Sabtu, 10 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin

Posted: 10 Mar 2012 03:17 AM PST

V Sivakumar,

Kekayaan negara kita dibolot oleh golongan kaya. Manakala golongan miskin pula semakin hari semakin miskin. Jurang pendapatan di antara dua golongan ini menjadi semakin luas.

Ini adalah kerana polisi-polisi kerajaan Barisan Nasional yang terlalu memihak kepada golongan bangsawan yang merupakan kroni-kroni mereka. Golongan miskin pula ditindas dan dikerah untuk pembangunan negara.

Ini juga dibuat untuk membantu golangan kaya raya yang menjadi usahawan-usahawan yang memberi pekerjaan kepada golongan miskin ini. Dasar diskriminasi adalah jelas kerana kerajaan tidak sanggup melaksanakan gaji minima RM1,100 sebulan.

Jika dasar ini dilaksanakan golongan pekerja akan menikmati sedikit sebanyak manfaat dan meringankan beban hidup mereka. Dalam keadaan tekanan inflasi, gaji minima RM1,100 dapat membantu golongan miskin ini. Tetapi, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk membantu golongan miskin ini semata-mata untuk membantu golongan bangsawan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam ekonomi negara ini.

Golongan terkaya di negara ini mengawal sebahagian besar ekonomi negara. Data menunjukkan bahawa 38.4% pendapatan ekonomi negara dikuasai oleh 10% golongan terkaya di negara ini. Manakala 10% golongan termiskin pula hanya menguasai 1.7% pendapatan ekonomi di negara kita.

Oleh yang demikian, tidaklah menjadi salah kalau dikatakan dasar kerajaan Barisan Nasional adalah terlalu memihak kepada golongan bangsawan dan mengabaikan golongan miskin. Adakah pemberian RM500 kepada golongan miskin dan sederhana akan mengubah kedudukan statistik ini?

Pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia ini adalah semata-mata untuk mengkaburkan mata rakyat daripada melihat statistik kedudukan ekonomi rakyat yang sebenar. Barisan Nasional cuba meberi 'ketulan-ketulan tulang' kepada golongan miskin.

Manakala golongan kaya pula membolot 'daging-daging yang berisi.' Ini dibuktikan dengan data 38.4% pendapatan ekonomi yang dikongsi bersama oleh 10% golongan paling kaya di negara ini.

Barisan Nasional tidak berminat untuk mengagihkan kekayaan negara. Tun Mahathir berkata jika kerajaan melaksanakan dasar gaji minima RM1,100 negara kita akan menjadi bankrap. Tetapi, beliau tidak nampak anak-anaknya yang mendapat projek berjuta-juta ringgit.

Negara tidak menjadi bankrap apabila kekayaan negara dibolot oleh anak-anak Tun Mahathir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya. Negara tidak menjadi bankrap apabila Rosmah membeli cincin berjumlah RM24 juta.

Negara tidak menjadi bankrap apabila keluarga Sharizat gasak RM250 juta di bawah projek lembunya. Negara tidak menjadi bankrap apabila Najib dan menteri-menteri Kabinet boros membelanjakan berjuta-juta ringgit melalui program-program tidak berfaedah untuk mempromosikan diri mereka.

Negara juga tidak menjadi bankrap walaupun RM1027 billion wang rakyat berada di luar negara sebagai wang panas. Negara tidak menjadi bankrap apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperi Khir Toyo terlibat dalam skandal rasuah berjuta-juta ringgit.

Pendirian Tun Mahathir jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja untuk golongan bangsawan yang kaya raya tetapi tidak berniat membantu golongan miskin yang amat memerlukan.

Pakatan Rakyat berjanji untuk mengurangan jurang pendapatan di antara golongan miskin dan golongan kaya. Satu daripada polisi yang akan dilaksanakan di bawah program ini ialah gaji minima RM1,100.

Gaji minima ini adalah penting untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan miskin terutamanya dalam keadaan ekonomi negara dilanda inflasi.

V Sivakumar ialah Timbalan Pengerusi DAP Perak dan Adun Kawasan Tronoh

Erykah: The Star enggan jumpa Pemuda PAS

Posted: 10 Mar 2012 03:15 AM PST

Muhammad Faizal,


GOMBAK:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberitahu pihaknya telah menerima jawapan daripada akhbar The Star berhubung pertemuan bagi membincangkan isu Erykah Badu yang diterbitkan oleh akhbar berkenaan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan memberitahu Harakahdaily jawapan tersebut diterima melalui faks semalam.

"Mengenai cadangan pertemuan DPPM dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star seperti mana yang kita putuskan pada 5 Mac yang lalu, pihak DPPM telah menerima maklum balas mengatakan mereka tidak bersedia untuk bertemu.

"Pihak akhbar The Star tidak menyatakan lebih terperinci kenapa mereka enggan menerima pelawaan tersebut dan mereka hanya mengatakan belum bersedia, jawapan kita perolehi semalam melalui faks," jelasnya.

Nasruddin turut menyatakan cadangan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum mendapat kata putus sehingga sekarang.

"Manakala pertemuan dengan Tun Mahathir kita belum menerima jawapan lagi kerana kita dimaklumkan bahawa beliau berada di luar negara.

"Walaupun cadangan pertemuan itu pada 12 Mac tetapi pihak DPPM bersedia jika Tun Mahathir mempunyai cadangan untuk meminda pada tarikh lain termasuk juga bentuk pertemuan tersebut," sambungnya lagi.

Pada 5 Mac lepas DPPM telah mengutuskan surat kepada akhbar The Star dan Mahathir bagi membincangkan isu-isu yang menjadi kontroversi di negara ini.

Perbincangan dengan The Star mengenai kemasukan penyanyi antarabangsa Erykah Badu yang telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam kerana terdapat tatu perkataan 'Allah' di dadanya.

Tun Mahathir pula terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.

Pemuda PAS lancar Tabung Kemanusiaan

Posted: 10 Mar 2012 03:13 AM PST

Muhammad Faizal,


GOMBAK- Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan hari ini menjelaskan pihaknya melancarkan Tabung Kemanusian.

Jelasnya, tabung tersebut bagi membantu keluarga imam Hoslan Hussin, 46, yang dihukum penjara setahun akibat tindakan beliau melempar selipar kepada hakim.

"Kita hari ini telah melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu keluarga imam tersebut, yang mana pendapatan beliau tidak dapat menampung isteri dan anak-anaknya sepanjang beliau dipenjara," katanya.

Nasruddin berkata, hukuman yang dikenakan terhadap imam tersebut tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.

"Kita berharap mahkamah meneliti semula hukuman dikenakan, dan ia dilihat tidak setimpal yang mana bekas Menteri Besar Selangor sebelum ini juga dikenakan penjara setahun sedangkan ia melibatkan rasuah jutaan ringgit.

"Tetapi imam yang hanya lempar selipar kerana keliru dengan keputusan, bagi saya di luar kawalan beliau juga dikenakan setahun penjara, rasanya itu tidak adil dari segi pelaksanaan hukuman," jelasnya.

Tambahnya, mahkamah perlu memberi hukuman yang lebih ringan ke atas Hoslan.

Hoslan yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan pada Khamis lalu setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.

Nasrudin juga memberitahu, pihaknya akan membantu seorang warga emas yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di ibu negara.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Sumbangan boleh diberikan melalui Tabung Kemanusian Pemuda PAS (564025400100 - Maybank).

Bantuan sekolah: Kenapa Felda beri runding terus?

Posted: 10 Mar 2012 03:05 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa berlaku penyelewengan oleh Felda berhubung pembekalan kelengkapan sekolah kepada anak peneroka yang dibuat secara runding terus.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ianya membabitkan bantuan kelengkapan dengan nilai RM185 bagi setiap murid yang berlumlah 15,000 orang.

Bantuan tersebut terdiri daripada 2 pasang pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan sepasang kasut bagi setiap pelajar.

"Nilai keseluruhan kalau kita kira lebih kurang RM2.775 juta. Kita dapat maklumat ianya diberi secara runding terus tanpa ditender, kenapa runding terus, itu yang kita persoalkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sambil mendedahkan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan itu, Mazlan berkata projek itu diberikan kepada syarikat Maxli Resources Sdn. Bhd.

Manakala pegawai yang berkait dengan projek itu, katanya adalah Pegawai Khas kepada Pengerusi Felda iaitu Muhammad Zahid Md. Arip.

Mazlan turut mempersoal bagaimana pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan itu dibuat di peringkat tanah-tanah rancangan.

"Kita buat survey, banyak Felda tak mengagihkan kelengkapan ini. Kita kira-kira sekurangnya mereka boleh buat untung RM1 juta untuk projek ini," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad serta Pengerusi Yayasan Felda membuat penjelasan.

Konvensyen Kebangsaan

Pada sidang media sama, Mazlan turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan konvensyen kebangsaan membincangkan masa depan dan hala tuju Felda.

Konvensyen itu akan diadakan pada 22 April ini dan bakal menampilkan tokoh-tokoh berkaitan Felda bagi berkongsi pandangan.

Ianya termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dan juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Alias Raja Ali yang terkenal dengan jolokan arkitek Felda.

Konvensyen itu menurut Mazlan, turut akan membincangkan pro dan kontra penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Untuk tujuan itu katanya, konvemsyen tersebut akan menjemput kedua-dua wakil iaitu yang menyokong dan yang membantah penyenaraian itu untuk membentangkan kertas kerja.

Selain mereka, semua 222 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan turut akan dijemput ke program tersebut.

Harga Skim Rumah Pertamaku Najib ‘tidak munasabah’, kata kumpulan pembeli rumah

Posted: 10 Mar 2012 03:04 AM PST


KUALA LUMPUR — Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah Pertamaku sebagai dasar "tidak bijak" selepas dilaporkan pada minggu ini ia bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah.

Skim yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu berdepan dengan masalah kerana bank-bank enggan memberi 100 peratus pembiayaan hartanah mencecah RM400,000 kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong memberitahu The Malaysian Insider penyediaan pembiayaan pinjaman RM400,000 di bawah skim itu untuk "perumahan mampu" adalah "tidak munasabah dan seseorang perlu memberitahu perdana menteri tentang fakta yang salah."

"Ia jelas perdana menteri kita tidak bijak dengan kepentingan diri kerana menyediakan harga setinggi RM400,000 untuk pekerja berpendapatan bawah RM3,000," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dengan bank dan mendapati kebanyakan pemohon merupakan individu yang disenarai hitamkan atau tidak mempunyai bukti pendapatan sahih.

"Maklum balas mengatakan jika rakyat tidak mampu membelinya, maka jangan beli. Bagaimana anda boleh mengambil pinjaman 100 peratus pinjaman seperti itu tanpa komitmen?" katanya.

Chang berkata bagi 20-tahun pinjaman untuk RM400,000 mengikut standard industri dua peratus di bawah kadar pemberian pinjaman asas memerlukan satu ansuran bulanan RM2,552 atau 85 peratus daripada RM3,000.

Beliau menambah untuk 30-tahun perjanjian memerlukan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,051 atau 68 peratus daripada RM3,000.

Laman web skim itu juga mengatakan untuk layak menyertai program itu, pembayaran balik tidak boleh melebihi 55 peratus daripada pendapatan kasar pemohon.

"Ia tidak mengejutkan terdapat kelulusan sifar kerana peminjam-peminjam mampu hidup melebihi kemampuan mereka."

Beliau berkata berdasarkan garis panduan Bank Negara pembayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga pendapatan, pinjaman bagi skim itu sepatutnya di antara RM150,000 hingga 180,000.

Perdana menteri mengumumkan pada Oktober lalu ketika membentangkan Belanjawan 2012 bahawa pinjaman permulaan skim itu akan dinaikkan sehingga RM400,000 sebagai harga hartanah.

Kerajaan terlebih dahulu berkata agensi pembiayaan dan gadai janji milik kerajaan negeri akan menyediakan deposit 10 peratus bagi membeli rumah.

Chang mencadangkan jika kerajaan serius tentang kemampuan perumahan, ia sepatutnya "memasuki satu usaha sama dengan pemaju bukan kroni" yang mahu harga mencecah RM400,000.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya menghapuskan kos tanah dengan "menyediakan lokasi strategik" seperti tanah di Sungai Besi dan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh.

"Daripada mahu lot tanah ini menjadi 'nilai tinggi,' cuba dapatkan perumahan mampu milik," katanya.

Chang menambah pemohon yang berkelayakan mesti menetap di rumah yang dibeli sekurang-kurangnya 10 tahun dan hanya dibenarkan menjual balik kepada kerajaan jadi ia boleh diberikan semula kepada "generasi pembeli berikutnya yang memerlukan perumahan mampu milik."

Harga hartanah di kawasan bandar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat sehingga 40 peratus pada 2010 dengan kadar faedah yang rendah dan pertambahan dalam pembelian spekulatif, walaupun harga meningkat lebih perlahan tahun lepas kerana langkah-langkah mengawal kelembapan sentimen seperti satu kenaikan cukai keuntungan harta.

Beberapa laporan juga menganggarkan harga hartanah akan meningkat dari 5.9 kali pendapatan pada 1989 kepada 10.9 kali pada 2010.

Kajian Demografi Rumah Mampu Milik Global menyifatkan harga pasaran, iaitu harga hartanah berada di 5.1 kali pendapatan kelas pertengahan atau lebih, sebagai "tidak mempunyai kemampuan."

HBA tahun lalu mengingatkan anak muda akan berdepan risiko dihalang memasuki pasaran hartanah disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi.

Najib akan muktamadkan semua calon BN, mahu pastikan kemenangan

Posted: 10 Mar 2012 03:00 AM PST




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan bakal mengadakan pilihan raya pada separuh pertama tahun ini. — Gambar fail.
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengadakan pilihan raya pada separuh pertama tahun ini, mengarahkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) muktamadkan senarai calon tetapi beliau akan membuat keputusan akhir calon bagi memastikan kemenangan, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri memberitahu menterinya agar isu Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) diselesaikan segera sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Ini bermakna Najib mungkin tidak akan memperbaharui jawatan senator Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas 8 April dan menamatkan kerjaya menterinya walaupun telah didedahkan NFC yangdiketuai keluarganya menggunakan dana kerajaan untuk tujuan lain.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Najib telah menyemak pertukaran pemegang saham MAS-AirAsia yang dibuat pada Ogos lalu tetapi masih belum mendapat sebarang perjanjian.

"Ini seperti pusingan terakhir untuk BN sebelum pilihan raya umum diadakan. Najib telah memberitahu pemimpin BN bahawa beliau akan muktamadkan semua senarai calon termasuk mereka punya," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiap parti dalam BN kebiasaannya akan memberikan senarai calon yang diluluskan pengerusi tetapi Najib menekankan agar meletakkan "calon boleh menang", calon-calon yang boleh mengekalkan dan mendapatkansemula kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Terdapat kebimbangan beberapa pemimpin parti komponen yang boleh menjejaskan peluang BN mendapatkan semula kemenangan dua pertiga Parlimen mungkin tidak akan dipilih sebagai calon.

"Najib mempunyai dua matlamat, pertama mendapatkan sekurang-kurangnya memenangi 140 kerusi yang diperoleh Pak Lah semasa pilihan raya umum 2008 dan kedua mendapatkan semula kemenangan dua pertiga majoriti," tambah sumber itu, merujuk kepada saiz kemenangan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum 2008 yang diadakan pada 8 Mac.

Tetapi kebimbangan utama perdana menteri penggal pertama ini adalah jumlah isu-isu kontroversi yang menjejaskan gabungan itu di peringkat akar umbi walaupun usaha bersepadu diadakan untuk memenangi semula hati rakyat dengan menggunakan inisiatif ekonomi.

Kontroversi ekonomi mendahului tajuk-tajuk utama di portal-portal berita dan akhbar pembangkang dengan maklumat terperinci tentang pinjaman mudah RM250 juta kerajaan untuk projek ternakan lembu yang digunakan untuk membiayai rangkaian restoran, kondominium mewah dalam dan luar negara. Keluarga Shahrizat menafikan melakukan kesalahan sementara polis mencadangkan tindakan pecah amanah diambil.

Bagaimanapun Peguam Negara memulangkan semula kertas laporan polis untuk siasatan lanjut manakala Shahrizat telah menyaman pemimpin pembangkang yang mengatakan beliau terlibat dalam pemberian projek kepada keluargnya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penglibatan Shahrizat namun masih belum mengumumkan sebarang keputusan.

Najib berkata kedudukan Shahrizat dalam Kabinet adalah haknya apabila didesak menggugurkannya termasuk dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain.

"Sukar untuk kami menjelaskannya kepada rakyat apabila kami turun ke bawah. Mereka mahu tahu mengapa keluarga beliau (Shahrizat) boleh mendapat RM250 juta tetapi mereka tidak boleh mendapat pinjaman kecil daripada bank untuk memperbesarkan ladang atau perniagaan," kata pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor disoal pelbagai persoalan daripada Umno Johor minggu lepas semasa membuat tinjauan persediaan pilihan raya. Pemimpin dari negeri kelahiran Umno itu memberitahu beliau mereka bimbang tentang jumlah isu yang berpunca daripada Putrajaya dan pemimpin tertinggi Umno.

"NFC telah pun menjadi isu dan sekarang Kidex. Bagaimana kami mahu jelaskannya kepada rakyat yang melihat Umno sebagai mesin yang mendatangkan kentungan?" kata seorang pemimpin Umno Johor, merujuk peruntukan RM2 bilion lebuh raya Kinrara-Damansara yang diberikan kepada konsesi peguam Umno Tun Zaki Azmi.

Pemimpin Umno Sabah juga memberitahu The Malaysian Insider beliau menyokong langkah Najib menyemak semula perjanjian MAS-AirAsia walaupun ia menyukarkan pengguna di negeri itu.

"Saya tahu MAS melihat tentang kos tetapi ia perlu mengawal pemerolehan dan pendapatan sebelum memotong laluan-laluan yang menjadi garis pelancongan kita," katanya merujuk kepada laluan program rasionalisasi sejak enam bulan lalu yang memperlihatkan jumlah penerbangan yang kurang ke negeri itu.

Najib telah mula menyelesaikan beberapa isu utama yang melanda pentadbiran beliau termasuk tindakan balas dari kakitangan awam apabila beliau menggunakan semula skim gaji lama dengan beberapa penambahbaikan selepas dibantah hebat.

Semalam, beliau berjanji penyelesaian dalam tempoh dua minggu kepada mereka yang tidak menggunakan Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) tetapi dipaksa bayar RM9.10 apabila melintas dari Causeway untuk ke kompleks Imigresen.

Ia dilihat satu peningkatan keyakinan Najib, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan kadar sokongan terhadap beliau naik 10 peratus kepada 69 peratus selepas memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian dilakukan Merdeka Center mendapati perdana menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat perlima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Tetapi kurang daripada separuh 1,022 pengundi bulan lalu berkata "mereka gembira dengan kerajaan."

Populariti presiden Umno ini menghadapi penurunan sejak memperoleh sokongan tertinggi 72 peratus pada Mei 2010, sebelum menurun kepada 69 peratus pada November tahun sama sebelum menjunam kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi negara telah pulih daripada penguncupan kecil pada 2009 dengan mencatat perkembangan 7.2 peratus pada 2010 sebelum pertumbuhan kembali perlahan tahun lalu.

Azizan sangkal JK Pemandu usaha sekat kuasa MB

Posted: 10 Mar 2012 02:59 AM PST

MALAYSIA KINI

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyangkal dakwaan konon penubuhan Jawatankuasa Pemandu adalah antara usaha mengehadkan kuasa Menteri Besar.

Sebaliknya, Kedah tertakluk pada Undang-Undang Tubuh Negeri, walaupun Jawatankuasa Pemandu diwujudkan PAS Pusat bagi memantau perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri, lapor Sinar Harian hari ini.

NONEAzizan berkata, berdasarkan perlembagaan negeri itu, kuasa Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak terjejas kerana ia adalah kuasa eksekutif tertinggi dalam pentadbiran.

"Mana-mana negeri ikut perlembagaan negeri. Jawatan­kuasa Pemandu sekadar bagi pandangan tak kan pula tidak boleh bagi nasihat.

"Memang perkara seperti itu tiada dalam perlembagaan Kedah, tetapi orang bagi nasihat, kita dengarlah," katanya.

Menurut Azizan lagi, beliau sendiri pun belum dapat maklumat terperinci mengenai jawatankuasa itu.

"Macam mana nak komen, lebih baik tunggu ia diwujudkan dahulu, barulah tahu peranan dan ke mana perlu dirujuk," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini berkata, Pas Pusat akan membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu dalam mesyuarat bulanan parti itu, Isnin depan.

Muslimat PAS sumbang RM800 sebulan bantu isteri imam

Posted: 10 Mar 2012 02:56 AM PST

Zulaikha ZulkifliDewan Muslimat PAS akan memberi sumbangan sebanyak RM800 sebulan kepada isteri Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, sumbangan itu akan diberi secara berterusan selama setahun sebagai tanda simpati dan membela nasib isterinya, Noorliza Mat Isa yang menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah.

"Kami bercadang untuk beri sumbangan tetap kepada isteri Hoslan yang mempunyai tujuh orang anak.

"Kita perlu membela mereka yang sepatutnya dapat pengadilan sewajarnya. Jadi dalam tempoh setahun itu, kita akan beri setiap bulan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Karpal akan mohon semakan hukuman imam

Posted: 10 Mar 2012 02:52 AM PST

Peguam veteran, Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas imam Hoslan Hussain ekoran insiden melempar selipar.

Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".

NONEKarpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan
rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.

"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.

"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.

NONEPada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.

Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.

Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.

Bertunang: Rakyat perlu bukti, bukan sekadar nafi

Posted: 09 Mar 2012 10:26 PM PST

Mohd Rafizi Ramli,

Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.

Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.

Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:

Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan

Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.

Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

Mohd Rafizi

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

SBPA: Transformasi 1Malaysia Najib gagal

Posted: 09 Mar 2012 10:23 PM PST

HARAKAH DAILY


Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.

Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga. Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.

Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju.

Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, yang akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.

Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna.

Isu SPBA berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR. Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda. Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga.

Dalam flip-flop terbaru ini, jelas ia adalah akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan. Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama.

Oleh kerana sikap gopoh-gapah inilah rakyat dapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – "Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan."

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat



Parlimen : Undang-Undang Ganti ISA Dijangka Tumpuan Utama

Posted: 09 Mar 2012 10:17 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima Isnin ini.

Seri Paduka akan menyempurnakan majlis istiadat berkenaan buat pertama kali selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas.

Pada majlis itu, Seri Paduka dijadual menyampai titah ucapan diraja yang akan dibahaskan oleh kesemua anggota Parlimen bermula Selasa.

Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 20 hari bermula Isnin hingga 12 April depan.

Dari perspektif politik, sidang itu dilihat amat signifikan kerana beberapa agenda penting, yang bakal mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial di negara ini, dijangka dibentangkan pada mesyuarat itu.

Antaranya pembentangan dua undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pasti akan diberi fokus tambahan oleh pelbagai pihak, khususnya pemerhati politik.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan membentangkan dua rang undang-undang baru yang sesuai bagi menggantikan ISA dalam sidang Parlimen kali ini.

Tugas berat menanti 222 anggota Dewan Rakyat yang menggalas harapan rakyat untuk memastikan undang-undang baru digubal itu mampu memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu, katanya, akan membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain.

Menurutnya undang-undang baru itu juga akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Akta ISA hanya akan dimansuhkan selepas dua undang-undang baru itu diwartakan.
Selain itu, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan memberi kebebasan kepada warga kampus untuk berpolitik, juga bakal mendapat perhatian anggota Dewan Rakyat.

Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk meminda AUKU dengan menekankan kepada dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus dan mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Seksyen 15 AUKU 1971 menyebut pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor.

Tumpuan juga akan diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang akan membentangkan laporan akhir mengenai syornya di Parlimen sebelum diwartakan menjelang minggu pertama April.

Ramai pasti menunggu seberapa banyak cadangan yang dikemuka jawatankuasa itu akan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilaksanakan.

Walaupun terdapat beberapa isu penting lain seperti penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia dan pertukaran saham MAS-Air Asia, namun ramai yang berpendapat, urusan-urusan kerajaan di atas perlu diselesaikan segera kerana ia sebahagian 'perisai' penting untuk Barisan Nasional (BN) berdepan 'musuh' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mandat semasa akan berakhir April 2013.

Gula-gula Lolipop Bahaya Kepada Kesihatan

Posted: 09 Mar 2012 10:14 PM PST

ANTARA POS.COM


GEORGETOWN : Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.

Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.

"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.

"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini.

Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.

Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.

"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.

Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu.

Pakatan Rakyat kuat, rakyat dapat nikmat

Posted: 09 Mar 2012 10:13 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Selama ini, katanya pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.

Di samping itu, tambahnya berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.

Menurutnya, antara faedah yang rakyat perolehi, terbaru kerajaan memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang selain memansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.

Di samping itu, katanya GST, saman ekor, cukai 6% pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.

Begitu juga, ujarnya kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.

"Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion," ujarnya.

Menurutnya lagi, begitu juga RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200 untuk pelajar universiti.

"Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

PAS Tawau kesal surat arahan PPD

Posted: 09 Mar 2012 09:58 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS kawasan Tawau melahirkan rasa hairan kenapa pejabat Pejabat Pelajaran Daerah itu boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru mereka.

Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.

Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.

Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.

Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.

"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.

Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.

Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".

Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".

Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".

Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.


Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan. Surat telah dibatalkan".

Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.

Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

1Care: Fahami kebimbangan rakyat

Posted: 09 Mar 2012 09:56 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR,: PKR mengalu-alukan kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan masih lagi jauh daripada memuktamadkan model bagi sistem 1Care.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk Barisan Nasional di dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa.

"Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan itu sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwar-warkan Perdana Menteri.

Tambahnya, apa yang membimbangkan PKR ialah sama ada jaminan Liow itu bermakna apabila melihat isu terbaru kes Lynas.

Ini, katanya kerana selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.

Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, ujarnya lagi PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh daripada penempatan tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia.

"Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, kami mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan World Health Organisation (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratu," ujarnya.

WHO juga, katanya menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru, beliau menambah peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan beserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care.

"Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga," jelasnya.

Menurutnya, PKR menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya.

"Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini.

"Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

PM perlu dedah kerugian SBPA - Aziz Bari

Posted: 09 Mar 2012 09:54 PM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr. Abdul Aziz Bari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan kepada rakyat berapa jumlah wang yang telah dibazirkan kerajaan untuk skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"Tindakan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak hanya terhenti sekatan itu sahaja tetapi ia perlu didedahkan juga berapa kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi urusan tersebut.

"Najib tidak boleh berdiam diri selepas pemansuhan tetapi beliau perlu dedahkan segala kerugian akibat pemansuhan tersebut," katanya kepada harakahdaily.

Tambahnya lagi, Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas pembaziran yang berlaku sebelum SBPA dimansuhkan.

Menurutnya lagi, beliau pasti kos yang dikeluarkan bagi kajian SBPA itu adalah satu jumlah yang besar kerana ia melibatkan satu sektor yang besar.

"Saya yakin kerajaan telah mengeluarkan kos yang besar untuk kajian SBPA ini kerana ia semestinya meliputi kajian disemua peringkat dasar serta perlaksanaan.

"Kakitangan yang digunakan juga merupakan satu jumlah yang ramai, semua ini melibatkan kos," tegasnya

Abdul Aziz berkata, rakyat berhak mendesak Najib menyenaraikan segala kos yang dikeluarkan bagi SBPA kerana itu adalah duit rakyat, malah jika tiada desakan dilakukan kerajaan akan mudah melakukan pembaziran wang rakyat.

Beliau juga mencadangkan pihak audit memainkan peranan bagi menilai kerugian yang berlaku.

"Kita tidak mahu amalan umum dan batal ini menjadi kegemaran kerajaan di bawah Najib, kerana tindakan tersebut menyebabkan pembaziran berlaku.

"Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam soal ini, bukannya lepas tangan malah pihak audit perlu pastikan serta bertindak atas kerugian disebabkan kegagalan Najib memastikan SBPA ini benar-benar berkesan sebelum membuat pengumuman perlaksanaan pada tahun lepas," sambung beliau lagi.

Jelas Abdul Aziz lagi, ini adalah gambaran jelas dalam kegagalan Najib mentadbir kerajaan yang mana setiap tindakan yang diumumkan hanyalah untuk menunjukkan kehebatannya tetapi sebaliknya adalah kegagalan.

Aziz Bari: Jawatankuasa Pemandu langkah tepat

Posted: 09 Mar 2012 09:49 PM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR:
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah sebagai langkah terbaik dan tepat.

Beliau yang juga pakar perlembagaan berkata, penubuhan itu juga tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang termasuk di peringkat negeri.

"Bagi saya penubuhan jawatankuasa pemandu ini adalah yang terbaik diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan ia merupakan keputusan yang tepat.

"Malah ia tidak mempunyai apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang sama ada diperingkat pusat mahupun negeri," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PAS Pusat yang mahu menubuhkan Jawatankuasa Pemandu di Kedah sebagai badan penasihat kepada kerajaan negeri itu.

Menurut Abdul Aziz, dengan penubuhan itu juga secara langsung dapat menghasilkan sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik.

Beliau turut menyatakan, Jawatankuasa Pemandu biasanya tidak bermaksud mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri malah jauh sekali ingin membuat keputusan.

Ia hanyalah sebagai bertindak sebagai pemantau sahaja bagi memastikan segala masalah yang timbul dalam pentadbiran negeri melibatkan anggota parti dapat diselesaikan.

"Saya berpendapat ia bertepatan dengan keadaan sekarang dalam usaha kita ingin menjadikan negeri di bawah Pakatan Rakyat ditadbir dengan baik.

"Malah penubuhan jawatankuasa Pemandu ini secara tidak langsung akan dapat menghasilkan sebuah pentadbiran yang lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan sekarang," jelasnya sambil menyelar pihak yang mempertikaikannya.

Kuasa MB, Exco masih tertinggi


Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan perlembagaan negeri itu, kuasa Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak terjejas dengan penubuhan jawatankuasa itu kerana mereka adalah kuasa eksekutif tertinggi dalam pentadbiran.

"Mana-mana negeri ikut perlembagaan negeri. Jawatan­kuasa Pemandu sekadar bagi pandangan tak kan pula tidak boleh bagi nasihat.

Memang perkara seperti itu tiada dalam perlembagaan Kedah, tetapi orang bagi nasihat, kita dengarlah," katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan konon penubuhan jawatankuasa itu antara usaha mengehadkan kuasa Menteri Besar, sebaliknya menyifatkan ia sebagai sebuah badan penasihat.

"Saya sendiri pun belum dapat maklumat terperinci mengenai jawatankuasa itu. Macam mana nak komen, lebih baik tunggu ia diwujudkan dahulu, barulah tahu peranan dan ke mana perlu dirujuk," katanya.

Batal MAS-Air Asia: Lagi bukti transformasi Najib gagal

Posted: 09 Mar 2012 09:42 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Cadangan menghentikan penggabungan MAS-Air Asia adalah satu lagi bukti kegagalan program transformasi ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seperti Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), penggabungan MAS-Air Asia gagal kerana Najib tidak mengambilkira hasrat dan kemahuan rakyat, iaitu pemegang-pemegang saham dan pengguna.

"Cadangan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia itu sekali lagi dengan jelas membuktikan bahawa Najibnomics hakikatnya adalah Najibcomic.

"Apa yang dimegahkan sebagai Najibnomic oleh pembodek-pembodek Perdana Menteri itu hakikatnya adalah polisi-polisi ekonomi separuh masak, flip flop dan tidak ada pemikiran yang jelas sebelum dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu adalah simptom orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan yang diangkat oleh Umno untuk menjadi Perdana Menteri.

"Orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan tidak layak jadi Perdana Menteri.

"Setakat jadi promoter artis, peragawati atau model mungkin boleh...," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan, apa pelabur asing akan kata dengan "tindakan u-turn itu".

"Selepas tindakan u-turn dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Felda, SBPA, kini u-turn dalam penggabungan MAS-Air Asia pula?" katanya.

Mahfuz menyifatkan semua itu berlaku akibat tidak ada pemikiran yang jelas di pihak Perdana Menteri sendiri dalam apa jua inisiatifnya, sama politik, ekonomi dan sosial.

Perdana Menteri juga, kata beliau, selalu benar dilihat tidak mengambilkira sokongan orang bawahan terhadap sesuatu inisiatifnya.

Malaysian Insider melaporkan, Putrajaya sedang menimbangkan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia kerana gagal menunjukkan sebarang pembaikan.

Penggabungan itu juga gagal menaikkan moral 20,000 kakitangan MAS malah mereka dilaporkan diam-diam menentang penggabungan itu dan tidak memberikan sebarang sokongan ke arah itu.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam tahun 2011.

Ananda semakin kaya dibeli1MDB: Najib contohi bailout anak Dr M, Mirzan

Posted: 09 Mar 2012 09:36 PM PST

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Hartawan Ananda Krishnan mendapat RM2.5 bilion lebih daripada RM6 bilion nilai pasaran atasnilai aset apabila dia menjualnyakepada 1MDB yang sangat pemurahdengan pembelian sebanyak RM8.5 bilion.Sudah tentu Ananda yang bijak berniaga telah mendapat lebih daripada itu.

Loji janakuasa Ananda berada di Malaysia, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Ia dimiliki oleh Tanjung Holding Tenaga yang sebaliknya dimiliki pula oleh Tanjung Plcyang merupakan hak Anandasepenuhnya. Ananda membeli Tanjung Plc melalui perjanjian pembelian balik penswastaan pada tahun 2010 dengan hanya RM 2.8 bilion.Jadi Ananda sudah menjadi RM5.7 bilion lebih kaya pada masa ini.Sebaliknya, dana rakyat Malaysia telah menyusut sebanyak jumlahitu juga.

Bila Ananda lebih kaya, rakyatmenjadi lebih miskin

Ya, wang rakyat sekali lagi terlibat kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.Menurut profil mereka, 1MDB mempunyai satu konsep yang unik dalam memacu pertumbuhan ekonomi.Iamendakwatugasnya adalah mewujudkan 'peluang perniagaan berimpak tinggi' dengan menjalin kerjasama antarabangsa melalui perkongsian modal usaha sama dalam pertukaran projek. Ia juga mendakwa ia menggunakan kepakaran rakan kongsi bagikapasiti membina dan menterjemahkan modal ini ke dalam pelaburan asing secara langsung. Tinggi sungguh cita-cita mereka.

Untuk menjadikan misi dan visi 1MDB menjadi kenyataan, ia harus memaksimumkan keuntungan seperti apa yang dilakukan Ananda Krishnan pada syarikatnya. 1MDB harus bermula dengan melihat beberapa entiti perniagaan kecil yang mengawal sebuah konglomerat yang besar, membina perniagaan ini ke tahap yang tertentu, dan kemudian menjual konglomerat itu kepada pembida tertinggi.Sebaliknya 1MDB telah pula mengambil alih konglomerat besar dan lebih teruk lagi, konglomerat itu mungkin menghadapi beberapa risiko.Akibat ekonomi global yang lembap, begitu juga permintaan untuk tenaga dan ini tidak dapat dielakkan.

Selain itu, kebanyakan loji kuasa Ananda telah melepasi waktu perdana mereka kerana mereka sudahmelepasihayatproduktif.Semakin lama, ia akan haus dan lusuh dan akan menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi tidak lupa juga kos pembaikan. Kecekapan menjadi lebih rendah dan kos bahan api untuk beroperasi akan terus meningkat disebabkan ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa Ananda adalah kroni rapat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.Sebagai contohnya syarikat minyak China telah dihalau keluar dari Selatan Sudan apabila negara yang baru diwujudkan mengambil alih pengurusan negara sendiri. Kini di Malaysia, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tahun ini, terdapat peluang lebih untuk perubahan kerajaan - yang pertama kalinya dalam 55 tahun. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dijangka merampas kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional pimpinan Najib.

Mungkin ini adalah kenaparamai elit Umno sedang membuatpenunaian aset kerana mereka benar-benar terpaksa menyerahkan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Urusan lama yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia darisektor kuasa hingga ke tol jalan –semuanya akan diteliti dan dikaji semula. Zaman Umno mendapat habuan besar akan berakhir. Sebelum itu berlaku, pemimpin Umno dan rakan-rakan mereka bergegas untuk mencari jalan keluar, dan bukan itu sahaja, mereka menukarnya dengan keuntungan yang luar biasa banyaknya.

Loji-loji Ananda pada asasnya beroperasi dengan kebergantungan terhadap konsesi berterma mudah yang dianugerahkan oleh kerajaan yang juga melibatkan penyalahgunaan kuasa. Sebarang perubahan di dalam kerajaan sudah pasti akan menjejaskan kuasa aset Ananda - satu lagi sebab untuk keluar semasa keadaan masihselamat.

Jika memang loji janakuasa menjanakeuntungansehinggakan ada yang mengatakan mereka menjana sebanyak RM1 bilion dalam pendapatan setiap tahun - kenapa Ananda mahu menjualnya?Apakah pecahan dalam keuntungan? Apakah keuntungan bersih selepas ini dan berapa lamakah ini akan kekal? Namun, Ananda dan rakan politiknya tahu sudah tiba masanya untuk mereka menjual.

1MDB tidak fokus

1MDB menyatakan dalam laman webnya bahawa "syarikat memberi tumpuan kepada pelaburan dengan nilai strategik dan kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi, terutamanya dalam tenaga, hartanah, pelancongan dan perniagaan tani. Setiap pelaburan akanmelalui proses amalan terbaik global, disokong oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa serta infrastruktur yang termoden.

Bagaimana mungkin pelaburan 1MDB dalam unit kuasa Ananda mempunyai "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi" apabila apa 1MDB telah membeli sebuah entiti perniagaan yang sudah mantap. Rangkaian perniagaan seluruh Tanjong telah lama ditubuhkan, dengan segala-galanya sudah ada. Terus terang, 1MDB tidak boleh menjamin masa depan pembelian terbaru ini, apatah lagi sasaran "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi?"Cita-cita sahaja tinggi melangittetapiusaha sebenar tiada langsung.

Bayangkan, jika M8.5 bilion ini dibelanjakan ke atas pelaburan lain, betapa besarnya potensi untuk memberi kesan positif ekonomi untuk rakyat Malaysia. RM8.5 bilion bukanlah amaun yang kecil dan dengan wang itu, apa sahaja boleh dilakukan. Terdapat tawaran yang lebih baik dan melimpah-limpah menunggu untuk direbut.Mengapa, 1MDB tidak melihat lebih jauh dan mendalam daripada barangan terpakai Ananda?

Hakikatnya 1MDB tidak serius dalam tujuan dan misi mereka.Tidak hairanlahmengapa 1MDB telah digunakan untuk membuat Ananda Krishnan dan rakan-rakannya lebih kaya.Pengkritik pernah memberitahu, penasihat, pengarah termasuk pengurus IMDB mempunyai latar belakang yang tidak boleh dibanggakan.

Latar belakang pengarah jadi tanda tanya

Pertama, Pengerusi 1MDB adalah Lodin Wok Kamaruddin, yang juga Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Di bawah kepimpinan beliau, Bousteadtelah gagal menghantar kapal tentera laut yang dibeli oleh kerajaan mahupun jaminan yang diperlukan. Daripada dihukum, Lodin dan Boustead telahkini diberi tanggungjawab membina kapal yang lebih mahal yang secarajujurnya boleh dibeli dengan lebih murah di pasaran terbuka antarabangsa. Lodin telah menjadi orang kanan Najib sejak harinya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1990-an.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi pula merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.Dia dikatakan adalah seorang yang pakar dalam memberi nilai tambahdalam pelbagai sektor, apa-apa sajalah maksud itu. Dia dikatakan memainkan peranan penting dalam membantu agensi-agensi kerajaan menambah nilai kepada perkhidmatan mereka untuk orang ramai dan perniagaan.Tetapi sedihnya, kebanyakan agensi-agensi kerajaan tidak langsung menunjukkan prestasi yang baik dan tidak dapat untuk menyampaikan perkhidmatan mereka seperti yang dijangkakan. Tidak terdapat badan kerajaan atau agensi yang boleh diambil sebagai model untuk agensi-agensi lain. Sebaliknya, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 banyak menyenaraikan ketidakcekapan, salah urus dan rasuah.

Ismee Ismail seorang lagi pengarah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif ECM Libra Securities dan Pengarah ECM Libra Capital Sdn Bhd, syarikat yang ada kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, juga terbabit dalam urus niaga saham yang diragui.

Ong Gim Huat, seorang lagi pengarah 1MDB juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, penerbit Kwong Wah Yit Poh, berita harian berbahasa Cina di kawasan utara Malaysia. Ong tidak mempunyai kepakaran khusus yang diketahui kecuali telah berkhidmat sebagai pengerusi untuk beberapa badan.

Ashvin J Valiram juga disenaraikan sebagai pengarah 1MDB.Dia merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Valiram, peruncit barangan mewah serantau yang terkemuka dan juga perniagaan pelancongan.

Penasihat yang tidak boleh katakan 'tidak' kepada Najib

Kemudian, ketua bagi panel penasihat 'cemerlang' 1MDB ini tak lain tak bukan, Najib sendiri yang telah melakukan "banyak" (tiada langsung) untuk meningkatkan ekonomi Malaysia. Program Transformasi Ekonomi nya sendiri telah gagal tetapi, dia diberi tugas sebagaipenasihat nombor satu 1MDB.

Penasihat Khas ialah Tuan Yang Terutama Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Qatar. Jelas sekali, peranan yang mulia ini adalah semata-mata untuk manaikkanresume 1MDB supayaiamempunyai kredibiliti apabila cuba mendapatkan projek-projek di Timur Tengah.

Nor Mohamed Yakcop, yang pembantu politiknya telah ditangkap bersama wang tunai sebanyak RM2 juta dan disabitkan atas pengubahan wang haram, juga telah dijadikan penasihat.

Begitu juga Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia, yang tidak melakukan apa-apa untuk memastikan penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan mematuhi prosedur apabila membuat perolehan.Maklum balas yang tidak bertanggungjawab terhadap laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan sikapnya kepada kita. Sidek berkata dia tidak bimbang akan kelemahan dan rasuah yang dinyatakan dalam laporan itu.

Penasihat seterusnya Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, yang dikenali sebagai 'yes man' kepada Najib.

Tiga penasihat terakhir ini tentu tidak berminat untuk melindungi kepentingan kita.Sebagai orang asing, mereka mungkin ikhlas tetapi kita boleh bayangkan bahawa mereka pasti bersedia untuk menyebelahi Najib dan pasukannya daripada menyelamatkan rakyat Malaysia dari perjanjian yang menyeleweng dan rasuah.Seorangdaripada mereka ialah Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton. Pengkritik berkata pelantikannya adalah disebabkan isteri Najib, Rosmah Mansor yangghairahpadabeg-beg mewah Louis Vuiton.

Seterusnya ialah Yang Mulia Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Hal Ehwal EksekutifAbu Dhabi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Mubadala Development Company.Yang terakhir merupakan Chang Zhenming, Pengerusi dan Presiden KumpulanCITIC dari China.

Dana cair dan Dr M menyelamat Konsortium anaknya Mirzan

Jadi, bagaimana rakyat Malaysia boleh merasa tenteramjika wang mereka diamanahkan dan ekonomi akandipegangoleh sekumpulan orang yang menguruskan dana 1MDB ini?.Mereka diberi lesen untuk mengambil alih apa-apa sahaja pelaburan demi memperkukuhkanekonomi. Malah, Anwar sendiri telah memanggilia sebagaidana cair Najib.

Nampaknya Najib mengikut jejak langkah Mahathir apabila dia menubuhkan satu kumpulan penasihat dan pengarah untuk menguruskanKonsortium Perkapalan anaknya Mirzan Mahathir. Namun akhirnya, konsortium itu juga telah mengalami insolvensi. Iatelah menjadi subjek kontroversi pada tahun 1998, dan merupakan antara sebab kenapa Anwar telahdipenjarakan untuk kes liwat yang sengaja direka-reka dan tuduhan rasuah yang palsu.

Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, telah menolak untuk menjamin Mirzan, yang didakwa cuba membunuh diri akibat tekanan, justeru menaikkan kemarahan Mahathir. Sebaik sahaja Anwar disumbat kedalam penjara, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) membeli semua aset perkapalan Konsortium dengan harga RM696 juta sekaligus membantu Mirzan untuk membayar hutang. Cerita itu telah tersebar luas sebelum Krisis Kewangan Asia tetapi Mahathir dan Mirzan telah menafikan tentang bailoutyang dikatakan.

Yang pasti, senarai 'handalan' 1MDB sebagai penasihat dan pengarah ada mempunyai kepentingan mereka sendiri untuk memasuki kumpulan ini, selain daripada dijemput oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor.Namun, mereka sebenarnya tidak berminat untukmenjadikan 1MDB berjaya.

Mereka juga tidak perlu menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia dan ini sudah jelas apabilapembelianaset Anandadengan jumlah mencecah RM8.5 bilion dilakukan sahaja. Apa mereka peduli, jika ketua penasihat dan Perdana Menteri Malaysia hanya sibuk menyelamatkan orangnya sendiri dulu.Malaysia Chronicle

Najib umum RM150j naik taraf lebuh raya Pasir Gudang

Posted: 09 Mar 2012 09:33 PM PST

MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang di Johor Bahru.

Najib yang mengumumkan perkara itu di majlis perjumpaan bersama penduduk setempat di Taman Setia Indah, di sini, berkata projek berkenaan akan menjadikan lebuh raya empat lorong itu ketika ini kepada enam lorong.

"Projek naik taraf empat lorong kepada enam lorong itu dimulakan menerusi fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer," katanya semasa berucap di majlis itu.

Hadir sama di majlis itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ADUN Puteri Wangsa Datuk Abdul Halim Sulaiman dan ADUN Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Perdana menteri berkata projek naik taraf lebuh raya yang sesak itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar apa yang dihasratkan oleh penduduk dan masyarakat sekitar, lapor Bernama.

1Care: Liow mesti fahami kebimbangan rakyat

Posted: 09 Mar 2012 09:32 PM PST

MALAYSIA KINI

PKR mengalu-alukan kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan masih lagi jauh daripada memuktamadkan model bagi sistem 1Care.

"Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk BN dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa," tegas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana. Kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan ini sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwarwarkan perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azizah berkata apa yang membimbangkan PKR ialah sama ada jaminan Liow ini bermakna "apabila kita melihat isu terbaru kes Lynas".

"Selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.

"Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh dari penempatan (tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia)," tegasnya lagi.

Beliau berkata, sebagaimana dalam kenyataannya sebelum ini, PKR mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratus.

"WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

"Justeru, peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan berserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care," tambahnya.

"Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga," katanya sambil menambah PKR menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya.

"Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini.

"Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia," tegas Wan Azizah lagi.

Aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak

Posted: 09 Mar 2012 09:31 PM PST

MALAYSIA KINI
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan.

Jika Ku Li tersingkir, Umno mudah disingkir

Posted: 09 Mar 2012 04:14 PM PST

Shahbudin Husin



Menjelang piihanraya ini, sekali lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ahli Parlimen Gua Musang menjadi bualan dan diperkatakan oleh ramai orang. Ku Li yang dikenali agak kritis terhadap kepimpinan Najib terutama dalam isu royalti minyak untuk Kelantan dan penyenaraian Felda ke Bursa Malaysia ditelah oleh banyak pihak akan digugurkan dalam PRU 13 ini sebagai jalan mudah untuk Najib menghindari sebarang gangguan terhadap masa depan politiknya.

Ku Li yang pernah tewas kepada Mahathir dengan 43 undi pada 1987 dan kemudian mencuba beberapa kali untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dipercayai akan terus mencuba lagi dalam pemilihan kali ini, sementelah pula kedudukan Najib yang dianggap terlalu lemah dan dipertikaikan oleh banyak pihak.

Ku Li kemudian menubuhkan Amanah, sebuah NGO pelbagai kaum yang antara perjuangannya untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotisme yang dianggap berleluasa dalam pentadbiran sekarang.

Najib yang dilihat kian rapuh dalam menghadapi piliharaya umum kali ini tentunya tidak mahu Ku Li menentangnya untuk jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan yang dijangka tidak lama selepas pilihanraya umum atau bergabung tenaga dengan Muhyiddin Yassin misalnya, untuk menjatuhkannya kiranya BN mencapai keputusan buruk dalam pilihanraya nanti.

Dengan tidak ada kedudukan sebagai Ahli Parlimen, Najib beranggapan Ku Li tiada taring lagi dalam UMNO.

Namun belum pun ada sebarang kepastian mengenai kedudukannya, Ku Li tiba-tiba membuat pengumuman bahawa beliau tetap akan bertanding di Gua Musang dalam pilihanraya akan datang ini. Ia lantas memberi gambaran bahawa sama ada dicalonkan semula mewakili BN atau tidak, Ku Li tetap akan bertanding. Mungkinkah mewakili Pakatan Rakyat? Atau mungkin juga sebagai calon Bebas?

Pelbagai andaian timbul apabila kemudiannya, Pas melalui Naib Presidennya, Sallahuddin Ayub menyatakan Pakatan Rakyat sedia menawarkan Ku Li bertanding mewakili Pakatan Rakyat kiranya beliau ditolak oleh UMNO. Dalam masa yang sama, Amanah iaitu sebuah NGO yang diterajui oleh Ku Li melalui Timbalan Presidennya, Kadir Sheikh Fadzir juga sedang menjalin hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.

Ini menjadikan kedudukan Ku Li dalam pelbagai kemungkinan dan dilihat mempunyai banyak pilihan kiranya tidak lagi dikehendaki oleh Najib.

Sekiranya dicalonkan semula, Ku Li tetap tidak ada masalah untuk membawa kemenangan buat UMNO dan BN dan kiranya selepas pilihanraya umum ini BN mencapai prestasi buruk, kebarangkalian untuk Ku Li diminta bertanding jawatan tertinggi UMNO tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana beliau tetap mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam UMNO. Jasa dan rekod perkhidmatannya yang cemerlang dalam pelbagai kedudukan sejak sekian lama menjadikan Ku Li tokoh yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Meskipun Ku Li agak veteran tetapi beliau tetap mempunyai pengaruhnya tidak boleh ditolak begitu sahaja dalam UMNO berikutan sumbangan dan jasanya yang banyak ketika berada dalam kerajaan dulu. Walaupun mungkin ramai pimpinan UMNO bahagian-bahagian sekarang terdiri daripada generasi baru tetapi mereka yang seangkatan dengannya, mereka yang masih menghargai jasanya dan golongan yang pernah menerima budi Ku Li, dilihat masih ramai dan menduduki pelbagai jawatan lainnya dalam UMNO bahagian di seluruh negara.

Kiranya Ku Li diketepikan dan beliau memilih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat, tentunya bahana lebih besar sedang menunggu Najib. Dengan menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara, UMNO pasti akan menerima kekalahan di banyak kerusi. BN yang masih berada dalam kedudukan 50-50 dengan Pakatan Rakyat, pasti lebih mudah ditewaskan dengan adanya bantuan Ku Li serta para penyokongnya yang turut akan berbuat demikian.

Untuk mempertahankan kerusi Gua Musang, Ku Li memang tidak ada masalah walau bertanding atas tiket apa sekali pun. Sejarah politknya telah membuktikan bahawa Ku Li adaah calon "winnable" sepanjang zaman untuk Gua Musang. Atas tiket BN pun beliau boleh menang dan jika beliau diketepikan oleh UMNO dan bertanding atas tiket lain, Gua Musang tetap miliknya berikutan jasa dan sumbangannya yang besar di kawasan itu.

Dalam sejarah politik Melayu, hanya Ku Li, Anwar Ibrahim dan Shahrir Samad saja yang pernah mencipta kejayaan mampu mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing atas tiket parti yang berbeza. Ku Li pernah menang atas tiket UMNO dan Semangat 46 di Gua Musang, Anwar atas tiket UMNO dan PKR di Permatang Pauh manakala Shahrir atas tiket UMNO dan Bebas di Johor Bahru.

Mahathir yang dikagumi kerana berjaya mempertahankan kerusi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tidak dapat menandingi mereka ini. Apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, untuk menjadi salah seorang daripada tujuh perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan UMNO pun Mahathir telah gagal.

Najib sendiri yang pernah menang tipis 241 undi di Pekan pada pilihanraya 1999, dilihat tidak mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimennya sekarang jika bukan atas tiket UMNO dan BN.

Bukan itu saja, sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar pada 1998, beliau terpaksa memujuk Ku Li supaya membubarkan Semangat 46 dahulu. Hanya setelah Semangat 46 dibubarkan barulah Mahathir memecat Anwar. Secara halusnya, Mahathir sendiri mengakui pengaruh dan kekuatan Ku Li.

Oleh itu, kiranya Najib bertindak mengetepikan Ku Li untuk bertanding di Gua Musang dan kemudian beliau memilih untuk bekerjasama dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, nasib lebih buruk sudah boleh dijangka lebih awal akan menimpa Najib, UMNO dan BN.

Meskipun ketika ini Ku Li turut cuba digegar oleh sebilangan kecil kumpulan serpihan dalam UMNO Gua Musang sendiri yang seakan-akan bertindak mahu memastikan Ku Li diketepikan dalam PRU 13 ini, hakikatnya pengaruh dan kedudukan beliau tidak banyak terjejas.

Ini kerana kumpulan serpihan ini didapati tidak begitu berpengaruh meskipun mereka mungkin didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang turut berhasrat mengambil alih tempat Ku Li di Parlimen Gua Musang. Tetapi soalnya apakah mereka yang berhajat itu memenuhi ciri-ciri "winnable" seperti yang sering dilaungkan oeh Najib sendiri?

Segala keputusan adalah ditangan Najib sama ada mahu mengekalkan Ku Li atau menggantikannya dengan calon pilihannya di Gua Musang. Tetapi apa pun kemungkinannya, bola tetap di kaki Ku Li dan beliau hanya menunggu masa untuk menentukan pilihannya. KL TODAY

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com


Nik Aziz tetamu resepsi Malek Noor

Posted: 09 Mar 2012 04:09 PM PST

KL TODAY



Bekas jaguh sukan bina badan Asia, Datuk Malek Noor bakal mengakhiri zaman dudanya dengan seorang wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mac ini.Difahamkan Malek yang kini berusia 56 tahun memilih wanita pujaan hatinya itu yang merupakan seorang doktor di mana majlis akad nikahnya akan diadakan di Kelantan Trade Centre.Menurut atlet yang pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita mat saleh, majlis resepsi perkahwinannya pula kelak akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bahru.

"Insya-Allah kalau tidak ada aral melintang majlis perkahwinan saya itu nanti akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan para kenalan terdekatnya.

"Persiapan perkahwinan saya itu nanti banyak diuruskan oleh pihak keluarga bakal isteri sata itu. Ketika ini persiapan sedang rancak dijalankan bagi menanti tarikh tersebut," ulasnya.

Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.

Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.

"Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.

Tiada ulasan: