DIALOG RAKYAT |
- Robert Kuok beli ladang sawit Tabung Haji di Riau?
- Apa punca BBC mohon maaf guna dana RM80 juta
- Isu penjaja di Tasik Puteri bakal meletup
- Layakkah PM Najib terus lakukan seumpama ini?
- Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara
- PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate
- Rafizi akan mendedahkan lebih banyak skandal NFC minggu depan
- Khairy terima perlantikan PUNB cetuskan khabar rombakan kecil Kabinet.
- Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional
- Kasino mini di tengah hutan diserbu, 63 ditahan
- Negeri Sembilan tak minat ambil projek NFC
- 3 rakyat M'sia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne
- 'Inilah anak komunis!'
- Persatuan Ulama: Tugas kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman ‘Kristianisasi’
- Anwar: Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan
- Anwar: PRU13 perang kelas masyarakat
- Perkasa: Jangan kaitkan akidah dengan 1Malaysia
- PPNJ: Seminar hanya untuk memantapkan Islam, bukan tentang ancaman agama lain
- 'Penyerang' cabar Wee potong ayam
- Pembaca di KL terjejas vendor boikot The Star
- Anwar: Dakwaan ancaman Kristian adalah propaganda Umno
- Phahrolrazi belum terima surat lantikan semula exco
- BEKAS ORANG KUAT NAJIB DI PEKAN MAHU TALQINKAN UMNO
- Abim alu-alukan polis sedia berubah
- Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari
Robert Kuok beli ladang sawit Tabung Haji di Riau? Posted: 28 Mar 2012 10:56 PM PDT
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan. "Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam. Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji. "Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala. "Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai. "Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya. | ||
Apa punca BBC mohon maaf guna dana RM80 juta Posted: 28 Mar 2012 10:50 PM PDT
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi. Demikian soalan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi. Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS, hari ini. Mohd Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha jangka pendek dan jangka panjang, serta kos yang terlibat dalam mengatasi masalah hakisan pantai yang teruk di sepanjang pantai dan masalah muara-muara sungai utama yang cetek di Terengganu. Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi. Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia memainkan apa-apa peranan untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam negara Syria. Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta PERDANA MENTERI menyatakan status halal dalam minuman Coca-Cola. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) adakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam dalam bandar di seluruh negara; dan (b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji jenis-jenis perkhidmatan pengangkutan dalam bandar seperti yang dilaksanakan di beberapa negara jiran yang kelihatan lebih mesra penduduk berpendapatan rendah. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa MARA sudah tidak lagi memberi biasiswa kepada pelajar bukan perubatan di Jordan dan Mesir. Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada terdapat peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf jalan menghubungkan Jelawang di Dabong ke Gua Musang yang berada dalam keadaan daif. Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah yang berlaku di Parlimen Padang Terap mengikut tahun sejak 2008 hingga 2011 serta nyatakan kategori jenayah tersebut serta langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan. Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang terjadi dengan Penerbangan Malaysia Bhd yang memajakkan pesawat MAS apabila MAS dan AirAsia digabungkan. | ||
Isu penjaja di Tasik Puteri bakal meletup Posted: 28 Mar 2012 10:45 PM PDT
RAWANG: Bandar Tasik Puteri yang terletak 15 km dari Bandar Rawang kini sedang berhadapan dengan dilema ekoran tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mahu merobohkan gerai-gerai yang berselerakan di situ. (Gerai yang dibina penjaja di padang letak kereta) "Mana adil encik. Kami beli rumah kedai beratus ribu. Kena bayar beribu sebulan kepada bank. Tetapi kedai makan yang kami buka tidak berapa laku kerana banyaknya gerai tepi jalan dan di tempat letak kereta itu yang dibina secara percuma. (Gerai penjaja yang dibina di tepi jalan) Ketika pekedai membayar ribuan ringgit sebulan kepada bank, pemilik gerai di tempat letak kereta ini cukup hanya membeli atau menyewa khemah sahaja. (Sebelum ini, kedai-kedai di sini sangat meriah, namun sejak kehadiran gerai yang bersepah-sepah, kawasan ini sudah lengang) Hasilnya mereka bersetuju untuk dipindahkan ke satu tempat yang akan dibina oleh MPS untuk mereka. Namun selepas dua tahun, baru projek tapak penjaja dan uptown Bandar Tasik Puteri itu siap kerana pihak yang mendapat hak untuk membinanya tidak mempunyai kewangan yang benar-benar mantap. (Tapak penjaja dan uptown Bandar Tasik Puteri yang baru siap dibina tetapi tidak berapa mendapat sambutan) "Bila dah siap, rupanya mereka tidak memenuhi perjanjian mereka dengan peniaga. Tapak yang disediakan mereka sangat kecil. Mungkin untuk menjimatkan belanja dan memaksimakan keuntungan. Kini, kontraktor yang memajukan tapak penjaja dan uptown BTP itu mendesak MPS agar bertindak ke atas penjaja untuk mempasti semua penjaja berpindah ke tapak baru yang disediakan itu. Bagi beliau, jika MPS mahu menjaga kepentingan 30 pemilik gerai ini bermakna MPS perlu korbankan keadilan yang sepatutnya diberikan kepada pembeli rumah kedai yang sudah sekian lama kerugian akibat kehadiran gerai-gerai yang dibina secara percuma ini di samping hak orang ramai untuk mendapat perkhidmatan terbaik.
(Tapak lapang yang dicadangkan Kamarudin agar dijadikan tapak penjaja) Namun begitu, pihak pemaju hanya sedia memberikan kebenaran untuk dua tahun sahaja kerana ia akan dibangunkan selepas itu.Pihak MPS pula sudah tentu sukar untuk menerima cadangan ini kerana ia akan menjejaskan uptown dan tapak penjaja yang telah diluluskan pembinaan sebelum ini. Pendek kata, isu ini bakal meletup bila-bila masa di sini jika tidak dikendalikan dengan baik. Silap kendali ia bakal menjejaskan undi khasnya Pakatan Rakyat yang bakal diwakili PKR di kawasan ini. | ||
Layakkah PM Najib terus lakukan seumpama ini? Posted: 28 Mar 2012 10:42 PM PDT
Hutang Kerajaan Pusat Melebihi 55% KDNK? Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan 'contingent liabilities' (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mac baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu. Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara. Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri. Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk). Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959. Sehingga 31 Disember 2011, jumlah 'contingent liability' Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan. Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%. Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau 'off-balance sheet spending'. Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%. Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983). Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll. Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk 'contingent liabilities', persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya: (i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya? (ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan 'flip-flop' ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya? (iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan? Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara? Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!
| ||
Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara Posted: 28 Mar 2012 10:38 PM PDT
KUALA LUMPUR: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi. (Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan) Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah. | ||
PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate Posted: 28 Mar 2012 10:34 PM PDT Robert Phang Perdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato'Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhannya mengubah pasukan polis. Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan. Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendekata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang. Polis perlu meningkat kan prestasi atau ketinggalan di belakang
Berkenaan hal ini, suka saya mengiantkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato' Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat. Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salahnaggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalama Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan2 yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali "CopGate Affair".Apa yang dikatakan menteri tersebut "Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang." Kita mesti melihatnya dengan positif. Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG
Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Mneteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai2 nya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut: > tidak melibatkan Pengarah CID,Bakri Zinin dalam siasatan.Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasla dari Sabah; > arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal "Cowgate"; > tidak membenarkan campurtangan ahli2 politik ketika polis meneruskan tugas2 kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut; > tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato' Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat. a) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap; b) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain; c)kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti; d) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatansindiket Along dan campurtangan dalam kerja2 siasatan polis dalam kes itu; e) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero; f) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit2 untuk CCID; g) pakatan mengenakan Dato'Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsi Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat; h)pakatan mengenakan peguam Dato'Ramli; i) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti; j) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID; k) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor; l) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji. m)Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi. Bukan Nazri yang akan buat keputusan
Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaan nya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli. Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?
Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberithau polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelaki nya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya.Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan? Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta2 mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadi nya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawla peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita kan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak2 Menteri yang hidup mewah beli rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis. IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan "check" dan "balance" dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli2 politik. Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail
Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan. Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut taju rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib. Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain.PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak. PM Najib tidak harus hilang tumpuan.PM Najib telh menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PMNajib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan. Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin ialah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC. | ||
Rafizi akan mendedahkan lebih banyak skandal NFC minggu depan Posted: 28 Mar 2012 10:30 PM PDT Melissa Lee, Malaysia Chronicle Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli akan terus mendedahkan skandal segar dalam kejatuhan RM250juta NFC dalam usaha untuk memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengambil tanggungjawab dan bekerja keras untuk membersihkan rasuah kejatuhan RM250juta NFC. Setakat ini, Najib dilihat sebagai tidak melakukan apa-apa untuk menghilangkan rasuah yang kian membesar dalam projek pembiakan lembu negara. Menurut Rafizi, satu langkah baru oleh Najib untuk memanggil tender dan menggantikan pengurus semasa dengan pengawas baru adalah satu percubaan terselindung untuk menutup siasatan ke dalam skandal yang melibatkan keluarga menteri UMNO Wanita Shahrizat Jalil. "Kerana cubaan tersebut adalah begitu jelas, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus mendedahkan lebih banyak skandal di NFC, bermula minggu depan. Hanya dengan beban tekanan daripada rakyat, Najib akan dipertanggungjawabkan untuk kesilapan beliau, seperti dalam kes Shahrizat Jalil (keluar dari kabinet)," Rafizi berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu. Pembida baru Projek Pusat Fidlot Negara telah dianugerahkan kepada NFC Corp, sebuah firma swasta yang dimiliki oleh suami dan anak-anak Shahrizat Jalil, yang juga ketua sayap Wanita Umno. Keluargnyaa dituduh menyalahgunakan kuasa mereka dan memanfaatkan pinjaman lembut kerajaan untuk membeli kondominium mewah serta barangan peribadi yang lain-lain termasuk cuti di luar negara. Menteri Pertanian Noh Omar telah menimbulkan tanda tanya sehari yang lalu apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa kerajaan mungkin memanggil tender untuk pembida baru bagi mengambil alih projek dari keluarga Shahrizat yang dibayangi. Ia menyebabkan kebimbangan bahawa pentadbiran Najib mungkin menggunakan pengawas baru sebagai alasan untuk menamatkan siasatan dan membantu untuk menutup silap keluarga Shahrizat dan pemimpin tertinggi Umno yang lain termasuk bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Isu utama ialah peranan Najib Abdul Razak dalam menganugerahkan projek RM250juta untuk NFC, walaupun beliau sedar bahawa NFC, syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat Abdul Jalil itu, mempunyai tiada pengalaman dalam bidang ini. Najib tidak memberi maklum balas kepada isu ini. Sebaliknya, langkah untuk membuka tender baru menunjukkan niatnya untuk menindih kesilapan," kata Rafizi. Tiada butiran yang diberi kepada pihak awam setakat ini
Pemimpin PKR telah banyak mendedahkan salahlaku pengarah NFC, dengan kemarahan orang ramai yang memuncak dalam penangkapan Salleh Ibrahim -bos NFC dan suami Shahrizat. Rafizi juga menentang tender tersebut, berkata bahawa ia tidak perlu dipanggil tanpa menyiapkan audit yang menyeluruh dan menyiasat Najib, Abdullah dan Muhyiddin. "PM telah mengumumkan pembekuan aset NFC, tetapi operasinya, perbelanjaan dan struktur aset NFC dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya masih berjalan seperti biasa. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan juruaudit bebas untuk menyiasat NFC. Tetapi kita tidak diberitahu tentang skop pengauditan ini, siapa juruauditnya dan bila laporan audit akan dibentangkan di Parlimen," kata Rafizi.- Malaysia Chronicle | ||
Khairy terima perlantikan PUNB cetuskan khabar rombakan kecil Kabinet. Posted: 28 Mar 2012 10:29 PM PDT Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Berita berkenaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menerima jawatan sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa dari 1 April menghairankan kedua –dua pihak dalam arena politik. Semua menunggu tarikh 8 April, bila Menteri Wanita Shahrizat Jalil akan digugurkan dari Kabinet dan lantikan baru dibuat. Ada gambaran bahawa rombakan kecil akan berlaku, dengan Ng Yen Yen dari MCA ditukar ke Pelancongan mengambilalih portfolio Shahrizat dan MP Rembau,Khairy dilantik Menteri Pelancongan yang baru. Tapi dengan pengesahan PUNB, nampkanya sekali lagi Khairy diketepikan- kali ini oleh timbalan Shahrizat, Kamilia Ibrahim. Bagi menenangkan Kamilia, yang agak lantang meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, {M Najib dipercayai bersetuju Kamilia menjawat portfolia Menteri Wanita. Yen Yen kekal di Pelancongan manakala Khairy bakal menjadi Pengerusi PUNB. Tiada pilihan kecuali menerima
Perubahan ini sudah tentu kekecewaan besar buat Khairy, lulusan Oxford berusia 36 tahun yang pernah bercita cita menjadi Perdana Menteri Malaysia termuda sebelum berusia 40 tahun. Beliau mungkin masih boleh mencapai cita2 nya tapi bukan sesuatu yang mudah. Di PUNB, beliau mungkin tinggi sedikit dari ketua pengutip hutang agensi tersebut yang ditugaskan membantu mencepatkan proses aspirasi komersil kumpulan kecil Melayu dan Bumiputera. Bagaimanapun, ia satu kejutan bila Khairy menerima nya dengan senyuman walaupun hati nya mungkin sakit. Sesuatu yang memalukan bagi Ketua Pemuda Umno diketepikan kali kedua untuk jawatan kabinet. Pertama kali ketika beliau menewaskan Mukhriz Mahathir untuk jawatan itu dalam tahun 2009 tapi diketepikan, manakala Mukhriz dan timbalan beliau sendiri,Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri. Peluang Khairy untuk dipilij semula menyetuai sayao Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang dijangka pada tahun ini semakin kurang. Delegasi Pemuda sudah tentu tidak mahu dipimpin oleh ketua yang tidak menjadi pilihan di kalangan pimpinna tertinggi parti. Najib memilih jalan penyelesaian salah untuk NFC
Najib sudah tentu ada sebab membuat keputusan sedemikian. Musibah NFC ialah isu utama menghantui prospek Umno-BN dalam pilihanraya umum ke 13, yang dijangka akan diumumkan oleh Najib tahun ini. Apa sekalipun, pendapat ramai pemerhati politik veteran , masih banyak cara lain yang lebih baik untuk menyelesaikan musibah NFC selain dari jalan yang dipilih oleh kem Najib. Setakat ini, terlalu sedikit dibuat oleh Najib untuk menghalang musibah NFC ini,kata pemerhati. Shahrizat mungkin telah digugurkan dari kabinet, tapi jelas ia Cuma satu konsesi. Dengan sokongan diberi kepada nya untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita, Najib memberi satu tanda menakutkan yang beliau menyokong rasuah dalam Umno dan seterusnya Malaysia. Penganalisa berpendapat rakyat sekarang mula yakin dari dahulu berkenaan salahguna kuasa dan wabak rasuah dalam Umno dan Najib tiada kuasa mengawal atau beliau sendiri ada kepentingan dan bagasi rasuh beliau sendiri. Apapun, sudah terpatri dan Umno harus hadapai PRU 13 dengan musibah NFC RM 250juta bahana Shahrizat sentiasa mengaburi horizon. Projek ternakan lembu yang diberi kepada keluarga nya pada tahun 2006, dengan suami dan anak-anaknya dituduh menyalurkan wang keluar secara tidak sah untuk kepentingan mereka sendiri. Khairy juga terlibat dalam NFC
Khairy pula dikatakan yang memainkan peranan dalam mendapatkan projek tersebut bagi keluarga Shahrizat ketika bapa mertua nya menjadi perdana menteri ketika itu. Pada masa itu,Khairy mempunyai kuasa dan beliau memilih projek itu bila di minta oleh Badawi membantu Shahrizat, yang kekurangan dana untuk mencabar Rafidah Aziz ke jawatan tertinggi dalam Wanita. Sekarang, Khairy terpaksa menerima tawaran PUNB untuk tunjukkan beliau iala seorang lelaki budiman dan tidak menyimpan dendam. Jujurnya, apa lagi yang boleh beliau lakukan. Beliau telah menimbulkan kemarahan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan disenaraihitamkan sehingga Mahathir berubah fikiran. Melihat dari pergeseran dalam Umno yang dijangka mengadakan pemilihan parti tahun ini, tiada jalan kelihatan yang Mahathir dan penyokong nya akan memberi muka walau sedikit pun kepada Khairy dan penyokongnya. Nampaknya Khairy boleh ucapkan selamat tinggal kepada kerusi parlimen Rembau, Najib boleh menggunakan kehilangan prestij dan kekurangan pencapaian sebagai Ketua Pemuda sebagai sebab mengenepikan beliau dalam senarai calun Umno untuk calun pilihanraya. Bersara awal
Khairy pernah bercita-cita menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah Malaysia. Semasa bapa mertua nya berkuasa, beliau sepatutnya merangka starategi kerana itulah masa dan peluang terbaik untuknya. Malangnya, beliau membazirkan peluang kerana terlalu sibuk menjana kekayaan dari jualbeli saham. Walaupun memperoleh untung jutaan ringgit, beliau juga alami kerugian. Secara adil, Khairy masih seorang pemuda bertuah dan menikmati kekayaan yang lebih berbanding yang hanya dapat dilihat 99% rakyat Malaysia. Tetapi beliau rasa masih belm dapat apa yang dikehendaki, cuma apa yang dia tidak perlukan. Ditutbuhkan pada Julai 1991 dibawh Akta Syarikat 1965, operasi perniagaan OUNB menumpu kepada menyediakan pakej pembangunan bersepadu perniagaan bagi membantu peniaga bumiputera dalam sektor peruncitan dan industri kecil sederhana. Pakej pembangunan ini di reka untuk membantu peniaga Bumiputera mengembangkan pemahaman perniagaan,mengekalkan keuntungan dan menajamkan lagi ilmu perniagaan. Mungkin PUNB tidak berjaya sangat. Kerajaan Umno BN tidak menyebut berkenaan entiti itu atau mencanangkan kejayaan nya, maknanya samada ia tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan atau memang gagal. Tiada ahli politik Umno yang sungguh-sungguh mahu membolot jawatan tinggi PUNB, jelas menunjukkan keadaan sebenarnya.Ia diberi RM400 juta untuk permulaa, tapi hingga kini, tidak banyak yang diketahui mengenai status dana itu atau berapa jumlah yang telah dipinjamkan keluar, berapa yang dapat dikutip semula dan berapa baki dalam buku akaun nya. Pendekata, PUNB ialah satu entiti yang tidak dikenali dan agak tersembunyi operasinya. Tapi menurut standard operating procedure sejak lima dekad, boleh dijangka pinjaman diberi kepada para kroni dan "UMNOputera".Semakin cerah peluang untuk lebih banyak kegagalan dari kejayaan. Khairy perlu fokus kan perhatiannya untuk menjadi pengutip hutan terbaik dan dapat mengutip semlua pinjaman2 tersebut, atau beliau akan di anggap gagal. Melainkan jika Najib sudah berjanji memberi suntikan dana baru kepada PUNB, tiada banyak yang dapat disalur keluar juga. Khairy terpaksa berpuashati dengan apa yang diberi dan merangka strateginya untuk menaikkan semula karier politiknya-itupun jika beliau masih ada cita-cita tersebut.Malaysia Chronicle | ||
Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional Posted: 28 Mar 2012 10:22 PM PDT MALAYSIA KINI Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum. | ||
Kasino mini di tengah hutan diserbu, 63 ditahan Posted: 28 Mar 2012 10:21 PM PDT MALAYSIA KINI Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di George Town, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam. Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram. Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas. Sehubungan itu kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita. Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta. Beliau berkata, ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk. "Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan. "Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut. Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. "Kami yakin ini merupakan serbuan judi yang terbesar di negeri ini setakat ini malah pihak kami akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras kegiatan ini," katanya. Bernama | ||
Negeri Sembilan tak minat ambil projek NFC Posted: 28 Mar 2012 10:18 PM PDT MALAYSIA KINI Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang kepentingan serta tidak berhasrat untuk mengambil alih pengurusan projek syarikat National Fidlot Corporation (NFCorp) di Gemas, kata menteri besarnya. "Mencari dan membuka tender untuk urusan projek NFCorp itu lagi bagus, sebab akan berlangsung dalam keadaan lebih telus. "Malah kita sangat mengalu-alukan cadangan ini yang dilihat dapat mengelakkan tohmahan mahupun tuduhan orang luar," Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian. Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan Projek Fidlod Nasional akan diteruskan dan kerajaan akan membuka tender baru atau mempelawa syarikat berminat mengambil alih projek itu. Mohamad berkata, kerajaan negeri hanya memajakkan 600 hektar tanahnya mengikut tempoh yang dipersetujui tanpa mengambil tahu pengurusan yang dijalankan oleh syarikat tersebut selepas itu. "Ia (NFCorp) langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri kerana kita tidak uruskannya dan ia adalah hak milik syarikat persendirian. "Walaupun pihak pengurusan syarikat ini bertukar tangan, kerajaan negeri tetap akan menyewakan tanah selagi diperlukan, asalkan mereka membayar cukai tanah dan duit sewa kepada kita," katanya lagi. | ||
3 rakyat M'sia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne Posted: 28 Mar 2012 10:17 PM PDT MALAYSIA KINI Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave. Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen. Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial. Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama. Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan. Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri. Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas.- Bernama | ||
Posted: 28 Mar 2012 10:10 PM PDT FOKUS ISA "Pagi buta, kira-kira 2 pagi. Saya sedang tidur sebelum kami terdengar bunyi kuat di pagar," kata wartawan kanan Nuraina Samad, sambil merenung jauh, seolah kembali kepada zaman anak kampus 20 tahun lalu. Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya. "Saya masih ingat, seorang daripada mereka mengambil buku karangan (pemenang hadiah nobel sastera) Pearl S Buck. Saya masih ingat, ketika itu saya berfikirfikir, 'kenapa dia ambil buku itu?'" kata editor pengurusan di New Straits Times yang pemalu dengan kamera itu. Selama dua jam itu - masa terasa amat panjang - lelaki polis itu berkata, bapanya A Samad Ismail, bekas timbalan ketua pengarang New Straits Times ditahan bawah akta ISA. Hanya dua bulan selepas itu barulah Nuraina mendapat peluang menemui bapanya lagi, tetapi hanya di kaca televisyen, di tingkat 13 fakulti komunikasi Institut Teknologi Mara (ITM), dalam bilik yang sepatutnya untuk kuliah malam. "Inilah manusia bernama Samad! Saya sangat marah, kenapa mereka melayan Bapak begitu. Dan apabila Bapak bercakap... dia tak biasa bercakap begitu," kata Nuraina. Ia antara dua pengakuan yang disiarkan di kaca televisyen yang didakwa dipaksa terhadapnya sepanjang lima tahun ditahan bawah ISA. Tetapi, mengingat semula memori luka itu, Nuraina mula menulis pada 2007, termasuk situasi dalam bilik kuliah ITM di mana beliau melulu keluar kerana marah dengan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Ghazalie Shafie (kiri). Dalam coretan yagn sama, masih segar dalam ingatan ketika beliau dipanggil anak komunis di kampus, gelaran yang amat menimbulkan kemarahannya. "Mereka juga akan mengggelar Lalin dan Nina dengan begitu juga? Azah dan Kamal?" tulisnya lagi, merujuk kepada adik beradiknya yang lain. Wawancara ini sebahagian daripada fokus Malaysiakini tentang akta ISA yang akan dimansuhkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen dalam sesi ini. | ||
Persatuan Ulama: Tugas kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman ‘Kristianisasi’ Posted: 28 Mar 2012 10:09 PM PDT KUALA LUMPUR — Kerajaan Johor seharusnya tidak mengemukakan permohonan maaf kerana menganjurkan seminar terhadap ancaman 'Kristianisasi' kerana itu merupakan tugas oentadbiran agama kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Guru agama daripada sekolah kebangsaan di Johor akan menghadiri seminar Sabtu ini yang memberikan fokus terhadap "ancaman Kristianisasi" yang telah menimbulkan rasa kurang senang komuniti Kristian. Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk "Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?" yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada kesemua 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut. "Kita perlu adakan seminar sedemikian. Saya rasa masyarakat Kristian tidak perlu berasa terganggu terhadap penganjuran seminar tersebut ... masalah berkenaan cubaan Kristianisasi sudah wujud sejak sekian lama dan memang wujud," kata Presiden PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir kepada The Malaysian Insider. "Selain itu, mana-mana pihak berkuasa dan kerajaan berhak untuk melakukan seminar sedemikian, kita perlu memberikan pendedahan kepada guru, terutamanya kepada generasi muda yang tidak menyedari perkara ini." Abdul Halim menjelaskan "kewujudan" mubaligh Kristian secara "agresif" telah sejak sekian lama cuba untuk memurtadkan umat Islam dan pihak jabatan agama hanya menjalankan "tugas" mereka dengan penganjuran seminar berkenaan. "Mubaligh Kristian lebih kuat daripada sesetengah Muslim, dan itu apa mereka buat. "Kita sebagai Muslim harus memperkuatkan akidah. Muslim sekarang berjuang menentang Kristianisasi," katanya. Ditanya apakah bukti berlakunya gejala memurtadkan umat Islam, Abdul Halim berkata kegiatan itu berlaku secara langsung dan tidak langsung. "Bukti sudah ada sejak sekian lama ... rancangan televisyen, model, pakaian, itu semua cubaan secara tidak langsung. Kita sedar perkara itu. "Sebagai Muslim, kita harus laksanakan tanggungjawab kita. Tugas berat tersebut tidak boleh dilaksanakan secara individu, jadi dengan penglibatan kerajaan, ia akan menyokong usaha ini," katanya. Salinan surat berkenaan seminar itu daripada Jabatan Pelajaran Johor turut diletakkan di laman web mereka. Penasihat Unit Pendidikan Agama Jabatan Pelajaran Johor, Hasimah Abdul Hamid, yang dihubungi The Malaysian Insider, enggan mengulas lanjut berkenaan program itu yang seakan-akan menunjukkan ancaman Kristian terhadap Islam. "Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuhkan ajaran Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. "Tapi saya tidak boleh mengulas berkenaan tajuknya, kerana ia diserahkan penganjur." Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim komuniti bertelagah berkenaan perkataan "Allah" yang mana mereka mendakwa hanya Islam yang boleh menggunakan perkataan itu kerana ia melambangkan tuhan untuk orang Muslim. Sekumpulan konservatif Muslim turut menuduh Kristian cuba memurtadkan orang Islam, telah menimbulkan ketegangan terhadap kedua-dua agama tersebut. | ||
Anwar: Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan Posted: 28 Mar 2012 10:07 PM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendesak Putrajaya memberikan penjelasan berhubung seminar "ancaman Kristianisasi" pada Sabtu ini yang mana Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara itu sebagai "gerakan politik yang menjijikkan." Anwar (gambar) ketika ditanya ketika sidang media di Parlimen petang ini bersetuju bahawa program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini. "Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain," katanya. Ketua Pembangkang itu turut mengaitkan program tersebut dengan Umno, berkata pemimpin kerajaan kerap kali menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan sokongan Melayu. Namun begitu, Anwar menambah sekiranya ancaman Kristianisasi itu wujud, pihak yang berkenaan perlu mengemukakan bukti dan bukannya menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat Muslim. "Adakah benar berlakunya gejala Kristianisasi dalam kalangan Muslim," soalnya. Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk "Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?" yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada keseluruhan 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut. | ||
Anwar: PRU13 perang kelas masyarakat Posted: 28 Mar 2012 10:06 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN). Ketua Pembangkang itu (gambar) memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir "keuntungan" mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan. "Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno. "Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras. "Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat," kata Ketua Umum PKR itu. "Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin." Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut. Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri. Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis. "Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno. "Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup," tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang. Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan. | ||
Perkasa: Jangan kaitkan akidah dengan 1Malaysia Posted: 28 Mar 2012 10:04 PM PDT KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyelar kenyataan Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM) yang mengaitkan 1 Malaysia dengan akidah dan kesucian Islam dalam kenyataannya berkaitan penganjuran seminar berkenaan "ancaman Kristianisasi" yang mana dakwanya telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini. "Apa maksud Chin seminar yang akan diadakan itu tiada menggambarkan semangat 1 Malaysia? Akidah umat Islam dan kesucian Islam jangan dikaitkan dengan semangat 1Malaysia. "Jangan main pukul rata sahaja kefahaman mengenai 1 Malaysia," tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM) Chrisanne Chin sebelum ini berkata kepada The Malaysian Insider, pihaknya beranggapan seminar tersebut akan menimbulkan sikap kurang senang dan curiga komuniti Kristian di negara ini dan bertentangan dengan semangat 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan. Jelas Syed Hassan, sekiranya tidak wujud ancaman sedemikian, pihak berkuasa agama tidak akan bersungguh-sungguh untuk mengadakan seminar bagi memberikan kefahaman berkenaan perkara itu. "Tahukah Chin kalau tiada usaha-usaha oleh pihak tertentu yang begitu bersungguh-sungguh dan tersusun memurtadkan umat Islam tidaklah sibuk badan-badan Islam nak adakan seminar seumpama ini. "Sejak kebelakangan ini dengan suasana politik yang tidak menentu, badan-badan yang bertanggungjawab terhadap kesucian Islam mula cemas bila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memurtadkan umat Islam," katanya lagi. Syed Hassan turut mempersoalkan tindakan Chin yang cemas terhadap seminar berkenaan, kerana menurutnya, hanya pihak yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam akan merasa cemas dengan pelaksanaan seminar berkenaan. "Apa yang Chin nak cemaskan dengan seminar itu? Apakah Chin yang cemas sebenarnya kerana seminar itu akan menyusahkan pihak-pihak tertentu nak mengkristiankan umat Islam?" Sehubungan itu, Hassan menegaskan Perkasa menyokong penuh usaha Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor adakan seminar itu. "Perkasa tidak mahu seminar tersebut dibatalkan disebabkan oleh kenyataan Chin itu apabila ini yang menjadi kerisauan pula pada sesetengah pihak yang takut kehilangan undi. "Jika dibatalkan kerana kenyataan Chin dan menerima tekanan politik, Perkasa anggap penganjur adalah umat Islam paling pengecut," katanya lagi. Hassan turut menyentuh berkenaan insiden di Gereja Methodist Damansara (DUMC) tahun lalu yang mana terdapatnya dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam dalam satu majlis makan malam yang mendapat perhatian umum. "Jika betul bantuan mereka tidak ada niat nak murtadkan umat Islam yang hadir, saya ingin tanya mengapa ramai penganut Kristian di Sabah dan Sarawak ramai yang susah tidak dibantu? Penganut agama Hindu di ladang-ladang ramai yang susah mengapa tidak dibantu?" soalnya. Salinan surat berkenaan seminar itu daripada Jabatan Pelajaran Johor itu turut diletakkan di laman web mereka. Chin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif CCM menegaskan beliau bukanlah menentang program-program latihan untuk guru agama, tetapi risau program Sabtu ini akan meletakkan tekanan kepada guru untuk mengajar dan menyebarkan tekanan beragama kepada pelajar. Sementara itu, Penasihat Unit Pendidikan Agama Jabatan Pelajaran Johor, Hasimah Abdul hamid yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut berkenaan program itu yang seakan-akan menunjukkan ancaman Kristian terhadap Islam. "Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuhkan ajaran Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. "Tapi saya tidak boleh mengulas berkenaan tajuknya, kerana ia diserahkan penganjur." Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim komuniti bertelagah berkenaan perkataan "Allah" yang mana mereka mendakwa hanya Islam yang boleh menggunakan perkataan itu kerana ia melambangkan tuhan untuk orang Muslim. Sekumpulan konservatif Muslim turut menuduh Kristian cuba memurtadkan orang Islam, telah menimbulkan ketegangan terhadap kedua-dua agama tersebut. | ||
PPNJ: Seminar hanya untuk memantapkan Islam, bukan tentang ancaman agama lain Posted: 28 Mar 2012 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Jabatan Pelajaran Johor menegaskan seminar berkaitan "ancaman Kristianisasi" yang bakal berlangsung Sabtu ini hanyalah untuk tujuan pendidikan dan pemantapan akidah Islam umatnya, bukan ancaman kepada penganut agama lain termasuk penganut Kristian. Pengarahnya, Mohd Nor A Ghani yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, seminar berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor untuk memantapkan akidah guru dan juga pelajar. "Akidah umat Islam mungkin tergugat kerana gejala Pluralisme dan Liberalisme, malah turut berlaku gejala Kristianisasi dalam kalangan umat Islam. "Program seminar ini adalah untuk memantapkan akidah Islam dalam kalangan guru-guru dan pelajar, bukannya ancaman kepada agama lain termasuk Kristian," jelasnya. Tegasnya, tiada kompromi untuk perkara berkaitan akidah, dan setiap individu yang dilahirkan sebagai Muslim, perlu kekal sebagai Muslim sehingga akhir hayatnya. "Tiada kompromi. Jika dia Islam, maka sampai meninggal dunia dia perlu kekal sebagai umat Islam," katanya menjelaskan tajuk seminar itu sendiri merujuk ancaman kepada umat Islam, dan bukannya ancaman kepada agama lain. Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan "ancaman Kristianisasi", dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini. Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk "Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?" menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor. Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrisanne Chin, sebelum ini berkata penganjuran seminar itu akan turut membuatkan masyarakat percaya terdapatnya ancaman terhadap Islam dan akan menimbulkan perasaan curiga dalam komuniti, dan bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan. Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bagaimanapun membidas kenyataan Chin agar tidak mengaitkan 1 Malaysia dengan akidah dan kesucian Islam. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali turut mempersoalkan tindakan Chin yang cemas terhadap seminar berkenaan, kerana menurutnya, hanya pihak yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam akan merasa cemas dengan pelaksanaan seminar berkenaan, malah Perkasa jelasnya menyokong penuh usaha sedemikian. Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir turut menyuarakan pendapat sama dan menjelaskan Jabatan Agama Johor tidak seharusnya mengemukakan permohonan maaf berikutan penganjuran seminar berkenaan kerana itu merupakan tugas pihak berkuasa agama. Beliau turut menjelaskan "kewujudan" mubaligh Kristian secara "agresif" sejak sekian lama telah cuba untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah secara langsung mahupun tidak langsung dan pihak jabatan agama hanya menjalankan "tugas" mereka dengan penganjuran seminar berkenaan. | ||
'Penyerang' cabar Wee potong ayam Posted: 28 Mar 2012 05:15 PM PDT Seorang warga emas yang didakwa cuba menyerang timbalan menteri pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, menafikan bahawa beliau telah bertindak kasar semasa perhimpunan pendidikan Cina, Ahad lalu. | ||
Pembaca di KL terjejas vendor boikot The Star Posted: 28 Mar 2012 05:11 PM PDT MALAYSIA KINI Sejumlah pembaca The Star di Kuala Lumpur tidak menerima naskhah akhbar tersebut di rumah hari ini, dan di beberapa kedai. Difahamkan The Star mahu melaksanakan pelan tersebut dalam usahanya untuk meningkatkan edarannya tahun lepas, tetapi menariknya balik selepas menerima bantahan. Seorang lagi vendor yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa bantahan itu berpunca daripada keengganan pihak pengurusan The Star untuk membincangkan cadangan langganan langsung dengan mereka, lebih-lebih lagi kerana ia akan menjejaskan mata pencarian mereka. Dalam perkembangan berkaitan, seorang kakitangan pengedaran The Star mengesahkan akhbar tersebut menghadapi beberapa masalah pengedaran hari ini tetapi berkata ianya telahpun diselesaikan. Kakitangan tersebut, yang enggan dikenali, berkata jika pembaca menghadapi masalah, mereka perlu menghubungi jabatan pengedaran dan memberikan nama vendor mereka untuk dihantar nashkah akhbar tersebut. Seorang wakil Persatuan Vendor Lebuh Pasar S Sekar berkata berikutan mesyuarat dengan pihak pengurusan Star Publications (M) Sdn Bhd petang ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut. | ||
Anwar: Dakwaan ancaman Kristian adalah propaganda Umno Posted: 28 Mar 2012 05:07 PM PDT Pakatan Rakyat mengutuk dakwaan terbaru untuk menyemai rasa takut terhadap ancaman Kristian di negara ini, dan mendakwa ia adalah taktik Umno untuk "menakut-nakutkan" majoriti umat Melayu-Islam. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang berkuasa di Malaysia adalah Umno yang bertanggungjawab menjaga agama, menjaga kewangan - jadi seandainya dakwaan tersebut benar, tambahnya, maka ia bermakna Umno telah gagal untuk memperkukuhkan iman umat Islam. Sehubungan itu, tegas Anwar, dakwaan tersebut adalah tidak lain daripada usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat. Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Anwar menegaskan bahawa seandainya gerakan itu wujud untuk mengancam akidah umat Islam, maka terdapat tindakan undang-undang yang mencukupi yang boleh diambil. Beliau mengulaskan surat mengenai seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor Sabtu ini yang bertajuk 'Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ' Surat yang ditujukan kepada pengetua dan guru besar sekolah rendah dan menengah di daerah Johor Bahru itu, memerlukan dua guru agama dari 55 sekolah di daerah untuk menghadiri seminar tersebut. Sepertimana dakwaan memurtadkan umat Islam sebelum ini, Anwar berkata, pihak berkuasa berkenaan telah gagal untuk mengemukakan buktinya. Tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis yang dianjurkan oleh Harapan Komuniti di premis Gereja Methodist Damansara Utama ((DUMC) berdasarkan maklumat yang mendakwa berlakunya perbuatan murtad. JAIS mendapati 12 orang Islam di kalangan hadirin di situ tetapi pihak penganjur telah menafikan sebarang dakwaan cuba memurtadkan umat Islam, dengan menegaskan bahawa ia adalah majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi kumpulan sokongan HIV. Sebelum kontroversi itu tercetus beberapa pemimpin DAP telah dituduh berkomplot dengan pastor untuk menjadi Kristian sebagai agama rasmi negara. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, pula mengingatkan kerajaan bahawa adalah tidak wajar untuk "mempolitikkan agama". | ||
Phahrolrazi belum terima surat lantikan semula exco Posted: 28 Mar 2012 05:06 PM PDT Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa surat berhubung pelantikan semula sebagai exco kerajaan negeri selepas tempohnya tamat secara rasmi pada 7 Mac lalu. "Saya belum terima surat memaklumkan lantikan dan angkat sumpah (sebagai exco) setakat ini. "Jadi, belum ada apa-apa kenyataan yang boleh saya buat. Terima kasih," katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui satu kiriman SMS semalam. Akhir bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor berkata kedua-dua exco tersebut - Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh - "masih berpeluang dilantik semula" selepas tamat tempoh khidmat pada tarikh itu. Sebelum ini, kedua-dua tokoh tersebut enggan dilantik semula menyambung tugas kerana tidak berpuas hati berkaitan soal pentadbiran kerajaan negeri terutama Phahrolrazi yang mengakui mempunyai perbezaan 'kritikal' dengan Azizan. Hal demikian menyebabkan pucuk pimpinan parti campurtangan menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri selama lebih dari lima jam di Alor Setar, Kedah awal bulan ini. Hasilnya PAS mengarahkan kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan berkenaan dan mereka akur dengan arahan tersebut, sekaligus mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu yang dilaksanakan sewaktu PAS menguasai Kelantan pada 1990. Mengulas sama ada beliau selesa selepas kepimpinan Pemuda PAS negeri mendesaknya dan Ismail digugurkan dalam kepimpinan negeri susulan kontroversi itu, Phahrolrazi berkata desakan itu "sebahagian daripada asam garam berpolitik". "Walaupun PAS sebuah parti Islam, keadaan ini tidak dapat dielakkan di mana ada pihak yang menyokong dan tidak menyokong kita. "Ini sebahagian daripada asam garam berpolitik seperti pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"," tegasnya. Sehubungan itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata tidak timbul soal selesa atau tidak berhubung perkara itu. Sementara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata tuntutan daripada Pemuda negeri yang mahu mereka berundur sebagai "pandangan peribadi." Bahkan, beliau menegaskan, PAS tidak menerima apa-apa pandangan rasmi daripada sayap parti itu berhubung perkata itu. | ||
BEKAS ORANG KUAT NAJIB DI PEKAN MAHU TALQINKAN UMNO Posted: 28 Mar 2012 04:53 PM PDT wfauzdin.blogspot.comMari talqinkan UMNO. Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya. Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap. Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik. Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past? Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik. Kenapa? kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan 'arrangement' macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!. Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya. Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu. Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat. Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa. Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM. Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too. Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar. Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim. Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang. /sakmongkol Siapa Sakmongkol?
| ||
Abim alu-alukan polis sedia berubah Posted: 28 Mar 2012 04:49 PM PDT oleh ibnuhusin KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi kepolisan dengan memantapkan kualiti perkhidmatan institusi tersebut kepada masyarakat, selaras dengan tanggungjawabnya untuk melindungi keselamatan rakyat di negara ini. Naib Presiden (Kebangsaan) Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, walaupun tidak menafikan peningkatan KPI PDRM seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, namun pengamatan pihaknya mendapati masyarakat rata-rata di peringkat akar umbi masih diselubungi sindrom ketakutan terhadap jenayah."Terkini negara telah digemparkan dengan tragedi tragis ke atas Dirang (Nuradirah) di samping kisah-kisah penculikan ke atas gadis-gadis serta kanak-kanak seperti yang diimbau di lapangan-lapangan media," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, jelasnya Abim menilai keadaan-keadaan tersebut sedang mencetuskan sindrom ketakutan di kalangan rakyat terhadap persekitaran dan keselamatan mereka. Ini, tambah beliau pastinya memberi kesan terhadap perjalanan struktur sosioekonomi negara, yang jika tidak ditangani dengan sebaiknya akan menjejaskan kestabilan serta keselamatan di dalam negara. "Dalam hal ini, Abim serta seluruh warga Malaysia menyokong sebarang tindakan tegas yang digerakkan oleh PDRM untuk membendung jenayah daripada berleluasa serta sentiasa bersedia untuk membantu pihak PDRM dalam apa jua kapasiti yang diluangkan dalam perundangan negara," katanya lagi. Meskipun begitu, ujar beliau usaha membanteras jenayah seharusnya menjunjung tinggi prinsip-prinsip keadilan, hak asasi manusia serta kemanusiaan. Selaras dengan hasrat rakyat yang ingin PDRM meningkatkan mutu perkhidmatan serta memelihara kesejahteraan rakyat dengan berkesan, beliau berkata adalah menjadi harapan agar PDRM dapat melunaskan sebarang persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan institusi tersebut termasuklah dalam isu-isu hak asasi manusia termasuklah mematuhi semua prosedur perundangan dan tatacara jenayah dalam menerima laporan, membuat siasatan, melakukan tangkapan, reman, tahanan, ikat jamin dan sebagainya selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang negara. "Adalah menjadi harapan agar kesemua 125 cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PICC) akan dijadikan sebagai terma rujukan utama PDRM dalam menyahut saranan Ketua Polis Negara tersebut," ujarnya. Beliau berkata, imej PDRM yang positif, telus, adil dan amanah serta mesra pelanggan akan secara langsung meningkatkan keyakinan rakyat terhadap wibawa serta integriti institusi tersebut. | ||
Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari Posted: 28 Mar 2012 04:44 PM PDT oleh ibnuhusin TEMERLOH: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong. Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya. "Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik. "Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat. "Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR," ujarnya. Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti. Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah. Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul. "Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah. "Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi. "Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan," tambahnya lagi. Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan. "Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada. "Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi. "Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan. "Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap," katanya. Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta. Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan