| Pas persoal Hasan Ali tidak hadir majlis santapan diraja Posted: 20 Mar 2012 07:38 AM PDT Oleh: RISWANDI RAZAK
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.
"Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.
"Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua," katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.
Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.
Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.
Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini.
|
| Kenyataan Ringkas YB Nizar Berkaitan Isu PSC Lynas Posted: 20 Mar 2012 03:22 AM PDT |
| Anwar saman Utusan, tuntut gantirugi RM100 juta Posted: 20 Mar 2012 01:24 AM PDT Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ekoran laporan bahawa beliau adalah biseksual, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam notis itu, Anwar menuntut Utusan Melayu(Malaysia) Bhd yang memiliki Utusan Malaysia dan pengarangnya menarik balik berita itu, memohon maaf dan membayar RM100 juta sebagai ganti rugi.
Notis tuntutan yang sama juga dihantar kepada Datuk S. Nallakarupan yang laporkan sebagai sumber berita Utusan itu.
Perkara ini dimaklumkan oleh N Surendran, Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Utusan dalam laporannya di muka depan hari ini mendakwa, Anwar sebagai biseksual dan tidak boleh menjadi ketua pembangkang.
Bagi Surendran, dakwaan ini palsu sama sekali, mempunyai tujuan politik dan satu laporan yang bersifat politik longkang.
"Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab sepenuhnya atas dakwan jahat oleh akhbar Umno ini," kata Surendran.
Najib sepatutnya menerima tawaran untuk berdebat dengan Anwar tentang polisi dan ekonomi negara tetapi Najib memilih laporan yang paling hina melalui Utusan, kata beliau yang juga seorang peguam.
|
| PRU13: Daim ramal BN selamat tiga negeri sahaja Posted: 20 Mar 2012 01:17 AM PDT Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 20 Mac: Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.
Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.
"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.
"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.
Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.
Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.
Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.
Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.
Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.
Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.
Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.
|
| 'Pandangan Hadi bukan jawapan politik' Posted: 19 Mar 2012 10:21 PM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang Jumaat lalu melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis, bukan "jawapan politik" untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum dalam Islam, kata setiausaha akhbarnya, hari ini.
Mengulas pandangan Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Abdul Hadi hujung minggu lalu adalah selari dengan pendirian rasmi Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi bahawa Israel ditentang bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka.
Dalam pandangannya disiarkan Sinar Harian semalam, Mahmood Zuhdi antara lain menyifatkan kenyataan Presiden Pas mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, tindakan Abdul Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.
Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.
Abdul Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam, kata ahli akademik itu.
Mahmood Zuhdi, yang juga Pesuruhjaya Suhakam berkata, Ahli Parlimen Marang mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.
Mengulas lanjut perkara itu, Nasaie berkata, penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis.
"Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Keduanya, menurut Nasaie, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodoks sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar.
"Mereka menganggap penubuhan Negara Israel di atas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri.
"Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada di antara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut," katanya lagi.
Sehubungan Nasaie berkata, beliau terkeliru dengan kenyataan Mahmood Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia.
"Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi.
"Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut.
"Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah dizaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika," katanya lagi.
Mengenai poin Mahmood Zuhdi yang mengatakan bahawa jawapan Abdul Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat.
"Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden Pas dan disambut oleh Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) secara tegas bahawa Pas menolak kewujudan negara haram Israel.
"Malah Presiden Pas juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam," katanya lagi.
|
| Pendirian Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Isu Salman Rushdie Dipetik Dari Asiaweek 1993 Posted: 19 Mar 2012 06:54 PM PDT Mutakhir ini isu Salman Rushdie menjadi pilihan media UMNO dalam cubaan mereka untuk terus menyerang karektor peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim diatas jemputan penganjur India Today Conclave 2012 pada 16 March, 2012 telah dimanipulasi ekoran kehadiran sama Salman Rushdie. Ingin diperjelaskan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai slot yang berbeza dengan Salman dan beliau diundang untuk memberi ucapan sehari sebelum slot yang menampilkan Salman. Dato Seri Anwar Ibrahim telah memboikot acara yang melibatkan Salman Rushdie pada keesokan harinya iaitu 17 March 2012 bagi tanda memprotes tulisan kontroversinya yang menghina peribadi Rasullullah SAW. Berikut adalah Keratan Akhbar dari Asiaweek bertarikh 17 November 1993 yang menjelaskan pendirian Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Salman Rushdie. Soalan yang terkandung dalam petikan tersebut antaranya menyebut begini: Should the Ayatollah Khomeinei's death sentence on Salman Rushdie be lifted? Jawapan Dato Seri Anwar Ibrahim: I have read the Satanic Verses. I also read Midnight's Children much earlier. I think he's a profound writer. I disagree with him in The Satanic Verses, but you have to deal with this situation. First it is a literary piece. And second I think any ruling on any ill doing by any person must be determined by a court of law. I dont believe it's legitimate for someone to make a pronouncement to condemn any person. If countries dispute the writings of Salman, it should be brought to trial. … |
| Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual Posted: 19 Mar 2012 06:52 PM PDT Ahli Dewan Negara Datuk S Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara. Bercakap pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kuala Lumpur, petang semalam, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang. "Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap. "(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara. "Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya dipetik Bernama. Sementara itu, Utusan Malaysia pula melaporkan Nallakarupan secara terbuka mendakwa Anwar sebagai seorang biseksual. Ini, katanya, berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan ketua umum PKR itu sebelum ini. Menurut akhbar milik Umno itu lagi, Nallakarupan mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita. ''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya. |
| Selangor penyumbang terbesar KDNK Posted: 19 Mar 2012 04:35 PM PDT Abd Shukur Harun
Tidak syak lagi, di bawah kepimpinan MB Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agama Islam dapat terus dipertahankan di negeri itu di terngah-tengah usaha mengekalkannya sebagai negeri termaju.
Oleh itu, rakyat Selangor akan dapat terus menikmati kemakmuraan dengan penuh adil di negeri kaya ini di bawah Pakatan Rakyat. Dengan demikian tertolaklah segala fitnah dan tuduhan Umno/BN yang kini berusaha keras untuk merampasnya dalam PRU Ke-13 akan datang.
Kemajuan pesat Selangor ini telah ditegaskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Kedua belas baru-baru ini.
Baginda melahirkan rasa syukur kepada Allah, apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini. Menurut baginda lagi, kejayaan ini adalah berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri, perlu berusaha dan terus bertindak untuk mengagihkan hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat secara adil.
Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatat pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.
"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda.
Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.
Sidang Dewan Undangan Negeri itu berlangsung ketika PRU Ke-13 sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak, malah ada yang menjangkakan akan berlangsung awal Jun ini, namun segala-galanya belum pasti.
Dengan kekayaannya yang ada, Selangor terbukti menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Negara, iaitu dengan anggaran 22 peratus. Ini bermakna Selangor dan rakyatnya menjadi pembayar cukai terbesar kepada negara.
Oleh itu pemimpin Umno/BN yang mengungkit bahawa rakyat di Selangor menerima paling banyak pemberian RM500 baru-baru ini sewajarnya melihat fakta sumbangan Selangor ini dengan rasional dan fikiran terbuka.
Tidak lama dulu, dalam pertemuan saya beserta Dinsman dan Bara Jiwa dari Seniman Paksi Rakyat dengan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim di pejabatnya, Menteri Besar itu optimis bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan dapat mengekalkan prestasinya, malah akan terus meningkatkannya.
Yang menjadi fokas percakapannya dengan kami ialah hasrat kerajaannya untuk mengagihkan kemakmuran Selangor ini kepada rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana, katanya, keadilah menjadi paksi utama kesyumulan Islam.
Beliau telah melawat pelbagai tempat di seluruh Selangor, menyaksikan kehidupan pelbagai golongan masyarakat. Antaranya, beliau melawat dan menyaksikan kehidupan kawasan flet murah yang penuh sesak, kawasan pedalaman yang jauh di utara Selangor dan pelbagai lagi. Beliau mendengar secara langsung masalah rakyat dengan penuh pengertian dan simpati.
Sebagai tokoh ekonomi yang pernah menjadi tokoh korporat terkenal, Tan Sri Abd Khalid sangat berhati-hati dalam mengendalikan pengurusan kewangan negeri yang kaya itu, supaya pengurusan kewangan itu berjalan dengan betul, kerana, katanya, 'ini adalah amanah rakyat yang mesti dipegang sekukuhnya.
' Adapun jumlah pelaburan tahun 2011 di Selangor dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan. Ini suatu kemajuan yang sangat memberansangkan.
Juga sangat menarik dalam titah Sultan Selangor itu ialah baginda turut percaya dengan Menteri Besar yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mampu memartabatkan lagi agama Islam dan umat Islam di Selangor.
"Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam." kata baginda.
Pada pendapat saya, dengan kemajuan negeri Selangor yang pesat, dalam masa yang sama dapat terus mempertahankan Islam seutuhnya, jelaslah bahawa kerajaan Selangor akan dapat terus memperkukuh harapan rakyat untuk membina kehidupan yang cemerlang baik di dunia mahupun akhirat.
Tan Sri Abd Khalid dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor sudah sewajarnya dipertahankan dalam PRU ke-13 nanti. Inilah sebuah kerajaan yang sangat menjanjikan.
|
| Umno Kota Bharu tidak gentar hadapi Zaid Posted: 19 Mar 2012 04:32 PM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian
KOTA BHARU - Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menyatakan rasa tidak gentar dengan kesediaan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, untuk bertanding dalam pilihan raya nanti, sesiapa pun boleh bertanding asalkan layak dan cukup syarat.
"Perlembagaan di negara ini membenarkan hak untuk rakyat bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun), jika mereka cukup syarat dan beliau (Zaid) ada hak untuk bertanding jika menepati kelayakan.
"Ia terbuka kepada sesiapa dan sebab itulah ada di sesetengah tempat, ada yang berstatus 'nenek' bertanding dan berkempen semasa pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Cakna Rakyat di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini.
Jumaat lalu, ketika melancarkan jentera pilihan rayanya, Zaid menyatakan kesediaan bertanding untuk Parlimen Kota Bharu atas kapasiti calon bebas tanpa mewakili mana-mana parti untuk PRU13.
Zaid berkata, Umno tidak mengira siapa yang akan bertanding kerana parti berkenaan tetap akan lawan dengan sesiapa sahaja calonnya.
"Sudah tentu ada ancaman daripada mana-mana parti termasuk daripada Zaid, tetapi saya rasa itu perkara biasa dalam politik.
"Perlawanan tetap perlawanan, kita tidak ambil mudah perkara berkenaan dan berhati-hati, tetapi saya percaya, rakyat boleh menilai parti mana yang banyak membela mereka," katanya.
Semasa pelancaran jentera pilihan rayanya, Zaid berkata, beliau lebih selesa bertanding atas diri sendiri kerana yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan