ALHUSSEYN |
Jom Keluar Umno Dan Sokong Perjuangan Pakatan Rakyat Posted: 24 Mar 2012 09:53 PM PDT Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom telah mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.
Ramli dan kumpulannya yang ikut arahan Johari akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat. Kini mereka mahukan supaya satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat salah laku Musa dan Gani Patail berhubung perkara tersebut.
Malangnya, PM Najib Razak tidak mahu menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.
Sementara itu, bekas Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom, kini merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hanya mendiamkan diri dan menikus sahaja.
Kenapa beliau tidak berani menyuarakan sesuatu berhubung perkara ini waima perkara ini terjadi atas gara-gara arahannya kepada Ramli untuk melakukan siasatan tersebut.
Beginilah nasib Ramli dan pasukannya yang ikut arahan bos , tapi akhirnya bila didakwa atas kesalahan salah laku, boss yang mengarahkan mereka itu diam macam tikus. Perkara yang seumpamanya juga telah berlaku keatas bekas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya.
Semua orang yang waras tahu bahawa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya kerana diarahkan oleh seseorang yang berkepentingan.Korang ingat siapa kalau bukan bos mereka yang arahkan! Tidak mungkin budak pejabat yang akan arahkan mereka!
Beginilah sikap kebanyakan mereka didalam Umno/BN – hanya mementingkan kedudukan masing-masing dalam parti.Walaupun jelas ada kemungkaran, mereka tetap akan sama-sama terus menyokongnya.
Sikap asobiyah inilah yang mendorong orang-orang Umno menyokong pemimpin mereka walaupun sedar pemimpin mereka melakukan kezaliman.
Maka ingatlah pesan Allah yang maksudnya, "Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman , kelak kamu pasti disambar api neraka" ( Al-Hud: 113). Selamatkanlah diri kita- jom keluar dari Umno dan sokong perjuangan Pakatan Rakyat agar kezaliman Umno/BN selama ini dapat kita benteras bersama. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan