Khamis, 29 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kebakaran di Suria KLCC, 5000 dipindahkan

Posted: 29 Mar 2012 07:58 AM PDT



Kira-kira 5,000 pekerja dan pengunjung dikeluarkan dari pusat membeli-belah Suria KLCC apabila saluran asap dapur sebuah restoran terbakar petang ini.

NONEPanggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pada jam 5.28 petang, kata Timbalan Pengarah Operasinya, Azizan Ismail.

Bagaimanapun, apabila empat jentera bomba dengan 30 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, api di restoran Chinoz on the Park di sebelah Taman telahpun dipadamkan.

Azizan memberitahu pemberita bahawa kebakaran itu dipadamkan oleh unit tindakan kecemasan KLCC.

"Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dalam masa 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada sebarang laporan kecederaan.

NONEBagaimanapun, Malaysiakini ternampak seorang wanita, yang kelihatan dalam keadaan sedar, dibawa ke dalam sebuah ambulans.

Orang ramai yang dikeluarkan ke kawasan sekitar pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, bersorak apabila pusat membeli-belah itu dibuka semula pada jam 6.38 petang. Pekerja di pejabat di Menara Berkembar KLCC tidak dipindahkan.

Restoran Chinoz ditutup oleh jabatan bomba untuk siasatan lanjut. Pusat membeli-belah Isetan masih ditutup pada jam 7.30, manakala kedai-kedai lain telah dibuka semula.

NONEPenerbit buku Amir Muhammad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu Malaysiakini sebelumnya bahawa beliau terbau asap semasa berada di tingkat atas pusat membeli-belah itu.

Gambar-gambar yang dihantar para saksi mata di Twitter menunjukkan asap putih keluar dari bumbung pusat membeli-belah itu.-MK



Masalah malware yang menyerang blog ini adalah berpunca dari blog lain yang telah disekat oleh Google Chrome di dalam bloglist kami.Sila gunakan pelayar selain Google Chrome buat sementara waktu untuk mengakses blog ini.Kami tidak dapat membuang blog yang dijangkiti malware dari bloglist ini kerana mengalami masalah pada add/remove di bloglist.
Harap maklum.



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Risiko Projek Kerajaan Barisan Nasional

Posted: 29 Mar 2012 05:00 AM PDT

PERBEZAAN JENAMA, APA RISIKONYA?


Hutang Kerajaan Barisan Nasional melonjak kepada RM456.1b atau setiap seorang penduduk Malaysia berhutang sebanyak rm16,290.00. Sewajarnya anak-anak yang dilahirkan dibumi bertuah ini tidak menanggung bebanan hutang yang di buat oleh pemerentah atas dasar pembangunan.



Disebabkan  setiap projek pembangunan dinamakan Projek Kerajaan Barisan Nasional bukannya Projek Kerajaan Malaysia seharusnya dicadangkan setiap beban hutang ditanggung oleh Barisan Nasional kerana membangunkan projek itu atas dasar Projek Kerajaan Barisan Nasional.








Seandainya selepas Pilihanraya Umum 13 nanti Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya, pengasingan hutang dan pendapatan dilegerkan berasingan untuk mengetahui kecekapan tadbir urus negara. Kalau semasa Barisan Nasional memerentah projek dinamakan Projek Kerajaan Barisan Nasional, adakah Pakatan Rakyat akan menamakan projek tersebut Projek Kerajaan Pakatan Rakyat?



Kerajaan Barisan Nasional seharusnya menukar status nama projek kepada Projek Kerajaan Malaysia barulah melambangkan pemerentahan Malaysia.  Jika dikekalkan nama Projek Kerajaan Barisan Nasional, jika selepas PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat menguasai Pusat, secara lojiknya  segala beban hutang ditanggung oleh Barisan Nasional bukannya Pakatan Rakyat.



Hutang tetap hutang. Setiap yang berhutang wajib membayarnya. Mahkamah jalan terakhir.....  bankrup.

Jika Kerajaan Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya, adakah Kerajaan Pakatan Rakyat dan Bekas Kerajaan Barisan Nasional merupakan entiti berasingan?



Umum mengetahui ianya berbeza. Apa salahnya Kerajaan Pakatan Rakyat menuntut hutang dari bekas Kerajaan Barisan Nasional? Lojik bukan?



Kalau jenama Projek Kerajaan Malaysia, sesiapa yang menguasai Puterajaya akan mewarisi semua masalah dan bebanan hutang kerajaan terdahulu. Ini tidak, pengasingan pembangunan parti ke parti tidak melambangkan pewarisan pentadbiran sebab pembangunan diurus atas nama parti yang menguasai pusat.



PERHATIAN;  Saya tidak ingin menimbulkan sebarang provokasi dan prejudis jauh sekali untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, tetapi pada pengamatan saya yang serba kekurangan ini, cuma pengamatan saya macam ada yang tak kena  atas jenama " Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan " Projek Kerajaan Malaysia"



Jika artikal ini mendapat sambutan, mungkin saya akan mengupasnya secara terperinci. Pro dan kontra itu perkara biasa adat berdiskusi, kalau semua BONAMA tak indah hidup ini.





Assalamualaikum

salam sejahtera

....hby........


gerai3abdul


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara

Posted: 28 Mar 2012 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

HD

Masalah malware yang menyerang blog ini adalah berpunca dari blog lain yang telah disekat oleh Google Chrome di dalam bloglist kami.Sila gunakan pelayar selain Google Chrome buat sementara waktu untuk mengakses blog ini.Kami tidak dapat membuang blog yang dijangkiti malware dari bloglist ini kerana mengalami masalah pada add/remove di bloglist.
Harap maklum.


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tahan sakit perkosa janda

Posted: 28 Mar 2012 09:00 PM PDT


Gambar Hiasan
KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.



"Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.

"Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa," katanya di sini, semalam.-HM


Masalah malware yang menyerang blog ini adalah berpunca dari blog lain yang telah disekat oleh Google Chrome di dalam bloglist kami.Sila gunakan pelayar selain Google Chrome buat sementara waktu untuk mengakses blog ini.Kami tidak dapat membuang blog yang dijangkiti malware dari bloglist ini kerana mengalami masalah pada add/remove di bloglist.
Harap maklum.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pakatan akan ambil alih konsesi tol yang bebankan rakyat

Posted: 28 Mar 2012 04:14 PM PDT


KUALA LUMPUR 28 Mac: Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambil alihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat KEADILAN, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.
Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

"Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata kenyataan itu.

Jika anda suka dengan berita ini, sila 'Like' laman Facebook Berita Terkini Online.

KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: