DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] KFC dan 10 Ribu Orang yang MENUNGGU Hasan Ali di Saujana Utama Sg Buloh
- Sudah Masuk 12 Tahun Malaysia Mempunyai Hubungan Dagang dengan ISRAEL
- Gusti Punya Fasal, Hilang Telor Sebiji
- FAKTA tentang Loji Nadir Bumi Lynas yang Perlu Anda Ketahui
[Gambar] KFC dan 10 Ribu Orang yang MENUNGGU Hasan Ali di Saujana Utama Sg Buloh Posted: 01 Mar 2012 06:56 AM PST Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh. Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah. Tampaknya, "agama" masih menjadi modal Hasan Ali untuk kepentingan politiknya dan mempengaruhi orang ke ceramahnya. Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah. Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata orang menerima gaji masing-masing semalam. Barisan orang yang mahu memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan. Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit. Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai sahaja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk" kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama dan membuang masa mengharapkan sesuatu yang tidak ada. Samalah juga dengan keadaan yang kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul. Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan terpaksa menunggu sesuatu hidangan atau merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru. Selesai makan hidangan yang lain, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudian, itu pun selepas orang rumah saya mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai! Seolah-olah kekecohan yang berlaku di sebuah premis makanan segera itu tidak memberikan kesan kepada pekerja-pekerja di premis yang lain. Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang yang duduk menunggu di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam. Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula pukul 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih tidak berminat memenuhi tapak ceramnah. Pada waktu itu, hanya video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung. Penceramah jemputan termasuk Hasan Ali langsung tidak kelihatan. Tepat jam 9.20, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan masyarakat setempat kepada Hasan Ali. Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggarkan lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu orang yang tinggal di sekitar kawasan perumahan di sini. Hal ini jelas tergambar setiap kali ceramah PR dilangsungkan di kawasan ini. Tidak kurang 4-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini daripada pemimpin PR. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu. Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai. Lalu lintas juga sesak dengan kenderaan. Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran dan gerai makan untuk menjamu selera. Ada juga penduduk setempat yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada penduduk yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam. Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan kedatangan Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada PKR dan DAP. Lebih kurang jam 9.40 malam, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Jumlah orang di tapak ceramah pun masih tidak berubah. Yang menimbulkan tanda tanya ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ. Berdasarkan kemudahan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Berdasarkan kepentingan penganjuran ceramah itu, rasa-rasanya anda tentu dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali. Selepas 40 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira! -DCM
P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Selepas melemparkan fitnah yang sejahat itu, amat malang jika ada orang Melayu yang mempercayai kata-kata parasit PAS ini. | ||
Sudah Masuk 12 Tahun Malaysia Mempunyai Hubungan Dagang dengan ISRAEL Posted: 01 Mar 2012 02:43 AM PST [HD] KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu. Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel. Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu. Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel. (Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB) Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu. Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25). Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010. Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta). Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi. P/s: Berdagang dengan Israel, samalah seperti membantu mereka membeli peluru untuk mengancam orang Palestine. | ||
Gusti Punya Fasal, Hilang Telor Sebiji Posted: 01 Mar 2012 12:33 AM PST [BH] INDIANA: Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang. John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu. Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung. Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah 'heel', takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky. Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang. Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller. Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama 'The Playboy J-Millz.' Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley. Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah. Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik 'Coliseum Championship Wrestling' yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar. Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan. "Dia tidak pula mengadu apa-apa," kata Cosby. – Agensi | ||
FAKTA tentang Loji Nadir Bumi Lynas yang Perlu Anda Ketahui Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST BACA!!! 1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta. Sumber di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan