Isnin, 5 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


PEMIMPIN BN DAH MULA MINTAK NYAWA

Posted: 05 Mar 2012 04:00 AM PST



DEY MACHA!!!
SEMPENA DEKAT PILIHANRAYA UMUM NI
PEMIMPIN BN MULA MERAYU-RAYU
MINTAK SIMPATI DAN MINTAK NYAWA
KAH! KAH! KAH!

SUDAH MAU PILIHANRAYA BARU MAU MINTAK MAAF
DEPA TAU KA APA ITU MAAF?
DAH LEBIH 54 TAHUN PERINTAH
BARU LA NI SEDAQ DIRI
KAH! KAH!KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

NGO JATI DIDAKWA ADA MASALAH MENTAL

Posted: 05 Mar 2012 01:00 AM PST



Haha...berita paling best penulis baca pagi ini mengenai 2 berita berkaitan Hasan Ali yang cukup mantap dan mungkin menyakitkan Hasan Ali. Paling best kenyataan dari Exco Kelantan, Fattah Mahmood yang menjawab soalan berkaitan NGO Jati  yang didakwa mempunyai masalah mental. Hahaha...terkejut beruk Hasan ali bila baca berita ini. satu lagi kenyataan dari Mahfuz Omar pun best jugak. Nah!! ambik kau Hasan Ali...


Kelantan tidak iktiraf NGO ‘parasit’


WARTAWAN SINAR HARIAN


5 Mac 2012








KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan iktiraf Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang disifatkan tidak mempunyai hala tuju dan berkepentingan peribadi semata-mata seperti Jalur Tiga (Jati).


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerjasama hanya akan diberikan kepada NGO yang mempunyai hala tuju yang jelas serta membawa kebaikan kepada masyarakat.





“NGO seperti Jati merupakan ‘parasit’ dan sebenarnya tidak mempunyai tempat dalam masyarakat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dalam Sidang Dun Kelantan di sini, semalam.





Zainuddin meminta penjelasan mengenai Jati yang dianggap sebagai ‘mempunyai masalah mental’.





Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, tumpuan diberikan kepada NGO yang berusaha mewujudkan keluarga bahagia.





Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data lengkap mengenai tahap pencapaian pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan di Universiti tempatan dan luar negara.





”Kita tidak ada rekod resmi tapi melalui berita yang diterima, ramai lepasan YIK mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya menjawab soalan Saipul Bahrin Mohamad.




Pas yakin tidak tergugat dengan serangan Hasan Ali
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
5 Mac 2012


SHAH ALAM - Datuk Mahfuz Omar menempelak kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mendakwa pemecatannya akan menjadi sebahagian daripada faktor kekalahan parti Islam itu pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden itu berkata, jentera Pas tidak pernah tergugat dengan ketiadaan Hasan, malah pemecatan itu telah merungkaikan permasalahan yang selama ini berlegar-legar dalam parti itu.

“Siapa dia (Hasan) nak bagi tahu yang Pas akan tumbang? Pas tidak pernah tergugat. Malahan kami bersyukur diambil tindakan memecat dia dulu, ringan sikit beban masalah.

“Biarlah dia rasa dia hebat sekarang sampai boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi Pas tidak akan tumbang disebabkan dia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Hasan juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ketika ditanya pemberita, adakah Pas tergugat dengan kenyataan Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh apabila program jelajahnya mendapat sambutan baik dengan ribuan yang hadir, Mahfuz berkata, itu adalah retorik politik semata-mata dan Pas tidak pernah menganggap itu satu ancaman.

“Dia sedang diperkudakan Umno, Hasan sekarang sedang pikul tanggungjawab sebagai mata dan kapak Umnolah.

“Program dia tak bawak permasalahan buat Pas, biarlah dia nak buat apa pun... Pas tetap akan teguh dengan perjuangan kami,” katanya.

Kelmarin, Hasan mengeluarkan kenyataan faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

pejuang-rakyat


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Peserta Realiti TV Dirogol

Posted: 04 Mar 2012 11:51 PM PST

Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.


Dalam episod terbaru Big Brother Brazil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.


Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.


Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.


Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan


malaysiasensasi

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SISA LYNAS BUANG DI GURUN KEDAH?

Posted: 04 Mar 2012 06:04 PM PST

Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:


Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?


Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:


SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?


Di hutan Sabah dan Sarawak cuma ada orang utan, gajah dan anaconda. Di dalam hutan Sabah dan Sarawak juga cuma ada orang asal (contohnya Penan). Demer ni pun bukan pergi mengundi. Bukan menguntungkan BN. Apa BN nak kisah, kan? kan?


Jangan marah dulu! Cuba baca pulak dengan teliti fakta dalam jadual berikut:



JADUAL 1: PERBEZAAN SOSIO-GEOGRAFI CHINA, AUSTRALIA DAN MALAYSIA

Cuba bandingkan ANGKA2 yang ada dalam jadual di atas. Sengaja Yong pilih tiga negara yang relevan dalam kes yang dibentang.


Keluasan tanah China adalah 29 kali keluasan Malaysia. 9596,960 / 329,758 = 29.10304.


Keluasan tanah Australian adalah 23 kali keluasan Malaysia. 7692024 / 329,758 =23.32627.


Bagi yang tak faham matematik, Yong sertakan peta China, Australia dan Malaysia. Tengok sendiri besar mana negara2 tersebut. Jangan jadi bangang macam budak2 songkok tinggi Pulau Pinang. 



PETA ASIA TIMUR
Keluasan gurun di Cina adalah 1,247,604 Km persegi, iaitu 13% daripada keseluruhan tanah China. Bagi kedua2 negara ini keluasan gurun mereka adalah 3 kali ganda keluasan tanah Malaysia. Australia dengan keras tidak mahu sisa Lynas dibawa pulang ke negara tersebut, walaupun ada gurun yang luas dan bilangan penduduk yang sedikit. Kenapa agaknya ya? China pulak menutup beberapa operasi melombong dan memeroses nadir bumi, kerana masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia pula hendak mencampakkan sisa Lynas ke mana?


INI RUPA GURUN DI CHINA


Malaysia tidak ada gurun. Yang ada cuma GURUN di Kedah.



Jangan mengaji tinggi sampai PhD, tapi bangang.


yongsukakuning

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: