Khamis, 1 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


MOHON LETAK AYAM KFC

Posted: 29 Feb 2012 11:00 PM PST

DEY MACHA!!!
PENCACAI-PENCACAI YANG BUDIMAN
KALAU NAK LETAK AYAM
BAIK PI BELI AYAM SPICY KFC
LEPAS TU PI LA GANTUNG KAT PAGAR
BOLEH JUGAK MENTEKEDARAH
NI HANGPA PI BUBUH BANGKAI NAK BUAT APA
KAH! KAH! KAH!

SAPA YANG DOK BUAT KERJA NI
MEMANG DAYUS TAK DAK TELOQ
TELOQ DIA TENGGELAM KAT DALAM
SAMPAI AYAM PUN DIJADIKAN MANGSA POLITIK
KAH! KAH! KAH!


Bangkai ayam di pintu pagar pusat khidmat Anwar


Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.
    
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada jam 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
    
"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
    
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara jam 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.
    
Beliau telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.

- Bernama


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Nenek ‘Kembali’ Hidup Keluar Dari Keranda

Posted: 29 Feb 2012 08:00 PM PST


CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba 'memanjat' keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan 'mati' selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari 'tidur' tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng 'disahkan' tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan 'mayat' Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

"Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan," kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan 'mayat' Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

"Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan," kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari 'tidurnya', Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

"Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar," katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah 'meninggal' hampir selama enam hari.

Oleh: NAIMAH SHAARI

mynewshub




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pemimpin UMNO didapati bersalah menipu RM80,000

Posted: 29 Feb 2012 05:00 PM PST



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu, iaitu ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.


Hakim Mahkamah Sesyen Azhanis Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas kesemua saksi pembelaan dan hujahan kedua belah pihak yang membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan hukuman sehingga esok bagi mendengar rayuan kedua-dua tertuduh.

Abdul Rahman dari Barisan Nasional merupakan Adun Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam pada 21 Januari hingga 12 Februari 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Antara tuntutan yang dibuat menggunakan butiran palsu ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Ayer Tawar.

Beliau turut didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT, Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi di kerusi DUn diwakili beliau.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, pembantunya, Rosli Busro, 44, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman turut didapati bersalah atas kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Sepanjang kes perbicaraan berlangsung, seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Mereka adalah antara lima orang yang diheret ke mahkamah oleh SPRM yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah pada 2009.

Sinar Harian



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: