Sabtu, 17 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


Panas!! Bogel Demi Sebuah Perjuangan!

Posted: 16 Mar 2012 10:25 PM PDT


salam semua sahabat2

kita semua tahu, bahawa perdana menteri malaysia,
di bawah pimpinan dato sri najib tun razak telah berusaha keras
utk memajukan negara serta utk memajukan ekonomi negara
sejak dia mengambil alih tampuk pemerintahan dari PM yg terdahulu..

dan kita juga umum tahu bahawa ketua pembangkang malaysia
dato sri anwar ibrahim adalah pakar dalam ekonomi
dan mempunyai pengaruh di seluruh dunia
serta di iktiraf oleh dunia pada hari ini antara 10 pakar ekonomi dunia..

maka dgn itu, saranan anak muda dan tim era pasca adalah..
supaya dato sri haji mohd najib bin haji tun abdul razak,
mampu utk memartabatkan generasi muda kearah kebajikan
dgn berdiskusi serta berdebat mengenai keperluan ekonomi

serta hala tuju kebajikan utk setiap rakyat malaysia..
debat ini bukanlah utk menentukan siapa yg menang atau pun kalah,
tetapi ianya adalah munasabah utk mencari titik pertemuan
di antara dua tokoh besar ini dalam isu isu penyelesaian pelbagai masalah..

keperluan ini adalah sangat di perlukan masakini di mana rakyat dan anak muda
mahukan sebuah ketelusan dalam mengkebajikankan segala keperluan rakyat..
supaya kami mengerti sebuah pemerintahan yg amanah.

gua juga mengakui bahawa dato sri haji mohd najib bin tun haji abdul razak
sedang cuba sedaya upaya menghumban sistem kapitalis dalam negara
dgn cara menubuhkan 1 per 1 ideologi sosialis seperti kedai rakyat 1malaysia,
klinik 1malaysia, restoran 1malaysia dan pasar ikan 1malaysia,

walaupun dato sri haji mohd najib bin tun haji abdul razak banyak
meniru buku jingga hasil nukilan pemikir2 ekonomi pakatan rakyat..
itu tidak mengapa kerana ianya dapat utk menyelamatkan rakyat
yg sering di tindas sejak 54 tahun pemerintahan BN..

ini gua akui supaya sedikit demi sedikit sistem kapitalis akan hancur
dgn sendiri jika kerajaan mengkanunkan segala keperluan rakyat
seperti di zaman tun hussien onn dahulu yg mana segala kebajikan..
di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan yg memerintah..

kerana kapitalis yg di bawa oleh tun dr mahathir bin muhamad
bakal di hancurkan sedikit demi sedikit oleh kerajaan BN masakini,
tetapi PR lebih sirius dalam perkara ini dgn mana semuanya mahu di kanunkan
supaya ianya lebih jelas kearah kesenangan rakyat dan biarlah kerajaan saja yg terbeban..

jelas perkara ini menyebabkan org2 kaya dan kaum bangsawan terjejas dan tersepit,
tetapi menyenangkan kaum majoriti rakyat malaysia yg miskin..
kerana selama ini kaum kaya minoriti di malaysia tidak di tekan,
hanya kaum  miskin yg majoriti saja yg tertekan dan sering di tekan..

kita perlu ubah perkara sedemikian, inilah yg anak anak muda mahukan,
inilah yg rakyat malaysia dambakan,
inilah asas asas perjuangan islam yg patut di terapkan..

kerana sistem kapitalis kerajaan malaysia masakini adalah kerajaan senang
rakyat susah, sistem sosialis yg bakal di terapkan oleh PR,
kerajaan susah rakyat senang.. kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan
utk menjaga 28 juta rakyatnya supaya tidak susah dan sentiasa menjadi sejahtera

tetapi waktu dato sri najib sudah terlalu suntuk utk semua itu kerana pru13
adalah dalam masa 1 tahun saja dari sekarang bakal bermula,
oleh itu dato sri anwar bin ibrahim mempunyai pelbagai idea
bagi menyelamatkan negara dari bebanan hidup yg tinggi..
tidak mengapa jika ianya utk kebaikan semua..

jika di tanya anak muda diluar sana,
adakah anda mampu utk hidup di bandar2 di malaysia?
mereka rata ratanya akan menjawab..
kami mampu hidup jika kami mencuri dan merompak!

di sini juga sudah jelas betapa kos kehidupan di malaysia
tidak kena pada gaji rakyat malaysia itu, segala2nya tidak kena..
kerana fahaman kapitalis dunia ke 3 yg di bawa oleh
bapa kapitalis malaysia tun mahathir bin muhammad

rakyat selama ini di tipu dgn perkataan swasta, koporat dan sebagainya..
sedangkan maksudnya adalah kapitalis yg mana 1 org senang 1000 org susah..
dan sudah berapa ramai raja2 kapitalis yg tun mahathir lahirkan?
boleh di kira dgn jari saja org2 kaya di malaysia..

semuanya di halakan kepada rakyat utk menanggungnya,
tidak patut mahathir muhammad di sanjung dan di berikan penghormatan
kerana dialah penghancur kehidupan rakyat malaysia..

yg mana ianya menyukarkan segala kehidupan rakyat malaysia amnya
dan menjerut jiwa anak anak muda khususnya utk bersaing memajukan
diri sendiri dan negara..

maka debat ini penting bagi keberjayaan rakyat menilai dari setiap sudut
perancangan masa depan sebuah kerajaan demi kepentingan rakyat..
kita bunuh saja permainan politik antara kita utk kekal berkuasa..

kerana dasar perjuangan kita adalah utk memartabakan setiap rakyat
dan menjamin keselesaan bagi setiap rakyat malaysia supaya tiada lagi
kesan kesan aniaya kepada sesiapapun..

di sini gua dan ramai lagi anak muda di luar sana
tidak suka kepada soal berdolak dalih tidak mengakui kesilapan,
kita mahukan sebuah kerajaan yg jujur, yg mana
tidak berkira utk kebajikan setiap rakyat
tidak kira apapun status parti pilihan mereka..

adalah 1 elemen penting utk pengetahuan semua bahawa
dato sri haji mohd najib bin haji tun abdul razak mempunyai kelebihan
begitu juga dato sri anwar ibrahim mempunyai kelebihan..

maka dgn itu kami sanggup utk menyediakan tempat dan kawasan utk
sesi perdebatan ini dalam keadaan yg tenang lagi harmoni..
dan di siarkan secara langsung demi  membogelkan sebuah perjuangan
memartabatkan agama bangsa dan negara..

serta tiada gangguan dari anasir anasir luar yg bersikap gengster..
yg tidak mengerti erti sebuah kesuburan dalam demokrasi.. -


gua harap sesiapa yg membaca di blog ini supaya bertanggungjawab utk menyebarkan dan mewar warkan perkara kebaikan ini dgn penuh hikmah kerana kita sebagai anak muda dan juga org2 tua di luar sana dahagakan ketelusan dan keikhlasan setiap pemimpin.. mohon share!





Wajib baca dan sebar : Rahsia FELDA.

Posted: 16 Mar 2012 06:36 PM PDT


Peneroka Felda mewah macam warga Brunei, Singapura?

Masihkah kita ingat tajuk depan akhbar Suara Keadilan bertajuk "Felda Bangkrap" pernah menjadi bahan kempen Umno untuk menutup isu sebenar, iaitu wang tunai Felda telah terlalu banyak dihabiskan. Bukan untuk peneroka, tetapi untuk kepentingan pihak tertentu, kroni dan demi kepentingan pilitik Umno.

Tidak cukup sekadar itu, anak-anak peneroka yang tidak tahu hulu hilir duduk perkara pun, bukan main lagi melompat-lompat marah, walaupun sebenarnya mereka yang menegur 'Felda Bankrap' itu adalah demi menyelamatkan sebuah institusi orang Melayu.

Masa itu lebih melucukan lagi, ada anak-anak peneroka berteriak kononnya Felda telah memberi kemewahan, aman bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah kepada warganya, sehingga pemaju tanah kepada bapa-bapa mereka (Felda) itu tidak perlu dilihat dan dikaji lagi ke mana mereka menggunakan wang peneroka.

Bagi mereka, Felda adalah segala-galanya dan kebal tanpa boleh ditegur!

Konon-kononnya warga Felda digambarkan sudah hidup senang lenang, macamlah warga Brunei dan warga Singapura......

Bersama ini akan saya cuba berikan tajuk akhbar yg pernah diterbitkan sewaktu itu.....

link akhbar sila klik show

1) 5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN
Utusan Malaysia 23 Jun 2010 – Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

2) LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA
Sinar Harian 4 Jun 2010 â€" Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7770478.asp

3) DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA
Kosmo 15 Mac 2010 – Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

4) KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL
Sinar Harian 17 Feb 2010 â€" Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824551.asp

5) MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp

6) ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN
Sinar Harian 19 Jan 2010 – Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6385438.asp

7) FELDA PALONG DAIF
Berita Harian 21 Dis 2009 – Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091221075521/Article/in

8) GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN
Sinar Harian 2 Dis 09 – Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120646.asp

9) PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI
Sinar Harian 14 Okt 2009 – Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5255067.asp

10) PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR
21 Feb 2009 – Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.
http://adimul.blogspot.com/ http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html#links

11) BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI
Sinar Harian 24 Dis 08 – Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279446.asp

12) MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI
Sinar Harian 8 Jul 2009 – Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1815578.asp

13) BURUH BANGLA CEROBOH TANAH
Harian Metro 25 Julai 2007 -Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/2007072509501

Teruskan bacaan,

Jadi, jika keadaan terus-terusan begini dan warga peneroka masih beranggapan Felda baik segala-galanya sehingga tidak boleh ditegur, patutlah peneroka Felda boleh ditipu Umno dulu kini dan selamanya..

Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.

Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.

pernah, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.
Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.

Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.

Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata 'kaitan persaudaraan' seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka?

Dalam artikel "Lahirmu Dalam Sejarah" di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.

Melalui artikel "Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah" pada muka sura 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.

Lebih daripada itu, majalah tersebut juga tidak ada langsung permit penerbitan (P/P) KDN sedangkan jika organisasi lain menerbitkan risalah, akan segera dirampas. Ini bermakna, Pengarah Besar Felda Dato' Dzulkifli Abd. Wahab (yang memberi ucapan Salam Eidulfitri) dalam keadaan sedar melanggar peraturan Akta Mesin Cetak yang digubal kerajaan sendiri.

Majalah tersebut diagih-agihkan kepada peneroka. Dan di sebuah tanah rancangan majalah itu diletakkan di sekolah.

Itu semua adalah kisah lalu yg pernah terjadi kepada felda..jadi kita perlu berterima kasih kepada mazlan kerana beliau sedar kerajaan menipu rakyat felda bergitu mudah...nasib baik ada maslah hingga skrg kita dapat lihat bagai mana beliau petahankan nasib felda itu sendiri..

by: Beban Neraka

SILA LIKE jika BERSETUJU dengan Artikel ini

Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Perak - 17 Mac Dalam Ingatan

Posted: 16 Mar 2012 06:30 PM PDT


9 Mac 2008: Gabungan parti PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan negeri Perak selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: ADUN kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Program yang diberi nama '17 Mac dalam Ingatan' ini diadakan sempena hari mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10 bersama barisan Exco pada 17 Mac 2008. Program ini bertujuan untuk memperingati dan mengingatkan rakyat tentang detik hitam di Perak apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat telah dirampas dengan cara yang kotor pada 16 Februari selepas 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah.

Dibarisi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tetamu jemputan termasuklah kartunis Zunar, aktivis serta blogger Hishamuddin Rais dan ramai lagi. Program berbentuk santai dan tidak sarat dengan politik ini turut dimeriahkan dengan persembahan koir, sajak, dan nyanyian dari kalangan pelbagai kaum.

Gambar-gambar sekitar SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK-17 MAC DALAM INGATAN






 




 





 




 KEMBALIKAN PERAK KEPADA RAKYAT



p/s : Ada berbual dengan seorang berbangsa India yang datang ke program bersama isterinya....antara perkara yang diperkatakan ''Asyik minum teh ais aje, nak cuba juga minum milo ais'' kata-kata yang sungguh dalam maksudnya dan beliau juga menceritakan yang bahawa 7 ahli keluarganya yang sudah mendaftar sebagai pengundi akan mengundi Pakatan Rakyat........dan dia cukup yakin dengan PAS.......ini bukan cerita yang dibuat-buat tetapi itulah ayat yang keluar dari mulut orang tersebut. Ada juga bertanyakannya tentang BR1M..? Dan beliau menjawab bagi duit kita ambik, undi Pakatan Rakyat. Baguslah maknanya memang terdapat kesedaran dikalangan rakyat bawahan......Insya Allah PERAK akan kembali semula ke tangan Pakatan Rakyat......


EDISI HANGIT: ZAHID HAMIDI GANGSTER!!! LANYAK MENANTU TAK JADI...

Posted: 16 Mar 2012 07:42 AM PDT

Aku terkejut beruk bila berita ni sampai kat telinga aku. Mak aaaaaiihh, baru aku tahu rupanya si tua sorang ni gangster. Macamana la orang macam ni boleh jadi menteri? Siap ada kes saman mahkamah lagik? Apa sudah jadi? Aku nak cerita sikit la mana yang disampaikan kat aku, selebihnya kalau ada yang lebih ganas, jangan lupa bagitau aku.. waaakakakaaaa...






Seorang ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Januari, 2006. Hoi Zahid, ko kenal mamat ni? Kenal sangat kan? Mamat ni adalah balak pada anak ko, Nurul Hidayah bte Ahmad Zahid. Kisah percintaan mereka bagaikan cerita Hindustan dan Zahid Hamidi ni pulak bagaikan kepala gangster selaku bapak pada pompuan tu. Percintaan ini berlaku pada September 2005 dimana mereka berdua suka sama suka. Mamat ni sediakan sebuah rumah di Kajang, Nurul Hidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya. 


Lawa anaknya, tapi malang bapaknya gangster, nasib ko la Amir...
Pada 16 Januari 2006,  lebih kurang 10 malam, apabila Amir Bazli Abdullah sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangi, gangster gangster upahan Zahid Hamidi telah mengugut dan membawanya dengan paksaan ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Apabila sampai je Amir Bazli Abdullah telah melihat Zahid Hamidi bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan gangster gangster upahan Zahid Hamidi. Zahid Hamidi telah menumbuk dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah tanpa berikan apa apa signal, terus je bagi sebijik. Akibat daripada tumbukan sulung daripada Zahid Hamidi, mata kiri Amir Bazli Abdullah telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya. Setelah menerima tumbukan pertama,  gangster gangster upahan bersama Zahid Hamidi memulakan acara memukul secara bergilir gilir sampai lunyai beb.. Yang lagi best, Zahid Hamidi telah mengugut untuk membunuh Amir Bazli Abdullah berulang kali dengan mengatakan "kau akan ditanam" .  Seorang dari gangster upahan yg bernama Hisham juga telah mengugut untuk membunuh apabila berkata "aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau". Selepas puas membelasah mamat tu, Zahid Hamidi dan balaci balacinya telah mengurung Amir Bazli Abdullah di kediaman Zahid Hamidi yang terletak beralamat di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006. 



Perbuatan jenayah Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada "double standard" dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Aku diberitahu hingga kini pihak Polis buat bodo je, tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap orang tua ni.. Kebal betul laaaaa...



Menteri Pukul Orang xpe, bawak ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, hakim mengarahkan menteri untuk membayar RM5000. 
Hanya bayar RM5000 gantirugi pukul orang separuh mati! Hati hati bila ingin mencuri hati anak menteri, pastikan curi sekali hartanya!!
Waaaakakakkaaaa!!!



Gempar!! Najib Razak Telah Bertaubat Nasuha??

Posted: 16 Mar 2012 05:09 AM PDT


 tim era pasca akan menyokong tidak berbelah bagi lagi barisan nasional (BN) jika..

 KAH KAH KAH

akan tetapi hakikatnya adalah tidak sebegini rupa, ini hanya khayalan anak muda..

KAH KAH KAH

dan inilah realitinya pemimpin pemimpin BN dulu kini selamanya..

KAH KAH KAH

Abbs - 3W - Wasatiyyah Wasapulah Wasamarompaklah kah kah kah... 



 

Tiada ulasan: