Rabu, 21 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kadir keluar, sahkan UMNO semakin berpecah: Ramai lagi bakal menyertai Pakatan

Posted: 21 Mar 2012 06:47 AM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Tanda-tanda bahawa ramai lagi pemimpin UMNO yang akan membuat keputusan yang sama, pemimpin PKR mengecam tindakan parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang memaksa mantan Menteri Penerangan Abdul kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan dari parti dimana beliau telah menjadi ahli selama 56 tahun.

"UMNO semakin pecah belah.Kami telah di beri amaran tentang hal ini sejak beberapa ketika dan sekarang ia benar –benar berlaku. Ramai pemimpin mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan rasa tidak puas hati makin berleluasa.Mereka percaya lebih baik mereka keluar sebelum parti itu musnah sepenuhnya." Kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Kadir memberitahu pemberita pada hari Isnin yang beliau telah menghantar surat perletakan jawatan nya kepada setiausaha agung UMNO,Tengku Adnan setelah kesetiaan beliau dipersoalkan kerana membangkitkan isu rasuah dalam UMNO.

"Kenapa beliau tidak letak jawatan awal awal lagi jika beliau rasa UMNO tidak betul," kata Adnan dalam satu sidang akhbar pada hujung minggu lepas.

Kad merah/Jalan keluar untuk mereka yang bangkitkan isu rasuah

Hajat Adnan tertunai hari ini.Setiausaha Agung Umno itu juga menyebut Jawatankuasa disiplin sedang mengumpul maklumat dan bukti terhadap dakwaan Kadir terhadap pari.Tindakan lanjut akan di ambil oleh jawatankuasa agung UMNO,tegas Adnan.

Kadir dilapurkan sebagai mendakawa BN membayar antara RM200 ke RM1000 untuk membeli undi dalam pilhanraya umum yang lepas.

Kadir ialah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, sebuah platform reformis yang di asaskan oleh Seorang lagi pemimpin Umno,ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Salah seorang ahli Amanah yang terkenal ialah MP Pandan Ong Tee Keat.

Kumpulan ini mengejutkan ramai dengan agenda perubahannya, mengecam rasuah yang dianggap barah yang memusnahkan kredibiliti Umno-BN.

"Perletakan jawatan Kadir buktikan Umno tidak akan berubah.Ia tidak mengakui perlunya refrom atau rasuah itu perlu dibanteras.Sesiapa yang berani bersuara akan di tunjuk jalan keluar. Siapa yang tetrangkap tapi rapat dengan Presiden Umno akan terlepas dengan hukuman ringan," kata Tian.

Berpecah apabila Parlimen dibubarkan

Sejak beberapa bulan yang lepas, terdapat beberapa perletakan jawatan penting dalam Umno dan BN, dan menyertai Pakatan Rakyat.Lebih ramai dijangka membuat keputusan sedemikian bila Parlimen dibubarkan dan berakhirnya perlantikan mereka sebagai wakil rakyat BN.

Spekulasi yang berleluasa sekarang berkenaan bilakah akan berlangsungnya pilihanraya umum ke 13. Mantan menteri kewangan Daim Zainuddin meramalkan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan Mei dan rakyat akan mengundi dalam bulan Jun.

Bagaimanapun,ada yang percaya Najib-yang dijangka melawat negara China bulan hadapan- bila stiba nya tarikh tersebut, sekali lagi akan ketakutan dan hanya akan mengistiharkan pengundian dalam bulan November.Malaysia Chronicle

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?

Posted: 21 Mar 2012 06:40 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

"PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya," beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..

Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek

Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.

Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah 'lanun' Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.

Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.

Serahkan ke tangan yang salah

Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?

Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.

Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.

Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.

"Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah," kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang"hanya ingin menjadi PM,".

Mulut yang celupar

Rafidah sendiri ialah tangan yang 'salah', sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. "Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri," kata isteri Razak.

Jelas,Najib ialah tangan yang 'salah' Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.

Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat."Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?" apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.

Bahan jenaka

Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau." Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global," tambah Rafidah lagi.

Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.

Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.

Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?

Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!

Masih samar bila Rafidah berani berkata –"Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!"

Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.

Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.

Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.

UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan. Malaysia Chronicle

Bayar sewa elak tanah dirampas

Posted: 21 Mar 2012 06:38 AM PDT

"Jika sewa tanah tidak dibayar sampai 10 tahun maka kita boleh rampas tanah itu," kata MB Selangor.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) agar sewa tanah dibayar jika tidak mahu sebarang rampasan dibuat.

"Setakat ini tidak ada rampasan tanah dibuat tapi saya ingatkan pada semua pihak agar sewa tanah perlu dibayar. Jika sewa tanah tidak dibayar sampai 10 tahun maka kita boleh rampas tanah itu," katanya sejurus selepas berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam.

Beliau menolak tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan negeri merampas seluas 473 ekar tanah yang sepatutnya digunakan YBK.

Najib, pada 13 Mac lalu berkata rampasan tanah YBK oleh kerajaan negeri menyebabkan projek yang mahu dilaksanakan terjejas.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kelewatan upacara angkat sumpah Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini, Abdul Khalid menjelaskan beliau mahu individu yang dilantik memahami peranan mereka kelak.

"Kami mahu semua orang faham peranan mereka sebagai ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan memahami 'integrity pact' yang kita laksanakan," katanya.

Kelmarin, Abdul Khalid berkata kelulusan telah diberikan untuk senarai nama baru bagi ahli majlis tersebut. Upacara angkat sumpah juga dijalankan pagi semalam dengan senarai nama itu mendapat persetujuan daripada semua parti yang terlibat.

Mengulas lanjut mengenai isu kawasan mengundi yang ditukar tanpa pengetahuan beliau seperti terpapar menerusi carian di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Khalid berkata pihaknya akan menjemput Pengarah Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk menghadiri mesyuarat mingguan exco.

Ini bagi memberi penjelasan berhubung kawasan mengundi yang ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau menegaskan kad pengenalan beliau masih beralamat di tempat kelahirannya di Pasir Tuntung maka tidak timbul isu sama ada beliau tidak boleh bertanding sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) di Selangor.

Najib digesa umum PRU13 lebih awal

Posted: 21 Mar 2012 06:34 AM PDT

Jamilah Kamarudin

"Tidak seperti di negara kita, di negara-negara lain orang sudah tahu bila pilihan raya akan diadakan setahun lebih awal," kata Dato' Mahfuz Omar.


Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal bagi membolehkan rakyat merancang aktiviti tahunan mereka.

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar hari ini berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan orang ramai merancang aktiviti tahunan mereka supaya tidak bertembung dengan tarikh PRU13.

"Tidak seperti di negara kita, di negara-negara lain orang sudah tahu bila pilihan raya akan diadakan setahun lebih awal.

"Di negara kita tarikh PRU menjadi teka-teki dan ada khabar angin mengatakan PRU13 pada Jun yang mungkin berlaku pada cuti sekolah.

"Jadi pada saya sepatutnya Perdana Menteri harus mengumumkan lebih awal paling tidak tiga hingga enam bulan awal," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Hak rakyat

Menurut beliau, cadangan itu bukannya untuk kepentingan parti sebaliknya lebih kepada hak rakyat yang layak mengundi untuk
menunaikan tanggungjawab mereka sebagai daftar pemilih.

"Ini bukan isu parti kerana dari segi persiapan, kita telah pun bermula. Tapi apa yang Najib dan Suruhanjaya Pilihanraya lupa ialah
rakyat, rakyat perlu buat persiapan sebab rakyat sudah ada aktiviti kehidupan mereka sepanjang tahun.

"Sebab itu saya bimbang jika diadakan pada musim cuti persekolahan ini, ini menafikan hak rakyat yang akan mengerjakan Umrah sebab
selalunya cuti panjang ini umat Islam yang mengambil peluang kerjakan Umrah dan sebahagian mereka sudah menempah tiket dan pakej daripada agensi-agensi Umrah. Sudah tentu jumlah mereka yang kerjakan Umrah ini ribuan.

"Bukan sahaja Islam, orang bukan Islam juga mungkin telah membuat rancangan untuk melancong bersama keluarga. Bilangan mereka pasti mencapai beribu-ribu orang. Mereka juga mungkin telah menempah tiket. Jika dibuat pada bulan Jun, bagaimana mereka mahu membatalkan tiket, sudah tentu mereka akan didenda," katanya.

Tambahnya lagi, pada musim cuti persekolahan ramai orang telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sudah tentu akan menyulitkan orang ramai sekiranya PRU13 berlaku ketika itu.

"Perdana Menteri haruslah berani mengumumkan bila PRU13 akan diadakan untuk kemudahan rakyat di negara ini," katanya.

Najib sebelum ini berkata beliau tidak dapat mendedahkan tarikh PRU13 kepada umum buat masa ini walaupun mengetahuinya.

Tanah rizab Melayu: Tiada perancangan khusus

Posted: 21 Mar 2012 06:32 AM PDT

Pada masa ini kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk membangunkan tanah-tanah rizab Melayu.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Kerajaan negeri setakat ini tiada perancangan khusus untuk membangunkan tanah rizab Melayu dengan keluasan 456,754.25 hektar yang membabitkan sembilan daerah di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri sejak tiga tahun lalu.

"Namun begitu, kebanyakan tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik seperti Klang, Hulu Langat dan Sepang kini sedang dibangunkan dengan projek-projek perumahan oleh pihak swasta seperti juga tanah-tanah bukan rizab Melayu.

"Pada masa ini kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk membangunkan tanah-tanah rizab Melayu," kata beliau menjawab pertanyaan mulut Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang dewan undangan negeri di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, Sabak Bernam mempunyai pecahan daerah keluasan tanah rizab Melayu yang tertinggi dengan 172,823.65 ekar, diikuti Kuala Langat 37,530.84 ekar dan Hulu Langat 33,093.86 ekar.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin lalu bertitah agar tiada pihak yang berani cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada mana-mana individu atau syarikat bukan milik Melayu.

Titah baginda, kerajaan negeri Selangor perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang wajar untuk kegunaan semasa kecemasan.

"Beta percaya Dato' Menteri Besar, kerajaan negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu sampai tidak ada yang bertukar status.

"Beta difahamkan pentadbiran negeri dapat meningkatkan simpanan rizab negeri kepada Ringgit Malaysia Satu Perpuluhan Sembilan Bilion (RM1.9 bilion) pada 2011," titah Tuanku.

Sultan Sharafuddin bertitah, kerajaan negeri harus pintar dalam menyediakan peruntukan dan agihan bantuan.

Simpanan tetap cecah RM1.9 bil

Posted: 21 Mar 2012 06:27 AM PDT

Negeri Selangor juga merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sepanjang empat tahun memerintah negeri Selangor, simpanan tetap bagi negeri itu meningkat walaupun membelanjakan hampir RM600 juta untuk pelbagai program pembangunan demi rakyat.

Abdul Khalid menjelaskan simpanan tetap itu diperoleh kerana penggunaan wang dibuat dengan cermat berasaskan 'value for money' berbanding sikap boros berbelanja ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, untuk rekod simpanan tetap kerajaan negeri Selangor berjumlah RM1.9 bilion sepanjang 2011 iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran BN yang hanya mampu menyimpan kurang dari RM500 juta sebelum 2008.

"Negeri Selangor juga merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mulut Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang) mengenai pencapaian dan perancangan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dilantik pada 2009 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

'Kita cermat guna wang'

Abdul Khalid menegaskan, "dari pengalaman saya sepanjang empat tahun ini, kita menggunakan wang dengan cermat berbanding kerajaan terdahulu. Jika dulu kalau projek RM20 juta, dibuat dengan harga RM40 juta.

"Walau bagaimanapun kerajaan negeri pada 2008-2009 memantau kegunaan dana dan oleh sebab itu walaupun kita guna untuk belanja sehingga RM600 juta tapi jelas simpanan tetap kita masih tinggi dan sedang meningkat.

"Sumbangan negeri Selangor kepada ekonomi Malaysia pula adalah sebanyak 22-23 peratus atau 1/5. Negeri-negeri lain hanya menyumbang tidak lebih dari sembilan peratus.

"Kita penyumbang yang tertinggi malah makin lama simpanan tetap kita semakin banyak. Kita akan minta kerajaan persekutuan beri pulangan daripada hasil yang kita berikan kepada negara.

"Kita beri hasil 22 peratus tetapi pulangan yang kita terima tidak sampai dua peratus, jika 10 peratus tidak mengapa. Maka kita akan jaga simpanan tetap dan berdikari," katanya.

Anwar tidak wajar dilantik penasihat ekonomi

Posted: 21 Mar 2012 05:20 AM PDT

"Nampaknya orang ini tidak mampu memimpin dan menerajui pembangunan ekonomi Selangor," kata Hasan Ali.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat sebagai pemimpin untuk membantu pembangunan ekonomi di negeri itu ekoran berdepan dengan pelbagai masalah moral.

Walaupun beliau tidak menyebut nama Anwar tetapi ucapannya jelas merujuk kepada penasihat ekonomi negeri Selangor itu.

"Saya tidak tuju kepada sesiapa namun sama sekali saya tidak setuju jika kita lupakan aspek moral seseorang yang menjaga ekonomi negeri Selangor.

"Sedangkan cabaran pembangunan adalah untuk 20 hingga 30 tahun akan datang dan ia melibatkan cabaran moral, akhlak dan kemanusiaan.

"Nampaknya orang ini tidak mampu memimpin dan menerajui pembangunan ekonomi Selangor," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) di sini petang ini.

Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor turut mempersoalkan sikap seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor apabila menerima elaun, termasuk berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

"Individu ini pergi ke Shanghai (China), Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. Saya bukan iri hati tapi saya memikirkan tentang hak rakyat.

"Saya hairan kenapa dia asyik ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan. Kalau dia nak pegang jawatan yang banyak pun, kita kena hadkan elaun yang diterima," ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau mendakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak serius dalam menangani permasalahan murtad di negeri itu.

Katanya kenyataan Abdul Khalid yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad dan rakyat menyelesaikan sendiri masalah itu dianggap tidak wajar serta memberi gambaran bahawa Menteri Besar bersikap lepas tangan dalam isu tersebut.

Ujar beliau, kerajaan negeri sepatutnya menambah bilangan pegawaai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memastikan usaha ini giat dijalankan.

"Dengan pertambahan bilangan penguatkuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain lagi," katanya yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Abdul Khalid dalam sidang Dun mengenai isu murtad di negeri Selangor.

Terdahulu, Abdul Khalid ketika menjawab pertanyaan Adun-BN Sungai Burung Shamsudin Mohd Lias mengenai statistik kes murtad di Selangor, berkata sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari tahun 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.

Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Posted: 21 Mar 2012 05:18 AM PDT

Zunar


Saya dengan ini mengumumkan pernerbitan buku koleksi kartun kelima dan terbaru saya dalam bahasa Inggeris, "1 MOOLAYSIA". Buku-buku sebelum ini ialah "Even My Pen Has a Stand" (2011), "Cartoon-O-Phobia" (2010), "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoons On Tun…" (2005).

1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan saya juga telah ditangkap di bawah akta yang sama. Judul "1 MOOLAYSIA" dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini.

"1 MOOLAYSIA" menampilkan karya-karya yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini dari Julai 2011 hingga Mac 2012 dan termasuk juga karya dari laman web antarabangsa, Cartoonmovement. Terdapat juga beberapa kartun yang belum disiar.

Ia mengenengahkan isu-isu yang gagal disentuh oleh kartunis-kartunis politik Malaysia seperti PM dan isterinya yang suka shopping, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, penyelewengan National Feedlot Corporation (NFL), rasisma, rasuah, penyalahgunaan dana awam, isu hak asasi, demonstrasi BERSIH, kehakiman, polis dan isu-isu politik Malaysia secara umum.

Turut disiar adalah kartun mengenai Wanita Pertama yang membeli-belah sakan di Perth, isu skandal lembu, isu hakim dibaling kasut, isu 901 dan isu "air mata buaya" PM.

Tekanan kerajaan menyebabkan saya menghadapi kesulitan untuk mencetak dan menjual buku-buku secara terbuka kerana banyak kilang dan pekedai menerima ugutan yang melibatkan penggantungan lesen jika terus mencetak atau menjual buku-buku saya. Manakala di mahkamah, saya telah kalah dalam kes mahkamah mencabar pengharaman buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun melalui satu "penghakiman lucu" kerana hakim tidak mengambil kira hujah asas yang dikemuka peguam saya.

Kemudian saya memfail satu lagi kes mencabar kerajaan dan polis kerana tangkapan tidak sah pada September 2010 sebelum pelancaran Cartoon-O-Phobia, dan perbicaraan telah bermula dan akan bersambung pada 5 dan 6 April depan.

Apa juga keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berkarya. "Saya akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir." Kerana itu, saya berharap sokongan dari pembaca dan peminat agar dapat membeli "1 Moolaysia" bagi membantu saya menghasilkan lebih banyak karya-karya kartun politik dalam rangka "Berjuang Melalui Kartun".

Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus. Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. "Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!"

"1 Moolaysia" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh ditempah/dibeli secara online melalui website saya melalui link ini http://zunarcartoonist.com/

Acara penjualan langsung akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Mac depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada jam 2 petang 25 Mac di tempat yang sama.

LATAR BELAKANG

1. Pada 15 Februari lepas, Zunar mengadakan pameran solo bertema "To Fight Through Cartoons" selama sebulan di London.

2. Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.

3. Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.

Baca: Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012

*Zunar (gambar atas) atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ialah kartunis politik Malaysia.

"Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita" selepas ekspedisi jelajah warisan

Posted: 21 Mar 2012 05:16 AM PDT

Wong Swee Nee


Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita telah ditubuhkan selepas satu ekspedisi menjelajah ke tanah warisan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kelmarin. Ekspedisi ini telah menjelajah ke Kampung Bandar Dalam, Kampung Baru, Tokong Mee Thor Gan, Jalan Sultan dan Kampung Kerinchi - tanah warisan yang bakal dimusnahkan untuk memberi laluan kepada projek mega seperti MRT, lebuh raya, kompleks membeli-belah dan bangunan pencakar langit.

Kesemua tanah warisan di atas mempunyai sejarahnya, dengan Kampung Bandar Dalam yang berusia lebih daripada 150 tahun, Kampung Baru yang dibuka sejak tahun 1900, Tokong Mee Thor Gan yang dibina di Ampang pada tahun 1906, Jalan Sultan yang berusia 120 tahun dan Kampung Kerinchi yang berusia setengah abab. Ekspedisi ini dianjurkan bersama oleh MUAFAKAT (Majlis Permuafakatan Perkampungan Warisan Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Projek Seni Komuniti Jalan Petaling, Komuniti Kampung Kerinchi dan Komuniti Jalan Sultan.

Dua buah bas disewa untuk tujuan ekspedisi ini, masing-masing bertolak dari Jalan Sultan dan Kampung Bandar Dalam pada jam 8.30 pagi, Ahad lalu. Malah rombongan yang terdiri daripada pelbagai kaum ini memeriahkan setiap tapak warisan yang dikunjungi dengan paluan kompang. Mereka bergambar di sana, bersama-sama melaungkan slogan "Pertahankan Warisan Kita" dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Cikgu Ishak Surin selaku Pengerusi mengumumkan penubuhan "Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita" ketika di Kampung Kerinchi. Beliau berkata, rakyat berkuasa untuk menentukan arah pembangunan. Cikgu Ishak Surin mengkritik pemerintah menganggap dirinya boleh bertindak sesuka hati, dan kini Jalan Sultan juga menerima ancaman. Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita dengan tegas menolak kezaliman ini.

Ishak Surin berkata, Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita kini dianggotai MUAFAKAT dan Projek Seni Komuniti Jalan Petaling, dan mereka akan menjemput lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertainya, dengan harapan tanah warisan dapat dikekalkan.

Tan Yew Sing, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang turut serta dalam rombongan ini juga berkata, tindakan mempertahankan tanah warisan Jalan Sultan telah menjadi satu gerakan melangkaui batas kaum. Tan Yew Sing menyeru agar pemaju tidak merobohkan Jalan Sultan, kerana Perdana Menteri Najib Razak telah menyatakan hasratnya untuk mengkaji kes ini.

Kampung Kerinchi menjadi lokasi pertama yang dikunjungi dalam ekspedisi ini, diikuti dengan Jalan Sultan, Kampung Baru, Kampung Bandar Dalam dan diakhiri dengan Tokong Mee Thor Gan di Ampang. Satu upacara menulis kaligrafi telah dijalankan di tokong ini, malah Ishak Surin menurunkan tulisan dengan kaligrafi dalam bahasa jawi, "Pertahankan Warisan Kita".

Satu majlis membaca doa yang ringkas telah diadakan di tokong untuk mengakhiri ekspedisi itu, dipimpin oleh Ishak Surin, dan penganut agama yang lain membaca doa dengan cara masing-masing.

*Wong Swee Nee ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 18 Mac 2012.

Kutipan derma langkaui batas kaum: Solidariti menentang keganasan polis

Posted: 21 Mar 2012 05:07 AM PDT

Lim Hong Siang


Sebulan lalu kita menyaksikan adegan yang terharu apabila sekumpulan suri rumah tangga dan warga internet mengutip derma untuk membayar denda dan mengikat jamin belasan OKT (orang kena tahan), yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.

Inisiatif kutipan derma tersebut amat terharu buat Aiman Athirah Al Jundi (gambar kiri, kiri), salah seorang OKT, yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, meluahkan perasaannya, "...kerana dia (orang yang melancarkan kutipan derma) orang Tionghua, dan kesemua OKT adalah Melayu. Ini bukan untuk membezakan apa, tetapi dalam konteks ini, ia menunjukkan generasi muda prihatin terhadap masa depan negara, dan keadilan untuk semua rakyat yang memperjuangkan hak." 【Baca: Aiman terharu dengan sumbangan derma, "Dia Tionghua, Kami semua Melayu, tapi..."

Kali ini, hukuman yang dijatuhkan ke atas Ahmad Syauqey bin Abdul Ghani telah mencungkil simpati ramai, dan kutipan derma kini sedang dilancarkan sebagai persediaan untuk mengikat jamin beliau pada 26 Mac 2012, seandainya permohonan untuk menangguhkan hukuman dan ikat jamin dibenarkan.

Ahmad Syauquey (gambar kanan) dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan pada 8 Mac 2012, di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan, atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam. Beliau mendakwa dirinya meminta kad kuasa daripada polis yang menghalangnya dalam satu sekatan jalan raya pada 20 Jun 2011, dan tindakannya telah mengundang kemarahan polis sehingga dirinya dikasari. Aduan Ahmad tidak dipeduli, sebaliknya beliau yang dihukum akhirnya.

Berita ini telah dilaporkan MerdekaReview pada 19 Mac, menarik perhatian ramai. Aktivis sosial, Wong Chin Huat telah menyeru di laman sosial Facebook, agar warga internet menyumbang untuk mengikat jamin Ahmad Syauquey.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat (gambar kiri) berkata, kes Ahmad Syauquey menyaksikan bagaimana seorang warga sivil yang biasa tampil ke depan untuk menentang kezaliman. Chin Huat berkata, mungkin kita boleh samakan Ahmad Syauquey dengan Rosa Parks (yang menentang diskriminasi terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat), sungguhpun mungkin yang membezakan mereka adalah Syauquey mempunyai latar belakang aktivisme.

"Apa yang penting, Syauquey sekadar melakukan sesuatu berlandaskan undang-undang. Meminta kad kuasa polis adalah hak rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan untuk memastikan polis itu bukan samaran. Apa yang berlaku sekarang adalah aduan Syauquey bahawa dirinya dikasari polis itu tidak diendah, malah dirinya pula dihukum kerana bertindak berlandaskan undang-undang," jelas Chin Huat.

Mengapa memanggil kutipan derma untuk Syauquey? Chin Huat berkata, seandainya orang yang berani tampil ke depan untuk menentang kezaliman ini dihukum, dan dibiarkan keseorangan, maka tiada lagi yang berani tampil pada masa depan. Oleh itu, kita perlu membantunya, menghilangkan kebimbangan keluarganya lantaran kes yang mengheret Syauquey, katanya.

Laman sosial Facebook yang menyeru derma untuk membebaskan Syauquey menulis, "Menegur orang yang berkuasa bagai melukut di tepi gantang. Sistem kehakiman dan institusi awam yang ada hari ini hanya eksklusif untuk yang punya wang dan kuasa. Polis yang memijak kepala rakyat tak disiasat, yang memijak pula boleh tersenyum melihat mangsa itu dipenjara 12 bulan! Inilah realiti apabila memilih untuk melawan polis yang zalim dan menindas rakyat. Mari kita bersama-sama berjuang menumbangkan regim yang ada hari ini agar tiada lagi penindasan seperti yang dialami Ahmad Syauqey. Hulurkan sumbangan anda bagi membantu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Jumlah yang diperlukan adalah RM10,000.

Solidariti Menentang Keganasan Polis!
"

Laman ini dikendalikan seorang warga internet bernama Pow Kiew An. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau berkata dirinya telah mendapat keizinan daripada isteri Syauqey untuk kutipan derma ini. Ketika ditanya mengapa dirinya terpanggil untuk melakukan usaha ini, Pow Kiew An berkata, "Syauquey berusia 37 tahun, seorang bapa seperti saya. Sebagai seorang bapa yang muda, kita semua berjuang untuk anak kita. Saya ternampak bayang diri saya di dalam Syauqey."

"Kami nak beritahu Syauqey, beliau tidak keseorangan," kata Pow Kiew An.

Menurut laman Donate To Free Syauqey, wang derma ini disalurkan kepada akaun Maybank isteri Pow Kiew An, yang bernama TAN SOOK BOON dengan nombor akaun 114235694545. Beliau menjelaskan bahawa baki akaunnya adalah RM30 sebelum ini, dan setelah kesemua wang dikutip, beliau akan menyerahkan kepada Lawyers for Liberty. Bagaimanapun, perkhidmatan bank itu tergendala sementara kerana kemasukan wang secara tiba-tiba, dan Pow berjanji akan menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat.

Pembaca diseru mengikuti laman sosial Facebook Donate To Free Syauqey untuk perkembangan terbaru.

Baca: Ahmad Syauqey: Kenapa harus saya bayar wang kepada peguam untuk membela saya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Empat Exco Wanita Handal Majukan Negeri

Posted: 21 Mar 2012 05:04 AM PDT




SHAH ALAM : Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak Mac 2008 berjaya membawa perubahan positif baik dari sudut kepimpinan mahupun kemajuan negeri.

Adun Kota Alam Shah dari BN, M.Manoharan berkata, kepimpinan Abdul Khalid yang bersifat telus dan bebas dari sebarang kontroversi seharusnya dicontohi dan dijadikan tauladan oleh barisan pimpinan Umno-BN

Jelasnya, keadaan ini amat berbeza daripada amalan korupsi dan penyelewengan hasil negeri yang diamalkan pemimpin Umno-BN yang pernah menjawat jawatan itu sebelum ini.

"Saya amat berpuas hati atas pentadbiran Menteri Besar dalam mengendalikan urusan pemerintahan kerajaan negeri. Apabila dibandingkan dengan pimpinan sebelum ini, ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada skandal dan bebas rasuah.

Malah hasil pasir juga meningkat, malah ekonomi Selangor berjaya menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara," katanya.

Manoharan berkata, Abdul Khalid juga dilihat berjaya mengharungi pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak terutama berhubung isu pelucutan jawatan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Menurutnya, tohmahan itu sebaliknya dijadikan pemangkin oleh Abdul Khalid untuk mengukuhkan pentadbiran negeri.

Dalam pada itu, beliau turut memuji peranan keempat-empat Exco Wanita yang berjaya menujukkan kehebatan serta kehandalan mereka dalam membangunkan portfolio masing-masing yang menyumbang kepada kemajuan negeri.

"Saya berbangga melihat kejayaan dan perubahan yang dibawa oleh exco wanita. Contohnya, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang memegang portfolio wanita telah berjaya membela nasib wanita termasuk ibu tunggal melalui pelbagai program yang diperkenalkan.

Selain itu, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali juga berjaya membawa kemajuan dari sudut pendidikan dengan memastikan tiada pelajar yang tercicir dari sudut pembelajaran. Saya ingin mencadangkan kepada Menteri Besar untuk membentangkan laporan kerja exco wanita kepada rakyat sebagai bukti kejayaan mereka dalam membangunkan negeri," jelasnya.

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi

Posted: 21 Mar 2012 04:58 AM PDT




SHAH ALAM : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

"Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

"Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,"soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

"Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,"jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

Posted: 21 Mar 2012 04:19 AM PDT




SHAH ALAM : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

"Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

"Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

"Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu," katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

"Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.

Umno halang, tahan petugas Izzah di balai polis

Posted: 21 Mar 2012 04:17 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Umno sekali lagi bertindak ganas apabila bertindak menahan tiga petugas Nurul Izzah dan mengheret mereka ke balai polis sewaktu mereka membuat bancian bagi Ahli Parlimen itu.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, tindakan itu jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk membantu rakyat di kawasannya.

"Petugas ini ditahan sekumpulan ahli Umno ketika mereka membuat bancian di kawasan PPR Kg Limau Pantai Dalam.

"Bukan setakat ditahan, malah petugas ini juga dibawa kumpulan Umno itu ke balai polis dan ini jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen di kawasan ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurut Fahmi, petugas -petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.

"Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam," katanya.

Mengenai dakwaan Umno semalam kononnya tiga mahasiswa diperalat dan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau menegaskan mahasiswa adalah golongan intelek dan tidak semudah itu mereka diperalat.

"Kenyataan itu jelas berniat jahat untuk memburuk-burukan Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang konsisten memperjuangkan hak rakyat di sini," tegasnya.

Selepas Izzah menawan Parlimen Lembah Pantai, Umno menggunakan pelbagai taktik untuk mengganggu tugas-tugas beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Selain gangguan Umno, Izzah juga disabotaj Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana Izzah berjaya mengesan berlakunya peningkatan mendadak undi pos di Lembah Pantai sebanyak 1,363 peratus.

Turut didedahkan sebelum ini adalah seorang pengundi bernama 'Balai Polis Kerinchi' yang 'lahir' pada tahun 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872.

Sivarasa gesa PSC siasat pemindahan pengundi secara haram

Posted: 21 Mar 2012 04:16 AM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihanraya menyiasat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung pemindahan kawasan mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa pengetahuannya.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan SPR bertentangan dengan Akta Pilihanraya 1958 yang melakukan persempadanan semula sebelum tempoh yang ditetapkan.

"Suruhanjaya tidak dibenarkan mengubah sempadan bagi negeri dan Parlimen melainkan dilakukan persempadanan semula selaras Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan dilaksanakan lapan tahun sekali.

"Dalam tempoh lapan tahun pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi sempadan kawasan negeri atau Parlimen seperti terjadi kepada Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Kawasan mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di laman web tersebut mendapati Khalid kini pengundi di kawasan pilihanraya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, lapor Malaysiakini.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Sivarasa berkata, jawapan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omaryang mengatakan kawasan Khalid tidak ditukar, tetapi sempadan diperbetulkan merupakan sesuatu yang dangkal.

Ini kerana, SPR merujuk kepada Seksyen 7(1), Akta Pilihanraya 1958, bagaimanapun peruntukan tersebut hanya terpakai bagi proses pembentukan daerah mengundi bagi setiap kawasan selepas persempadanan semula kawasan mengundi termasuk mengubah atau membuat kawasan baru.

"Seksyen 7(2) pula memperuntukkan pembahagian kawasan mengundi kepada daerah pengundian boleh diubah sekiranya perlu, bagaimanapun ini berlaku dalam pengundian yang sama.

"Perkara ini boleh disemak dalam laman web SPR di bawah Seksyen Persempadanan Bahagian Pilihanraya dan di bawah sub-seksyen Belah Bahagai Daerah Mengundi yang mana dinyatakan bahawa seorang pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi kawasan pilihanraya negeri apatah lagi sempadan pilihanraya Parlimen," jelasnya.

Di kawasan Subang juga beliau berkata, selepas semak daftar pengundi yang diwartakan oleh SPR untuk akhir September 2011 mendapati sekurang-kurangnya 208 pengundi dipindahkan kawasan mengundi DUN dan Parlimen.

"Saya telah membuat laporan di SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon supaya diadakan siasatan terhadap penyelewengan dan tindakan haram ini," katanya.

Campurtangan Najib dalam kes Felda bukti mahkamah tidak bebas

Posted: 21 Mar 2012 04:11 AM PDT

Oleh: Aedi Asri



KUALA LUMPUR: Pendedahan KEADILAN berkenaan butiran mesyuarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang campur tangan dalam kes Felda membuktikan bahawa sistem kehakiman negara sememangnya tidak bebas.

Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, dokumen itu secara terang menunjukkan sistem kehakiman negara tidak bebas dan berada di bawah telunjuk kerajaan Umno BN.

"Selain dari demonstrasi dan mengumpul tandatangan, tidak dapat tidak kita harus membawa isu ini ke mahkamah untuk mencari keadilan.

"Dokumen mesyuarat itu menunjukkan usaha kita selama ini untuk membela nasib peneroka melalui perundangan seolah-olah tiada nilai," ujar Suhaimi dengan nada kecewa.

Beliau merujuk kepada pendedahan yang dibuat Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution pada 19 Mac lalu yang menunjukkan dokumen rasmi mesyuarat Najib dengan pengurusan tertinggi Felda berkenaan isu Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (OER).

Butiran minit 7.9 dokumen tersebut menyatakan 'Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya.

Selain dari kes saman penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, Felda juga berhadapan banyak kes saman berhubung isu OER, termasuk dari 766 peneroka Felda Serting dan 400 peneroka Felda Chini.

"Apa lagi yang boleh dikatakan kepada sistem kehakiman. Kita tidak kisah sekiranya keputusan tidak memihak kepada kita, asalkan ia dibuat secara adil dan berlandaskan fakta.

"Di peringkat awal, melalui beberapa kes yang akan dibicarakan nanti, kita akan tengok sejauh mana pandangan dan arahan Najib diikuti mahkamah," kata Suhaimi.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan, kebanyakan peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Gua Musang mendapat pendapatan bulanan sebanyak RM400.

"Lebih malang, Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) membuang sekumpulan peneroka di sana hanya kerana mereka menyokong pembangkang," kata Ketua Cabang PKR Kuala Krau itu lagi.

Selangor perkenal inisiatif premium milik tanah

Posted: 21 Mar 2012 04:09 AM PDT

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif program bayaran premium RM1,000 bagi pemberi milikan tanah dan program bayaran premium bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing, lapor MediaSelangorku.

"Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu.

"Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar," jelas Abdul Khalid menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN pagi ini.

Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor.

Setakat ini, terdapat 356 orang penerima yang sudah lulus permohonan bayaran premium RM1,000 dengan 5 di Hulu Selangor, 136 di Hulu Langat, 89 di Kuala Selangor, 65 di Petaling, 3 di Sepang, 4 di Kuala Langat, 48 di Gombak serta 6 di Klang.

AMK gesa KPT campur tangan isu penarikan pinjaman pelajar

Posted: 21 Mar 2012 04:04 AM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar

Affandi Malik (paling kiri) dan Rozan Azen (berkacamata dua dari kiri) bertemu Saifuddin Abdullah di Parlimen


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mahu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin campur tangan terhadap penarikan pinjaman sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang menyertai demonstrasi BERSIH 2.0 akhir tahun lalu.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Rozan Azen Md Rasip berkata, tindakan memberhentikan pinjaman itu sebagai tindakan berat sebelah kerana kerajaan negeri sepatutnya membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Jika diberhentikan pinjaman, anak muda ini tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

"Ia merugikan kerajaan negeri kerana pelajar ini bakal menjadi ilmuan pada masa akan datang," katanya selepas bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen petang tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail dan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Affandi Abd Malik.

Pada 19 Mac lalu akhbar melaporkan Yayasan Terengganu menarik balik pinjaman yang diberikan kepada sembilan pelajar bidang perubatan dan pengajian Islam di Mesir setelah dikenal pasti terbabit dengan demonstrasi BERSIH di republik itu akhir tahun lalu.

Penarikan pinjaman itu dilakukan berkuat kuasa serta-merta mulai awal tahun ini.

Semua pelajar terbabit dikatakan menyertai perhimpunan di perkarangan Kompleks Asrama Negeri YT di Hayyu Hasyrr di Kaherah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penamatan pinjaman pengajian itu dibuat berikutan Yayasan Terengganu tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan semua pelajar terbabit selepas diberi surat tunjuk sebab mengenai pembabitan mereka dalam demonstrasi itu.

Dua daripada pelajar terbabit adalah penuntut tahun tiga perubatan yang mendapat pinjaman pembiayaan pengajian berjumlah RM300,000 seorang, manakala tujuh pengajian Islam antara tahun satu hingga empat mendapat kira-kira RM24,000 seorang.

Pengerusi MPN Terengganu, Azan Ismail

Sementara itu, Mohd Affandi berkata, AMK melancarkan tabung bagi membantu sembilan pelajar terbabit.

"Kami difahamkan mereka terpaksa menanggung kos sara hidup menggunakan wang sendiri setelah pinjaman diberhentikan. Jadi kita melancarkan tabung bagi membantu mereka melanjutkan pengajian dan menampung kos sara hidup di sana," katanya.

Mengulas perkara sama, Azan (gambar) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata sebagai Menteri Besar, Ahmad Said perlu melihat skop lebih luas bukan mengorbankan masa depan anak muda terengganu semata-mata perbezaan politik.

"Menyertai perhimpunan BERSIH bukan menghadiri aktiviti menentang kerajaan. Tindakan serta merta ini membunuh masa depan anak muda Terengganu yang berpotensi dalam bidang profesional," katanya.

Beliau juga berjanji akan membawa isu tersebut ke Parlimen untuk menuntut campur tangan pihak yang bertanggungjawab.

PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim

Posted: 20 Mar 2012 08:46 PM PDT


MALAYSIA KINI
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

Khalid: Saya masih boleh tanding di S'gor

Posted: 20 Mar 2012 08:44 PM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjemput Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menghadiri mesyuarat exco bagi meminta penjelasan mengenai bagaimana kawasan seseorang pengundi diubah.

NONEBeliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh SPR itu.

"Saya telah meminta setiausaha kerajaan negeri untuk menjemput pengarah SPR untuk menjelaskan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana mereka mengubahnya.

"Adakah mereka telah dimaklumkan dan bagaimana untuk tentukan jika mereka bersetuju atau tidak dengan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

NONESebelum ini, Malaysiakini melaporkan, kawasan mengundi Khalid telah ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web SPR.

Semakan di laman web itu mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi universiti.

Selain itu, Khalid menegaskan beliau masih lagi boleh bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

NONEJelasnya, hal ini kerana, kad pengenalannya masih beralamat Kampung Pasir Tuntong, Kuala Selangor.

"Alamat saya masih lagi di Pasir Tuntong di mana tempat saya dilahirkan. Kedudukan saya di Ijok bukan satu isu kerana semasa saya bertanding di Ijok pun, saya menggunakan alamat yang sama.

Radiasi berlebihan meskipun selepas 18 tahun

Posted: 20 Mar 2012 08:41 PM PDT

Kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.

NONEKumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) berkata fakta itu ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.

Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan), ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan.

Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.

Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.

NONE"Adalah dikesalkan bahawa dalam zon penampan 1.7 kilometr dari tapak pelupusan sisa, kita masih dapati ada aktiviti pertanian pembiakan ikan, haiwan dan sayur-sayuran," kata Tan.

Walau bagaimanapun, AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia.

Rakyat asing sertai demo Pengerang, dakwa Azalina

Posted: 20 Mar 2012 08:38 PM PDT

Anggota parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendakwa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia Petronas di tempatnya disertai rakyat negara asing.

umno supreme council special meeting 260809 azalina othmanBekas menteri perlancongan itu berkata, setelah membaca laporan di Internet berhubung peristiwa itu, belia turun menyaksikan tetapi mendapati tiada rakyat tempatan terlibat.

Dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Azalina berkata, perkara itu dapat dikesan melalui kereta yang menggunakan nombor pendaftaran negara asing.

Tanpa mahu menamakan negara itu, anggota parlimen BN itu berkata ia daripada negara jiran.

Pengerang, kawasan yang lesu di Johor, kelmarin dikejutkan dengan kehadiran 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

pengerang protest demo 180312Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa kerajaan BN bukan kerajaan yang kejam ... kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa pendapatan penduduk akan dijamin apabila mereka berpindah ke kawasan baru," kata Azalina.

Beliau juga membidas ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang mendakwa bahawa projek itu adalah "kilang radioaktif".

559 calon SPM 2011 peroleh semua A+

Posted: 20 Mar 2012 08:35 PM PDT

MALAYSIA KINI

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Pengawal keselamatan bagunan Komtar ditemui mati

Posted: 20 Mar 2012 08:34 PM PDT

MALAYSIA KINI

Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari ini.

Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal.

"Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Islam dan Yahudi

Posted: 20 Mar 2012 08:32 PM PDT

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan 'Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahah, 8-9)- MALAYSIA KINI

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

Tiada ulasan: