DUNIACACAMARBA |
- Identiti Remaja Berpesta Seks dengan 18 Lelaki di atas Tren Terdedah
- [Video] Ceramah Anwar Ibrahim Jamuan Malam Mesra Rakyat Sungai Dua, Pulau Pinang
- Pelajar Kemaruk Warga Pakistan Pulang ke Rumah
- PKR Kemuka Dokumen yang Didakwa Ada Kaitan dengan Kos Majlis Pertunangan Anak Perempuan Najib
- Penjelasan Anak yang Tinggalkan Ibu Uzur di Hotel Bajet
- Mat Zain: Buka Semula Siatan Kes Altantuya, “Banyak Perkara yang Tidak Kena”
Identiti Remaja Berpesta Seks dengan 18 Lelaki di atas Tren Terdedah Posted: 10 Mar 2012 07:37 AM PST Berita Agensi melaporkan bahawa identiti remaja yang terlibat dalam pesta seks dengan 18 lelaki di atas sebuah tren di Taiwan telah terdedah. Remaja perempuan tersebut dilaporkan berumur 17 tahun dan menggunakan nama samaran Xiao Yu (Little Rain). Gambar-gambar remaja tersebut juga mula tersebar di internet. Ketika pihak polis menjalankan siasatan di rumah Xiao Yu, ibu bapanya meluahkan rasa terkejut, manakala bapanya asyik mengomel: "Mustahil, mustahil" Namun, gadis itu mengaku menyertai pesta seks dengan 18 lelaki di dalam sebuah tren. Remaja itu walau bagaimanapun tidak dapat memastikan jumlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengannya. Pada mulanya, Xiao Yu tidak menganggap perbuatannya adalah sesuatu yang salah, namun selepas ibunya meraung histeria, dia memohon maaf. "Saya tahu saya salah," kata remaja yang telah keciciran sekolah tinggi itu. Dia kini didakwa melanggar Akta Penyelenggaraan Tatacara Sosial dan Akta Kebajikan Kanak-kanak dan Belia. Salah seorang lelaki yang terlibat dalam pesta berahi itu memberitahu media Taiwan bahawa mereka sepatutnya mengambil keretapi untuk ke sebuah tempat untuk tujuan parti seks tersebut. "Saya tidak pernah terfikir bahawa kami terpaksa melakukannya di atas kereta api," katanya. Polis sebelum ini telah menangkap penganjur parti itu kerana melanggar undang-undang moraliti seksual. Pada 28 Februari lalu, ketika memberikan keterangan di mahkamah, Xiou Yu mengaku mengadakan hubungan seks dengan 7-8 lelaki di atas tren itu. "Saya masih ingat wajah 5 lelaki itu, namun saya terlalu letih untuk mengingati wajah lelaki lain." -DCM Cerita lanjut di sini. P/s: Gila!!!! Fenomena berahi tanpa kawalan! | ||
[Video] Ceramah Anwar Ibrahim Jamuan Malam Mesra Rakyat Sungai Dua, Pulau Pinang Posted: 10 Mar 2012 06:29 AM PST | ||
Pelajar Kemaruk Warga Pakistan Pulang ke Rumah Posted: 09 Mar 2012 07:12 PM PST [Kosmo] Shah Alam – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan. Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga. "Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer. "Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri," katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam. Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar. Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga. "Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan. "Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain," katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri. | ||
PKR Kemuka Dokumen yang Didakwa Ada Kaitan dengan Kos Majlis Pertunangan Anak Perempuan Najib Posted: 09 Mar 2012 06:05 PM PST PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU? Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau. Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri. Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri. Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut: ~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792 ~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975 ~Kos pengendalian = RM81,000 Jumlah = RM409,767 Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan. KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing. Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi. Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini. Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 9 MAC 2012
| ||
Penjelasan Anak yang Tinggalkan Ibu Uzur di Hotel Bajet Posted: 09 Mar 2012 05:20 PM PST Takkan tak sayang emak' [HM] KUALA LUMPUR: "Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya," kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu. "Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. "Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku. "Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang," katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam. Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel. JKM bawa Faridah keluar dari penginapan [HM] KUALA LUMPUR: "Saya sayangkan dia (anak). Terima kasih kerana bantu saya. Tidak tahu nak kata apa, terima kasih sajalah," kata Faridah Maulud, 66, ibu yang ditinggalkan anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di ibu negara sejak 3 Mac lalu.Penderitaan warga emas itu berakhir semalam apabila dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan yang mengambil langkah segera membawanya keluar dari hotel berkenaan selepas kisah wanita itu disiarkan muka depan Harian Metro, semalam. Pegawai Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK) JKM, Junaidah Jahid berkata, ketika ini Faridah ditempatkan di Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh, Selangor sementara menantikan proses carian waris terdekat sebelum tindakan susulan diambil. Katanya, perintah untuk menempatkan bekas guru al-Quran itu diperoleh di Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, semalam dan proses untuk mengenal pasti waris atau sanak-saudara terdekat mengambil masa 30 hari sebelum dia dijaga pusat jagaan kelolaan JKM. Tak Sangka Tindakan Sepupu [HM] KOTA TINGGI: "Menitis air mata saya sebaik mendengar berita ibu saudara yang dianggap ibu kandung sendiri kini hidup menderita," kata Aminudin Doll, 50-an, anak saudara warga emas lumpuh, Faridah Maulud, 66, yang ditinggalkan anak kandungnya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sejak lima hari lalu. Aminuddin yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Jawa Pengerang berkata, tidak menyangka sepupunya, tergamak melakukan perbuatan itu sedangkan warga emas berkenaan memeliharanya sejak kecil seperti menatang minyak yang penuh. "Dia anak tunggal dan dimanjakan sejak kecil...mak cik saya tidak pernah memukulnya walau menjentik tangan. "Selain dibesarkan dengan penuh kasih sayang, segala keinginan Amir dipenuhi mak cik. Tanpa diduga, apabila tua mak cik diperlakukan sedemikian rupa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, Pengerang di sini, semalam. Menurutnya, selain terkilan dengan kelakuan sepupunya dia sedih mengenangkan penderitaan terpaksa dialami ibu saudaranya itu yang dianggap seperti ibu kandung. P/s: Setakat keluar air mata tidak ada gunanya, Ketua UMNO ini sepatutnya ambil ibu saudaranya daripada jagaan JKM dan menjaganya dengan baik. | ||
Mat Zain: Buka Semula Siatan Kes Altantuya, “Banyak Perkara yang Tidak Kena” Posted: 09 Mar 2012 05:12 PM PST [KD] Kuala Lumpur 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu. Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat. Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti. "Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang). "Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini. Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti. "Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka. "Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi. Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda. Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan