Selasa, 27 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lembu NFC : Cubaan tutup kelemahan Najib

Posted: 27 Mar 2012 11:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menyifatkan pembukaan bidaan baru bagi mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai usaha untuk menutup kesilapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan projek ini secara terus kepada NFC.

"Ini (skandal NFC) mencerminkan kecuaian Najib dan mungkin berlaku penyelewengan, dan perkara ini masih belum dijawab beliau.
"Justeru, kita bantah dengan keras pengumuman Noh Omar, yang dilihat cuba menutup peranan Najib dalam skandal yang menggunakan RM250 juta duit rakyat ini," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Rafizi turut mempersoal siasatan dan juga langkah-langkah pemulihan NFC yang sehingga ke hari ini masih belum mampu menangani masalah tersebut sehingga ke peringkat akar umbi.

"Ini termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Najib, walhal operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset NFC dan syarikat berkaitan berjalan seperti biasa dan cuba menghapuskan bukti penyelewengan.
"Begitu juga dengan pelantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri, yang sehingga kini tidak diketahui skopnya dan bilakah laporan dibentang di Dewan Rakyat.
"Kita khuatir audit ini hanya untuk mengenalpasti penyelewengan, agar bukti dapat dihapuskan,"katanya.
Rafizi merujuk pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam, yang akan membuka tender kepada pihak berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Projek yang sebelum ini dikendalikan syarikat milik keluarga Shahrizat ini disifatkan gagal dan menghadapi pelbagai masalah.
12 Mac lalu, Pengarah NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965.
Rafizi berkata lagi, tidak ada pilihan lain selain terus membongkar penyelewengan yang telah dan masih berlaku dalam NFC, dan ini akan diteruskan bermula minggu depan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28636

[Video] : Ceramah DSAI - Rapat Rakyat di Ampang 1/2 : 27/3/2012

Posted: 27 Mar 2012 10:01 PM PDT

Hassan Ali penyubur fitnah - Azmin

Posted: 27 Mar 2012 07:27 AM PDT

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.


"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

[ARTIS] Awal dan Scha bakal bernikah

Posted: 27 Mar 2012 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan.

"Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei tahun lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya," katanya.



Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka.

Terdahulu menerusi siaran Propaganza di Astro Ria Ahad lalu, Awal mengumumkan secara terbuka untuk melamar Scha ketika pelakon wanita itu sedang mengendalikan rancangan tersebut sebagai pengacara jemputan.

Bagaimanapun, jelas Awal, lamaran yang dilakukan secara terbuka itu bukanlah gimik tetapi sekadar ingin menunaikan hasrat Scha yang pernah bertanya bilakah dia ingin dilamar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

"Walaupun permintaan Scha sekadar gurauan, saya tetap mahu menunaikan permintaannya. Bagaimanapun saya harap, pihak di luar sana tidaklah menganggap saya mahu mengikut budaya barat apabila melakukan tindakan itu," ujarnya.

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, tetapi saya terkejut ....." kata Azmin merujuk kepada Hassan Ali

Posted: 27 Mar 2012 03:38 AM PDT

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya," kata Azmin Ali.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.

Enggan menjawab dakwaan Hasan, Azmin sebaliknya menganggap Hasan telah merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.

Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja.


"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya apabila menunjukkan respon negatif terhadap persoalan yang saya bangkitkan minggu lalu," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hasan semalam mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an, memetik kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran sebelum ini .

Namun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, dakwaannya itu berdasarkan fakta dan angka daripada laporan audit.

Sedangkan katanya Hasan tidak menjawab soalan beliau, malah tidak menafikannya dan turut mengheret beberapa Adun lain mendakwa mereka juga melakukan perkara yang sama.

"Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangkan Hasan Ali?
"Dia tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya yang menganggap isu saham itu satu fitnah lama yang timbul sejak dulu lagi.

Ubah suai pejabat

Katanya, isu ubah suai pejabat itu sudah lama dibangkitkannya sejak dua tahun lalu namun apabila beliau memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau dihalang kerana Abdul Khalid memutuskan untuk menyiasat dakwaan ini melalui pemeriksaan audit.

"Menteri Besar kata tak perlu bangkit dalam Dewan dan dia nak maklumat tu diaudit dan siasat dakwaan ini, jadi audit ambil masa untuk siasat dan kemudiannya membawa isu ini untuk perhatian exco.

"Tetapi bila Menteri Besar nak bentangkan laporan audit, Hasan Ali keluar dan tidak pertahankan jawatannya," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang wajar diambil terhadap Hasan kerana mengubah suai pejabat, Azmin berkata perkara itu diluar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada Abdul Khalid dan Exco Selangor lain putuskan.

Tiada ulasan: