Isnin, 5 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MB Selangor Akui Tanah PKPS Di Sarawak DiJual

Posted: 05 Mar 2012 03:31 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meraih keuntungan hasil penjualan tanah di Sarawak dengan harga RM97 juta sebagaimana yang didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Datuk Seri Noh Omar.

Beliau mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menghantar salinan laporan audit kewangan perbadanan itu kepada Noh untuk dinilai sendiri oleh menteri berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Noh sebelum ini yang meminta pihaknya memberi jawapan bagaimana simpanan tunai PKPS boleh meningkat begitu banyak dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.

"Kewangan PKPS telah diaudit oleh kumpulan profesional kerana sejak 2008, kita di Selangor gunakan cara yang diamalkan oleh syarikat swasta, yang mana peruntukan perakaunan mereka dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas standard perakaunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pengerusi penggerak belia tempatan sesi 2012 di sini semalam.

Mengulas dakwaan Noh bahawa peningkatan simpanan tunai PKPS itu adalah disebabkan penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak dengan harga RM97 juta, Abdul Khalid berkata penjualan tanah memang ada, tetapi terdapat dua jenis keuntungan yang diperoleh perbadanan berkenaan, iaitu keuntungan hasil daripada jualan dan keuntungan hasil daripada operasi.

Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebaliknya pernah memprotes tindakan PKPS menjual tanah berkenaan pada harga RM97 juta kerana berpendapat harga berkenaan terlalu murah.

KSSB, Adun Nafi Terlibat Kes Penyelewengan Pasir Selangor

Posted: 05 Mar 2012 03:23 AM PST

Post Pic


SHAH ALAM, : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Wan Abdul Halim Wan Ismail menafikan bahawa syarikat milik kerajaan negeri itu memberi sebarang tender pasir kepada sebuah syarikat yang dikaitkan kepada Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Batu Caves,Amirudin Shari.

Penjelasan itu bagi menafikan tuduhan Pengarang Malaysia Today,Raja Petra Kamarudin bahawa dua Adun itu telah bersekongkol dengan seorang usahawan untuk mendapatkan tender pasir daripada KSSB.

Raja Petra mendakwa, Shuhaimi dan Amirudin adalah antara lima pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd yang mengemukakan tender berkenaan dan dibayar RM5,000 sebulan.

Wan Abdul Halim menegaskan bahawa pihaknya tidak memberikan sebarang kontrak kepada Double Dignity.

Beliau berkata, syarikat yang berminat diwajibkan berdaftar dengan KSSB sebelum mengemukakan permohonan menerusi tender terbuka.

"Double Dignity tidak pernah berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk menggali pasir,"katanya.

Sesi pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir ini tertangguh sejak tahun 2010 namun ia disambung semula ekoran pendedahan Raja Petra mengenai pembabitan kedua-dua Adun PKR ini dalam skandal pasir ini.

Selain menyatakan elaun bulanan yang diterima kedua pemimpin PKR ini, Raja Petra turut memuat-naik satu salinan surat dari Amirudin kepada KSSB untuk menyokong permohonan Double Dignity bagi mendapatkan kontrak perlombongan pasir.

Sementara itu, Shuhaimi yang merupakan saksi pertama Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) juga menafikan bahawa beliau pernah melobi untuk mana-mana syarikat bagi mendapatkan kontrak KSSB.

"Seingat saya, saya tidak pernah menolong mana-mana syarikat secara langsung atau tidak langsung untuk mendapatkan mana-mana kontrak Kumpulan Semesta yang dibuka kerana ia dalam bidang yang berbeza,"katanya.

Beliau sekali lagi mengesahkan bahawa mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak pasir di Selangor haruslah berdaftar dengan KSSB dan Double Dignity tidak berbuat demikian.

Ia sekaligus menyebabkan isu surat sokongan tidak pernah timbul.

Amirudin pula yang merupakan saksi kedua memberitahu beliau sebagai ahli lembaga pengarah Double Dignity tidak pernah berurusan dengan KSSB dalam mendapatkan sebarang kontrak permohonan perlombongan pasir.

"Saya tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan KSSB yang menguruskan pasir di Selangor. Saya tidak pernah menghubungi melalui telefon, emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan apa-apa juga komunikasi kepada KSSB untuk mempengaruhi dan saya tak kenal pun ahli lembaga pengarah KSSB ketika itu," ujar beliau.

Ahli Jawatankuasa SELCAT yang hadir dalam sesi pendengaran tadi adalah Hanizah Talha, Azmin Ali, Saari Sungip, dan Sulaiman Abdul Razak.

Hijrah Artis - Mereka Menyambut Hidayah Yang Dikurniakan Ilahi

Posted: 05 Mar 2012 03:14 AM PST

KELAB GREENBOC


1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

"Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT"

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'

Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.


3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

"Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi".

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

Bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

MELIHAT penampilannya yang kini berserban dan berjubah, siapa sangka beliau adalah bekas vokalis kumpulan rcok terkenal, Melissa dan pernah mempopularkan lagu hit, Cinta Untuk Nabila. Lagu itu begitu popular dan sering menjadi siulan anak muda lebih 15 tahun lalu kerana melodi dan liriknya yang berkesan, apatah lagi vokal penyanyinya yang nyaring dan meruntun hati.

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama. Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini.


EYE akhirnya muncul dengan album ketuhanan pertama, Nama Mu. Album ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Thaif, Alpa, Keikhlasanmu, Arah,Agung Cintaku dan sebagainya. Album ini diterbitkan oleh Otai Studio dengan mengekalkan 4 ahli asal EYE iaitu Izam, Amir, Bard dan Arbi. Album ini boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka.

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

Sham Kamikaze diberi hidayah apabila Imam Sudais atau Imam Abdul Rahman Al-Sudais, imam besar Masjidilharam menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sham Kamikaze. Sham Kamikaze teruja dengan peristiwa itu yang mana memang bukan sebarangan orang dapat bersalam dengan Imam Sudais apatah lagi dirinya yang menyambut tangan Imam Sudais.

Sumber: Sham Kamikaze Insaf selepas Diberi Hidayah — LimauAis

Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang.

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma'98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011]

Lain2 Artis:

Ashraf Muslim (Ustaz Amirul)

Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik

Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.

Noorkumalasari

Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an.

Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah.

"Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv.

Aishah

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me', 'Sensation', 'Paradise' dan beberapa lagi.

Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo.

Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.



Wardina

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Wardina Nasihat Rakan Artisnya Rujuk Pakar Dahulu Sebelum Komen Hudud

Erma Fatimah

Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.

Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn.

Catriona Ross

Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish.

Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro]

Catriona Ross: Saya Akan Sertai PAS Bila Saya Yakin Dapat Sumbang Sesuatu Kepada Parti

Sheila Rusly

Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Seniwati Datuk Sarimah

Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya olehAllahyarham P. Ramlee.

Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.

Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi.

Kumpulan Al Mawlid

Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpulan Al Mawlid.

Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.

Irma Hasmie

Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.

Semoga makin ramai lagi dan kalau boleh semua artis akan mengikut jejak-jejak yang sangat bagus ini, untuk kebaikan bersama. Biar Malaysia menjadi contoh kepada dunia, mempunyai artis-artis yang Islamik dan pandai menutup auratnya, agar masyarakat tidak punah ranah dan bergelumang dengan dosa dengan mendedah tubuh sana-sini, na'uzubillah.

kredit: -muhamadazrulali.blogspot.com edit: GB

Ulasan GB

Betapa indahnya hidup dan kehidupan jika dunia hiburan di negara ini diisi dengan para artis yang tahu menjaga nilai diri dan mematuhi syariat Ilahi... sekaligus membersihkan seni hiburan dari nilai-nila hedonistik yang begitu merosakkan masyarakat.

Pilihlah di antara dua wahai sdra/i artis: menyambut atau menolak anugerah hidayah Ilahi itu... Jika engkau menyambut, Dia bakal menyambutmu di "sana" begitulah jika kau menolak, tidakkah kau khuatir Dia menolakmu nanti di "sana"?

Kesemua Akur Dan Patuh Arahan PAS Pusat Tapi...

Posted: 05 Mar 2012 03:01 AM PST

KELAB GREENBOC

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat


KUALA LUMPUR: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. -HD

Ismail tolak exco jika tiada 'perubahan pentadbiran'

Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.

"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."

Walaupun enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.

Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

"Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan," katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.

Marah sebab tak faham

Selain itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

"Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

"Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.

"Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya " ujarnya.

Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi (kanan) dijadual mengadakan sidang media di Alor Setar hari ini bagi mengumumkan tindakan lanjut mereka.
-mk


Azizan: Saya patuh arahan Pas Pusat

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.

"Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu," katanya, ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

"Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku," katanya.

Dengan nada sedih, Azizan berkata, "Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya."

Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini. -SH


Ulasan GB

Kamikaze?

Niat yang baik tetapi kaedah yang salah (sehingga jemaah menjadi porak-peranda) tidak menepati akhlak jemaah.

Anehnya semua tak mahu diasosiasikan dengan nama Hassan Ali, tapi cara dan tindakan Hassan Ali itulah yang diikutinya.

Dewan Ulamak PAS Pusat perlu lebih proaktif selepas ini supaya semua ahli jemaah khususnya peringkat "pemegang jawatan" diberikan tarbiyah sewajarnya.

Ketara di dalam isu Kedah ini ada ahli peringkat pimpinan sendiri tidak mengethaui kaedah tanzim di dalam jemaah.

RM500,000 untuk show hanya 30 minit?

Posted: 05 Mar 2012 02:47 AM PST

KL TODAY



Sejak kebelakangan ini dunia hiburan kecoh apabila dikatakan yang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah mengenakan bayaran sebanyak RM500,000 untuk persembahannya selama 30 minit.Namun awal-awal lagi Siti menafikan dakwaan liar tersebut.Menurut penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini jumlah bayaran yang dinyatakan itu agak keterlaluan di mana setakat ini katanya, bayaran yang dikenakan berpatutan dengan kos penganjuran serta keperluan yang lainnya.

"Jumlah itu tidak masuk akal. Siti tidak pernah mengenakan harga bayaran persembahan semahal itu. Siti mengambil kira bayaran itu berdasarkan durasi persembahan, dan ia termasuk pakej lain seperti set pentas, bayaran penari dan props," komennya.

Siti mengulas isu itu sewaktu ditemui para wartawan pada majlis sidang akhbar pengumuman persembahan Minggu Setiausaha – Secretaries Week 2012 Afternoon of Elegance yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru semalam.

Walau bagaimanapun, dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Cindai ini tidak menafikan dia telah membeli sebuah rumah di Australia yang tidak dinyatakan harganya pada tahun lalu untuk kemudahan ahli-ahli keluarganya sewaktu berada di sana.

"Memang betul Siti memang ada membeli sebuah apartment di kawasan Victoria Market di Melbourne, Australia pada tahun lalu. Ia untuk kemudahan anggota-anggota Siti sewaktu berada di sana. Misalnya, ia boleh digunakan oleh anak tiri Siti yang sedang belajar di sana," ujarnya.

Pada persembahan yang mengenakan bayaran mengikut harga meja RM2,500 hingga RM10,000 pada 10 April ini pukul 12.30 tengah hari itu yang dia akan mengadakan persembahan selama dua jam tanpa henti. Untuk tempahan sila hubungi 07-2199999.

Mohon maaf: Umno, Najib 'buang tabiat'

Posted: 05 Mar 2012 12:56 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menyifatkan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai 'buang tabiat'.

Sambil berkata ianya 'agak luar biasa' bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh di puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka. Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti "buang tabiat".

"Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, kelmarin yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008.


Permohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari di mana kali pertama Najib yang juga perdana menteri itu bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu.

"Saya melihat perkara ini sebagai pelik dan menghairankan kerana Datuk Seri Najib boleh memilih televisyen untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dalam negara kita dan memadai dengan sekali mohon maaf.

"Tetapi, apabila tindakan mohon maaf ini dibuat berulang kali, rakyat akan tertanya-tanya sebenarnya apa yang telah berlaku pada Umno?," soal beliau.

Biarpun permohonan maaf satu sifat yang baik dalam Islam, namun kata Nasrudin, ianya tidak selesai hanya dengan kata-kata, malah perlu dibuktikan dengan perbuatan.

Jika benar permohonan maaf Najib itu ikhlas, beliau mencabar agar perdana menteri itu memulangkan kembali hak rakyat seperti contoh royalti minyak di Kelantan, kerajaan Perak yang 'dirampas' dan pampasan terhadap mangsa pengainayaan ISA.

"Jika ini (mohon maaf kerana sedar telah melakukan kepada rakyat), ertinya selama ini apa yang kita sebut bahawa Umno telah melakukan kesalahan besar kepada rakyat adalah benar.

"Saya melihat satu kewajaran untuk Umno berundur, menginsafi kesilapan lampau dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pula membuktikan keupayaan mereka menggalas amanah rakyat," tegasnya.

Kajian: Pengundi muda mahu debat Najib-Anwar

Posted: 05 Mar 2012 12:51 AM PST

Harakahdaily,


BANGI: Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kajian terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas itu menunjukkan 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua-dua pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus.

Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing-masing (7%) dan memerangi rasuah (5%).

Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di Britain

Posted: 05 Mar 2012 12:46 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


LONDON - Akhbar Mail On Sunday semalam melaporkan Rosli Harun yang merupakan bapa pelajar yang diserang dan disamun semasa rusuhan di London, Mohd. Ashraf Raziq Rosli menyatakan negara berkebajikan Britain menggalakkan rakyat menjadi malas.

Menurutnya, pemuda berusia 17 tahun yang menyerang anaknya tidak bekerja dan memperoleh wang daripada kerajaan.

"Sistem di Britain membuatkan rakyat menjadi malas. Di Malaysia, jika anda ingin mendapatkan wang, anda harus bekerja. Jika anda mahu wang yang lebih, anda harus belajar bersungguh-sungguh.

"Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai dan ia disalurkan kepada orang yang tidak bekerja. Saya tidak faham tentang perkara itu," katanya seperti yang disiarkan di akhbar The Mail on Sunday.

Kenyataan itu disiarkan selepas dua lelaki didapati bersalah merompak Ashraf dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu.

Ashraf, 21, diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah manakala basikalnya turut dilarikan.

Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa termasuk sebuah konsol per mainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).

Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada Jumaat lalu kerana melakukan rom pakan dan berkelakuan ganas.

Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa.

Menurut Rosli yang merupakan bekas pegawai tentera, kejadian itu meninggalkan kesan psikologi ke atas Ashraf.

"Apabila dia melihat orang ramai datang ke arahnya di jalanan, dia akan menyeberangi jalan raya dan berjalan di bahagian lain," katanya.- Agensi

Bersiap Sediakah BN Pulau Pinang Hadapi PRU-13?

Posted: 05 Mar 2012 12:42 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


GEORGE TOWN,-- Di mana-mana sahaja sekarang kita boleh mendengar soalan: "Bilakah pilihan raya umum?" dan ada yang menjawab "Terlalu hampir... the election is just round the corner".

Apakah yang penting dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 itu dan kenapa ia menjadi spekulasi?

Sebenarnya hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang tahu bilakah tarikh pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 ini sebelum disusuli oleh menteri besar dan ketua menteri bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula.

Apa-apapun pilihan raya umum mempunyai tarikh wajib, iaitu sebelum 28 April 2013.

Bagi jentera Barisan Nasional (BN), mereka sebenarnya tidak harus menumpukan bila tarikh pilihan raya tetapi lebih penting daripada itu ialah soalan: "Sudahkah anda bersiap sedia menghadapinya?

Menyingkap soalan Najib di Majlis Makan Malam Perdana di Sungai Petani baru-baru ini, Perdana Menteri bertanya: "Adakah anda semua sudah bersedia hadapi pilihan raya? Bersediakah jika pilihan raya bila-bila masa?".

Soalan itu membawa maksud semua jentera parti haruslah bersiap sedia pada bila-bila masa kerana Pengerusi BN itu pernah menyifatkan pilihan raya umum ke-13 ini adalah pilihan raya luar biasa, BN harus bekerja luar biasa untuk mendapatkan keputusan yang luar biasa.

Di Pulau Pinang, bukanlah sesuatu yang mustahil bagi BN untuk merampas semula kerusi yang 'hilang' kepada pakatan pembangkang kerana apa yang mereka perlu buat ialah kerja luar biasa.

Keputusan PRU-12 di Pulau Pinang menyaksikan BN cuma memenangi 11 daripada 40 kerusi DUN dan hanya menang dua daripada 13 kerusi Parlimen.

DAP mendominasi kesemua kerusi majoriti kaum Cina apabila memenangi kesemua 18 kerusi yang ditandingi oleh MCA dan Gerakan manakala PKR memenangi 10 kerusi DUN dan PAS memenangi satu kerusi sahaja.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Umno bertanding bagi 15 kerusi dan memenangi 11 daripadanya manakala Gerakan (12 kerusi), MCA (11 kerusi) dan MIC (2) dan kalah kesemuanya.

Mengikut atau secara teorinya, untuk membolehkan BN menawan semula Pulau Pinang, mereka haruslah merampas semula kerusi DUN majoriti pengundi Cina yang telah 'hilang' kepada pakatan pembangkang itu manakala MIC pula perlu menarik semula undi kaum India.

Bagaimanakah untuk MCA dan Gerakan mendapat semula undi kaum Cina? Itulah persoalan dan cabaran luar biasa besar bagi kedua-dua parti itu, bagi banyak pemerhati politik tanah air.

Antara kerja-kerja luar biasa yang perlu dilakukan itu ialah kerap turun padang untuk mendekati rakyat, bertanyakan apa kehendak rakyat, membuat transformasi politik termasuk memilih calon yang boleh menang atau 'winnable candidate'.

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata BN tidak lagi boleh menjadi parti yang retorik, mereka haruslah bekerja dan memahami hati rakyat dan tidak bertelagah sesama sendiri.

Katanya krisis dalaman parti dan sabotaj antara satu sama lain adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan MCA dan Gerakan dan jika perbuatan itu diulangi, BN tidak akan menawan semula Pulau Pinang sehingga bila-bila pun.

Beliau berkata MCA dan Gerakan harus merayu kepada kaum Cina untuk menyokong kembali mereka dan memberi kepercayaan untuk mengubah landskap politik.

Bagi menawan semula kerajaan negeri, jika Umnno dapat mengekalkan 11 kerusi sedia ada, apa yang diperlukan oleh MCA dan Gerakan ialah masing-masing harus memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi DUN daripada 11 dan 12 kerusi yang ditandingi.

MIC pula harus merampas semula sekurang-kurangnya satu daripada dua kerusi yang diperuntukan kepada parti itu dan atas kiraan itu, maka BN boleh membentuk kerajaan secara majoriti mudah iaitu memenangi 22 daripada 40 kerusi DUN.

Sebenarnya teori itu boleh menjadi kenyataan kerana terdapat beberapa buah kawasan DUN yang majoriti pengundi Cina tidak lagi memihak kepada pakatan pembangkang kerana wakil rakyatnya dikatakan sombong, angkuh, tidak bekerja dan hanya pandai berpidato sahaja.

Gerakan boleh dianggap sebagai telah berjaya menyelesaikan masalah dalamannya dan presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membuat kenyataan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Parti pimpinan Dr Teng Hock Nan di peringkat negeri itu kini mula bergerak aktif untuk mendekati rakyat pelbagai kaum dengan menjalankan aktiviti turun padang 'lawatan mesra' pada hampir setiap minggu.

MCA Pulau Pinang yang kini diketuai oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen perlulah lebih kerap turun padang dan merayu kaum Cina untuk kembali menyokong mereka.

Seorang pemimpin MCA di peringkat negeri yang hanya mahu dikenali sebagai Lee ketika ditemui berkata MCA sebelum ini tidak begitu bersungguh-sungguh kerana mereka hanya diberikan dua jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri walaupun pernah memenangi kesemua kerusi DUN.

Namun hakikatnya, mereka haruslah sedar bahawa mempunyai dua kerusi Exco itu jauh lebih baik berbanding dengan tiada langsung wakil rakyat daripada parti itu.

Pemimpin veteran MCA, yang juga Ketua Publisiti BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon baru-baru ini berkata memandangkan MCA kini menyambut ulang tahun ke-63 perjuangannya dalam arena politik, parti itu perlu melakukan pembaharuan untuk memastikan ia terus relevan kepada masyarakat.

"MCA telah memainkan peranannya dalam pembinaan negara bersama parti komponen lain. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran politik telah banyak berubah dan MCA perlu mengikuti perubahan yang berlaku ini," katanya.- BERNAMA

Mula dari belakang di Lynas: Tanda korupsi makin kuat

Posted: 05 Mar 2012 12:30 AM PST

Maclean Patrick, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Loji penapisan nadir-bumi Lynas telah menjadi sarang kontroversi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat berusaha untuk menjustifikasikan perlunya kita mempunyai kilang penapisan yang berharga RM700 juta untuk beroperasi di sebuah bandar kecil di negeri kelahirannya.

Menurut Najib, kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan firma ini telah diberi garis panduan yang ketat untuk diikuti. "Kami tidak akan memberikan lesen operasi melainkan kami berpuas hati bahawa masyarakat setempat boleh menerima projek ini dan ianya selamat," katanya kepada akhbar berikutan Himpunan Hijau 2.0 yang dihadiri oleh 20,000 orang pada hujung minggu lalu.

PM juga menyatakan bahawa salah satu syarat yang dilampirkan kepada Lesen Operasi Sementara Lynas Corp ialah pelupusan bahan sisa toksik mesti dilakukan di lokasi terpencil, jauh dari masyarakat setempat. Tetapi ini tidak dapat memberikan ketenangan atau membantu untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Gebeng, Pahang, di mana letaknya kilang itu.

"Jika nadir bumi yang diproses oleh Lynas tidak toksik, ia akan memerlukan kaedah yang berbeza untuk pelupusan. Tetapi tahap ketoksikannya adalah suatu perkara yang subjektif dan tidak boleh dipandang ringan," Robert Phang, anggota eksekutif majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ahli Perundingan SPRM dan Panel Pencegahan Rasuah, berkata dalam satu kenyataan.

"Australia adalah jauh lebih besar daripada Malaysia tetapi mereka sendiri tidak membenarkan adanya loji seperti itu di tempatnya. Sebabnya amat jelas. Sepertimana Malaysia tidak sepatutnya membenarkan Australia mempergunakan tanah ini sebagai tempat untuk melambakan bahan bertoksik itu. Jika kerajaan meluluskan loji di Lynas dengan menerima semua risiko yang ada, ia tidak dapat dielakkan kenapa rakyat timbul syak ada rasuah yang terlibat dalam projek ini. "

Korupsi yang paling jahat

Sesungguhnya, aduan rasuah - yang tidak pernah lekang dari senario di Malaysia – semakin banyak berlaku jika diperhatikan cara pihak pentadbiran Najib dengan sedaya upaya cuba untuk memastikan projek ini tetap berjalan.

Sementara itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon, menegaskan pencarian untuk tapak pelupusan yang sesuai untuk bahan buangan daripada operasi Lynas akan melibatkan empat kementerian. Walaupun melibatkan seratus kementerian sekali pun, ia tidak akan sedikitpun mengurangkan risiko pencemarannya nanti.

Setakat ini, perbincangan berterusan meliputi Sains, Teknologi dan Inovasi; Kesihatan; Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Sumber Asli dan kementerian Alam Sekitar. "Saya juga telah bercakap mengenai isu ini dalam kabinet, dan rakan-rakan saya dalam Kabinet telah membuat kenyataan untuk meminta Lynas mengalihkan tempat bahan buangan mereka," kata Koh.

Pengkritik Lynas yang mahu kerajaan menghentikan pembinaannya dan mengarahkan Perlesenan Tenaga Atom, Lembaga (AELB) untuk menarik balik keputusan untuk memberikan Lynas lesen operasi sementara (TOL), yang akan membenarkan ia untuk memulakan tempoh percubaan selama duan tahun. Mereka mendakwa bahawa pelombong Australia itu tidak memberikan jaminan yang mencukupi tentang bagaimana ia akan mengendalikan sisa radioaktif peringkat rendah yang akan dikeluarkan oleh kilang penapis itu. Mereka juga menegaskan bahawa pelan untuk lokasi tapak pelupusan bahan buangan kilang penapisan "benar-benar tidak masuk akal" dan mencerminkan pemahaman yang cetek tentang sistem ekologi dan terang-terangan tidak menghiraukan alam semula jadi. "

Kenapa mula dari belakang?

Malah, pentadbiran Najib nampaknya telah melakukan kerja dari belakang. Kemudahan telah dibina sebelum TOL dikeluarkan dan walaupun Najib memberi jaminan bahawa masyarakat setempat akan berpuas hati bahawa projek adalah selamat sebelum memberi lampu hijau. Isyarat rasa tidak puas hati bukan sahaja kuat tetapi ia juga telah menunjukkan sokongan dari seluruh negara yang terbukti pada kempen anti-Lynas di Kuantan hujung minggu lalu. Beribu-ribu hadir pada Himpunan Hijau 2.0 yang dianjurkan oleh penduduk Gebeng, para aktivis dan ahli parlimen PKR Fuziah Salleh untuk membantah loji penapisan Lynas.

Tidak dinafikan, ada sesuatu yang tidak kena dengan Lynas dan ia bukan sahaja berkenaan kesan alam sekitar akibat bahan sisa radioaktif yang mungkin berlaku, terdapat juga kebimbangan mengapa pentadbiran Najib boleh membenarkan industri yang "kotor" ini untuk bermula di Malaysia.

Pertama, dengan membenarkan penapisan nadir-bumi di Negara ini, adakah ini akan membuka pintu bagi Malaysia untuk menerima industri-industri "kotor" yang tidak diingini oleh negara-negara lain dalam dunia? Adakah Malaysia yang jauh tenggelam dalam kemerosotan ekonomi tidak mempunyai pilihan dan selain menjadi "tandas" semata-mata pada dunia untuk mengelakkan diri dari kemelesetan ekonomi?

Ingat, Lynas yang berasal dari Australia tidak mendapat permit daripada kerajaan sendiri untuk menubuhkan kilang penapisan dan Australia adalah benua yang mempunyai kawasan pedalaman yang luas dan tidak berpopulasi. Apabila kerajaan Australia mengelakkan diri daripada terpaksa berurusan dengan sisa radioaktif, Najib dengan mudah tertipu dengan tawaran itu, dan mendirikan kilang penapisan itu di negeri asalnya sendiri.

Terdapat juga rancangan untuk membina loji melebur aluminium di Bintulu, Sarawak. Sekali lagi, ini adalah tanda bahawa Malaysia sedang meletakkan dirinya sebagai tempat 'selamat' bagi industri "kotor" dengan bahan buangan berbahaya dimana tiada orang lain yang mahukannya.

Kini hanya mencari tempat pelupusan? Bagaimana ini boleh berlaku?

Kedua, mengapa kerajaan Najib, kini hanya mencari tempat untuk melupuskan bahan buangan Lynas? Mengapa tapak pelupusan dicari selepas pengeluaran TOL? Bukankah tapak pelupusan patut tersebut dikenal pasti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa TOL? Bukankah ada notis yang sepatutnya diberikan kepada penduduk berdekatan dengan tapak pelupusan itu? Mengapa ini dilakukan dengan tidak cekap dan profesional? Bukankah ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari penduduk dan rakyat Malaysia?

Sekali lagi, ini adalah petanda bahawa perkara ini telah dilakukan secara terbalik oleh pentadbiran Najib dan dengan sengaja. Tetapi, bukankah ini modus operandi pentadbiran Najib dan bagaimana ia menjalankan urusannya. Sama ada Najib sedar atau tidak, ia adalah seperti dia mengadakan suatu projek, memaksa rakyat dan penduduk untuk menerima sahaja. Dan apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di kilang penapisan nadir bumi Bukit Merah di mana pencemaran radioaktif telah membunuh beberapa orang dan meninggalkan berpuluh-puluh cacat - kerajaan BN hanya akan buat tidak tahu sahaja.

Bersungguh-sungguh untuk menghidupkan tragedi Bukit Merah

Amat sedikit yang diketahui tentang kes Bukit Merah. Malah di Barat, ia langsung tidak diketahui kerana pengendali loji, Mitsubishi Chemical, secra diam-diam bersetuju untuk menyelesaikan masalah tanpa adanya tindakan undang-undang. Penunjuk perasaan tempatan telah menghubungi aktivis alam sekitar Jepun dan ahli politik, yang membantu memujuk syarikat-pentingkan imej ini untuk menutup loji penapisannya pada tahun 1992 dan kemudian membelanjakan sebanyak USD100 juta untuk membersihkan tapak.

Pekerja-pekerja dalam pakaian keselamatan telah mengeluarkan lebih daripada 11,000 trak penuh bahan tercemar radioaktif, menangkut apa sahaja peninggalan kilang itu yang dicemari walaupun jauh dibawah tapak, hampir sedalam 25 kaki. Untuk melupuskan bahan radioaktif, jurutera terpaksa memotong bahagian atas bukit yang terletak tiga batu jauh di dalam hutan simpan, dan mengebumikan bahan beradioaktif di dalam teras bukit dan yang lebih daripada 20 kaki dan ditimbus dengan tanah liat dan granit. Setakat ini, penduduk Bukit Merah – seramai 11,000 orang telah mengalami lapan kes leukemia dalam tempoh lima tahun. Tujuh daripada mangsa leukemia itu telah meninggal dunia.

Rakyat mesti menentang kerajaan yang zalim

Tekanan untuk menutup kilang penapisan Bukit Merah datang daripada penunjuk perasaan tempatan dan Jepun dan bukan kerajaan BN, yang pada masa itu dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang juga telah meluluskan projek itu.

Pada tahun ini, 2012. Tanpa mengambil iktibar dari pengalaman pahit berdekad yang lalu, kerajaan BN yang kini diketuai oleh Najib nampaknya cuba untuk mengulangi sejarah itu. Yang pasti, apabila pilihan raya umum ke-13 dimenangi BN, kerajaan persekutuan pasti akan melaksanakan sahaja projek Lynas ini.

Sekali lagi, ianya terpulang kepada rakyat Malaysia untuk bangun sebelum terlambat supaya dapat menghentikan perbuatan merosakkan generasi ini dan orang-orang yang mereka yang akan hidup selepasnya.Malaysia Chronicle

Nahas Genting Highlands: 2 pelancong India terbunuh

Posted: 05 Mar 2012 12:28 AM PST

MALAYSIA KINI

Dua warga India terbunuh manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong yang mereka naiki terbalik di kawasan bahu jalan di kilometer 4.5 Jalan Genting-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.

Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata, semua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata semua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota membabitkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa. Bernama

Mustapa sedia tanding dua kerusi di Jeli

Posted: 05 Mar 2012 12:26 AM PST

MALAYSIA KINI

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli saja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

NONE"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di Pasir Puteh, malam tadi, yang dihadiri 300 penduduk kampung.

Mustapa pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"Kalau semua pihak sanggup kerja kuat bersama saya tanpa ada sabotaj tidak mustahil BN dapat memenangi 30 kerusi," katanya.

Mustapa berkata, Umno Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota PAS dan kumpulan atas pagar menyertai BN.

Katanya, gandingan golongan muda, veteran Umno dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.Bernama

K'jaan, Tajudin gagal batalkan saman

Posted: 05 Mar 2012 12:22 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan tuntutan balas RM500 juta yang difailkan oleh Tan Sri Tajudin Ramli dalam satu kes yang membabitkan Penerbangan Malaysia (MAS).

Di samping itu, permohonan Tajudin untuk membatalkan permohonan MAS menyaman dirinya berikutan syarikat penerbangan negara itu terpaksa menanggung kerugian besar akibat penempatan semula operasi kargo di Eropah juga ditolak.

Kedua-dua perkara-perkaraitu diputuskan oleh Hakim Datuk Rosilah Yop dalam kamarnya. Beliau turut memerintahkan kerajaan dan Tajudin untuk membayar kos.

tajudin ramli 1Bagaimanapun, beliau tidak menilai jumlah kos yang terpaksa dibayar oleh kedua-dua pihak.

Perkara itu diumaklumkan kepada wartawan oleh peguam Tajudin, Lim Kian Leong.

Berikutan keputusan hari ini, Mahkamah Tinggi akan meneruskan perbicaraan MAS terhadap Tajudin bermula Isnin depan.

Peguam Kumar Kanagasingam dan SM Shanmugam mewakili MAS dan manakala kerajaan pula diwakili oleh Timbalan Pendakwar Raya kanan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Mahathir, Daim, Anwar akan dipanggil?


Adalah difahamkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa berikutan perkembangan hari ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin disepina untuk memberi keterangan.

MAS telah memfailkan tiga saman terhadap Tajudin.

Walau bagaimanapun, saman utama yang difailkan pada tahun 2006, akan didengar pada Isnin, akan melihat MAS, bersama-sama dengan MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotel & Boutiques Sdn Bhd, menamakan Tajudin, bekas syarikatnya Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd sebagai defendan.

Mereka mendakwa bahawa Tajudin sengaja mengabaikan tanggungjawabnya dan melakukan pecah amanah dengan membiarkan MAS mendapatkan pelbagai kontrak untuk kepentingan dirinya sendiri.

Cabaran mangsa Kg Medan sampai ke penghujung

Posted: 05 Mar 2012 12:16 AM PST

Saman lima orang terhadap polis and kerajaan atas dakwaan kelalaian dan pelanggaran tugas sehingga menyebabkan mereka cedera dalam insiden Kampung Medan pada 2001 sampai ke penghujungnya.

kampung medanIni selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini menolak permohonan mereka untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi bagi mendakwa polis gagal melaksanakan tugas mereka.

Permohonan berkenaan didengar di hadapan panel lima orang, iaitu Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan dipengerusikan oleh Tan Sri Ariffin Zakaria yang sebulat suara menolak permohonan tanpa kos itu.

Hakim Ariffin berkata kes itu adalah satu hakikat dan bukan perkara undang-undang. Sekiranya beliau membenarkan permohonan berkenaan, maka ini akan membuka kepadsa kes-kes lain.

Bercakap kepada wartawan, kemudiannya peguam M Manogaran mengakui bahawa Mahkamah Persekutuan hanya menagani isu-isu yang berkaitan dengan persoalan undang-undang baru dan yang berkaitan dengannya.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 m manogaran"Dalam kes yang melibatkan polis, ada sesuatu yang dinamakan polisi awam, jadi mahkamah tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja memulakan sesuatu kes tetapi Kampung Medan adalah kes yang unik dan mempunyai kepentingan awam," katanya.

Manogaran (kiri) berkata tidak terdapat sebarang jalan lain bagi plaintif tetapi beliau akan meminta kerajaan negeri Selangor membuat pembayaran ihsan kepada mangsa-mangsa atas penderitaan mereka.

Pada 23 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan tujuh orang yang cedera dalam pergaduhan di Kampung Medan itu.

Panel tiga hakim yang bersidang ketika itu terdiri Hakim-hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Linton Albert.

Mereka sebulat suara menolak rayuan R Suresh, A Anbalakan Aynan, A Velappan, B Janakan, P Tamil Selbam, V Subramaniam dan V Muniandy.

kpg medan 130905 overviewLow berkata rayuan mereka tidak mempunyai sebarang merit dan panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difail tujuh perayu itu selepas mendapati mereka gagal membuktikan bahawa polis tidak memenuhi tanggungjawabnya mengikut Akta Polis 1967.

Ketujuh-tujuh perayu, yang merupakan penduduk di kawasan berlakunya pergaduhan itu, memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Polis Petaling Jaya SAC Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad, bekas Ketua Polis Selangor Datuk Nik Ismail Nik Yusof, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Dalam penyata tuntutan mereka, ketujuh-tujuh perayu berkata keempat-empat defendan itu gagal mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan kecoh, rusuhan dan keganasan di kawasan berkenaan dan oleh itu gagal menjamin keselamatan mereka.

NONEAkibatnya, kata perayu, mereka diserang sekumpulan 20 hingga 30 orang yang melakukan rusuhan di kawasan itu menggunakan senjata termasuk parang, pisau, kayu hoki, kayu dan batang besi hingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan.

Ketujuh-tujuh mereka mendakwa kononnya defendan juga gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang bertindak ganas terhadap mereka itu, yang mengakibatkan wujud risiko berlaku kecederaan serius.

Bantuan ditarik, peladang cacat pilu, rasa terhina

Posted: 05 Mar 2012 12:15 AM PST

Nigel Aw


Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.

Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.

disabled victim Frusis Lebi makes police report against mong dagang letterKetika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.

"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.

Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang 'simpati' terhadapnya.

Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.

Elaun OKU juga dihentikan

Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.

NONE"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya.

"Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.

Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.

Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.

Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.

Golongan miskin ditindas


Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

NONE"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.

Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.

Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.

Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter

NGO anjur demo tanah adat Sabah 12 Mac

Posted: 05 Mar 2012 12:11 AM PST

MALAYSIA KINI

Sekumpulan NGO akan mengadakan perhimpunan besar berhubung isu tanah adat di Sabah - yang didakwa kritikal dengan masalah pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan - pada 12 Mac ini.

NONEKumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) berkata, himpunan "123 Bangkit" itu akan disertai kumpulan NGO dan aktivis parti politik.

"123 Bangkit adalah bersempena tarikh 12 Mac 2012 yang juga merupakan tarikh kebangkitan rakyat menghadapi (Ketua Menteri Sabah) YAB Datuk Seri Musa Aman," kata setiausaha TABAH Lahirul Latigu.

Lahirul yang juga ketua Pemuda PAS Sabah berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah.

Memetik statistik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2005-10, Lahirul berkata, Sabah mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 977 kes berbanding Semenanjung Malaysia (654 kes) dan Sarawak (251 kes).

"Angka ini menunjukkan Sabah berada di kedudukan yang agak kritikal mengalami masalah ini," katanya sambil mendakwa perhimpunan sama dua tahun lalu berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Lahirul berkata, pada 18 November tahun lalu, TABAH sudah menyerahkan memorandum berkaitan kepada kerajaan negeri tetapi Musa didakwa tidak menunjukkan komitmen.

TABAH ditubuhkan pada 12 Mac tahun lalu bagi membantu menyelesaikan masalah tanah, terutama isu berkaitan tanah adat.

PAS: Phahrolrazi, Ismail perlu terima jawatan semula

Posted: 05 Mar 2012 12:09 AM PST

PAS mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah -- Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh -- perlu menerima semula jawatan berkenaan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
NONE
Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Mustafa berkata, PAS "optimis" bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan berbuat demikian.

Namun parti itu setakat ini masih belum mendengar maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan dan Ismail juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut, katanya.

"Tak ada tempoh (untuk beri maklum balas)... Secara rasmi kita belum terima pada hari ini, ia tidak terikat kepada sehari atau dua hari," katanya.

Mustafa juga enggan membuat andaian sekiranya Phahrolrazi dan Ismail tetap enggan mengangkat sumpah sebagai anggota majis mesyuarat kerajaan negeri.

Mustafa juga enggan mendedahkan butiran yang dibangkitkan Phahrolrazi dan Ismail dalam mesyuarat itu, walau terus diasak wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri dalam isu AUKU juga tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tersebut.

"Ia juga tidak ada kena mengena dengan pengagihan kerusi pilihan raya," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Mustafa berkata dakwaan berhubung tuntutan Phahrolrazi untuk menjawat jawatan pesuruhjaya juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut.

Selain itu, Mustafa berkata PAS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membantu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Kita tidak campur pentadbiran per se, tidak boleh campur, tapi kita boleh berikan pandangan berkenaan perjalanan (pentadbiran).

"Kerajaan yang kita pimpin itu atau yang kita terlibat (bertanggungjawab) maklumkan apa dia program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita," katanya.

Keanggotaan jawatankuasa berkenaan, yang diaktifkan di Kedah selepas PAS merampas negeri itu pada 2008, akan diputuskan dalam mesyuarat parti itu pada 12 Mac.

Pemuda PAS mahu dialog dengan Mahathir, The Star

Posted: 05 Mar 2012 12:08 AM PST

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata dewan itu akan mengadakan dialog dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu dalam isu hudud.

Nasruddin berkata mereka itu ingin mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir yang sebelum ini dilaporkan telah menafikan bahawa hukum hudud wujud dalam al-Quran.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Kita mahu selesaikan secara berdepan dengan Tun Mahathir," katanya yang ingin memastikan sekiranya Mahathir benar-benar telah bermaksud demikian.

Dalam ulasannya sebelum ini, Nasruddin (kiri) berkata beliau telah menyatakan bahawa pandangan seperti itu tidak betul.

"Tetapi kemudiannya ada pula yang cuba tafsir bahawa mungkin Tun maksudkan terma (hudud) itu yang tidak ada dalam al-Quran," katanya.

Debat mengenai isu itu pula telah berlarutan di Internet, kata Nasruddin lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Atas dasar itulah maka pergerakan itu berniat untuk bertemu Mahathir.

Selain dialog dengan mahathir, pergerakan itu juga merancang untuk berdialog dengan ketua pengarang akhbar The Star ekoran isu yang timbul dari liputan akhbar berkenaan.

Katanya, isu berkenaan kebanyakannya adalah berhubung sikap Pemuda PÀS dalam perkara melibatkan hiburan dan juga berkaitan sensitiviti agama seperti sambutan Hari Valentine.

Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak

Posted: 04 Mar 2012 11:55 PM PST


MALAYSIA KINI

[VIDEO | 5.18 mins]

Seseorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

NONEDewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi.

Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan.

NONEAntara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia'

"Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri.

"Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya.

Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital.

NONEDua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja.

Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, Tang menafikan wujudnya sebarang unsur penipuan. Katanya, niat beliau memohon adalah untuk mendermakan wang berkenaan kepada pihak kebajikan.

HASSAN JATI PERASAN, PAS KUAT KERANA BELIAU?

Posted: 04 Mar 2012 04:02 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHAP meroyan atau gila talak Hasan Jati dilihat semakin serius. Semenjak kebelakangan ini beliau sering syok sendiri dengan kononnya puluhan ribu yang datang mendengar ceramahnya itu sebagai satu bukti bahawa di dalam PAS semua sudah menyokongnya. Lebih meloyakan apabila Hassan Jati berkata salah satu faktor PAS akan kecundang nanti adalah kerana Hassan Jati. Semenjak bila PAS kuat dan gagah kerana Hassan Jati? Baca SINI.

Jika PAS kuat dan gagah disebabkan oleh Hassan Jati, ada lojiknya PAS akan merudum tanpa Hassan Jati. Tetapi semua tahu bahawa PAS semakin kuat dan gagah apabila Allah mentakdirkan peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar. Maksudnya, PAS kuat bukan kerana DS Anwar tetapi faktor kezaliman ke atas DS Anwar maka rakyat melihat bahawa PAS sememangnya berjuang atas dasar Islam tidak mengira sesiapa pun yang dizalimi. Itu fakta. Hassan Jati menenggek di atas PAS juga sewaktu era reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar juga. Jadi, Hassan Jati jangan perasan beliau hebat sangat.

Mahu tahu hebat atau tidak Hassan Jati bukan susah sangat. Kita lihat semenjak Hassan Jati diterajang oleh PAS keluar, berapa orang tokoh PAS, paling tidak Ketua Cawangan PAS yang keluar dari PAS dan ikut Hassan Jati? Mahu cari seorang Ketua Cawangan PAS yang keluar PAS dan masuk parti beras hancur bernama Jati ini pun susah, usahkan tokoh utama PAS yang bodoh sangat mahu ikut Hassan Jati yang gilakan jawatan MB Selangor itu. Jawabnya tiada seorang pun yang gila seperti Hassan Jati.

Bayangkan betapa bengapnya politik Hassan Jati apabila beliau mengukur sokongan terhadapnya semata-mata jumlah yang hadir mendengar ceramahnya. Semua tahu, kebanyakan yang hadir itu adalah para penyokong Umno yang semestinya mahu melihat kuda tunggangan mereka beraksi. Tidak dinafikan juga, ada penyokong-penyokong PAS yang turut hadir sekadar mahu melihat bagaimana orang kata tidak semua yang mempunyai PHD itu bijak. Dan, terbukti apabila mereka selesai mendengar Hassan Jati merepek, adakah mereka berbondong-bondong menyertai Jati dan keluar dari PAS. Jawapannya juga tidak. Hassan Jati terus syok sendiri.

Baru-baru ini beliau meroyan pasal isu murtad. Kononnya beliau ada video sebagai bukti, tetapi rakaman belum siap dan mahu tempoh dua minggu lagi untuk siapkan video tersebut. Aku rasa Hassan Jati perlukan nasihat pakar bikin video iaitu Datuk Eskay atau Rahim Tambi Chik agar video tersebut dilihat `tulin'. Kita masih ingat, sewaktu JAIS atas arahan Sultan Selangor menyiasat isu serbuan sebuah Gereja di Selangor, hasilnya Sultan Selangor sebut isu itu ditutup kerana tiada bukti. Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor. Mengapa waktu itu beliau tidak mengemukakan bukti yang beliau kata sekarang beliau ada bukti tersebut? Rupa-rupanya waktu itu bukti memang tiada, cuma sekarang bukti akan dicipta seperti terciptanya video seks oleh Datuk T. Sebab itulah Hassan Jati minta tempoh dua minggu untuk siapkan pengambarannya.

Sehebat-hebat Pakar Motivasi seperti Hassan Jati ini nampaknya semakin menjadi bahan ketawa orang ramai. Hujah orang yang perasan beliau seorang sahaja ada PHD ini nampaknya semakin tidak tentu hala. Saya nasihatkan Hassan Jati tidak perlu bersusah payah mencipta bukti atau membuat pengambaran video, cukup sekadar beliau tonton video yang sudah ada memperlihatkan seorang mamak bendahara berkata ' Hudud tiada di dalam Al-Quran", "Hudud ciptaan manusia (ahli Fekah) sahaja". Beranikah Hassan Jati memberi komen atas ucapan tersebut? Jawapannya, pasti tidak kerana beliau tahu di atas pentas siapakah beliau menumpang sekarang.

Betullah kata orang, Hassan Jati bukan Umno, tetapi `Sub Kontrak' Umno./wfauzdin.blogspot.com

Shahrizat serah kepada PM jawatan selaku senator

Posted: 04 Mar 2012 04:01 PM PST


MALAYSIA KINI

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai kedudukan beliau sebagai Senator.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata, terserah kepada Perdana Menteri sama ada melanjutkan tempoh penggal beliau sebagai senator yang akan berakhir bulan depan.

"Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis julung kali diadakan itu dirasmikan Perdana Menteri dan dihadiri hampir 20,000 orang termasuk 1,627 wakil NGO dari seluruh negara.

Sebuah akhbar berbahasa Cina dilaporkan membuat spekulasi bahawa Shahrizat berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini.

Shahrizat dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009.

azlanShahrizat terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, yang terbabit dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia mendapat perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan beberapa kelemahan projek itu yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Ia semakin panas selepas wujud dakwaan berlaku penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. Bernama

Daim: PM tak harus pegang jawatan menteri kewangan

Posted: 04 Mar 2012 03:55 PM PST

MALAYSIA KINI
Seseorang perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan menteri kewangan, kata pemimpin veteran Umno dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

daim zainuddinDaim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.

Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu.

"Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).

"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?" kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.

Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.

NONE"Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, "

"Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.

Posted: 04 Mar 2012 03:51 PM PST

Oleh Muhammad Apendy Issahak

CEKUP...Amran (kiri) memeriksa seorang daripada warga asing yang  ditahan.

...Amran (kiri) memeriksa seorang daripada warga asing yang ditahan.

GOMBAK: Bimbang diri dicekup pihak berkuasa, beberapa warga Afrika nekad mempertaruhkan nyawa mereka dengan bergayut ala 'Spider-man' pada balkoni rumah setinggi empat tingkat bagi melarikan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen di Taman Aman Siara, Selayang.

Tindakan itu bagaimanapun tidak berjaya dan mengundang padah apabila seorang daripada warga Afrika yang cuba melarikan diri itu patah kaki kanan akibat terjatuh sebelum dicekup.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam kelmarin itu yang diketuai Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, seramai 44 warga asing diperiksa dan 17 daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Amran berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat daripada penduduk taman yang mendapati kebanyakan rumah di kawasan itu didiami warga asing terutamanya warga Afrika.

"Operasi dijalankan berdasarkan aduan penduduk di taman ini dan berdasarkan dari aduan itu kita mengumpul maklumat terutamanya mengenai rumah-rumah yang didiami warga asing sebelum membuat serbuan.

Tiada ulasan: