Ahad, 25 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerana Terpedaya Tawaran Gaji Lumayan, Wanita Dikurung, Diperkosa, Dipaksa Melacur

Posted: 25 Mar 2012 08:28 AM PDT


[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada 'neraka' berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung," katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

"Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung," katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru," - Khalid Ibrahim

Posted: 24 Mar 2012 04:52 PM PDT

 
[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mac — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Khalid (gambar) berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.

"Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.

Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

"Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru," katanya lagi.

Semalan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata Hasan turut membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, yang mana jumlah itu lebih baik disalurkan kepada rakyat.

Hasan telah dilucut keanggotaan oleh PAS kerana mempunyai pendapat dan ideologi yang berbeza dengan kepimpinan parti.

Beliau kemudiannya menubuhkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati demi mempertahankan maruah bangsa Melayu, agama Islam, dan institusi raja di negara ini.
 

 
 


P/s: Soalnya duit rakyat dibelanjakan sehingga begitu banyak untuk sesuatu yang mungkin tidak perlu. Jika Hasan Ali menyoal perbelanjaan orang lain yang kononnya membazirkan wang rakyat, maka rakyat juga perlu tahu bagaimana Hasan Ali membelanjakan wang rakyat.

 
 
 

Tiada ulasan: