Isnin, 5 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tahniah Kepada PAS kerana berjaya selesaikan Kemelut Parti

Posted: 05 Mar 2012 08:16 AM PST

Ini adalah berita yang sangat mendukacitakan Umno/BN. Semata-mata kerana kemelut yang melanda PAS Kedah sudah beres dalam suasana ikatan ukwah dan muhibbah.

Ini membuktikan bahawa para pemimpin PAS bijak-bijak belaka. Sekali gus merupakan bukti kemampuan PAS untuk mentadbir Putra Jaya. Allahu akbar!

Mahfuz Omar pun telah lebih bersedia untuk dilantik sebagai PM yang baru bagi memulakan era perubahan menjelang PRU-13 nanti. Ini berita yang sangat menyakitkan puak-puak Umno/BN bila dengar pengumuman Mahfuz menawarkan dirinya . Ini bukan perkara yang mustahil malah boleh berlaku. Lembu pun boleh nginap dalam kondo mewah - siapa kata mustahil?

Mungkin kerana perkara sebeginilah maka Peguam Negara yang bijaksana itu telah hilang akal kerana terlalu memikirkannya.

Melalui pengalaman polis, tentunya mereka amat yakin bahawa kertas siasatan yang telah diserahkan kepada Peguam Negara itu telah dapat membuktikan sabit kesalahan pengarah NFCorp hingga mereka berani keluarkan kenyataan yang jelas mendesak Peguam Negara agar segera bertindak : Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah.

Tetapi apasal Peguam Negara pulangkan semula kertas laporan polis tersebut? Apa maknanya ini semua? Polis tidak tahu jalankan siasatan?

Itulah seperti apa yang saya katakan tadi, Peguam Negara telah hilang akal gara-gara lembu Shahrizat boleh melepak dalam kondo mewah! Tidak masuk aqal bukan?

Tetapi kalau Mahfuz jadi PM Malaysia disuatu hari nanti, apa yang peliknya? Kita doakanlah sahaja semoga Allah kabulkan.

Kembali kepada topik asal, kita ucapkan tahniah kepada PAS Pusat dan PAS Kedah kerana berjaya selesaikan kemelut yang berlaku. Semoga Kedah menepati namanya sebagi Darul Aman - benar-benar aman.Amin.

Menurut laporan ini Ust Azizan dikekalkan sebagai MB Kedah dan kedua Exco berkenaan turut dikekalkan sama.

Walau bagaimana pun, dari sumber yang tidak rasmi, Dewan Ulama mahukan Phahrolrazi menjadi PJ PAS di Kedah.Wallahu a'lam.

Adalah baik kalau perkara ini benar-benar berlaku kerana ianya akan dapat mengimbangi kuasa MB sebagaimana 'check and balance' bagi mengelakan 'abslute power' seseorang.

Adalah diharapkan langkah tersebut merupakan satu precedence yang akan datang bahawa tidak semestinya seseorang PJ itu mesti dilantik sebagai MB apabila menerajui sesebuah negeri.

Saya masih ingat pesanan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam satu ceramahnya yang pernah menyifatkan penguasa yang tidak mahu turun-turun walaupun didesak rakyat umpama daun pisang yang sudah kering.

Daun pisang walau pun sudah kering, dia tidak mahu gugur dengan sendiri. "Sangat liat," katanya

"Tidak sebagaimana tabiat pelepah kelapa kering yang akan gugur dengan sendiri," jelasnya.

"Kita kena rentap! Baru dia jatuh!" Kata Allahyarham menamatkan ceramahnya malam itu disambut dengan derai ketawa para penyokong parti yang mendengarnya.

Sungguh lucu ketika itu kerana sindiran tersebut ditujukan kepada Dr Mahathir. Tetapi kini kata-kata tersebut agak pahit untuk ditelan bagi sesetengah pemimpin PAS sekarang.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Najib Nak Ubah Selera Ker?

Posted: 05 Mar 2012 04:45 AM PST


Nampaknya PM Najib sudah mulai tahu membezakan alat musik antara double-bass dan guitar. Agak-agaknya PM Najib sudah jemu main double bass.

Guitar lebih ringan dan mudah untuk ditimang sambil dimainkan berbanding dengan double bass.Silap-silap haribulan, kalau kena hempap double bass, tentu tak larat walau pun sekadar nak menguit !

Walau bagaimanapun, pernah dilaporkan, Najib sudah ada pengalaman bermain guitar di Port Dickson tempoh hari dulu sewaktu Isa Samad jadi MB Negeri Sembilan.

Ada orang bertanya, Najib suka main spanish guitar ke atau elekterik ? Neither - dia pakar main Monggolian guitar! Kah! kah! kah!
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Semoga Laknat Allah Menimpa Ke Atasnya ....

Posted: 04 Mar 2012 08:57 PM PST

Petikan ucapan Mahathir sewaktu Perhimpunan Agung Umno
di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur
pada Tarikh 11-05-2000.Sila klik sini

Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung- agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala sahaja.

Apa yang Mahathir katakan itu adalah sindiran kepada Tuan Guru Nik Aziz yang kata tidak perlu berterima kasih kepada sesama manusia dan hanya perlu bersyukur kepada Allah.


TGNA berkata demikian dalam menyanggah kenyataan Mahathir supaya rakyat bersyukur kepada kerajaan @ UMNO @ PM sendiri.

Mahathir menyindir TGNA yang dianggap tidak bersyukur kepada pihak pemerintah; sedangkan Nabi Muhammad juga adalah manusia juga.

Namun ungkapan TGNA itu telah diputar belitkan oleh Mahathir hingga seolah-olah TGNA menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi yang sebenarnya, Mahathirlah yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. kerana ungkapan tersebut terhasil dari lubuk kepala hotaknya!

Penghinaan Mahathir terhadap Islam lebih dahsyat lagi kalau kita soroti beberapa kenyataannya keatas Islam sebelum ini.Yang terkini beliau kata "Hudud tiada dalam al-Quran"!

Ingatlah pesanan Allah dalam surah ali 'Imran (118) yang mafhumnya, "Sesungguhnya telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan dihati mereka lebih besar lagi".

Kenyataan Mahathir menampakan dia mahukan rakyat Malaysia menyanjungi kerajaan @ UMNO @ PM sendiri sebagaimana ummat Islam menyanjungi Nabi Muhammad S.A.W. yang telah menyampaikan agama Islam.

Allah menyatakan, mafhumnya, "Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam." (Quran s. al- Anbiya : 107) dan sesungguhnya Allah dan para malaikatNya, berselawat keatas Nabi, dan menyeru orang-orang beriman supaya berselawat keatas Nabi juga.(ayat 56, surah al-Ahzab)

Antara tujuan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ialah sebagai mengenang kembali budi dan jasa baik Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan.

Apakah Mahathir rasa Umno/BN telah membawa rahmat kepada rakyat Malaysia sehingga sekalian rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada mereka?

Rakyat Malaysia amat menyedari tentang perilaku kezaliman yang menjadi amalan Umno/BN.

Sana sini rakyat boleh nampak rasuah.Hanya ikan-ikan bilis saja yang ditangkap, tetapi jerung-jerung yang mengganas terus berkeliaran bebas menyonglap wang rakyat.

Kepincangan institusi kehakiman negara menyebabkan rakyat tidak mendapat pembelaan yang adil malah dizalimi.

Termasuk penyalahgunaan PDRM yang menjadi cemuhan rakyat yang tidak mendapat jaminan keselamatan.Lihat saja insiden di Pulau Pinang sewaktu rakyat berdemo aman menentang Lynas.Gerombolan Umno/BN bermaharaja Lela mengancam dan membuat kacau yang melampau keatas peserta demo termasuk keatas Ketua Menteri Pulau Pinang.Seolah-olah negara tidak ada polis untuk melaksanakan undang-undang!

Penindasan terhadap rakyat yang terus dihimpit dengan kesempitan hidup, cuba dikambus dengan BR1M RM500/- Setiap akhir tahun menjelang tiba, ada saja gula-gula yang ditawarkan oleh kerajaan kerana sememangnya rakyat tidak mampu menyara hidup mereka.

Beginilah cara Umno/BN memaksa rakyat secara halus, tanpa disedari mereka supaya sentiasa bergantung harap dan selalu berterima kasih kepada Umno/BN.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Tiada ulasan: