Rabu, 21 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


DIROGOL TUNANG DALAM KERETA

Posted: 21 Mar 2012 07:39 AM PDT


KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang.

Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.

Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan.

Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi.

"Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya.

"Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan.

HARIAN METRO


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ayah Pasang Kamera RAKAM Anak Remajanya Mandi

Posted: 20 Mar 2012 11:50 PM PDT



adelaidenow.com.au menyiarkan berita seorang lelaki berusia 50 tahun di Adelaide, Australia yang memasang sebuah kamera rahsia untuk merakam aksi anak perempuannya di bilik mandi. Apabila ditanya, lelaki itu tidak dapat menjelaskan sebab dia berbuat demikian.



Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bahan pornografi kanak-kanak dan satu tuduhan merakam filem sumbang melibatkan kanak-kanak bawah umur.



Selain itu, polis turut menemukan lebih daripada 2000 fail komputer semasa serbuan yang dibuat sekitar bulan Jun tahun lalu.



Peguamnya Michael Lutt, memberitahu sebuah Mahkamah Daerah bahawa anak guamnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dan atas sebab itu, dia banyak menghabiskan masa melayari internet. Situasi tersebut telah mendorongnya melihat bahan pornografi.



"Keadaan defendan umpama berkonflik dengan kelakuannya sendiri," katanya.



"Dalam dua situasi, dia telah membaling cakera keras jauh-jauh kerana tidak mahu melihat imej-imej tersebut."



Lutt berkata lelaki itu merakamkan empat kejadian berasingan di bilik mandinya dan menyimpannya  bersama-sama dengan koleksi imej yang dimuat turun dari internet.



"Defendan mengaku bahawa beliau memasang sebuah kamera di bilik mandi keluarga rumah tersebut," katanya.



"Lelaki itu pada dasarnya tidak dapat menjelaskan sebab yang mendorong dia terlibat dalam kelakuan tersebut."



Lelaki itu ditahan sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman minggu depan. -DCM





DCM



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Anwar Biseksual? Nalla dan Utusan disaman RM100 Juta.. amek kau!!

Posted: 20 Mar 2012 06:00 PM PDT



Kerana menyiarkan kenyatan fitnah si Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, Lidah Rasmi UMNO kini berhadapan saman RM100 Juta pula..


Sebelum ini Lidah Rasmi UMNO ini telah disaman sebanyak RM150 Juta oleh Anwar kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang mendakwa Anwar Ibrahim mahu menghalalkan homosek.. (baca di SINI)

Saman yang pertama berjumlah RM150Juta itu belum bermula lagi prosidingnya tapi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah dilaporkan sudah menjual peralatan mencetaknya (baca di SINI)

Akhirnya apa yang tinggal dalam Lidah Rasmi UMNO ni agaknya..

Yang disiarkan fitnah si Nallakarupan tu buat apa?? Takkan lah Editor Lidah Rasmi UMNO itu tak tahu bagi Nallakarupan tu tak ada dosa dan pahala..

Bloger Pro UMNO yang turut menyebarkan fitnah kononya Anwar Biseksual ni.. buat masa sekarang tak perlu risau, pasal aku tak dengar sebarang tindakan akan diambil Anwar terhadap mereka..

Nak saman buat apa.. buang masa saja sebabnya depa tu bukan ada berjuta-juta RM macam Utusan tu..

***********************************************

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Ini kenyataan Media dari Surendran..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.

Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

****************************************
Datuk Seri Anwar Ibrahim begins legal action against Utusan Malaysia & S. Nallakaruppan

I refer to the report published today in the front page of Utusan Malaysia alleging that Federal Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is bisexual and unfit to be the opposition leader. The allegations which are attributed to S Nallakaruppan are completely false, politically motivated and the worst kind of gutter journalism.

Prime Minister and UMNO President Najib Razak is fully responsible for this vile attack made by the UMNO-owned Utusan Malaysia upon Anwar Ibrahim. Instead of agreeing to Anwar's challenge for a public debate on policies and the economy, Najib has resorted to the lowest kind of character assasination through Utusan Malaysia. Utusan Malaysia's intolerance and lack of scruples reveals the true face of Umno and Najib, and makes nonsense of Najib's show of moderation and reform. Dishonest,unbalanced and unfair news reporting on political matters is usual among the BN-controlled print and electronic media. However, the UMNO-owned Utusan's continuous descent into lies,deceit and vicious political and race baiting has no parallel in the history of Malaysian journalism.

In these circumstances, Datuk Seri Anwar Ibrahim has commenced legal proceedings.Through his solicitors, he has on 20.3.2012 issued demand notices to Utusan Melayu(Malaysia) Bhd which is the owner of Utusan Malaysia and its Editor demanding retraction of the above allegations, an apology and damages in the sum of RM 100 million. A similar notice has been sent to S.Nallakarupan. Datuk Seri Anwar Ibrahim brings this action in the people's interest and to ensure fair and honest media reporting on matters of public interest.

Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

darisungaiderhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

Posted: 20 Mar 2012 03:00 PM PDT


Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli undi dalam pilihan raya lalu.

Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno meninggalkan parti yang disertai sejak tahun 1956.

Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?

Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?

Ada kemungkinan? Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dan pemimpin budak-budak dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendesak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.

Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia memberi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.

Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. [wm.kl.1:25 t/hari 19/03/12]-MSO



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: