Khamis, 22 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Debat anjuran Wikileaks: Anwar sudah terima, bagaimana pula dengan Najib?

Posted: 22 Mar 2012 06:21 AM PDT




KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

"Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

"Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

"Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa," kata Anwar - Keadilandaily


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Apa dia reformasi, transformasi Najib?

Posted: 22 Mar 2012 02:00 AM PDT



Selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu pilihan raya Malaysia tidak bebas.

Selagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu usaha mencegah dan membasmi rasuah, khususnya di peringkat tinggi kerajaan, akan gagal.

Selagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan badan bebas yang diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Selagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tidak dimansuhkan sama sekali, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Selagi Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi tidak dihapuskan, atau dilonggarkan untuk menggalakkan kebebasan maklumat, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Selagi Akta Kebebasan Maklumat tidak dilaksanakan, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas untuk melaporkan dengan berani dan benar.

Selagi lesen dan kebenaran stesen TV dan radio swasta dikawal oleh kerajaan, selagi itu tidak wujud media bebas di negara ini.

Selagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dihapuskan tanpa perlu diganti sebarang akta lain, termasuk mana-mana undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara, selagi itu rakyat Malaysia tidak akan bebas.

Selagi sistem kehakiman takut dan tunduk kepada eksekutif (pembuat keputusan = parti pemerintah = kerajaan), selagi itu keadilan tidak wujud; yang salah boleh bebas dengan wang, yang benar dizalimi kerana tiada wang.

Selagi sistem tender terbuka tidak diamalkan dengan telus dan mengikut undang-undang yang adil, selagi itu diskriminasi, pilih kasih, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah serta kronisme akan terus berleluasa.

Selagi warna kulit sahaja menjadi asas penentu dalam apa-apa bidang, selagi itu rakyat sentiasa curiga dan was-was antara satu sama lain, sama seperti yang telah berlaku sejak lebih 50 tahun lalu.

Selagi sistem politik Barisan Nasional yang berasaskan politik perkauman dan dominasi satu parti, selagi itu rakyat akan terbelenggu dan takut sehingga mencacatkan kreativiti minda, menjadi mandom, lembap dan 'lebih kurang' (mediocre).

Ini semua hanya sebahagian kecil daripada masalah yang rakyat hadapi sejak berpuluh tahun lalu. Tak nampak sebarang tanda pemulihan.

Jadi apakah yang Datuk Seri Najib Razak maksudkan dengan reformasi dan transformasi itu? – Roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIROGOL ABANG ANGKAT DI TANGGA PUSAT BELI-BELAH

Posted: 21 Mar 2012 10:00 PM PDT


KAJANG: Seorang remaja berusia 17 tahun diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.

Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -HM


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Makkkk aiii popularnya Najib

Posted: 21 Mar 2012 07:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
NAJIB MERAYU PADA MAHASISWA PULAK....
TAK CUKUP POPULAR LAGI KA?
KAH! KAH! KAH!

Katanya jumlah pengikut Perdana Menteri Najib Razak sudah mencecah 1 juta di facebook dan 500 ribu di twitter. Tahniah kawan ucapkan buat PM, nyata sekali beliau begitu popular di mata rakyat Malaysia.

Ini juga mengesahkan lagi kejayaan perunding imej Najib termasuk APCO dulu. Tidak sia-sia Najib membelanjakan wang rakyat untuk menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Jika pelajar-pelajar Akademi Fantasi mempunyai peluang seperti Najib, pasti artis-artis baru ini akan lebih terkenal seantero dunia.

Syarikat APCO itu yang ada kaitan secara langsung dengan Israel (menurut bukti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah disiasat oleh Parlimen) memang pakar dalam menterjemah imej luaran mana-mana pemimpin dunia yang ada masalah dengan rakyatnya.

APCO dan para perunding imej hanya membantu menggilap imej Najib, bukan imej kerajaan atau partinya. Tak mengapalah, asalkan Najib bahagia, juak-juak UMNO hanya diam dan melopong.

Sepatah kata Tun Daim Zainuddin baru-baru ini, Najib umpama jeneral perang tanpa bala tentera. Dalam bahasa pasar, Najib seorang pemimpin UMNO tanpa dukungan parti yakni ahli-ahli UMNO. Barangkali Muhyiddin Yassin lebih memahami makna kata Tun Daim ini.

Justeru, strategi 'perang' politik Najib hanya akan menfokus kepada imej dirinya, barangkali sifirnya mudah. Jika imej PM melonjak, itu akan disamakan dengan populariti partinya.

Malah baru-baru ini juga, semasa lawatan beliau ke Selangor, Najib mendakwa sudah cukup kuat untuk menawan semula Selangor dan negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan PR.

Jika benar demikian, pasti pilihan raya sudah amat dekat dan Najib sendiri tidak perlu menangguh-nangguh lagi, ayuh kita ke lapangan pilihan raya.

Malah lebih menarik lagi, jika benarlah jumlah pengikut Najib ini begitu besar, bukankah baik selepas pilihan raya ke-13 ini, kita reformasikan sistem perlantikan Perdana Menteri dengan membuka pentas pemilihan Perdana Menteri secara langsung. Kita buka kepada rakyat untuk memilih Perdana Menteri.

Kita yakin Najib akan dipilih oleh rakyat Malaysia berdasarkan populariti semasa. Pada ketika itulah baru Najib Tun Razak boleh mendakwa dan berbangga bahawa beliau adalah Perdana Menteri rakyat Malaysia.

Katanya…berita dan gembar-gembur populariti Najib ini hanya propaganda saja. Kerana apa? Kalaulah betul, mengapa Najib hingga hari ini masih belum yakin akan kekuatannya untuk buat lebih baik dari Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang digulingkan oleh partinya sendiri? – Roketkini.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno - TGNA

Posted: 21 Mar 2012 05:40 PM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

"Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,"ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.

Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

"Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,"ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai 'break', akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

"Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,"ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi' (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan./HarakahDaily



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: