Khamis, 22 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Utusan Akan Terus Menabur Fitnah Demi Survivalnya

Posted: 22 Mar 2012 07:50 AM PDT

MSO


Kerajaan Kelantan sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah (saman) ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia kerana akhbar yang dianggap penyambung lidah syaitan itu memfitnah kerajaan Kelantan kononnya kerajaan Kelantan mengadai tanah rezeb Melayu.

Tindakan kerajaan negeri ini tidak sampai 72 jam selepas Anwar Ibrahim menghantar notis untuk berbuat demikian ke atas Utusan kerana memfitnahnya menerusi kenyataan manusia bernama Nalakarupan Karupa.

Sebelum ini Anwar telah pun beberapa kali mengambil tindakan ke atas akhbar berkenaan kerana membuat fitnah mentah ke atas beliau. Selain Anwar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain turut saman menyaman akhbar itu kerana atas kesalahan yang sama.

Setengah daripada saman itu telah diselesaikan dan didapati Utusan bersalah dan diperintah membayar kesekian banyak wang, manakala setengah yang lain masih dalam perbicaraan di mahkamah. Saya rasa kalau pun urusa niagan akhbar itu untung, (tidak untung pun) keuntungan yang tidak seberapa itu dihabiskan untuk membayar ganti rugi kerana kalah dalam saman.

Meneliti kepada saman-saman ke atas Utusan Malaysia ini sesuatu yang menarik sebenarnya. Ia jarang diberi kupasan di sebalik 'kerancakan' saman ke atasnya itu. Tindakan undang-undang yang diambil oleh individu atau organisasi ke atas akhbar itu menunjukkan ia galak melakukan atau menyiarkan berita yang tidak benar dan menimbulkan fitnah kepada pihak yang disasarnya.

Saman yang dikenakan tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Ia langsung tidak merubah sikap dan perangai busuk memfitnah pihak lain dilakukannya.

Saya rasa agensi berita yang paling banyak menhadapi tindakan saman oleh warga tempatan di negara ini ialah Utusan Malaysia? Kenapa ini berlaku? Selain daripada akhbar berkenaan sudah jauh tergelecah dari profesional atau menjadi media yang bertanggungjawab ia juga ada agenda di sebalik perbuatan akhbar itu sehingga ia boleh disaman dan tidak mempedulikan apa orang lakukan kepadanya.

Dalam hal ini saya nampak tindakan tidak profesional akhbar itu sudah disengajakan dan bukan lagi satu kesilapan-kesilapan salah dengar, salah lapor atau sebagainya. Saya anggap ia disengaja kerana akhbar itu yang didokong Umno seratus peratus sudah mengetahui jangka hayatnya. Keadaanya ke belakang ini sungguh kritikal sekali.

Mereka sudah tahu bahawa nasib dan jangka hayat Umno sudah dipenghujung. Unmo sudah pun sampai ke peringkat nazak. Pilihan raya ke -13 adalah hari penentuan nasib Umno. Jadi mereka yang menjadi alat propaganda dan 'keldai perut labuh' kepada Umno akan melakukan apa sahaja. Utusan sedang melakukan "kamikazi" untuk menyelamatkan Umno. Kerana itu ia tidak akan peduli kepada soal moral dan maruah lagi.

Justeru ia akan cuba memburuk dan damage pihak lain walaupun perbuatan mereka itu adalah seumpama mengulum lidah syaitan - fitnah dan khinat. Utusan tidak akan peduli lagi kepada profesilisme, ertika, adat dan sebagainya. Utusan akan landa sahaja persis babi terkejut boldozar yang sodok balak.

Kerana itu Utusan Malaysia tidak fikir lagi mengenai masa depannya kerana ia sudah tidak ada masa depan. Ia juga tahu apabila berakhirnya kerajaan UBN syarikat itu akan dihilang dan gulung tikar. Utusan Melayu (M) Berhada akan dimufliskan. Ini sudah dikaji dan diambil kira oleh Utusan Malaysia. Sebab itu apa yang saya laporkan minggu lepas Utusan sedang berbincang untuk menjualkan mesen cetaknya adalah sebahagian dari persediaan untuk memufliskan syarikat itu.

Soal saman, tindakan undang-undang dan cemuhan masyarakat ia tidak akan pedulikan lagi. Begitu juga masalah edaran merosot begitu teruk tidak menjadi masalah kepada mereka. Utusan tidak akan mengubah pendirian dan sikap diambil kini untuk menjadi kamikazi kepada Umno demi kerajaan UBN. Khabarnya hari ini pun Utusan hidup bukan dari hasil jualannya, tetapi ia dibantu oleh kerajaan UBN yang dibuat menerusi berbagai cara.

Sesungguhnya Utusan kini sedang berjudi dengan keadaan. Ia sedang menghitung nasib dirinya. Perjudian ini akan menentukan apakah ia terus wujud menjadi lidah syaitan kepada Umno ataupun ia akan hilang dan namanya akan wujud dalam lingkaran sejarah saja.

Berdasar hakikat itu Utusan saya yakin dan percaya akan terus membuat fitnah, menyiarkan berita-berita palsu, membuat provokasi, bersikap rasis dan juga menelanjangkan martabat dan profesionalimenya sendiri yang suatu masa dulu disanjung dan dihormati umum.

Lantaran itu tindakan saman ke atas akhbar itu tidak membawa apa-apa erti dan maknanya kepadanya. Akhbar itu tidak akan mempeduli semua itu. Sikap akhbar itu samalah dengan sikap orang kafir terhadap seruan-seruan Allah menerusi firmannya yang dimulakan dengan kata-kata; duhai orang-orang beriman. Disebabkan Utusan tidak beriman maka seruan itu tidak terpakai ke atas Utusan seperti mana tidak berlaku dan terpakai ke atas orang kafir mengenai seruan itu.

Sayang seribu kali sayang Utusan Malaysia yang dulu menjadi lidah pejuang untuk bangsa dan agama telah bertukar dan ditukar untuk menjadi media penjilat buntut dan menabur fitnah! Kelenyapan Utusan Malaysia menjadikan satu lagi 'mercu tanda' Melayu hilang di bumi ini.

BLOG DAN PORTAL PRO UMNO JUGA SUDAH RIMAS DENGAN UMI HAFILDA

Posted: 22 Mar 2012 07:35 AM PDT


UMMI HALFIDA LAGI

(Disiarkan semula apa yang Blog Pro Umno Ini Tulis Di Umno-Reform2)


Cuba fikirkan - kalau seseorang itu berani melakukan seks luar tabii yang di tegah kuat oleh agama - apa lah setakat bersumpah itu.


Merujuk kepada artikel : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48162-ummi-hafilda-gives-details-on-anwars-alleged-bisexual-activities

Setelah Datuk Nalla mengeluarkan kenyataan hari ini Ummi Halfida adik kepada pemimpin Keadilan Azmin Ali memperakukan cerita Ummi Halfida. Mungkin isu ini akan terus menjadi kekuatan kepada Anwar Ibrahim – dengan saman yang akan dilakukan kepada Utusan dan Nalla Karupan. Kita hari ini nampak jelas – salah satu kegagalan kita adalah untuk menjadikan pengajaran mengenai tuduhan melulu dan tidak mempunyai asas. Adakah kita sebenarnya menjadi payung kepada keberanian melemparkan tuduhan? Adakah kita terlibat kerana keberanian mereka akan menjadikan ini satu alasan kepada pembangkang bahawa apa sahaja yang kita lakukan mendapat perlindungan dari mahkamah. Ini memburukkan reputasi sistem keadilan kita. Semakin lama ini berterusan – ini juga akan menjejaskan kerajaan yang ada hari ini.

Kita andaikan rakyat marhaen melihat isu ini. Satu tuduhan selamba yang tidak diikuti dengan asas tuduhan. Mereka berani – mungkin kerana mereka tahu kebenaran tetapi kebenaran memerlukan bukti kukuh. Pembangkang akan menjaja – mereka berani kerana mereka dilindungi kuasa dan melihat kepada beberapa keadaan – persepsi ini akan terbentuk kuat. Mereka akan percaya bahawa kenyataan tuduhan ini berani dibuat kerana dilindungi dan akhirnya persepsi terbentuk bahawa kerajaan dapat mempengaruhi mahkamah. Siapa yang rugi secara keseluruhan dalam insiden ini.

Kita perlu lihat kenapa kenyataan Ummi Halfida dan Nallakarupan ini diangkat oleh blog dan portal pembangkang. Ini bagi mereka memberi loncatan politik kepada pembangkang. Isu tuduhan ke atas Anwar Ibrahim akan memberi loncatan politik yang tinggi – apa lagi kalau si penuduh itu tidak mempunyai kredibiliti yang kuat tidak mempunyai asas pembuktian yang sahih.

Mereka mengangkat berita itu untuk tujuan yang lebih besar sedangkan kita menyokong berita itu untuk tujuan yang kecil dan tidak akan memberi kesan kuat kepada kita dan rakyat. Kita terpengaruh – ini satu berita hebat tetapi kita gagal melihat kehebatan berita ini adalah untuk dipatahkan kepada kita balik.

Mungkin ini adalah apa yang kita sering katakan – sokongan membawa rebah. Mungkin inilah yang perlu kita sedar – sebelum ghairah membuat sokongan dan membawa berita ini untuk dijaja di setiap ceramah UMNO.

Petikan Komen Dari Pengunjung Blog Berkenaan:

masih cerita lama |2012-03-21 10:00:00



aku masih ingat bagaimana si jalang ini menyelak kain dan menunjukkan pahanya pada orang orang mengikuti ceramahnya di taman delima sp sewaktu awal reformasi.
"adakah paha putih debu ini ,anwar nak tengok saja"
begitulah si jalang ini menjual maruah dirinya dan amat malang masih ada pemimpin umno masih menggunakan khidmatnya.jika tidak betul khidmatnya di gunakan,masakan begitu mudah dia mendapat tempat untuk berucap dalam majlis majlis yang di anjurkan olih mereka mereka yang mengaku menjadi ahli umno.
mereka mereka inilah sebagai penghalang kebanyakan bekas penyokong umno untuk kembali pada umno








masih cerita lama |2012-03-21 10:03:14
tambahan;jika ia berlaku kenapa sebelum ini si jalang ini TIDAK pernah menjual cerita nya sebagai pelaris pembohongannya.
pada yang masih percaya pada si jalang ini,bukalah kembali dan bacalah kes perbicaraan liwat 1 DSAI dan buat keutusan semula siapa sebenarnya si jalang ini

Anonymous - biar betul ko ckp ini |2012-03-21 11:48:18
betul ke ko ckp ini. Dia tunjuk peha ckp cam tu. Kalau betul alamak, betul jalang ni. kalau cam 2 knp kita biarkan dia dok bersuara. betul ke sdra?

Anonymous |2012-03-21 16:31:02
kalau betul en. anwar ibrahim tu spt yg dikatakan, tolonglah dakwa beliau, tunjukkan bukti pd saluran yg betul. x perlu lah keluar statement anwar itu, anwar ini, kata nk bagi bukti, tp tgu pya tgu x keluar2 pun.Lama2 rakyat jd muak dgn cerita2 ni. persepsi rakyat terhadap cerita mcm ni akhirnya hanyalah sekadar fitnah politik. kalau perkara ni benar, x ke haru mlysia ni.
So kpd yg kata anwar itu dan ini, sila kemukakan bukti yg boleh dipercayai, dan gunakan saluran yg betul utk dedahkan perkara ini. Ini belum apa2 dah kata mcm2.
bosan betul.

Azlan - ripley's believe it or not |2012-03-21 20:02:04
Yes, believe it or not, there are still people who are buying all these floating accusations.

Tan Sri Mazlan Nordin Meninggal Dunia

Posted: 22 Mar 2012 07:34 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini pada pukul 4.15 petang tadi.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata, bapanya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam setelah terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengkebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen tahun 2005.

Selain itu, beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada tahun 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009

.PAS Wilayah lancar operasi jejak pengundi ragu

Posted: 22 Mar 2012 07:30 AM PDT

Harakahdaily,


LUMPUR:
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) akan mengadakan operasi menjejak pengundi ragu di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini berikutan pendedahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mendedahkan seramai 79,098 dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama.

Justeru itu, jelasnya PAS WP akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya PAS WP untuk mengumpulkan maklumat jumlah pengundi ragu di Wilayah Persekutuan dan akan mendedahkannya selepas itu.

"Antara tindakan yang akan dilakukan ialah menjejak pengundi-pengundi ini sehingga ke rumah mereka bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar," katanya.

Tambahnya, tindakan itu bagi memastikan tidak ada pengundi luar atau yang tidak berkaitan dalam parlimen terbabit turun mengundi dalam PRU13 nanti.

"Ia seperti suatu pengkhianatan terhadap pengundi yang sah di parlimen tersebut.

"Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih seperti yang diharapkan rakyat selama ini," ujarnya.

Ternyata, kata beliau imej SPR tidak pulih dengan jumlah daftar pemilih yang masih belum dibersihkan sepenuhnya.

Menurutnya, PAS WP percaya, rakyat di negara ini mahukan sebuah piliha nraya yang adil, bersih dan telus dijalankan dalam PRU13.

"Biarkan pilihan raya ditentukan sendiri oleh pengundi yang sah di negara ini dan membuat perubahan atas kehendak mereka sendiri, bukan ditentukan oleh pengundi-pengundi ragu yang bertebaran di merata tempat," katanya.

PAS Wilayah lancar operasi jejak pengundi ragu

Posted: 22 Mar 2012 07:27 AM PDT

Harakahdaily,


LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) akan mengadakan operasi menjejak pengundi ragu di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini berikutan pendedahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mendedahkan seramai 79,098 dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama.

Justeru itu, jelasnya PAS WP akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya PAS WP untuk mengumpulkan maklumat jumlah pengundi ragu di Wilayah Persekutuan dan akan mendedahkannya selepas itu.

"Antara tindakan yang akan dilakukan ialah menjejak pengundi-pengundi ini sehingga ke rumah mereka bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar," katanya.

Tambahnya, tindakan itu bagi memastikan tidak ada pengundi luar atau yang tidak berkaitan dalam parlimen terbabit turun mengundi dalam PRU13 nanti.

"Ia seperti suatu pengkhianatan terhadap pengundi yang sah di parlimen tersebut.

"Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih seperti yang diharapkan rakyat selama ini," ujarnya.

Ternyata, kata beliau imej SPR tidak pulih dengan jumlah daftar pemilih yang masih belum dibersihkan sepenuhnya.

Menurutnya, PAS WP percaya, rakyat di negara ini mahukan sebuah piliha nraya yang adil, bersih dan telus dijalankan dalam PRU13.

"Biarkan pilihan raya ditentukan sendiri oleh pengundi yang sah di negara ini dan membuat perubahan atas kehendak mereka sendiri, bukan ditentukan oleh pengundi-pengundi ragu yang bertebaran di merata tempat," katanya.

Pencapaian negeri Pakatan menjadi ketakutan Najib

Posted: 22 Mar 2012 07:12 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,


KUALA LUMPUR: Pencapaian tiga negeri yang diperintah Pakatan membuktikan kepada rakyat bahawa hidup mereka lebih baik tanpa Umno, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar).

"Tiga negeri teratas yang mendapat pelaburan langsung asing (FDI) paling tinggi ialah negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan.

"Hanya dalam satu penggal, kerajaan-kerajaan Pakatan boleh mencapai perkara-perkara baik itu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) adalah satu testimoni yang tidak boleh dipertikai bahawa orang-orang Pakatan lebih berbakat.

"Itulah yang paling ditakuti oleh Umno dan BN serta Presiden Umno," kata bekas Adun Pulau Manis itu.

Negeri-negeri yang dilaporkan menerima FDI tertinggi itu ialah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut Ariff, rakyat semakin sedar bahawa hidup tanpa Umno adalah lebih baik.

"Hakikatnya hidup tanpa Umno adalah lebih baik lagi. Beritahu kawan-kawan, jiran-jiran anda perkara ini - mari kita usir kegilaan pemerintahan pencuri-pencuri dari Putrajaya dan membentuk masa hadapan yang baru.

"Mari jadikan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai ketua pembangkang. Kita akan lihat beliau adalah harimau kertas yang tanpa teks yang ditulis terlebih dahulu tidak boleh menjawab soalan-soalan yang tidak dipersetujui terlebih dahulu," katanya dalam tulisan blognya yang bertajuk "Get real Mr Prime Minister!"

Selepas media-media pro-Umno mendakwa bahawa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menjangka keputusan yang baik untuk BN dalam pilihan raya akan datang, Ariff merasa lega apabila akhirnya dilaporkan bahawa Daim sebenarnya menjangka hanya tiga negeri sahaja selamat untuk BN.

(Tun Daim...ramal hanya tiga negeri selamat untuk BN)

Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Melaka dan Pahang.

Ariff berkata, beliau menemui sumber yang tersangat rapat dengan Daim hampir setiap bulan sedangkan Utusan Malaysia yang membuat dakwaan bahawa Daim menjangka keputusan yang baik untuk BN hanya bertemu dengan bekas Menteri Kewangan itu hanya sekali dalam setahun.

"Anda nilailah sendiri pemerhatian siapa yang lebih absah," kata beliau yang sebelum itu terlebih dahulu melaporkan dalam blognya bahawa Daim hanya menjangkakan tiga negeri tersebut sahaja yang selamat untuk BN.

Ariff seterusnya menceritakan, sumber yang sangat dekat dengan Daim itu juga memberitahu bahawa BN boleh kalah sehingga 16 kerusi di Sarawak dan sehingga 12 kerusi Parlimen di Sabah.

Selain tiga negeri tersebut, kesemua negeri lain di Semenanjung adalah medan yang sukar bagi BN.

"Mereka bolehlah bercakap besar, apabila mereka turun ke medan nanti, mereka akan mendapat sambutan yang sangat asing kepada mereka," kata Ariff yang kini menyertai DAP.

Beliau memberitahu, sumber yang dekat dengan Daim itu juga menyifatkan era membeli undi untuk menang sudah berakhir.

Hari ini, kata sumber itu, rakyat bertanya ke arah mana negara ini dibawa?

"Selama lebih 50 tahun, anda (Umno) kehilangan arah anda. Bagaimana kami boleh percaya bahawa anda tahu ke mana hendak dituju?" kata Ariff.

Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng

Posted: 22 Mar 2012 07:06 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.

Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.

Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

"Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."

"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.

"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.

Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.

Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS.

"Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya.

Posted: 22 Mar 2012 07:02 AM PDT

Takutlah, Najib Razak: Daim turut risau tentang PRU ke-13

K Suresh, Malaysia Chronicle


Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah dilabel pengkritik kerana mendapatre putasi yang tidak patut dalam politik, sudah tentu untuk "mempengaruhi" sekurang-kurangnya bagaimana keputusan Pilihan Raya ke-13 Am perlu dibaca.

Pertaruhan adalah besar untuk dirinya dan juga bekas rakan baiknya mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.Kedua-duanya sangat bimbang kerana telah cuba menawarkan begitu banyak petunjuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang apa yang perlu dilakukan, serta cuba mempengaruhi pengundi tentang bagaimana untuk mengundi!

Ada sebabnya Daim dikenali sebagai pelaku yang licik. Bagaimanapun, dia tersalah tafsir terhadap pengundi jika dia berfikir mereka masih lurus bendul seperti sebelumnya.

Bukan hanya Cina, Melayu juga mahukan perubahan

Teori 'mempengaruhi' dipersetujui oleh penyokong-penyokongnya bahawa dia telah meramalkan keputusan,PRU pada tahun 2008 di dalam sebuah akhbar bahasa Cina yang kurang diketahui umum. Namun, tidak ramai yang ingat akan ramalan oleh lelaki misteri ini yang berasal dari sebuah kampung Buddha di seberang sempadan di Thailand.

Zon selesa Daim nampaknya terletak dalam Umno hampir melepaskan apa telah hilang, berpaut apa yang boleh disimpan, merebut pada apa yang ada dan melalui ini, masih boleh bertahan di atas. Kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tidak diambil kira.

Daim mengakui kehilangan sokongan orang Cina kepada Umno tetapi, pada masa yang sama, tidak menyebut bahawa pekerja dalam sektor awam persekutuan seramai 1.4 juta juga tidak memberi sokongan kepada parti pemerintah pada tahun 2008.

Ini seperti berangan-angan dan hidup atas harapan dengan seberapa yang boleh dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan terhadap dirinya sebagai seorang yang boleh melihat kejayaan. Terdapat begitu banyak percanggahan di sini menjadikan ia amat sukar dipercayai bahawa sesiapa boleh mengambil katanya dengan serius. Tak semua kita beruntung.

Berdiam diri perihal MIC

Masa ini, terdapat "ramalan" lebih khusus dari Daim. Dia hampir tidak mengesahkan status quo di Semenanjung Malaysia, malah ragu akan keadaan di Sabah dan Sarawak bagi Barisan Nasional yang memerintah (BN), dan dengan naifnya bimbang sama ada MCA dan Gerakan akan bertahan pada masa ini jika "pengundi mengundi berdasarkan kaum ". Titik terakhir merujuk kepada fakta bahawa Umno sedang berusaha untuk melakukan apa yang PKR dan Pas lakukan pada pilihanraya tahun 2008, iaitu dibertanding di semua kerusi majoriti Melayu selaras dengan daya tarikan yang baru ditemui dengan strategi calon boleh menang.

Agak menarik jika difikir Daim tidak menyebut tentang MIC langsung. Parti itu mungkin akan diserahkan, jika ada pun, hanya sebilangan kecil kerusi yang ia menangi pada kali terakhir. Pemikir radikal dalam Umno adalah MIC tidak perlu bertanding pada pilihan raya kali ini dan berpuas hati dengan jawatan Senat dan pelantikan dalam badan-badan kerajaan, GLC dan kedudukan duta.

Penang dan Kelantan

Daim menjangkakan PR untuk kekal di Pulau Pinang dan Kelantan. Malah, seseorang tidak perlu mendapat wahyu untuk membuat satu kenyataan seperti itu.

Orang Cina di Pulau Pinang, sebagai contoh, tidak gembira dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi mereka memahami bahawa orang baru perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri untuk bertindak bersama-sama. Pentadbiran satu jangka masa seperti Pentadbiran Obama di Amerika Syarikat, jarang dapat memenuhi harapan yang tinggi di kalangan pengundi. Selain itu, rakyat di Pulau Pinang tidak nampak pilihan lain dan rasa tidak suka untuk berfikir jika BN kembali memerintah.

Di Kelantan, tiada siapa yang mati kebuluran walaupun negeri itu tidak berada di bawah pemerintahan BN selama lebih dua dekad. Benar, bahawa Kelantan adalah negeri ke-3 termiskin di Malaysia - yang termiskin iaitu Sabah dan Sarawak 2 termiskin - tetapi itulah warisan dari pemerintahan Umno. Untuk menambah kepada keperitan itu, UMNO telah enggan memberi royalti negeri dari rizab minyak dan gas, dan sekarang ia sudah terlambat. Namun, Umno tetap menjanjikan matahari dan bulan dan semua bintang bagi pengundi di sana.

Sabah dan Sarawak

Di Sabah dan Sarawak, BN tidak akan dapat mengulangi prestasi tahun 2008 apabila kedua-dua negeri itu tanpa disedari telah menyelamatkan parti pemerintah di Putrajaya.

Pemerhati tempatan, yang kurang terkenal seperti Daim, meramal hanya 19 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak akan menentukan siapa yang akan merebut tampuk kuasa di Putrajaya. Daripada 19 kerusi ini, khabarnya 10 sudah berada di dalam kantung PR melalui DAP.

Selangor dan Kedah

Daim sebenarnya telah jauh tersasar apabila dia melihat keadaan 50: 50 di Selangor dan Kedah. Kedua-dua negeri tidak perlu mantera yang diulang-ulang Umno mengenai politik pembangunan, ramai yang menyifatkannya sebagai eufemisme untuk politik merompak Perbendaharaan Awam. Mereka juga tidak memerlukan politik naungan serta politik rasuah. Tidak perlu kepada penekanan dalam mengulangi mantera pada bangsa, agama, negara, tiga lembu suci UMNO, akan menyelamatkan parti di kedua-dua negeri. Nasib telah ditentukan untuk masa hadapan.

Jika kita menyimpang sedikit, dapat dijelaskan kenapa Selangor seperti negara jiran Thailand boleh mengisytiharkan gaji minimum RM 1,500 sebulan, tetapi masih di bawah paras gaji RM 2,000 sebulan. Umno tidak boleh melakukan apa yang Thailand telah lakukan dan masih leka daripada memahami dan masih bermain diantara RM 700 sebulan dan dibawah RM 1, 000 sebulan

Enggan untuk berkongsi hasil negara dan Perak

Sebaliknya, ia cuba mengalihkan perhatian dari perjanjian gaji minimum Pembangkang melalui politik menganggu dan mencari pasal. Dengan enggan menyokong idea bahawa hasil mesti dikongsi, Umno mahu penduduk berusaha untuk menjadi terhutang budi kepada sindrom kebergantungan untuk faedah politik tetapi tidak lagi begitu.

Daim cuba berangan-angan lagi apabila dia berpegang kepada kemungkinan Umno boleh mengekalkan diri di Perak yang diambilnya dari pembangkang,hasil daripada bersekongkol dengan Sultan, polis dan Badan Kehakiman, tanpa menghiraukan kemahuan majoriti. Para pengundi di Perak benar-benar menunggu peluang untuk menghukum Umno pada pemilihan yang akan datang dan kali ini tidak perlu akan tempoh yang tertentu..

Jika ramai orang ingat, Daim itu celik, pakatan pembangkang sendiri terkejut dan tidak percaya selama lebih seminggu mereka menang dengan skala begitu besar pada PRU ke-12. Ini Kali ini, kemenangna seluruhnya adalah lebih daripada mungkin, dengan Selangor dan Pulau Pinang telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir dan memerintah jauh lebih baik daripada BN yang pernah dilakukan dalam 55 tahun -Malaysia Chronicle

Wanita Umno dipergunakan Shahrizat dan Najib: Bila tangan yang menggoncang buaian tercemar

Posted: 22 Mar 2012 06:53 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Wanita Umno dipergunakan Shahrizat dan Najib: Bila tangan yang menggoncang buaian tercemar


Sayap wanita parti pimpinan PM Najib Razak, atau dikenali sebagai Wanita Umno,tidak dapat lari dari pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah.Tapi hal yang sama berlaku kepada sayap utama nya atau pemuda. Sebagai satu ilustrasi,beberapa hari yang lepas,Najib sendiri di tuduh mendesak cubaan menjual sebuah firma lebuhraya yang akan mengakibatkan wang rakyat berjumlah RM977 juta terlepas ke tangan kroni.Dan Najib ialah Presiden Umno.

Pengkritik berkata rasuh yang berakar umbi terlalu kukuh hingga menjadi budaya parti,tanpa mengenal jantina atau usia.Kepada ahli Umno, tuduhan ini agak keterlaluan.Baik muda atau tua,lelaki atau perempuan- mereka di anggap perasuah ,yang bergelumang dengan rasuah kerana kelakuan buruk pemimpin2 elit mereka.

Sebagai contoh,skandal rasuah terbaru melibatkan Ketua Wanita,Shahrizat Jalil, bekas peguam terkenal sebelum mencebur diri dalam politik, semakin buruk. Berbekalkan maklumat kukuh dari pemberi maklumat dari kalangan Umno sendiri, pemimpin pembangkang dari PKR dan DAP bersedia melancarkan serangan dan pendedahan berkenaan kes kewangan NFC berjumlah RM250 juta, yang mana mengakibatkan suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan jenayah pecah amanah.

Pertemuan untuk meredakan kemarahan terhadap keengganan Shahrizat letak jawatan sebagai ketua Wanita

Bagi meredakan keadaan, Najib dan Shahrizat bercadang menemui 7,000 perwakilan Wanita Jumaat ini dalam satu cubaan meredakan kemraharan dan rasa tak puas hati.Ketidakpuasan hati berleluasa terhadap cara keluarga Shahrizat menghabiskan jutaan ringgit dengan kondo mewah dan lain-lain perbelanjaan peribadi dari membelanjakan RM250 juta kepada tujuan sepatutnya- memajukan project ternakan lembu NFC.Projek tersebut diberikan kepada suami dan anak-anak Shahrizat sejak 2006.

"Kedua Shahrizat dan Perdana Menteri akan berucap kepada perwakilan." Penolong Setiausahah Wanita.Rosni Sohar memberitahu pemberita minggu lepas.

Rosni, bagaimanapun menegaskan pertemuan tersebut bertujuan menjelaskan sebab Shahrizat 'melepaskan' jawatan nya dalam Kabinet pada 8 April dan bukan bertujuan untuk meredakan kemarahan ahli-ahlinya, bukan juga mesyuarat agung luarbiasa bagi melucutkan Shahrizat dari jawatan ketua Wanita.Menurut Rosni hali Wanita menyokong penuh Shahrizat.

Bagaimanapun, timbalan beliau sendiri, Kamilia Ibrahim, sejak beberapa mingu lepas menggesa beliau melepaskan semua jawatan nya dan selamatkan Umno dari terus dimalukan. Nampaknya ada deal baru dan pimpinan parti , sebagaimana yang dikatakan oleh ketua Wanita Jerlun sebagai." Kita bertuah tidak kehilangan beliau." Ketua Wanita Jerlun merujuk keputusan Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri kabinet tetapi terus memegang jawatan dalam parti.

Mempermainkan dan mmebodoh bodohkan Wanita Umno

Ini bukan kali pertama sayap Wanita di perbodohkan oleh barisan kepimpinan utama yang tediri dari kaum lelaki untuk tujuan peribadi, mengumpan dan memaksa ahli dari sayap wanita beraksi dalam drama arahan mereka, tanpa mengira kebenaran dan apa kehendak sayap wanita itu sendiri.

Bagaimanapun, salah seorang ahli wanita veteran enggan tunduk kepada plot baru tersebut. Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan, berkata dengan sinis secara terus terang bahawa perletakan jawatan Shahrizat hanya satu helah kerana tempoh lantikan nya memang akan tamat pada 8 April. "Letak jawatan , letak jawtan apa." Kata Rafidah.

Tapi Rafidah sendiri dituduh menjana pendapatan lumayan dengan memberikan ahli-ahli keluarganya permit untuk mengimport kenderaan bermotor. Ini lah sebab beliau digugurkan dari kabinet pada 2008, walaupun mempertahankan kerusi parlimen nya di Kuala Kangsar. Beliau kemudian tewas dalam perebutan jawatan ketua Wanita di tangan Shahrizat, yang mendapat sokongan dari Abdullah Badawai,Presiden dan PM ketika itu,

Dianggap sebagai 'penyapu baru' oleh para penyokongnya, Shahrizat berjaya ke Kabinet walaupun hilan kerusi parlimen Lembah Pantai yang sudah lama di pegangnya kepada pendatang baru dari PKR ,Nurul Izzah Anwar. Tapi sebelum ini lagi, Shahrizat telah dikaitkan dengan banyak dakwaan rasuah dan tuduhan mengambil habuan dalam apa saja urusan berkaitan kawasan Lembah Pantai.Mungkin juga, faktor ini menyumbang kepada kekelahan nya kepada Nurul Izzah yang berusia dalam lingkungan 20an.

Bila tangan yang menghayun buian itu telah tercemar

Sukar dipercayai wanita Umno terlalu mudah di pengaruhi dan tidak merasa marah bila Shahrizat juga 'kotor' seperti Rafidah. "Semua ketua wanita mempunyai kulit yang tebal," adalah satu komen biasa antara ahli umno. Mereka terpaksa ikut giliran masing-masing dalam parti dan beri muka kepada Najib. Pilihanraya umum makin hampir dan mantan menteri kewangan Daim Zainuddin meramalkan ia bakal berlaku dalam bulan Jun.

Bukan hanya untuk menunjukkan kepada orang ramai yang mereka bersatu padu pada PRU 13 yang menaikkan semula wanita Umno.Wanita Umno sebenarnya berpeluang tinggi untuk memenangi hati dan mid apengundi jika mereka jadikan diri mereka pemangkin kesedaran dalam parti dan berdiri teguh menentang rasuah.Tambahan lagi tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.

Yang menyedihkan,nampaknya Kamilia dn lain-lain pemimpin wanita telah di pujuk supaya memikirkan diri mereka sendiri berbanding kepentingan sayap wanita. Jika mereka enggan berlakun skrip Najib, mereka akan digugurkan dari senarai calun calun

yang berupaya menang dalam PRU 13.

Nampaknya Wanita Umno juga jadi mangsa kepada barah yang menyerang Umno. Mereka tiada barisan pemimpin pelapis yang berupaya memimpin atau berani menentang rasuah. Malahn tiada seorang pun yang tampil menegur Najib kerana masuk campur hal ehwal sayap Wanita. Ramai yang mahu memanggil mesuarat agung luar biasa bagi mengenepikan Shahrizat jika beliau enggan melepaskan jawatan ketua Wanita, tapi nampaknya mereka terpaksa menerima beliau sehingga pemilihan parti dan mesuarat agung yang akan diadakan tahun ini-selepas PRU selesai.

Ugutan secara senyap: Senarai calun yang berupaya menang vs hadiah perkahwinan

Satu lagi fakta penting yang perlu perhatian ialah Shahrizat mempunyai taktik ugutan nya sendiri terhadap Najib. Keluarga nya dituduh menggunakan NFC untuk membeli kondo mewah RM1.7 juta di Kazakhstan. Pelaburan sedemikian tidak dibenarkan dibawah perimeter yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC, dan Najib telah ditanya berkenaan hal ini, kenapa beliau sebagai menteri kewangan tidak bertindak terhadap NFC. Ada khabar angin yang bertiup kencang mengatakan kondo RM1.7 juta ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib yang berkahwin dengan seorang lelaki dari satu keluarga berpengaruh dalam politik di Kazakhstan.

Inilah keadaan sayap wanita umno semasa mereka bersedia untuk bertemu Jumaat ini bagi menyelesaikan isu Shahrizat. Ada sentimen yang kuat dari wanita akar umbi yang berharap Shahrizat akan di hukum di khalayak ramai dan dilucutkan jawatan ketua wanita.Tetapi mereka tidak akan dapat apa yang mereka hajati ini.Dalam pertemuaan Jumaat ini,walaupun ada rasa tidakpuashati yang berleluasa, mereka perlu berlakun yang semuanya dalam keadaan baik dan mereka berdiri teguh menyokong pemimpin mereka, yang tercemar dengan berbagai dakwaan rasuah.

Wanita bukan hanya di kecewakan oleh Najib, mereka juga telan di tipu oleh pemimpin dari kalangan mereka sendiri yang sambil mereka berhajat mengambil alih jawatan Shahrizat, mereka juga terlalu takut untuk menentang ugutan secara senyap dari senarai calun yang bakal menang Najib. PM dan presiden sudah tentu boleh memaksa mereka menerima penyelesaian politik yang sebenarnya menguntungkan kepentingan peribadi Najib berbanding wanita dari komuniti Melayu atau Umno sendiri secara keseluruhan.

Sebagai memetik kata-kata, ia masih dunia yang didominasi lelaki dalam Wanita Umno.Malaysia Chronicle

17 lombong sesuai jadi sumber air S'gor

Posted: 22 Mar 2012 06:50 AM PDT

MALAYSIA KINI

Sebanyak 17 lombong di Selangor sesuai dijadikan sumber air alternatif kerana hanya memerlukan pengedosan minimum untuk menepati piawaian air minum Kementerian Kesihatan serta kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi operasi loji pembersihan air.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) berkata, keputusan itu diperoleh selepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan pensampelan terhadap 30 lombong pada tahun 2005 dan 2011, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Karim Mansor (BN-Tanjung Sepat) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin tahu sama ada air lombong benar-benar selamat digunakan sebagai sumber alternatif.

Dr Karim juga ingin tahu berapakah kos rawatan air bekas lombong berbanding kos air sungai dan jumlah lombong yang ada di Selangor.

Abdul Khalid berkata kos rawatan air bekas lombong lebih murah berbanding kos rawatan air sungai kerana kadar kekeruhannya yang rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpalan mendakan.

Felda guna pelabuhan Ashdod, tak eksport ke Israel

Posted: 22 Mar 2012 06:48 AM PDT

MALAYSIA KINI
Kumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.

NONE"Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.

Ahmad menjelaskan FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 manakala penghantaran terakhir dilakukan pada 9 Dis 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta.

Menurutnya invois bertarikh 7 Jan 2012 jelas menunjukkan bahawa FISB telah membuat penghantaran dengan menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Commercial Stores Company, Jenin-Palestin melalui pelabuhan Ashdod.

Ahmad berkata semua jualan itu mempunyai permit eksport daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum penghantaran dibuat.

"Jualan produk minyak pukal dan lelemak adalah berdasarkan terma-terma kos, insurans dan pengangkutan," katanya.

FISB, yang beribu pejabat di Pandamaran, Klang adalah sebuah syarikat multinasional usaha sama antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan Kumpulan IFFCO, syarikat pemprosesan makanan yang berpusat di Sarjah, Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Bernama

Noh Omar tuntut RM20 juta dari k'jaan S'gor

Posted: 22 Mar 2012 06:45 AM PDT

Kerajaan Selangor berdepan saman RM20 juta daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnahnya.

faekah husinSetiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin (kiri) berkata, selain dirinya sendiri, empat lagi pihak dinamakan sebagai defendan, termasuk ADUN Sekinchan Ng Sue Lim dan pengarang Najib Hashim dalam writ saman itu.

"Surat ini baru kami terima. Masih panas lagi. Surat ini adalah mengenai isu bagi mendapatkan ganti rugi am.

"Kita akan putuskan siapa peguam yang akan kendalikan kes ini dan akan maklum dari masa ke semasa," kata Faekah kepada pemberita di lobi dewan undangan negeri Selangor.

Noh mengambil tindakan itu ekoran laporan Selangor Kini keluaran 25 November hingga 2 Disember 2011 bertajuk ''Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan'' dan ''Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani.''

Mengulas tindakan itu, Faekah menyambutnya sebagai "perkara yang baik" dan pihaknya akan membuat lebih banyak pendedahan di mahkamah.

"Bagi saya ini perkara baik sebab dalam pada perdana menteri nak ambil Selangor semula, dia (Noh) saman kerajaan negeri. Nampaknya tindakan timbalan pengerusi Umno dan pengerusi Umno Selangor ini bercanggah.

"Kalau saya nak ambil alih negeri, takkan saya nak saman negeri itu sebab defendan ketujuh ialah kerajaan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Penolong Kanan Pendaftar Mohamed Ruhaizat Abdullah di Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman itu
ketika didengar di hadapannya hari ini.

Sebelum ini, pada satu sidang media, Noh dilaporkan berkata, beliau memfailkan saman fitnah terhadap itu di pada 9 Mac melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

NGO gagal serah memo pada setiausaha agung PBB

Posted: 22 Mar 2012 06:43 AM PDT

Sekumpulan NGO hari ini gagal untuk menyerahkan memorandum mengenai hak asasi manusia di Malaysia kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Sebaliknya, seorang wakil Wisma Putra menawarkan diri untuk menyampaikan memo kumpulan itu kepada seorang pegawai PBB, yang akan menerima bagi pihak Ban.

Bagaimanapun, mereka menolak tawaran tersebut kerana pegawai PBB berkenaan berpejabat di Malaysia, dan berkata mereka akan menimbang semula jika pegawai PBB berpangkalan di New York atau Geneva.

Jurucakap NGO tersebut berkata mereka berharap Ban akan membangkitkan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Delegasi tujuh orang wakil daripada 24 NGO itu, termasuk Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, dan Fadiah Nadwa dari Lawyers For Liberty.

Ban yang dalam lawatan rasmi dua hari itu, dibawa melawat Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di Kuala Lumpur pagi ini dan akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri esok.

Ramli: Nazri silap tolak perlunya tubuh tribunal

Posted: 22 Mar 2012 06:41 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz silap apabila menolak idea penubuhan tribunal untuk menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff.

ramli yusuff asset declare case 120310 02Beliau rasa apa yang dimaksudkan oleh Nazri apabila beliau berkata perkara tersebut telah dijawab di parlimen, merujuk kepada 'insiden mata lebam' dan bukannya mengenai dakwaan baru terhadap Gani dan Musa.

Ramli (kanan) mendakwa bahawa Gani telah menyalahgunakan kuasanya untuk meminta fail kes yang sangat sulit (cicero), dan memberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pengganti Badan Pencegah Rasuah).

SPRM, dakwanya lagi, telah digunakan dan menggunakan maklumat tersebut terhadap pemberi maklumat- yang sebelum ini telah membawa polis kepada penangkapan penjenayah - supaya mengubah kenyataan mereka.

Bekas Pengarah CID Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbukanya pada hari Jumaat, berkata beliau sedia untuk memberi keterangan di hadapan tribunal terhadap dakwaan salahlaku Gani dan Musa dalam kes "mata lebam" yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa SPRM telah silap mengklasifikasikan kes itu sebagai penyalahgunaan kuasa sedangkan ia sepatutnya sebagai mereka bukti yang didakwanya akan mengaitkan Gani dan Musa.

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

Posted: 22 Mar 2012 06:39 AM PDT

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

NONE"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

Mat Sabu nafi ada 'misi' pujuk pemimpin Umno

Posted: 22 Mar 2012 05:44 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menafikan terlibat dalam usaha memujuk pemimpin Umno, termasuk bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir meninggalkan parti kelmarin.

Sebaliknya, jelas Mohamad beliau hanya mengadakan "kunjung hormat" dengan bekas pemimpin Umno yang pernah menganggotai Majlis Tertinggi Umno lebih daripada 20 tahun itu.

NONE"Beliau adalah pemimpin yang rasional, beliau tinggalkan Umno adalah pertimbangannya sendiri.

"Tiada dalam PAS, tidak ada sesiapa memujuknya. Hilanglah kredibiliti kalau mudah dipujuk," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini bahawa beliau terlibat dalam misi itu melalui beberapa rundingan yang dijalankannya.

Akhbar itu hari ini melaporkannya sebagai berkata, selain Kadir, banyak lagi pemimpin Umno yang akan menyusul.

"Aku dah berunding dengan dia lama dah. La ni (sekarang) keluar Umno baru hangpa (kamu) tahu.

"Berlambak lagi aku sedang berunding sekarang... tunggu," beliau dipetik sebagai berkata oleh harian itu.

Bercakap dalam ceramah di Jitra baru-baru ini, Mohamad berkata, ramai pemimpin Umno suka kepadanya kepada menyokong langkah pemimpin parti lawan yang baik.

Ia, menurut Mohamad Sabu lagi, antaranya dalam isu pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai ketua pegawai eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum ini.

Harian itu juga melaporkan Mohamad sebagai membayangkan kembali bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun kedudukannya di Kedah masih samar-samar.

'PM seru Wanita bersama Shahrizat'

Posted: 22 Mar 2012 05:41 AM PDT

Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.

azlan"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.

Ikrar taat setia esok

Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.

"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.

shahrizat taman desa pc resign resignation step down 110312"Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.

Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.

"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.

"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya.

PAC akan teruskan siasatan terhadap NFC

Posted: 22 Mar 2012 12:09 AM PDT


KUALA LUMPUR— Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

"Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan," kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). "Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.

"Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini."

Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat tergempar pagi tadi untuk membincangkan arahan Speaker Dewan Rakyat yang dibuat selepas sehari keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil enggan menghadap jawatankuasa tersebut.

Tapi Pandikar Amin mengesahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa hanya perkara yang menjurus kepada dakwaan jenayah terhadap Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkmah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.

"Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkmah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran," kata Speaker Dewan Rakyat itu.

"Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan."

Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.

Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.

Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang 'common law' terhadap subjudis harus berdasarkan "peruntukan kebebasan bersuara".

"Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis," katanya.

NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.

Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.

Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.

Najib diminta nyatakan bila ISA mahu dimansuh

Posted: 21 Mar 2012 11:42 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md Ramli pada persidangan Dewan Rakyat, yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkahlangkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenarai

Pinjaman: AIC seru bantu pelajar, kecam T’ganu

Posted: 21 Mar 2012 11:40 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) Malaysia menyeru yayasan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk membantu para pelajar yang terlibat dalam penarikan balik pinjaman Kerajaan Terengganu.

Timbalan Presiden AIC, Al-Azadi Aljohari berkata, ini agar mereka diberi pinjaman semula untuk menyambung pelajaran di universiti masing-masing.

"Gesaan ini atas rasa simpati kami juga mengenangkan kerugian yang akan ditanggung dari penarikan itu kerana setiap mahasiswa negara yang ada merupakan aset penting kepada negara secara sedar atau tidak.

"Sekatan ini akan membantutkan perkembangan minda sihat yang teratur serta dapat dijadikan suatu dasar dalam generasi mereka kelak," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, AIC terpanggil untuk menilai isu penarikan balik pinjaman oleh Kerajaan Terengganu terhadap mahasiswa tajaan mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Katanya, kredibiliti pihak kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut dikecam kerana berpaksi kepada sekatan pemikiran anak muda khususnya, mahasiswa yang berpeluang menjadi aset penting negara pada masa akan datang.

Menurutnya, skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pemacuan pemikiran dan daya keberanian hak bersuara yang perlu dianjurkan.

Beliau berkata, keterlibatan Mahasiswa itu dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan untuk menuntut perubahan dasar sistem undian harus dilihat dari sudut perspektif anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara satu masa kelak.

"Dalam erti kata lain, daya cetusan intelek mereka untuk melihat satu penambahbaikan perlu ada dalam sistem undian negara untuk menjamin demokrasi negara tidak runtuh harus diambil kira.

"Sekatan pemikiran ini dilihat oleh AIC Malaysia sebagai satu cara pengekalan sistem yang jumud yang takut akan berlakunya revolusi ketamadunan pemikiran baru yang lebih tertumpu kepada daya definasi tindakan kritis untuk kemajuan sejagat," katanya lagi.

Tambahnya, sistem pemerintahan sekarang lebih tumpu kepada keagungan tampuk kuasa satu suara yang tidak memberi akses kepada kemajuan komunikasi dua hala yang dapat menjamin keseimbangan pembangunan ekonomi serta sosial.

Beliau menekankan bahawa keadilan dalam melaksanakan apa yang dipanggil dasar atau undang-undang juga wajar telus, maka seharusnya Kelab Umno luar negara yang beroperasi mesti segera dibubarkan bagi memberi ruangan sama rata agar bagi mana-mana ideologi politik tidak disumbat dalam pemikiran Mahasiswa yang sedang menuntut di luar negara.

"AIC Malaysia menyeru setiap negeri di Malaysia baik dari negeri pemerintahan BN atau PR untuk tidak menyekat kemaraan mahasiswa daripada menyuarakan ketidakpuashatian dan ideologi mereka kerana ia merupakan hak bersuara individu dalam menterjemah apa yang mereka tafsirkan dari pengamatan mereka sendiri," katanya lagi.

CAP gesa siasat projek arowana di Bukit Merah

Posted: 21 Mar 2012 11:34 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat secara terperinci pelaksanaan projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, daerah Kerian.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, sejak projek itu bermula 10 tahun lalu banyak perkara berkaitan undang-undang tidak dipatuhi terutama mengenai kesan ke atas alam sekitar dan masalah kehidupan penduduk tempatan.

Katanya, gesaan itu dibuat oleh CAP berikutan laporan akhbar tempatan kelmarin (BH: 21.3.2012) mengenai pemalsuan dokumen oleh seorang pengusaha projek tersebut yang juga Pengarah Urusan Bukit Merah Akuakultur yang melibatkan 36 lot tanah seluas 28.8 hektar kepunyaan 21 penduduk Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol.

CAP, jelasnya kesal dengan kejadian itu kerana sebelum ini CAPmendapati terdapat banyak peraturan yang tidak dipatuhi para pengusaha projek ternakan ikan Arowana di kawasan tersebut tetapi tidak diberi perhatian serius dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkenaan.

"Kami telah mengemukakan banyak persoalan berkaitan projek ini melalui surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan negeri Perak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini namun projek tersebut terus dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain tidak melakukan Kajian Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) sebelum pelaksanaannya, beliau berkata tanah-tanah sawah yang terlibat dengan projek itu juga tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri.

Malah, menrutunya lagi pada tahun lalu (2011) CAP telah menghantar surat kepada Menteri Besar Perak menggesa projek itu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan sumber bekalan air di Tasik Bukit Merah dan mengancam kehidupan 9,000 petani serta 200,000 pengguna air.

Beliau menjelaskan, air yang digunakan oleh sebuah kolam ikan Arowana seluas 0.4 hektar boleh digunakan untuk mengairi 12 hektar sawah padi.

"Jika di kawasan ini terdapat 3,800 buah kolam, maka lebih banyak air yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha ikan hiasan itu.

"Akibatnya petani-petani di daerah ini akan terdedah kepada masalah kekurangan bekalan air untuk tanaman padi di kawasan sawah seluas 24,000 hektar termasuk juga tanah sawah di daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa siasatan menyeluruh dan berterusan dilakukan segera ke atas projek ini dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang yang ada.

Justeru, katanya CAP sekali lagi meminta pihak kerajaan menutup dan membatalkan projek tersebut kerana ia bakal mengundang berbagai masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan rakyat.

"CAP percaya jika kerajaan tidak membatalkan projek ini daerah Kerian yang merupakan salah satu jelapang padi negara akan musnah dan ia boleh menggugat sektor pertanian dan sumber makanan untuk rakyat pada masa akan datang," katanya lagi.

‘Jumpa penduduk Kuantan dulu sebelum jumpa saya’

Posted: 21 Mar 2012 10:31 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, adalah lebih penting berjumpa dengan penduduk Kuantan sebelum bertemu dengan beliau.

Ini, kerana katanya para penduduk di Kuantan yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung yang perlu pihak Lynas berjumpa dengan mereka.

"Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini," ujarnya di dalam surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Nick Cutris yang beralamat Level 7, 56 Pitt Street Sydney, NSW 2000, hari ini.

Berikut adalah kandungan surat tersebut yang bertajuk 'Perjumpaan Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang'.

Terima kasih atas jemputan anda untuk bertemu dan membincangkan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas di Gebeng, Pahang, yang telah dilanjutkan bagi pihak anda oleh Cik Jacey Lee daripada Ogilvy Public Relationship Worldwide melalui emel pada 5 Mac 2012.

Saya telah memberi maklumbalas melalui media pada 6 Mac 2012, di mana saya telah menyatakan keputusan untuk tidak menerima jemputan anda demi kepentingan penduduk-penduduk Kuantan yang terjejas serta kebimbangan kesihatan dan keselamatan mereka akibat operasi syarikat anda dalam pemprosesan nadir bumi. Kebimbangan penduduk-penduduk mengenai sisa radioaktif atau kesan-kesan daripada loji pemprosesan belum lagi ditangani.

Sebelum bertemu dengan saya, adalah lebih penting jika pihak anda melibatkan penduduk-penduduk Kuantan, kerana merekalah yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung. Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini.

Kedua, penduduk-penduduk Kuantan tidak dapat memahami bagaimana, walaupun pelbagai kebimbangan alam sekitar telah diutarakan, Kerajaan Malaysia boleh memberi pengecualian cukai kepada syarikat anda selama 12 tahun. Tambahan pula isu-isu mengenai tempat simpanan bahan-bahan sisa radioaktif belum lagi diselesaikan.

Sampai hari ini, kita belum lagi diberi kata putus sama ada sisa itu akan disimpan di kawasan tempatan atau dikembalikan kepada Australia. Sepatutnya, daripada mendapat pengecualian cukai atas keuntungan yang diperolehi, Lynas seharusnya membayar cukai yang lebih tinggi atas kepentingan alam sekitar.

Sungguhpun begitu, ia harus ditegaskan bahawa tiada jumlah wang yang boleh menggantikan kesihatan kita dan anak-anak kita. Untuk sebab itu, kegagalan untuk berunding dengan pihak awam sebelum pembinaan loji dan langkah-langkah terdesak Kerajaan Malaysia untuk menutup kebimbangan awam tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan adalah amat menyedihkan. Tidak ada seorang pun yang percaya bahawa Lynas akan menghentikan pemprosesan nadir bumi apabila mereka sudah belanja sebanyak RM700 juta untuk pembinaan loji.

Saya percaya bahawa soalan-soalan di atas harus dijawab terdahulu sebelum apa-apa perbincangan boleh diadakan. Lebih penting sekali, anda harus menjawab secara langsung kepada penduduk-penduduk yang terjejas. Sebagai seorang warga Australia, sudah tentu anda akan menghargai bahawa proses rundingan umum itu adalah sebahagian daripada demokrasi. Dalam semangat itu, Lynas harus mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan loji itu sekiranya mereka tidak dapat memuaskan kebimbangan teknikal dan juga keraguan penduduk-penduduk yang terjejas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lim Guan Eng,

Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tiada kerusi untuk ketua Gerakan PP?

Posted: 21 Mar 2012 10:29 PM PDT

Ketua Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya spekulasi berhubungnya benar.

NONEMenurut sumber, kesemua senarai calon Gerakan di negeri itu sudah diserahkan kepada Presiden Tan Sri Koh Tsu Koon, nama Teng dikatakan tidak termasuk.

Beliau sebelum ini pernah menang di kerusi Pulau Tikus.

Tiga muka baru - peguam Rowena Yam dan Baljit Singh serta ahli majlis negeri Geeta Suresh Chand - sebaliknya sudah dinamakan.

Teng sebelum ini menghadapi cabaran getir dalam karier politik apabila menghadapi mesyuarat agung khas bagi mengadakan undi tidak percaya terhadapnya pada 2010.

Sumber juga berkata, Gerakan akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 13 kerusi negeri seperti yang dilakukan pada 2008.

130 kes murtad direkod di S'gor dalam 7 tahun

Posted: 21 Mar 2012 10:17 PM PDT

Leven Woon

Sebanyak 130 kes murtad dilaporkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antara tempoh 2004 hingga 2011, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.

NONEMenjawab soalan Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam berkata, hanya 14 kes yang dibawa ke mahkamah syariah sudah diselesaikan.

Khalid yang juga exco agama negeri bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus memantau gejala itu, termasuk pendakyahan agama lain melalui Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau turut menuntut bekas exco Datuk Hasan Ali yang mendakwa mempunyai bukti video berhubung perkara itu dapat mengemukakannya.

Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "Al-Mulk". Apa Kata JAKIM & Mufti?

Posted: 21 Mar 2012 10:13 PM PDT

KELAB GREENBOC




T
erlalu Taksub atau dah Gila nih? Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila.

Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia, yang diakui oleh Najib sebagai idea beliau padahal ianya diciplak dari 1Israel.


Nak dikatakan kerja budak-budak nakal tak mungkin kerana ianya dilukis dengan teliti di dalam sebuah surau.

Pasti ianya memakan masa untuk dilukis, jadi mana sempat budak-budak nakal nak melukis sebegitu cantik..

Yang hairannya tidak ada pihak yang menegur kerja gila itu..

Nak jatuhkan hukum.. aku pun kurang ariff.. jadi korang klik pada imej di bawah dan lihat apa hukumnya menggantikan Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Yang ni aku ambil dari AmenoWorld



Aku yakin puak-puak yang melukis tu, kalau kita kutuk Najib didepan mereka gerenti kena belasah punyalah..

Nak bodekpun agak-agak lah sedara... -ASD

Tiada ulasan: