Ahad, 25 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU 13: Mission Possible (4)

Posted: 25 Mar 2012 07:28 AM PDT

Oleh: MSK

Dalam Pilihanraya 1994, PBS dibawah pimpinan Pairin Kitingan berjaya menumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Bila Pairin pergi ke Istana Yang diPertua Negeri, istana didapati berkunci dan Yang dipertua Negeri Sabah "hilang". Orang-orang PBS terpaksa duduk dalam kereta dan menunggu didepan istana Yang di Pertua Negeri selama 36 jam.

Dalam masa 36 jam itu, BN cuba membeli ADUN-ADUN PBS yang menang tapi nasib baik, semua ADUN PBS yang menang telah dikurung didalam kereta dan "berkampung" didepan istana YDP.

Dalam PRU 1999, ramai orang beranggapan bahawa BN juga akan ditumbangkan. Ramai pemimpin Umno membeli insurans BA masa tu malah kebanyakan kempen-kempen BA masa tu ditaja oleh orang-orang Umno.

Mahathir sendiri takut BN akan kalah. BA cukup yakin untuk menang dan sudah bersedia dengan perancangan untuk mengambil alih kerajaan. Nasib tak baik, BA gagal mendapatkan kerusi majoriti. Tapi kalau menang pun, belum tentu boleh mengambil alih kerajaan sebab Yang DiPertuan Agung telah dibawa lari ke Langkawi pada malam keputusan pilihanraya diumumkan. Kalau pun BA menang, UstazFfadhi Noor yang memimpin BA masa tu akan terpaksa berkampung diluar pagar istana. Dalam masa itu, macam-macam boleh berlaku.

Dalam PRU 2008, SPR telah menangguhkan pengumuman keputusan pilihanraya dikebanyakan tempat. Di Perak, kita tak tau kita dah menang..sehinggalah pukul 10.30 malam. Di Kuala Kangsar, keputusan pilihanraya diumumkan oleh SPR pada jam 11.30 malam. Dalam TV3, terus blackout.

Dari pukul 7 petang hingga jam 12 malam tu, BN sibuk mencari jalan macam mana nak terus berkuasa. Masa tu jugalah Harussani dipertanggungjawabkan untuk berjumpa PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Masa tu juga Zambry Kadir menawarkan jawatan MB kepada Nizar. Tapi nasib BN tak baik, depa tak mampu juga untuk mempengaruhi ADUN PAS.

PRU 13 ni macam mana?

Umno sendiri sudah goyang. Daim kata BN cuma selamat ditiga buah negeri. Najib pulak sudah membayangkan "hung parliament". Yang ini tak penting sangat..yang penting bila Najib kata dia akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

SPR sudah boleh membuat ramalan keputusan seawal pukul 3 petang..walaupun pengundi belum habis mengundi. Dari culaan setiap jam, SPR sudah tau sama ada BN akan menang atau kalah. Semasa PRK Bukit Gantang, BN dapat tau lebih awal..sebelum masa pengundian ditutup lagi. Semua menteri kabinet dan pemimpin Umno sudah keluar dari Bukit Gantang sebaik saja masa mengundi tamat pukul 5…walaupun masa tu undi belum dikira.

Dalam PRU 13 ini, kalau kita tak buat persediaan lebih awal, kita akan ditipu oleh BN dan SPR lagi. Bayangkan kalau berlaku keadaan macam ni.

Selalunya, keputusan di Sabah dan Sarawak akan diketahui lebih awal kerana jumlah undi yang sikit. Dari jumlah 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, BN menang 30, Bebas menang 6 kerusi dan PR menang 20. Aku percaya, SPR tidak akan mengumumkan keputusan ini kerana menunggu keputusan di Semenanjung.

Macam mana kalau BN menang 80 kerusi dan PR menang 85? Satu lagi kerusi dimenangi oleh Matsamankati atas tiket Bebas.

Jumlah keseluruhan: BN 110. PR 105. Bebas 7. Apa akan berlaku?

Bagaimana kalau BN menawarkan RM10 juta seorang kepada 7 orang calun Bebas untuk menyertai BN? Masa tu aku pun goyang. Bukan takat calon Bebas saja..calon-calon PR pun mungkin ada yang bersedia melompat.

Macam mana kalau ada calon-calon PR yang melompat lari menyertai BN adakah hangpa suka? Aku tau ini soalan bodoh…tapi kita kena ingat bahawa calon yang menang tu pun tak bodoh. Jangan kata calon yang melompat tu tak ada akai..sebab depa boleh nampak RM10 juta.

Macam mana pulak kalau ada calon-calon Bn yang melompat masuk menyertai PR..adakah hangpa suka? Yang ni aku tau..mesti ada yang berbelah bagi. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. tapi aku pasti…ramai yang bersetuju. Kalau calon PR lompat ke BN..kita setuju. Kita kata depa ni dah insaf atau sedar. Tapi kalau calon PR yang lompat masuk BN, yang tu kita panggil katak..tak ada prinsip.

Sapa yang tak ada prinsip? Kalau kita ada prinsip..apa yang perlu dibuat?

Kita tak boleh harap SPR untuk buat pengumuman sebab dalam masa dua tiga jam selepas keputusan diperolehi di setiap kawasan Parlimen, macam-macam boleh berlaku.

Rakyat perlu mendapat keputusan pilihanraya secara live..bagi setiap Daerah Mengundi. Setiap ejen mengira undi perlu melapurkan keputusan bagi Daerah Mengundi kepada Bilik Gerakan sebaik saja selesai proses pengiraan undi dan borang 14 dikeluarkan. Bilik Gerakan perlu memuatnaik keputusan ke satu laman web yang disediakan dimana setiap pelayar internet akan dapat melihat keputusan tersebut.

Dengan cara ini, semua orang dah boleh tau keputusan tak rasmi sebaik saja proses pengiraan undi selesai dilakukan. Kalau keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR jauh berbeza dengan keputusan tak rasmi..kita tau apa yang berlaku. Sebelum SPR mengumumkan keputusan, kita dah tau sama ada menang atau kalah.

Kalau menang kita nak buat apa..dan kalau kalah kita nak buat apa? Itu bukan kerja aku dah. Kalau dah mennag pun tak tau nak buat apa..lebih baik toksah menang. Tapi kalau kalah?

Kalau dah kalah baru kata SPR menipu..SPR menyeleweng..tak guna dah. Kalau kita nak kata SPR menipu dan SPR menyeleweng..kita kena buat sebelum keputusan diumumkan.

Tapi sapa nak buat benda ni? Hangpa nak harap AJK Cabang yang pegang mouse pun ngetor? Cuba tengok..peringkat negeri pun ada ka laman web depa?

Rais Yatim yang sebelum ini mengutuk Blogger pun dah buat Konvensyen Blogger Umno dan siap buat kenyataan.." Social Media A Game Changer in PRU 13″.

Bukan takat tu saja, Unit Media Baru Umno dah buat retreat di Janda Baik untuk menyusun strategi macam mana nak menghadapi PRU 13 nanti.

Kita dah buat apa?

Kamon la. Dalam setiap pilihanraya, setiap calon akan membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk poster, banner, bendera, ceramah…tak kan la untuk persiapan untuk media baru ni dua tiga ribu pun tak mampu?

Kalau setiap parti yang bertanding di Perak mengumpul seribu ringgit untuk setiap Parlimen..dah ada 24 ribu. Tak cukup ka?

Kalau bagi kat TV Selangor memang la tak cukup sebab gaji CEO pun dah puluh ribu. Tapi kalau bagi kat blogger-blogger yang selama ini buat kerja secara free..gunakan duit itu untuk membangunkan sistem penyebaran maklumat semasa pilihanraya..aku rasa lebih dari cukup.

Amacam? Dalam posting yang lalu, Mustapha ada buat komen.

Janji BN di Rembau Tidak Di Tunai

Posted: 25 Mar 2012 07:23 AM PDT




REMBAU, NEGERI SEMBILAN: Menjelang PRU 2008 lalu BN Negeri Sembilan menabur pelbagai janji untuk menguncing pengundi namun hingga ke saat ini janji tersebut tidak tertunai.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che'guBard kesal dengan tindakan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang hanya pandai menabur janji tetapi dalam masa yang sama meletakkan pengundi Rembau menagih segala pembangunan yang dinantikan.

"Pada 31 Januari akhbar keluaran Utusan dengan jelas menyatakan janji Pengerusi Bn Negeri Sembilan kepada orang Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn.

"Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi Bn.

"Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

"Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008." kata Ghe'GuBard

Malah menurut Beliau, MP Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga pernah menjanjikan pusat Tuisyen emas percuma buat semua murid sekolah dalam Rembau dan banyak janji lain.

"Sehingga kini hampir semuanya tidak terlaksana. Namun Pakatan Rakyat di Rembau terus membangkitkan isu – isu ini untuk menuntut hak orang Rembau yang telah dijanjikan.

"Setiap kali program BN di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai…. adakah BN Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?." soal beliau

Menurut Che"Gu Bard janji terbaru adalah projek UITM dan pembinaan lapangan terbang akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS.

"Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang.

"Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih BN semula." kata beliau.

Penduduk Kg Kemesah Rasai Perubahan Di Bawah PR

Posted: 25 Mar 2012 07:11 AM PDT




HULU KELANG : Penduduk Kampung Kemensah di sini terus berpeluang merasai pembangunan yang dibawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya dari aspek infrastruktur dan kemudahan awam menerusi peruntukan yang ditetapkan.

Ia terbukti melalui pembinaan semula dewan komuniti yang dilangkapi pelbagai kemudahan untuk kegunaan masyarakat setempat selain pembinaan gelanggang futsal bagi kegunaan belia.

Ketua Kampung Kemensah, Aziz Wahab berkata, sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor pada 2008, penduduk kampung di situ tidak pernah diabaikan, apatah lagi tercicir dari arus pembangunan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan itu juga setakat ini berpuas hati dengan pentadbiran Dun Hulu Kelang yang dipimpin Adunnya, Saari Sungib.

"Jarang sekali timbul atau berlaku masalah di kalangan penduduk di Kampung Kemensah kerana Adun amat prihatin dengan nasib rakyat di sini.


Kemajuan infrastruktur juga bertambah baik. Sebagai contoh, dewan komuniti ini boleh digunakan oleh masyarakat atau JKKK untuk bermesyuarat selain aktiviti riadah juga boleh dilakukan di sini," katanya.

Bagaimanapun, menurut Aziz, pemantauan daripada pihak berkuasa amat diperlukan untuk menjaga keselamatan dan kemudahan yang ada di kampung tersebut.

Jelasnya, kemudahan yang baru siap dibina itu juga perlu berada di bawah pemantauan untuk mengelakkan kegiatan vandalisme.

"Kegiatan vandalisme masih lagi berlaku di kawasan ini cuma keadaannya terkawal. Saya ingin sarankan kepada Dun supaya meletakkan CCTV di dewan ini khususnya sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya.

DEBAT TIGA PENJURU - TAKKAN NAJIB TAKUT LAGI KOT?

Posted: 25 Mar 2012 07:04 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


SEKALI lagi DS Anwar mempertaruhkan maruahnya untuk berdebat dengan Najib, bahkan sanggup berdebat sekaligus tiga penjuru dengan Raja Petra Kamarudin (RPK). Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya". Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter (Malaysiakini).


Debat Anwar - Shabery Cheek suatu ketika benar-benar menghantui Najib


Diberitakan RPK juga telah memberikan jawapan bersetuju untuk perdebatan tiga penjuru. Nah, sekarang kita tunggu samada Najib benar-benar `anak jantan' atau tidak. Najib jangan cuba memalukan anak Pahang yang terkenal dengan sifat pahlawan Tok Gajah. Najib tidak perlu berkokok di dalam media perdana sahaja kerana jurukamera TV3 suku itu pun sudah naik jelak dengan mengadap muka Najib bercakap seorang diri.

Keberanian Najib mencabar DS Anwar hanya terhad di atas pentas majlis beliau bersama orang ramai yang diberi jamu dan diangkut dengan bas dan adakalanya dipaksa datang. Maka Najib pun terasa lah hebatnya. Jika dikira semenjak Najib jadi TPM hinggalah beliau menjadi PM sekarang, sudah berpuluh kali beliau dicabar untuk sepentas dengan DS Anwar, namun anak Pahang keturunan Tun Razak ini sentiasa menyorok di bawah ketiak Bik Mama.

Najib beri alasan, DS Anwar tidak layak berdebat dengan beliau kononnya Ketua Pembangkang ini moralnya rendah. Baiklah, jika Najib rasa moral beliau setinggi atau setaraf dengan Tok Guru Nik aziz atau Haji Hadi atau pun paling tidaknya Mat Sabu, adakah Najib sanggup berdebat dengan mereka? Jawapannya, Najib tetap tidak berani. Muhyiddin juga pernah dicabar oleh Mat Sabu berdebat di dalam isu Mat Indera, Muhyiddin tetap berpenyakit sama seperti Najib.

Semua pemimpin Umno kaki ampu mahu DS Anwar berdebat dengan RPK. Sekarang DS Anwar sahut cabaran mereka tetapi kali ini beliau tetap mahu Najib di atas pentas dan RPK hanya layak jadi `Batman' Najib sahaja. Jika mahu DS Anwar berdebat dengan RPK sahaja tanpa Najib, hanya ada satu cara sahaja iaitu lantik RPK sebagai PM dan Najib boleh jadi Ketua Umno Cawangan di Pekan./wfauzdin.blogspot.com

Wanita Umno Berpecah Kepada Dua Kumpulan: Tudung Inggeris Dengan Tudung Arab

Posted: 25 Mar 2012 07:02 AM PDT

MSO


Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.

Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.

Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam berkerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memarahkan Umno.

Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.

Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.

Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.

Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.

"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melincinkan tugasan wanita maka bau hampak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.

Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuha sang setia Sharizat.

Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.

Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.

Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tenguk sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.

Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.

Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!

Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya.

Hampir 10 ribu berhimpun protes masalah kekurangan guru di SRJK(C)

Posted: 25 Mar 2012 06:59 AM PDT

MerdekaReview


Hampir 10,000 orang membanjiri perkarangan ibu pejabat Dong Jiao Zong di Kajang, pagi ini, meluahkan bantahan terhadap kerajaan berhubung masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong dari MCA turut hadir, namun ketibaan beliau dibalas dengan sorakan "boo" oleh peserta perhimpunan.

Menurut penganjur, 4,500 kerusi telah disediakan untuk perhimpunan ini, dan kesemuanya dipenuhi. Dong Jiao Zong mengumumkan penyertaan lebih daripada 600 pertubuhan, dan kehadiran lebih daripada 5,000 orang apabila perhimpunan bermula pada jam 11 pagi. Bilangan orang yang hadir semakin bertambah, dan mencecah hampir 10 ribu sebelum perhimpunan ini bersurai pada jam 12.30 tengah hari.

Selain itu, kira-kira 40 orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tampil menyokong perhimpunan ini, antaranya DAP yang diwakili Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Fong Kui Loon dan lain-lain; PKR diwakili Tian Chua, Saifuddin Nasution, William Leong dan lain-lain, dan PAS pula diwakili Mahfuz Omar dan lain-lain.

Antara pertubuhan yang menyertai perhimpunan ini termasuklah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Nanyang University Alumni Association, Malaya, Malaysian Seven Major Clans Association dan banyak lagi pertubuhan dari seluruh negara.

Masalah dasar kerajaan

Dalam teks ucapan Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian membidas kerajaan kerana tidak menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pada tahun 1968, ketika menjawab soalan di parlimen, Kementerian Pelajaran menunjukkan statistik bahawa SRJK (c) kekurangan seramai 1,172 orang guru. Bukan sahaja masalah ini tidak diselesaikan dalam tempoh 30, 40 tahun ini, malah guru yang tidak fasih bahasa Cina dihantar untuk mengajar di SRJK (c). Yap Sin Tian khuatir langkah kerajaan ini bakal mengubah bahasa pengantar di SRJK (c).

Yap Sin Tian menambah, seandainya kerajaan tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah ini, maka beliau percaya api kemarahan ini akan terus menular, dan tindakan protes akan diadakan di setiap pelusuk negara.

Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen menganggap dasar kerajaan yang menjurus kepada kegagalan penyelesaian masalah kekurangan guru. Beliau mempertikaikan, negara kita mampu membina bangunan tertinggi di dunia seperti Menara Kembar Petronas KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun tidak terdaya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang berlanjutan untuk puluhan tahun.

Usul-usul mengenai perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), termasuklah:-

1. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pada awal sesi persekolahan tahun ini. Perhimpunan ini juga menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang dipindahkan sebelum ini.

2. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengadakan program latihan kerja khas untuk guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina yang telah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) sekurang-kurangnnya tiga tahun agar mereka memiliki kelayakan profesion mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

3. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memulihkan sistem latihan perguruan yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), dan menubuhkan bahagian latihan perguruan yang khusus untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta mewujudkan satu pelan latihan perguruan yang lebih sempurna dengan menetapkan kepujian mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM untuk melahirkan guru-guru yang memenuhi keperluan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).

4. Perhimpunan ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Pendidikan dan melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran sekolah dengan bahasa pengantar masing-masing untuk menjamin semua aliran sekolah yang sedia ada dengan memberi kedudukan dan layanan yang sama rata kepada setiap aliran sekolah.

Wee Ka Siong dakwa nyaris ditumbuk

Di samping itu, Wee Ka Siong yang hadir selaku Timbalan Menteri Pelajaran dan pemimpin MCA, disambut dengan sorakan "boo" dari peserta perhimpunan sepanjang perjalanannya ke pentas. Ramai yang menjerit mendesak beliau "undur", malah pertembungan fizikal hampir berlaku. Wee Ka Siong mendakwa dirinya nyaris ditumbuk, mujur ditangkis oleh polis yang melindunginya.

Dalam satu sidang media selepas perhimpunan, Wee Ka Siong (gambar kiri) berkata, kehadiran dirinya direstui oleh Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Menurut laporan Sin Chew Daily, Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan bahawa MCA tidak akan menyertai perhimpunan ini, kerana "menganggap demonstrasi tidak mampu menyelesaikan masalah".

Wee Ka Siong mendakwa dirinya tampil untuk mendengar suara pejuang pendidikan bahasa Cina. Beliau mengakui dirinya sekadar tersenyum pahit berdepan dengan layanan yang "tidak mesra" dari peserta. Beliau bersedia berdepan dengan sikap yang tidak mesra ini, bagaimanapun berasa "sakit hati" kerana hampir dikasari secara fizikal.

Orang Asli fail semakan pengusiran mereka

Posted: 25 Mar 2012 06:57 AM PDT

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.



PETALING JAYA: Seramai 99 orang Asli Peta, Ulu Endau Johor memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang memerintahkan mereka keluar dari penempatan mereka.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

Satu notis perintah bertarikh 17 Januari dikeluarkan untuk mengarahkan orang Aski berkenaan keluar dari tanah mereka.

Menurut peguam, Yogeswaran Subramaniam, orang Asli mahu keputusan tersebut dikaji semuala dan dibatalkan.

"Mereka juga mahu tanah seluas 10, 000 ekar yang diduduki orang Asli itu diisytiharkan sebagai milik mereka," katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat oleh Sangka bin Chuka, seorang batin Kampung Peta dan Nasir bin Kantan.

Perjalanan 5 jam

Selain Yogeswaran, mereka juga diwakili oleh peguam M. Rajkumar dan K Mohan dari Tetuan Law, Raj and Teh.

Dalam satu kenyataan, Sangka dan Nasir berkata, semua penduduk Orang Asli Kampung Peta memandang berat tentang perkara ini.

"Seramai 51 orang Asli Kampung Peta dan juga perkampungan yang berhampiran mengharungi perjalanan selama lima jam dari pedalaman hulu Sungai Endau ke Johor Bahru semata-mata untuk memperjuangkan hak undang-undang kami.

"Walaupun terpaksa bertolak pada 3 pagi, kami semua bersemangat apabila tiba di kompleks Mahkamah di Johor Bahru," kata mereka.
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman ditetapkan pada 5 April 2 untuk perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gunalan Muniandy.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Umum Tidak Tanding PRU-13

Posted: 25 Mar 2012 06:52 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


GEORGE TOWN : Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menjadi tokoh terbaru mengumumkan pengundurannya dari medan politik bagi memberi laluan kepada barisan pelapis Umno.

Datuk Azhar yang menjadi Adun Penaga selama lima penggal berkata, beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang berwibawa dalam Umno.

Azhar, 66 tahun, menjadi Adun Penaga sejak 1990.

Beliau yang juga Setiausaha Umno Pulau Pinang menjadi Ketua Pembangkang selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang.

Azhar berharap, kepimpinan Barisan Nasional akan menghormati keputusannya untuk berundur dari medan politik selepas khidmat yang menjangkau 20 tahun.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas sama ada pemimpin sebaya beliau harus meneladani tindakannya.

" Terpulang kepada individu berkenaan untuk membuat keputusan. Dalam Umno kita menyerah kepada kebijaksanaan kepimpinan. Adakalanya kepimpinan tokoh veteran diperlukan, adakalanya tidak," kata beliau.

Sejak menjadi Ketua Pembangkang, Azhar digantung daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa kali kerana melanggar keputusan-keputusan speaker lantikan Pakatan Rakyat.

Beliau berharap pengundi akan menyedari bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat hanya menghabiskan masa untuk mengkritik mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusannya.

"Pengkritik-pengkritik tradisi di Pulau Pinang seperti pertubuhan bukan kerajaan, menjadi sasaran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang beranggapan bahawa cara terbaik mentadbir dengan mengadakan sidang media sepanjang masa," kata beliau.

Azhar berkata, masalah polarisasi semakin nyata di Pulau Pinang sekarang dengan pihak-pihak tertentu merasakan terpinggir akibat dasar-dasar Guan Eng.

Sukan lasak jadi tumpuan pelancong ke Kelantan

Posted: 25 Mar 2012 06:50 AM PDT

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan sukan lasak (ekstrem) sebagai salah satu aktiviti Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata antaranya abseiling, berkayuh basikal lasak dan lain-lain lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Abseiling 46 K PKINK yang diadakan di Menara Perbadanan PKINK, anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan PKINK.

Ianya dianjurkan sempena ulang tahun PKINK yang ke-46.

Walaupun 46 orang peserta diperlukan sebagai simbolik sambutan ke-46 PKINK, namun seramai 76 orang peserta menyertai program pada ketinggian 166 kaki dan ianya dianggap abseling yg tertinggi di Pantai Timur.

Turut mengambil bahagian Pegawai Khas Datuk Takiyuddin, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaiddin.

Takiyuddin bagaimanapun, mencadangkan mana-mana penganjur yang ingin menganjur sukan lasak itu supaya mencari tempat yang lebih tinggi.

Katanya, ianya penting bukan sahaja untuk menguji tahap kemampuan peserta, sebaliknya untuk mencipta rekod baru

"Kelantan mungkin akan akan menjadi tuan rumah jambori volskwegan Malaysia sempena Tahun Melawat Kelantan,"ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Tuan Zainal Abdul Rahim dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Biro persatuan itu, Mohd Rozi Mohd Nor, berkata simbolik pada penganjuran program ini untuk menterjemahkan kepada umum betapa PKINK kini semakin hebat menghadapi cabaran walaupun sudah berusia 46 tahun.

Beliau yang juga pengarah program, peserta yang sebahagiannya terdiri dari kakitangan PKINK, turut menggambarkan mereka juga mampu menghadapi cabaran lasak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"Alhamdulillah kita bersyukur, program yang pertama kali dianjurkan diperingkat kerajaan negeri ini mendapat sambutan pelbagai pihak,"ujarnya lagi.

Antara yang mengambil bahagian, pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Kolej Politeknik Mara, Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan, Urusetia Sukarelawan TMK dan peserta individu.

Abdullah Ali bakal tarik sokongan pengundi muda

Posted: 25 Mar 2012 06:44 AM PDT

Harakahdaily,

MARANG: PAS yakin penyertaan legenda bola sepak negara, Abdullah Ali akan menyemarakkan lagi sokongan kepada parti Islam itu khasnya di kalangan pengundi muda.

(Abdullah Ali bersama Presiden PAS di Rusila...gambar Buletinonline)

"Penyertaan kalangan pengundi muda untuk buat perubahan sangat penting. Dan penyertaan Abdullah Ali ini adalah merupakan suatu kekuatan baru kepada PAS untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Insya'Allah," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menerima kunjungan hormat Abdullah Ali di rumahnya baru-baru ini.

Hadir sama pada kunjungan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.

Abdullah Ali adalah legenda bola sepak negara di awal 1980an. Pasukan yang disertai beliau telah berjaya melakyakkan diri ke sukan Olimpik Moscow namun tidak menyertainya kerana Malaysia memboikot sukan di Rusia itu.

Abdullah Ali terkena dengan tendangan inswinger dari tendangan sudut. Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di Kota Bharu.

Beliau berjanji akan membantu PAS di Terengganu untuk memenangi hati golongan muda kerana berasal dari negeri itu.

Abdul Hadi menaruh harapan dan berkeyakinan pengundi muda yang ramai menyokong PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu mencetuskan satu perubahan politik dan menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata, perubahan memerlukan golongan muda yang dianggarkan menguasai 30 peratus kuasa politiknya.

Bahkan, katanya perubahan pengundi muda sangat penting bukan sahaja di Terengganu tapi seluruh negara sebagai kuasa penentu pilihan raya.

"Apa yang menarik perhatian kita (PAS) ini ialah perubahan memerlukan golongan muda. Kita (PAS) mengharapkan, sebagaimana lawatan saya ke Dun-dun (Dewan Undangan Negeri) di seluruh negeri tidak kurang dari 30 peratus adalah pengundi muda.

"Ini (golongan muda) boleh jadi undi penentu (kemenangan) dalam pilihan raya. Maknanya, perubahan pengundi muda sangat penting dan bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh negara," ujarnya.

Menurutnya, Ustaz Abdul Hadi penyertaan golongan muda kembali menyokong perjuangan Islam mengembalikan semula zaman kegemilangan agama tersebut.

Katanya, golongan muda juga mempunyai kepelbagaian minat serta kebolehan seperti ahli sukan, penghibur dan sebagainya.

"Ini (penyertaan orang muda) mengembalikan di zaman kegemilangan Islam. 90 peratus orang muda dan orang muda ini bermacam-macam kebolehan. Orang muda ini banyak ahli sukan, banyak penghibur dan macam-macam.

Bagaimana mahu membanteras korupsi

Posted: 25 Mar 2012 05:50 AM PDT

Tok Janggut,

Untuk menentukan sesuatu itu mempunyai integriti ataupun pemarkahan tinggi dalam pentadbirannya, pihak ketiga yang tidak berkepentingan perlulah melakukan kajian dan pemarkahan mereka sendiri.

Najib menerusi NKRA nya telah menyatakan bahawa beliau komited dalam melaksanakan perang terhadap korupsi dan akan terus memastikan ia berjaya sewaktu mengambil jawatan sebagai perdana menteri dan akhirnya pada pada Isnin (27 Julai 2009), beliau telah melancarkan NKRA negara.

NKRA bagi rasuah ialah:

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

• Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.p...gara-nkra.html)


2 tahun sudah berlalu dan 2 kali kajian korupsi telah dilakukan oleh Transparency International (http://www.transparency.org/) sebuah badan berkecuali yang menjalankan kajian persepsi korupsi terhadap lebih 100 negara di seluruh dunia. Demikian adalah keputusan tersebut:

2009 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...cpi_2009_table)

2010 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...i/2010/results)

2011 - Ranking 60 (Indeks 4.3) (http://cpi.transparency.org/cpi2011/results/)

Sedangkan pada zaman Tun Mahathir meletak jawatan pada tahun 2006 dan Pak lah mengambil alih pada tahun 2006, Ranking Malaysia pada masa tersebut ialah pada kedudukan 43 dengan indeks 5.1 (http://www.infoplease.com/ipa/A0781359.html)

Bagaimana Mencapai negara tanpa korupsi?

New Zealand, Denmark, Finland dan Sweden pada setiap tahun di nobatkan sebagai antara negara yang mempunyai indeks korupsi terbaik dan juga ranking terbaik. Maka kajian telah dilakukan apakah yang menyebabkan negara ini yang ada di antaranya suatu masa dahulu adalah negara yang amat korup, mencapai indeks terbaik adalah:

1. Komitmen pemimpin mereka menentang korupsi

2. Penguatkuasaan undang-undang yang efisen.

3. Sistem integiriti kebangsaan yang berkesan dan yang menjadikan ia berkesan ialah:

i) Kebebasan akhbar (akhbar nasional tidak dikawal oleh mana-mana parti politik - melainkan itu akhbar parti)

ii) Kebebasan rakyat mengetahui bagaimana kerajaan membelanjakan bujet dalam bujet negara mereka.

Jadi bagaimana ia dilakukan:

* Pendedahan infomasi bujet menutup pintu kepada pecah amanah. Maka, negara-negara didunia sepatutnya mendesak agar didedahkan infomasi bujet kepada rakyat. The Open Budget Index menunjukkan negara seperti sweden membenarkan rakyat melihat secara terperinci bagaimana kerajaannya membelanjakan duit yang telah dibujetkan.

Dalam indeks ini malaysia mempunyai ranking 39 (100 terbaik dan 0 terburuk) dan antara negara yang memberikan info minima kepada rakyat (extensive info, Significant, Some, Minimal dan scant or no infomation.) http://internationalbudget.org/wp-co...0_Rankings.pdf

* Codes of conduct for public servants. Denmark mewajibkan pada setiap bulan menteri mendedahkan perbelanjaan bulanan perjalanan dan juga hadiah mereka.

* Legal framework criminalising a wide range of corruption related abuses and an independent and efficient judiciary.


Bolehkah kerajaan sekarang ini menentang korupsi?


Setelah lebih 50 tahun berkuasa, pemerintah sekarang ini tidak dapat tidak terikat dengan "business transactions" ataupun usahawan-usahawan yang mempunyai perniagaan. Usahawan ini akan memastikan bahawa "orang" mereka berkuasa agar mereka terus kaya. Mereka akan memastikan bahawa kepentingan mereka terjaga.

Maka, setiap (kalau tidak pun kebanyakan) keputusan kerajaan adalah berdasarkan kepada kepentingan perniagaan ini. Suatu keputusan tersebut bukan dilakukan untuk kepentingan massa sebaliknya kepentingan beberapa indvidu.

Contoh mudah adalah konsesi TOL malaysia. Dan ini adalah satu berita tersebut:

Kebocoran trafik: Kerajaan lanjut tempoh konsesi tol Grand Saga

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan melanjutkan tempoh konsesi tol kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. selama tiga tahun lagi bagi menyelesaikan isu kebocoran trafik di lebuh raya itu .

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, tempoh konsesi syarikat terbabit yang sepatutnya tamat pada tahun 2027 terpaksa dilanjutkan sebagai satu bentuk rundingan bagi memberi kebenaran kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras menggunakan jalan susur tanpa melalui tol.

"Tempoh konsesi asal ialah selama 30 tahun bermula 1995 sehingga 2025. Namun penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002, tempoh konsesi dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2027.

"Isu kebocoran trafik di bandar Mahkota Cheras pula, sebagai langkah penyelesaian, kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi terbabit dan bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh dari tahun 2028 hingga 2030," katanya dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Shaziman berkata, kerajaan telah menjelaskan pampasan dalam bentuk tunai sebanyak RM105 juta kepada syarikat konsesi berkenaan disebabkan penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002.

Katanya, berdasarkan perjanjian konsesi tersebut juga, kadar tol di lebuh raya itu akan menerima kenaikan pada tahun 2013.

"Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih mengkaji pilihan-pilihan lain yang boleh dipertimbangkan sebagai langkah meringankan beban yang bakal ditanggung oleh pengguna di lebuh raya itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM585.5 juta jumlah kutipan tol diperolehi sejak ia mula beroperasi pada tahun 1999 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding unjuran kutipan tol dalam perjanjian konsesi iaitu sebanyak RM613.4 juta.

"Jumlah aliran trafik sebenar untuk tempoh sama ialah sebanyak 809.7 juta kenderaan berbanding unjuran trafik asal sebanyak 822.8 juta.

"Kos keseluruhan bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi pula untuk tempoh berkenaan ialah sebanyak RM147.3 juta," katanya.

(http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_10.htm)


Hutang Tajudin Ramli

Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Kesimpulan

Perlantikan suatu kuasa baru yang bersih dari sebarang kepentingan perniagaan perlu bagi memastikan negara kita akan terus maju dan mencapai status negara maju tanpa perlu menggadai negara.

50 tahun sudah cukup bagi memberikan mereka kuasa.

NOTA: Artikel ini boleh disiarkan dan hak cipta tidak terpelihara. Lihat perbincangan lanjut di www.bincang.net

PAS Terengganu umum calon Dun Paka

Posted: 25 Mar 2012 05:43 AM PDT



Salmiyah Harun,


Kajang:
PAS Terengganu mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dun N.28 Paka, untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan calon berkenaan dalam majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di Dewan MPKj, Kajang pagi tadi.

Menurut Abdul Wahid, persiapan untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.

"Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi kita. Calon itu boleh diterima seluruh masyarakat baik Melayu, Cina ataupun India," katanya di hadapan kira-kira 1,000 anak-anak Perantau.

Katanya, buat masa ini hanya calon Paka sudah diumumkan dan calon-calon lain masih belum diputuskan sehinggalah PAS Pusat memutuskannya.

"Kita sudah ada senarai nama, dan nama-nama itu sudah dihantar ke PAS Pusat, kita akan selesaikan dengan baik. Calon yang kita kemukakan insyallah akan menang,"katanya.

Jelas beliau, Saiful Bahri antara calon yang cukup komited dalam menggerakkan kerja-kerja parti tidak kira masa dan atas usaha itu PAS yakin dan percaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan baik.

Malah katanya, dengan pengumuman itu yang agak awal berbanding calon-calon lain, PAS Terengganu yakin beliau berjaya mengambalikan semula kerusi Paka kepada PAS.

Saiful Bahri pernah memenangi kerusi itu pada 1999 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Terengganu.

Terkini, beliau ada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Untuk PRU kali ini merupakan kali ketiga beliau bertanding di kerusi Dun Paka.

Banner menarik, Utusan tidak sensitif terhangat

Posted: 25 Mar 2012 05:39 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Sebuah artikel di blog batuvskayu.blogspot.com yang memaparkan gambar sekeping banner menarik daripada "Suara Anak Muda" berbunyi "Terima kasih Pakatan Rakyat, Anda Kuat Kami Dapat RM500' adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 12.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai ketidaksensitifan akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam menjaga perassan umat Islam di negara ini.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Pengumuman mengejut keluar Umno oleh Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil berada di tangga ketiga.

Manakala di tangga keempat ialah artikel blog reformisanakmuda.blogspot.com yang memberikan amaran kepada anak muda bahawa cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk pelanggan telefon prabayar (prepaid) akan dilaksanakan selepas PRU-13. Untuk mengelakkan peristiwa ini berlaku, penulis blog ini menyarankan agar anak-anak muda tidak mengundi BN pada PRU13.

Di tangga kelima ialah tulisan saudara Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengenai kekalutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU-13.Harakahdaily

Nalla, Ezam, Ummi dan Utusan: Penjaja 'sex, sex, sex' terhadap Anwar

Posted: 25 Mar 2012 05:37 AM PDT

K Suresh, Malaysia Chronicle


Umno nampaknya masih tidak serik, sedikit pun dengan kegagalan kes Sodomi 1, dan sambungannya ,Sodomi 2. Ada hajat untuk mati ala Hitler disebaliknya.

Rakyat luar bandar malu bila penipuan sedemikian terus dibuat oleh orang yang berkedudukan tinggi yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Terdapat bukti penipuan di perbicaraan dan keputusan Mahkamah.

Masih terdapat elemen kekecewaan di sepanjang koridor kuasa di Putrajaya. Usaha berterusan untuk mengadakan ' senapang berasap' yang bakal menghapuskan masalah pengundi di kawasan rezab Melayu nampaknya tidak berhasil.

Mantan Perdana Menteri, salah satu darinya, telah di dalam kemurungan dan tidak berupaya memberikan kata-kata beracun seperti kebiasaan nya. Teman –teman seperjuangan nya masih terus berjuang, mengiktiraf skrip untuk beberapa pindaan kepada episod Sodomi I dan II, tapi senyuman tawar mereka jelas.

Tiga badut raja lawak

Selepas Sodomi I dan II, tidak mungkin ada Sodomi III. Kali pertama tidak disengajakan. Kali kedua kebetulan dan kali ketiga memang sengaja diada adakan. Satu entiti –UMNO mungkin boleh menipu orang ramai kadangkadang tapi bukan semua orang pada setiap masa.

Jadi, Umno terus menggunakan umpan mereka2 yang boleh digunakan untuk menghiburkan rakyat, terutama orang2 kampung, dari masa ke semasa berkenaan dakwaan salahlaku seks ketua pembangkang Anwar Ibrahim, jika ada yang sudi mendengarnya. Pendedahan yang diarahkan dan mengikut skrip yang semesti nya di taja . Pasti dapat menarik banyak orang yang menguap kerana bosan.

Mantan Ketua Pemuda MIC S Nallakarupa ialah yang terbaru mempersendakan Anwar dengan imaginasi kejamnya.Beliau bergilir gilir denganbekas aktivis parti Keadilan (PKR) Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda, seorang penjahat Umno yang tidak perlu diperkenalkan. Mereka terus bermaharaja lela tambahan sejak populariti makin kurang. Setiap manusia ada harga.

Utusan dan sistem baldi

Akhbar yang membantu mereka tak lain ialah wadah kepunyaan Umno,Utusan Malaysia yang berubah dari nasionalis Melayu kepada kubu wartawan pengumpul angpow di negara ini. Mereka ialah askar upahan yang akan menulis apa berita saja demi wang.

Budaya rasuah dan runtuh nya moral makin meluas dalam akhbar harian ini ketahap teruk hingga sukar diterima pada zaman kawan makan kawan , budaya ini berjangkit dari ahli2 politik Umno. Berita-berita bermotif politik menarik sugar daddy, ketua samseng dan penaja2 lain yang secara rutin berupaya membayar dan terlepas. Apa yang dikaut oleh penceroboh di Utusan dapat dari setiap berita, walau nampak mewah, hanya bahagian kecil dari limpahan wang Umno yang terus mengalir bagai tiada esok.

Mereka sanggup menyiarkan berita bersifat peribadi dan sensasi untuk jumlah yang memadai. Sudah tentu Utusan Malaysia mendakwa berita2 tersebut ialah skop panas berkenaan Anwar atau berlindung dibawah label komen adil, kebebasan bersuara dan kepentingan awam dan lain2 yang berkaitan. Malangnya, dakwaan2 tersebut gagal bila kita sedar tiada wartawan yang terhormat akan menyentuh berita2 sedemikian walaupun dengan galah 10 kaki.

Hakikatnya, wartawan Utusan dikeji, dihina dan dianggap kelas bawhan di kalangan komuniti wartawan. Dipendekkan cerita, mereka diangap membuat kerja pariah- kelas paling rendah dalam sistem kasta-dalam dunia kewartawanan. Tiada kerja yang lebih hina di mata orang ramai selain dari kerja yang dilakukan wartawan Utusan Malaysia setiap hari.

Zaman dalulu,sebelum pam tandas diperkenalkan, golongan pariah dihina kerana pekerjaan nya sebagai pembersih dan pengangkut baldi yang mengandungi najis manusia dari sistem baldi dan mencuci untuk golonganyang lebih berkemampuan. Begitu juga pariah di Utusan Malaysia terus menghidangkan berita berita najis terutaman berkaitan Anwar dan sekutu pembangkangnya.

Kasar dan lucah dalam laporan berita ialah nama permainan mereka. Jika ada undang-undang menentang menyiarkan, mengedar dan mempamerkan bahan pornografik, ia patut digunakan juga untuk dakwaan yang dibuat dalam terma grafik.Undang2 jelas dan patut digunakan dengan meluas terhadap mereka yang menggunakan kata –kata lucah, juga kepada mereka yang menulis dan menyiarkan nya.

Karakter paling tidak disukai ramai

Utusan Malaysia bersalah sama seperti tiga badut Nallakarupan,Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Anwar tahu tiga manusia ini tidak akan ragu –ragu melutut dan meminta maaf dari beliau jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa di Putrajaya. Ketika itu kita akan tahu cerita sebenar disebaliknya dan siapa dalang yang letakkan mereka dalam keadaan begitu.

Ada yang fikir Nallakarupan seumpama namanya- manusia kulit hitam yang baik- atau sekurang kurangnya berterima kasih kepada Anwar kerana menyembunyikan nya dari tangan Perutusan Khas Malaysia ke benua India, S. Samy Vellu.

Pada satu ketika, Nallakarupan ialah penama Samy untuk beberapa urusan melibatkan wang yang diatur oleh Menteri Kerjaraya ketika itu. Jelas lah tamak haloba menguasai penama itu dan Samy sedar akhirnya dan menghantar orang-orangnya mencari pencuri harta benda nya yang dia sendiri curi dari rakyat.

Nallakarupan , tanpa segan silu, pergi meminta perlindungan Anwar supaya dilindungi dari Samy dan akhirnya menjadi rakan tenis Anwar. Untuk menghiburkan Timbalan PM ketika itu,Nallakarupan mencerita kan kisah2 sensasi Samy.Samy tiada pilihan malah menghapuskan saja semua kerugian yang dialaminya. Kebiasaan dikalangan pencuri.

Kenapa tidak melihat kes Altantuya

Daripada memfokuskan kehidupan seks Anwar, Nallakarupan patut bertukar arah dan memberitahu Utusan Malaysia apa yang beliau tahu berkenaan Samy Vellu dan bagaimana MIC menipu rakyat sejak setengah abad.

Jika Utusan tidak dapat mengalih perhatian mereka kepada kehidupan peribadi dan seksual personaliti2, terutama Anwar, ia patut menukar fokus kepada model Mongolia yang dibunuh,Altantuya Shaaribu. Jelitawan berusia 28 tahun ini dibunuh kejam dibumi Malaysia oleh 2 org pengawal peribadi Najib dipercayai perempuan simpanan beliau sebelum beliau jemu dan melepaskan Altantuya kepada teman baiknya,Razak Baginda.

Mungkin ada berita yang lebih berbaloi untuk diikuti memandangkan ada elemen risikan yang bakal mmebawa kita ke Mongolia, Singapore,Hong Kong,Perancis,Sepanyol dan England,antara lain. Sudah tentu Nallakarupan, Ezam atau Ummi tidak dapat menandingi berita tersebut.Malaysia Chronicle

Rafizi vs Khairy: Mengelak dari keadaan panik dan kenapa M’sia tidak jauh dari krisis

Posted: 25 Mar 2012 05:31 AM PDT

Rafizi Ramli


Kebimbangan yang tinggi terhadap hutang Malaysia adalah benar. Tidak hairanlah bahawa ini akan diberikan penekanan utama dalam perdebatan awam untuk beberapa ketika, tidak kurang juga kerana masalah fiskal yang dihadapi oleh beberapa negara di seluruh dunia yang akan terus menjadi tajuk-tajuk utama.

Jadi, ia adalah tepat pada masanya jika KhairyJamaluddin mula memikirkan tanggungjawab fiskal (yang disiarkan dalam The Edge, keluaran 20 Februari) dan memandangkan Timbalan Menteri kewangan Awang Adek Hussin menegaskan bahawa tahap hutang kita adalah terkawal, (walaupun ia hanya 2% dari had limit hutang negara), lebih baik salah seorang daripada parti Pakatan Rakyat (PR) bertindak balas untuk melanjutkan perbincangan umum mengenai isu ini.

Kini, budaya perdebatan awam telah menerima satu rangsangan besar dan kita (Khairy dan saya) telah berjanji untuk terus menggalakkannya selepas perdebatan umum pertama kami di London pada bulan Januari. Saya akan mula dengan mengakui bahawa ada persamaan mengenai isu ini merentasi jurang politik.

Sebagai contoh, walaupun kita mungkin tidak menekan merasa panik pada masa ini, terdapat asas yang kukuh untuk mengambil langkah-langkah yang lebih fokus untuk mengubah laluan fiskal negara, tanpa ada kepastian jika Malaysia akan menghadapi masalah kewangan pada masa hadapan. Khairy dan saya juga bersetuju bahawa kebimbangan terhadap tahap hutang negara yang tinggi adalah benar dan para ahli politik begitu bodoh jika tidak mempedulikan. Pada dasarnya, yang paling penting ialah untuk mengurangkan pertikaian politik dalam perbincangan mengenai hutang awam kerana ia merupakan isu nasional yang merentasi kumpulan-kumpulan masyarakat yang berbeza.

Pandangan Khairy mengambil mengenai isu ini adalah jelas dan mudah. Pertama, kritikannya terhadap apa yang difikirkan jawatan dalam PR yang berkonflik berbanding dengan hutang negara. Dia berpendapat bahawa dasar-dasar negara yang dicadangkan PR akan menjadikan hutang negara naik mendadak walaupun mendesak secara vokal bahawa tahap hutang negara patut dikurangkan.

Kedua, dia berkata hutang Malaysia dan negara-negara lain yang sedang bergelut dalam kemelut hutang tahap yang tinggi kerajaan (seperti Greece) tidak sama kerana sebahagian besar hutang kerajaan berasal dari sumber dalam negeri.

Ketiga, dia percaya kos untuk membiayai hutang negara masih boleh diuruskan berbanding pendapatan negara.

(Sudah tentu, sebahagian besar pendapatnya adalah dalam bentuk kritikan terhadap PR dengan pengertian yang kurang pada dua yang lain)

Kurang pengetahuan terhadap pasaran kewangan

Kebimbangan terbesar saya apabila meneliti ruang beliau adalah kurangnya penghargaan jenis pasaran kewangan (termasuk sektor perbankan, pasaran ekuiti dan wang) yang mempunyai kesan ketara ke atas dasar dan langkah-langkah yang bertujuan untuk menguruskan tahap hutang negara. Malah, Khairy juga seolah-olah memberi tumpuan semata-mata atas "hutang negara" (mungkin pinjaman kerajaan), meninggalkan hutang isi rumah daripada perbincangan.

Saya lebih suka menangani isu itu secara holistik, melihat kesan gabungan pinjaman kerajaan dan hutang isi rumah (apa yang saya rujuk sebagai "hutang negara" bermula dari sini) kerana dinamik salah satu (atau kedua-duanya) akan menentukan kestabilan pasaran kewangan. Ia adalah kerana kebanyakan hutang kita adalah dari sumber tempatan dan jika keyakinan dalam pasaran kewangan yang telus terhakis dengan cepat, ini akan menyebabkan panik yang akan menjejaskan kestabilan ekonomi.

Kita seharusnya belajar daripada krisis Greece dalam merangka dasar ekonomi dan kewangan yang kukuh untuk negara. Dunia telah menyaksikan krisis ekonomi dan kewangan berturut-turut sejak 50 tahun yang lalu, masing-masing menyumbang kepada cara ekonomi global dan pasaran kewangan berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Ekonomi Malaysia yang kita usahakan pada hari ini adalah kesan daripada tindak balas dan dasar berjaga-jaga sebagai tindak balas kepada krisis ini, jadi kita perlu meluaskan ilmu kita melebihi Greece.

Jika kita perlu memahami bahaya program ekonomi populis, lihatlah pada Amerika Latin pada 1970-an dan 1980-an apabila ia telah mengalami krisis perbankan yang berselang-seli dengan hiper-inflasi. Jika kita perlu yakin bahawa walaupun ekonomi nampaknya stabil (dengan bajet yang seimbang, dasar pro-pertumbuhan yang besar dan pelaburan asing yang datang) dengan mengakibatkan mimpi ngeri ekonomi, kita hanya perlu mengkaji semula krisis Tequilla yang melanda Mexico pada tahun 1995.

Untuk mengetahui sepenuhnya apa kaitan hutang yang diambil oleh orang awam (yang tidak ada kena-mengena dengan hutang kerajaan) dengan kestabilan pasaran kewangan - yang boleh mengheret seluruh ekonomi ke dalam kemelesetan – ingatlah perkataan "subprima" dan gadai janji yang dialami oleh Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Jika Khairy dan AwangAdekHussin telah sepenuhnya memahami persamaan dan keunikan krisis ini, saya pasti mereka akan menjadi lebih gusar terhadap tahap ini hutang awam yang tinggi di negara ini. Untuk memahami krisis dan pengalaman kita sendiri semasa krisis kewangan Asia 1998, kita harus memahami jalinan antara ekonomi kita dengan pasaran serantau, sentimen global dan mentaliti pemegang pasaran ertinya sedikit masalah kewangan boleh berjangkit kepada keseluruhan ekonomi dan dengan cepat boleh bertukar kepada krisis yang besar.

Tidak meyakinkan

Mari kita lihat keadaan kita secara objektif. Hutang kerajaan Persekutuan berjumlah RM456 bilion pada Suku ke- 4 2011 (statistik terkini yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia). Jika kita mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan persekutuan, pendedahan jumlah hutang kerajaan persekutuan mencecah RM573 bilion pada 2011 (bersamaan dengan 67% daripada KDNK).

Dengan sendirinya, kita boleh berhujah bahawa 67% daripada pendedahan hutang adalah membimbangkan. Terus terang, tidak ada penanda aras yang pasti tentang apa yang dimaksudkan dengan paras hutang yang selamat untuk sebuah negara tertentu. Tiada juga perbandingan yang sahih dapat dibuat terhadap negara-negara lain. Jadi, sesiapa yang berpendapat bahawa Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada, katakan Jepun (di peringkat hutang 67%), hanya membuat hujah retorik.

Kita harus melihat hutang kerajaan dan isi rumah keseluruhan kerana yang akan menjadi pengukur yang baik bagaimana tahap hutang awam akan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan pasaran kewangan.

Pada suku ke 2 2011, nisbah hutang isi rumah -kepada-KDNK berjumlah 77.6%, mengikut Bank Negara Malaysia. Itu boleh diterjemahkan kepada RM662 bilion. Oleh itu, gabungan hutang negara (hutang kerajaan dan hutang isi rumah) kepada nisbah KDNK pada akhir tahun 2011 dengan mudahnya boleh melepasi aras143% dengan kebanyakkan daripada RM1.24 trilion hutang itu adalah dengan institusi kewangan tempatan.

Dalam hal ini, kita sudah agak keterlaluan kerana menjamin pinjaman daripada risiko pertukaran asing. Sementara pihak berkuasa kewangan terus meyakinkan kita bahawa asas-asas sektor perbankan kita amat kukuh, saya tidak akan terlalu yakin terhadap dakwaan itu kerana semua krisis kewangan dunia sebelumnya juga bermula oleh keyakinan yang kuat terhadap asas ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Bayangkan keadaan yang terburuk buat Malaysia

Kebanyakan pendeposit bank-bank tempatan, badan-badan berkanun (contohnya KWSP, PERKESO dan Tabung Haji), agensi-agensi pelaburan dikawal kerajaan (sebagai PNB contoh) adalah rakyat Malaysia. Mereka meletakkan semua wang simpanan mereka dalam institusi-institusi ini, dengan penuh yakin bahawa semuanya dijamin oleh kerajaan.

Institusi-institusi ini, seterusnya, melanggan bon yang dikeluarkan kerajaan dan memberi pinjaman kepada kerajaan. Mereka juga membuat pelaburan dalam projek-projek negara di atas perintah kerajaan, ada yang tidak memberikan pulangan yang baik, beberapa lain rugi dengan teruk.

Gaji tidak naik manakala kos sara hidup terus meningkat. Ansuran rumah dan kereta yang dibuat kepada bank dan peratusan pendapatan isi rumah bersih semakin tinggi demi tahun, menjadikan duit poket rakyat biasa semakin berkurangan. Risiko muflis yang dihadapi oleh rakyat biasa juga meningkat akibat kelembapan ekonomi.

Pada masa yang sama, institusi kewangan tempatan terperangkap dalam penglibatan dalam projek-projek besar dan deposit mereka (yang diambil daripada orang ramai) terdedah kepada amalan biasa kerajaan. Daripada melabur dalam projek-projek yang menguntungkan, institusi-institusi ini kadang-kadang terpaksa meminjamkan wang simpanan pendeposit kepada kerajaan untuk membina perumahan awam, diuruskan oleh institusi yang baru ditubuhkan tanpa mempunyai pengalaman. Dari masa ke masa, tabiat pinjaman seperti ini, memerangkap dan merobohkan daya tahan institusi tempatan kepada kejutan ekonomi dalaman mahupun luaran.

Dan katakan bahawa satu hari, ada berita yang mengatakan terdapat lonjakan besar dalam kebankrapan dan pada masa yang sama pelbagai pengumuman kegagalan projek mega yang telah dibiayai dengan dana awam. Apa yang akan berlaku seterusnya? Bank-bank dan institusi tempatan akan dipaksa untuk menghapus kira pinjaman dan pelaburan mereka, yang akan menjadi petanda kejatuhan mereka.

Apa sahaja boleh berlaku

Dari sinilah, apa-apa pun boleh berlaku. Keadaan kelam kabut itu boleh menyebabkan kerajaan mencetak lebih banyak wang untuk meningkatkan kecairan dalam sektor kewangan, menyebabkan inflasi meningkat sehingga wang yang baru dicetak berubah menjadi mata wang lain, menjatuhkan nilai ringgit. Ini akan menimbulkan masalah lain - syarikat-syarikat Malaysia dengan pinjaman dalam mata wang asing akan mula menderita dan mereka akan mendapati sukar untuk membayar hutang mereka.

Bimbang tentang kesan yang terus meningkat akibat penurunan nilai ringgit, kerajaan akan memutuskan untuk menaikkan kadar faedah dan berharap bahawa ini akan menggalakkan wang untuk masuk dalam dan menstabilkan ringgit. Tetapi ini mungkin akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan kerana banyak syarikat akan menghadapi kesukaran membayar pinjaman mereka.

Sejauh mana kesan akibat daripada ini tidak akan habis. Sekali rakyat sudah dilanda panik, apa pun boleh berlaku.

Dan kita tidaklah jauh daripada keadaan panik ini, melihat nisbah hutang-kepada-KDNK negara iaitu 143%, walaupun sebahagian besar hutang itu daripada dalam negara. Apa yang saya cuba katakan di sini adalah bahawa pilihan terbuka kepada kerajaan, negara menghadapi krisis kewangan atau ekonomi yang disebabkan oleh negara yang banyak hutang berlebihan, berkemungkinan besar.

Menjauhkan politik daripada fakta kewangan

Hujah tersirat oleh Khairy yang kita akan mampu untuk menguruskan hutang kita kerana ia diperolehi dalam negara (mungkin dengan mencetak lebih banyak wang) tidak kuat. Malah, mentaliti itulah (percetakan pinjaman dan wang untuk membayar hutang) yang menjerumuskan Amerika Latin ke dekad kegawatan ekonomi dari 1960-an hingga 1980-an.

Oleh itu, tindakan yang paling bertanggungjawab pemimpin kerajaan adalah untuk memantau paras hutang negara dengan teliti dan menentukan satu sistem amaran awal supaya kemungkinan bencana fiskal boleh dielakkan sebelum terlambat.

Dalam konteks senario terburuk bagi Malaysia yang saya telah bentangkan, kita boleh mengelakkannya dengan bertanya soalan-soalan penting sekarang:

1) Adakah bank-bank tempatan dan institusi-institusi pinjaman terlalu banyak kepada memberi pinjaman kepada kerajaan dan melabur dalam projek-projek yang boleh menyebabkan mereka untuk rugi dalam pelaburan mereka?

2) Adakah kita selesa dengan hutang isi rumah untuk kereta yang tiada harga selepas beberapa tahun dan pasaran hartanah yang tidak menentu?

3) Bolehkah gaji kita menampung kos sara hidup yang semakin tinggi supaya rakyat boleh membayar hutang sekaligus memberi jaminan kepada sektor kewangan?

4) Adakah lagi kepercayaan dan keyakinan kepada urustadbir dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan wang rakyat?

5) Adakah kemungkinan berlakunya keadaan panik?

Saya tinggalkan orang ramai untuk menjawab kelima-lima soalan ini kerana saya yakin jawapan akan mewajarkan kebimbangan kita terhadap apa yang kita bimbangkan iaitu paras hutang negara yang terlalu tinggi. Tanggungjawab kami kepada orang ramai adalah untuk menjadi telinga dan mata mereka supaya kita tidak perlu mengalami situasi panik.

As for Khairy's criticisms of PR, I shall keep to my promise of not engaging in political bickering when discussing the issue I set out to analyse at the beginning of the article. It is too important a subject to point fingers at each other. We can always indulge in political banter in a different forum and platform.

Bagi kritikan Khairy pada PR, saya akan berjanji tidak terlibat dalam pertikaian politik apabila membincangkan isu yang sedang saya analisa pada awal artikel.Ia terlalu penting untuk menyalahkan antara satu sama lain. Kita sentiasa boleh berdebat hal-hal politik dalam forum dan platform yang lain.

Rafizi Ramli merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat

Umno terima perletakan jawatan Kadir Sheikh Fadzir

Posted: 25 Mar 2012 05:29 AM PDT

MALAYSIA KINI

KUALA LUMPUR — Umno telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai ahli parti dengan rasmi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata hari ini.

"Kami telah menerima surat itu dan pihak pengurusan telah tenerima," kata setiausaha agung Umno dipetik Bernama Online. Notis perletakan jawatan itu telah dihantar melalui faks dan e-mel.

Pada 19 Mac, Abdul Kadir (gambar) yang merupakan bekas Menteri Penerangan dan mantan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meletak jawatan sebagai ahli Umno selepas 56 tahun dalam parti tersebut.

Abdul Kadir hangat diberitakan pada bulan Januari apabila beliau menuduh Umno sebagai memberi sogokan antara RM200 dan RM1, 000 kepada pengundi dalam pilihan raya yang lalu.

Abdul Kadir yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau turut menggunakan strategi "bom" bagi memenangi pilihan raya di Kulim-Bandar Baharu yang dipegang oleh beliau sejak tahun 1978.

Kritikan Abdul Kadir ini telah menarik Adnan untuk mempersoalkan keahliannya dalam Umno memandangkan rasa tidak puas hati yang ketara.

"Jika beliau (Abdul Kadir) merasakan Umno tidak baik, mengapa beliau tidak keluar daripada parti?" Adnan sebelum in dipetik berkata oleh Bernama Online.

Adnan sambil juga menambah bahawa Abdul Kadir mungkin dikenakan tindakan disiplin atas kenyataan beliau, tetapi beliau sekarang sudah pun meninggalkan Umno.

Cuepacs: Nama anggota suruhanjaya diumumkan sebelum 31 Mac

Posted: 25 Mar 2012 05:25 AM PDT

MALAYSIA KINI

KOTA BAHARU— Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata kongres itu mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Dipetik Bernama Online, Omar berkata "Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.

"Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini," beliau telah berkata selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia pada hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Omar berkata bahawa Cuepacs telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

Beliau menambah bahawa draf mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diperiksa dengan teliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin supaya masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu langsung dalam perkara itu tidak akan timbul lagi.

Ahmad Maslan: Wanita Umno tak boleh pecah

Posted: 25 Mar 2012 05:23 AM PDT

MALAYSIA KINI
Wanita Umno perlu perkukuhkan persefahaman untuk menghadapi segala cabaran di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kerana pergerakan itu merupakan senjata, jentera serta tunjang kepada Umno dan BN, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Wanita Umno tidak boleh berpecah dan perlu menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul dengan bijak.

NONE"Saya harap mereka dapat menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jayanya... hidup ini tidak lengkap tanpa cabaran," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang 2012 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno Selasa lepas berhubung pengekalan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai ketua pergerakan Wanita Umno memandangkan Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.

Katanya beliau menyanjung persefahaman antara Shahrizat dan naib ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim selama ini dan berharap mereka dapat menumpukan perhatian bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Kerjasama mereka (Shahrizat dan Kamilia) sebelum ini jelas menunjukkan kewibawaan serta kepimpinan masing-masing dan ia dapat dilihat dengan kewujudan program Skuad Sayang, Jalinan Rakyat, Jelajah Sayang dan sebagainya yang mendapat sambutan hangat," katanya.

NONEAhmad mengakui Wanita Umno selama ini telah menjalankan tanggungjawab dengan baik selain setia, aktif serta rajin.

Beliau turut menggesa jentera parti supaya meneruskan usaha mendaftarkan ahli-ahli baru yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

"Bagi saya mereka boleh sahaja mendaftar tidak kiralah sama ada pilihan raya sudah dekat ataupun tidak. Jangan pula timbul cerita-cerita yang mengatakan seseorang itu tidak boleh mengundi meskipun nama sudah tersenarai di dalam senarai pengundi," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya mereka ini tidak dapat mengundi pada PRU-13 namun mereka layak mengundi untuk pilihan raya seterusnya memandangkan mereka sudah mendaftar sebagai pengundi.

Pada majlis hari ini, Ahmad turut menyampaikan sijil serta hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi tingkatan peralihan hingga tingkatan empat serta menyampaikan anugerah pelajar cemerlang di dalam PMR dan SPM 2011. Bernama

KPT: Batu nisan siswa tunjuk tak matang

Posted: 25 Mar 2012 05:21 AM PDT


MALAYSIA KINI

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menuntut pilihan raya kampus diadakan segera dengan cuba menyerahkan batu nisan kepada beliau menunjukkan mereka tidak yakin dengan kehadiran mereka di institusi pengajian tinggi.

NONESambil membayangkan tiada tindakan bakal diambil ke atas pelajar-pelajar terbabit, Mohd Khaled berkata beliau menganggap perbuatan mereka sebagai tidak matang dan beliau tidak mahu terheret sama dengan tindakan mereka.

"Biarkan mereka," kata Khaled Nordin ketika ditanya sama ada kementerian beliau sudah mengenal pasti pelajar-pelajar yang cuba menyerahkan batu nisan kepadanya Jumaat lalu.

Beliau turut menyifatkan tindakan pelajar terbabit sebagai publisiti murahan untuk menarik perhatian agar apa yang dilakukan itu mendapat liputan media.

NONEInstitusi pengajian tinggi (IPT) adalah platform perbincangan dan pertentangan idea dalam keadaan matang di mana pandangan semua pihak didengar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SMK Permas Jaya di Johor Baharu, hari ini.

Kira-kira 100 penuntut pro-Mahasiswa yang mendakwa mewakili tujuh badan berkaitan mahasiswa lain berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya Jumaat lalu yang antara lain bagi menuntut pilihan raya kampus diadakan segera dan membebaskan kampus daripada campur tangan politik luar selain menyerahkan memorandum tiga perkara serta batu nisan kepada
Mohamed Khaled.

Bagaimanapun memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada setiausaha politik Khaled, Mohammad Khairi A Malik tetapi enggan menerima batu nisan itu. Bernama

DAP: Siapa nasihat PM tolak tribunal?

Posted: 25 Mar 2012 05:18 AM PDT

MALAYSIA KINI
Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendapatkan nasihat Peguam Negara Abdul Gani Patail ketika memutuskan tidak menubuhkan tribunal kehakiman dalam isu 'copgate'?

Persoalan ini diajukan oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai respons kepada jawapan "tidak" Najib pada Jumaat ketika ditanya sama ada tribunal akan dibentuk bagi menyiasat dakwaan terhadap Abdul Gani.

Lim berkata, Najib juga patut tampil memberitahu parlimen dan berapa kali beliau mendapat nasihat Gani atau mana-mana pihak lain dalam isu isu sebelum membuat keputusan menolak penubuhan tribunal.

Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Hindraf: 'Nambikei' kami remuk macam tembikai

Posted: 25 Mar 2012 05:14 AM PDT

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) hari ini berhimpun di pejabat perdana menteri (PMO) di Putrajaya kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India.

hindraf watermelon rally 250312Mempermainkan ungkapan "nambikei" (kepercayaan) yang sering digunakan perdana menteri untuk mendapatkan sokongan minoriti kini, Hindraf berkata ia kini pecah di tanah seperti buah tembikai.|

Dalam perhimpunan kedua ini, lebih 100 masyarakat India berkumpul di Putrajaya sambil menuntut Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan 18 perkara berhubung komuniti mereka.

hindraf watermelon rally 250312Pemimpin Hindraf - yang tampil bersama buah tembikai bertulis nambikei - mengaku kecewa kerana gagal bertemu dengan wakil PMO walaupun sudah memaklumkan sebelum ini.

P Uthayakumar lalu melaungkan perkataan "Umno rasis" sebelum menghempaskan buah tembikai itu berkecaian di atas tanah.

"Nambikei kami pada kamu (Najib) sudah remuk macam tembikai ini," katanya.

Kenyataan paling 'hamlau' dari seorang PM

Posted: 24 Mar 2012 11:26 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.

Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwaan itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.

Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.

Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.

Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...

Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.

Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang, saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan? -harakahdaily

Ramli kecewa k'jaan tolak tribunal siasat AG

Posted: 24 Mar 2012 11:25 PM PDT

Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal 'copgate'.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.

"Pihak polis dan tentera sepatutnya neutral dan mengambil berat keselamatan negara tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Mereka kini berfikir dua kali untuk membuat keputusan atau menggunakan budi bicara walaupun arahannya datang daripada pihak atasan.

"Kenapa mereka perlu ikut arahan bos jika akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat?

"Stigma ini akan menjejaskan agensi ini. Saya dan budak-budak saya sudah habiskan banyak masa untuk membersihkan nama kami," katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

BERSIH tawar bantuan guaman untuk siswa T'ganu

Posted: 24 Mar 2012 11:22 PM PDT

MALAYSIA KINI
Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) menawarkan bantuan guaman bagi membantu enam mahasiswa di Mesir yang biasiswanya ditarik balik kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan menentang akta Universiti dan Kojej Universiti (AUKU).

"BERSIH menyeru kepada kerajaan negeri yang lain untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar ini dan keluarga mereka.

"Tindakan kerajaan negeri ini bukan sahaja menghukum pelajar tetapi turut menghukum keluarga mereka," kata kenyataan media bersama kesemua jawatankuasa pemandunya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Menteri besar pada 18 Mac lalu berkata, kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut Ahmad, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

BERSIH juga mengecam tindakan kerajaan Terengganu itu kerana ia didakwa bukan sahaja menindas malah melanggar hak pelajar untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Lebih pentang, ia tidak masuk akal, lebih-lebih lagi ketika perdana menteri baru-baru ini mengumumkan usaha kerajaan untuk meliberalisasikan perkara berkaitan perhimpunan awam," kata kenyataan itu.

Kehadiran Wee cetus gelisah perhimpunan Cina

Posted: 24 Mar 2012 11:20 PM PDT


MALAYSIA KINI

Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya.

protest dong zong 325 250312Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi.

"Peerhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Wee, yang hadir di perhimpunan dekat Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis, disalahkan kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu.

Tiada ulasan: