata kawan saya,"Kalau Hasan Ali kata dia ramai pengikut , Ajaran Ayah Pin yang sesat tu pun kata dia ramai pengikut."


Gambar yang tak menipu



Satu fakta yang harus dingat Umno, MCA dan MIC juga adalah gerombolan yang telah 54 tahun berkuasa di negara ini.Tak kira kafir harbi atau apa pun mereka telah sama-sama membolot harta kekayaan negara untuk kepentingan puak dan kroni mereka.

Umno dajalkan hak bangsa Melayu, MCA telah ditolak oleh orang Cina dan MIC juga semakin lenyap daripada fikiran orang India hanya orang Melayu yang tak cerdik saja masih bersama Umno.

Hanya tongkat Umno belum patah berderai, jika orang Melayu lari tinggalkan Umno maka Umno,MIC dan MCA turut akan lenyap dalam pru 13 akan datang.


Satu soalan kepada Hasan Ali adakah kafir harbi yang tibai duit saham RM52 bilion untuk bumiputera/Melayu hingga tinggal RM2bilion?Gambar bawah ni jugak tak menipu.Ceramah Hasan Ali.Tolong jangan ketawa
.....misaimerah



paspb2



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ibu jual ‘dara’ anak demi wang

Posted: 07 Mar 2012 12:07 AM PST


Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.


Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

"Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.


"Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. "Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro.


Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.


"Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya.


Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. "Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.


"Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya.


Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.


Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.-HM


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Semua layak debat dengan Najib kecuali ' orang gila'

Posted: 06 Mar 2012 07:07 PM PST


PETALING JAYA - PKR yang berulang kali mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menegaskan, mana-mana pemimpin yang tiada rekod sakit mental memang layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Semalam, Najib menerusi entri blognya berkata beliau bersedia berdebat dengan sesiapapun asalkan lawannya mempunyai pemikiran yang munasabah dan berwawasan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, apa yang paling penting adalah rakyat mahukan debat antara Najib dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

"Bukan beliau (Najib) yang tentukan, tetapi rakyat kerana jika debat ini diadakan, ia adalah debat di peringkat tertinggi.

"Kita mesti berdebat, hujah lawan hujah, dasar lawan dasar dan membawa arus ekonomi terbaik untuk negara, biar rakyat membuat pilihan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Menurut Najib semalam, sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah. Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.-SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'

Posted: 06 Mar 2012 06:00 PM PST

PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.


Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.

"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.

"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.

Sehubungan itu, Badrul berkata, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penganjur menangguhkan ceramah tersebut dan turut mengubah lokasinya.

"Sejak semalam, telah disebarkan SMS dari ketua kampung itu dan memanggil orang Umno untuk berkumpul bagi 'menghancurkan' program pembangkang di kawasan menteri besar (DUN Rantau)," dakwanya lagi.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa dengan pihak polis yang didakwanya lemah dalam menjamin ketenteraman dan akur dengan "gangsterisme" Umno.

"Umno sebenarnya makin lemah. Mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya kerana makin sedar.

"Mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otot pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba," katanya.

Lokasi ceramah kini diubah ke hadapan pejabat PKR di pekan Rantau.

Ceramah malam ini akan dihadiri oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani dan Badrul sendiri.-MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: