Rabu, 14 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


3,959 Pengundi Biasa Ditukar Jadi Pengundi Pos

Posted: 14 Mar 2012 12:32 AM PDT

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.

Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.

"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.

Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.

242,294 pengundi pos jadi 'pengundi awal' PRU13

Posted: 14 Mar 2012 12:28 AM PDT

Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Daripada jumlah itu, tambahnya, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Katanya ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.


"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.

"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan 'karung', cuma masa dan hari mengundi sahaja yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas untuk pegawai pengurus dan ketua polis daerah di Kota Kinabalu hari ini.

Mohd Aziz berkata tujuannya ialah membolehkan pihak tentera dan polis dengan pasangan mereka mengundi lebih awal dan tidak perlu mengundi pada hari pengundian kerana menjalankan tugas masing-masing.

"Dalam peraturan awal ini, semua yang dulu layak mengundi pos, kini boleh menjadi pengundi awal. Bagaimanapun, mana-mana anggota polis dan tentera yang terpaksa bertugas pada hari pengundian atau penamaan calon terutama yang berkhidmat di perbatasan atau sempadan boleh dipertimbangkan untuk mengundi secara pos.

"Maknanya mereka ini tidak boleh dikumpulkan di dewan sama ada di ibupejabat polis atau pejabat polis daerah atau kem tentera, maka kumpulan ini boleh memohon kepada SPR mengikut Borang 1 untuk dipertimbangkan oleh SPR sama ada mereka ini boleh diluluskan sebagai pengundi pos atau pun tidak.

"Yang meluluskan mereka ini sebagai pengundi pos ialah pegawai pengurus pilihan raya di tempat mereka mengundi," katanya.

Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan warna dakwat kekal berbeza untuk pengundi awal dan pengundi biasa, bertujuan mengelak berlakunya kes mengundi dua kali.

"Tentu sekali kita gunakan dakwat kekal yang agak tahan lama untuk pengundi awal. Orang ramai tidak akan tahu warna dan jenis botol dakwat kekal yang digunakan sehinggalah sehari sebelum hari pengundian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata seramai 8,000 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan perjalanan pilihan raya umum di Sabah.

Beliau berkata pihaknya juga mengambil tindakan proaktif untuk memastikan semua anggotanya dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

- Bernama


Buktikan.. Buktikan... Bukti Apa Lagi Nih..?

Posted: 13 Mar 2012 11:51 PM PDT

Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal 'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.

Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.


Hishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada laporan Malaysiakini pada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.

Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat - yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 - telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."

Surat dari peguam Ramli kepada Johari - timbalan menteri dalam negeri ketika itu - menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah "kediaman terhad" di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.


Berikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 - di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.

Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.

Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.

http://malaysiakini.com/news/191991


Isu SBPA Jelaskan Kelemahan Najib

Posted: 13 Mar 2012 11:37 PM PDT

Di Parlimen semalam Mahfuz Omar membangkitkan perihal SBPA yang telah berkuat kluasa 1 Januari lalu kemudian dibatalkan dan diganti semua dengan SSB dengan sedikit pembaikian. Koner balik kata orang. Mahfuz ingin tahu macam mana boleh jadi demikian, membatalkan semula setelah ia dilaksanakan.

Mahfuz juga ingin tahu apa jadi dengan 26 orang Ketua Setiausaha Kementerian yang pun diarah bersara dan sudah mendapat nikmat gaji baru yang diperkenalkan menerusi SBPA itu. Apa yang menghairankan Mahfuz kenapa saraan gaji itu jadi sorong tarik.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menarik perhatian isu gaji pegawai perkhidmatan awam itu juga seperti mahu mempersendakan Yang Dipertuan Agung bila mana sesuatu yang sudah ditanda tangani Agung dibatalkan begitu saja. Kesilapan sebegitu tidak sepatutnya berlaku.


Selain itu Mahfuz juga ingin tahu macam mana atau apa makenisme untuk kerajaan mengambil balik wang yang sudah dibayar kepada 26 orang pegawai primer itu? Malangnya Najib tidak menjawab persoalan penting dibangkitkan oleh Mahfuz.

Apa yang dijawab Najib dengan menempelek Mahfuz dengan mengatakan, pembangkang hendak jadi juara kepada 26 orang pegawai itu manakala kerajaan memikir kepada nasib ribuan pegawai lain.

Isunya di sini bukan Mahfuz hendak bela sesiapa, dan keputusan membatalkan semula SBPA itu satu tindakan yang baik. Kalau tidak dibatalkan sudah pasti pegawai kerajaan akan memboikot UBN. Umum sudah dapat baca kesilapan itu boleh menimbulkan masalah kepada UBN. Jadi untuk mengatasi itu maka ia ditarik balik walaupun boleh menjejaskan wibawa Agung.

Tetapi apa yang hendak diketahui ialah macam mana kerajaan boleh membolak balik keputusannya. Kerajaan macam budak-budak yang boleh mengubah kata-kata dan keputusannya. Pembatalan itu atau pun kurang cermat memberi kebenaran untuk membuat semakan saraan hidup (gaji) itu menunjukkan kelemahan kerajaan. Dalam hal ini menjelaskan kelemahan Najib sebagai perdana menteri.

Jarang berlaku dalam sesebuah kerajaan perdana menteri melakukan kesilapan ketara begitu yang boleh menjejaskan wibawanya sebagai pemimpin. Isu SBPA ini telah membuktikan akan kelemahan Najib sebagai perdana menteri. Yang boleh disimpulkan Najib kurang berhati-hati dalam menilai apa-apa keputusan yang dibuat atas arahannya. Keduanya, Najib dengan senang boleh dieksploitasikan oleh pihak tertentu.

Hal-hal penting seperti kajian atau semakan gaji itu perkara besar yang melibatkan perdana menteri secara langsung. Sebelum bersetuju untuk dilaksanakan perdana menteri perlu semak dan menghalusinya sedalam mungkin. Apa lagi sebelum ia ditanda tangani oleh Agung. Benar juga permasalahan ditimbulkan oleh Mahfuz itu cara SBPA dilaksana kemudian ditarik balik telah mempersendakakan Agung. Seolah-olah Najib menghidangkan sesuatu hidangan yang belum masak untuk santapan Agong.

Dari sudut ini sama ada SBPA diteruskan atau tidak ia menjelaskan kelemahan besar Najib sebagai perdana menteri dan apa-apa perubahan yang dibuat bukan atas dasar kebaikan rakyat dan negara tetapi demi masa depan UBN. [wm.kl.1:36 pm 14/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/susupan-petang.html


Bukti Penjualan Tanah Oleh Umno Selangor Akan Didedah

Posted: 13 Mar 2012 10:26 PM PDT

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau perlu meneliti fakta kes dan dokumen-dokumen berkaitan sebelum membuat sebarang rumusan daripada segi perundangan berkenaan unsur salah laku berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Umno Bahagian Tanjung Karang.

Umno Tanjung Karang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

"Hendak memberi pandangan daripada segi perundangan tanpa kita melihat dokumen itu susah juga untuk membuat keputusan.


"Saya tidak pasti daripada segi perundangan samada boleh ataupun tidak tanah ini diberikan kepada parti politik,apa yang saya tahu,ia mesti diberi kepada pemegang amanah, jika pindah milik tanah kepada parti politik daripada segi undang-undang tidak boleh." kata beliau yang juga bekas calon Parlimen Tanjung Karang ketika PRU 2008 lalu.

Hanipa yang dihubungi TVSelangor menjelaskan adalah menjadi kesalahan jika pihak yang membuat keputusan pemberian tanah jika ada kepentingan dalam penjualan tanah itu yang bertentangan dengan undang-undang.

" Jika contohnya si A hendak memberi tanah kepada si B. Tiba-tiba si A ini ada kepentingan dalam tanah yang hendak dapat ini maknanya di sini ada kepentingan pecah amanah dan rasuah serta sebagainya," katanya.

Sebelum ini,menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman, PAS Tanjung Karang ketika ini sedang mengumpulkan fakta kes terbabit sebelum menyerahkan kepada pihak guaman yang dilantik untuk tindakan selanjutnya.

"Sekarang PAS Tanjung Karang sedang kumpulkan fakta berkaitan kes ini.

"Kebanyakkan fakta kami dah perolehi, cuma tinggal beberapa perkara yang masih diteliti sebelum kami bawa kepada pihak guaman untuk tindakan selanjutnya buat laporan SPRM," beritahu beliau.

Terdahulu, TVS dan Selangor Kini melaporkan Kerajaan Negeri Selangor ketika di bawah pentadbiran BN telah menganugerahkan sebidang tanah milik kerajaan negeri kepada Umno bahagian Tanjung Karang.

Bagaimanapun pada sekitar 2007, tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional telah dijual oleh Umno Tanjung Karang kepada dua buah syarikat swasta, Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada harga yang tidak diketahui.

Carian yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang pemimpin Umno Bahagian Tanjung Karang memiliki kepentingan di salah satu syarikat terbabit.

Syarikat tersebut turut membuat permohonan untuk mendirikan hotel di atas tanah seluas 4,370 meter persegi yang turut terdapat sebuah gimnasium yang telah dikosongkan

sumber sini


GAPS Hanya Pandai Berkokok Tetapi Takut Bersabung

Posted: 13 Mar 2012 06:34 PM PDT

Hari ini, kenyataan Hadmizun Khairuddin yang mewakili sebuah NGO bernama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS menyatakan kekecewaan mereka kononnya berlaku banyak penyelewengan di Selangor.

Antara contoh-contoh yang diberikan oleh Hamidzun adalah dalam isu pasir, isu Yayasan Selangor, PKPS dan isu PKNS.

Yang menghairankan saya sebagai rakyat Selangor adalah mengapakah Hamidzun dan GAPS tidak turut serta dalam prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang baru sahaja selesai minggu lepas.


Antara isu yang telah diperbincangkan adalah isu PKPS, isu Yayasan Selangor dan isu pentadbiran hasil pasir di Selangor.

Malahan, pada waktu itu sesiapa sahaja yang mempunyai bukti boleh memberi keterangan di dalam prosiding itu.

Malangnya, sepanjang prosiding tersebut, kelibat Hamdizun Khairuddin yang kononnya jaguh di dalam menentang penyelewengan di Selangor, tidak langsung kelihatan.

Namun beliau hanya berani membuat kenyataan di luar sahaja. Bila ada peluang untuk membuat kenyataan dalam prosiding Selcat beliau hilang entah ke mana.

Kerajaan negeri Selangor yang beliau nista dan fitnah pula bersikap berani menjual. Malangnya, Hamidzun pula bersikap tidak berani membeli.

Bagi saya, Hamidzun Khairuddin seperti "kaduk naik junjung". Berperasan dirinya mulia tetapi hakikatnya dirinya cukup hina.

Hairan juga mengapa GAPS beliau ini diam seribu bahawa apabila skandal2 melibatkan pimpinan Umno terdedah. Di manakah GAPS apabila MB Selangor mendedahkan sumber kekayaan Ketua Pembangkang Selangor, YB Satim Diman, yang menjual tanah Melayu demi menjadi kaya, misalnya?

Sikap hipokrit Hamdizun dan GAPS ini boleh menjadikan mereka seperti "masuk tak genap, keluar tak ganjil" kepada rakyat Selangor. Ada atau tiada mereka ini tidak menguntungkan atau merugikan rakyat Selangor.

Kewujudan mereka hanyalah untuk memenangkan proganda murahan Umno dan Barisan Nasional semata-mata. Kewujudan mereka bukanlah untuk keuntungan rakyat Selangor mahupun menentang penyelewengan.

Hanya politik murahan Umno semata-mata menjadi asas perjuangan GAPS dan Hamidzun Khairuddin.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/8781-kenapa-gaps-tak-sertai-selcat


Rafizi Tuntut Lapan Bukti Dari Najib

Posted: 13 Mar 2012 05:35 PM PDT

Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.

Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.

Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.


Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Najib Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:

Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan

Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.

Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.


Dendan Dalam Umno - Rafidah Terus Menggigit Shahrizat

Posted: 13 Mar 2012 08:01 AM PDT

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

- Malaysiakini


PARLIMEN TAKUT UNTUK BINCANG USUL NFC

Posted: 13 Mar 2012 07:24 AM PDT


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.

Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.


Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

Bagi kita perkara pokok yang mesti dibongkar ialah mengapa wang RM250juta itu diberikan secara mudah kepada Syarikat Mohd Salleh. Kita ingin tahu siapa yang terlibat meluluskan 'pinjaman' itu .....semua itu mesti dibongkar dan dihadapkan ke mahkamah jika ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ....bukan Salleh seorang yang sepatutnya dikenakan tindakan ......Jangan cuba mengalihkan isu sebenar.

http://mutaligat.blogspot.com/2012/03/speaker-dewan-rakyat-tan-sri-pandikar.html


CERAMAH ANWAR TERUS DIGANGGU

Posted: 13 Mar 2012 05:54 AM PDT

Siri jelajah dan ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diganggu malam tadi walaupun tidak ada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Kali ini, penceramah BN yang juga mengadakan ceramah mereka di lokasi yang sama hanya sekadar menjadi pengacau dan mencetuskan provokasi semata-mata.

Dua lokasi tumpuan semalam adalah di dalam kawasan Parlimen Bukit Katil yang dijalankan di Solok Baroh, Kampung Pasir Puteh, Bachang dan lokasi kedua di Parlimen Jasin iaitu di Kampung Sebatu Sungai Rambai.


Namun, sesi ceramah umpama keadaan di pasar borong apabila pentas kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN yang dipelopori beberapa pemimpin setempat dari Umno cuma dipisahkan dalam jarak kurang 30 meter sahaja.

Perang pembesar suara berlaku apabila masing-masing melontarkan hujah bagi meraih sokongan dan keyakinan penyokong tidak sampai 2,000 orang itu.

Kata-kata kesat

Penceramah Umno yang dilihat banyak menggunakan kata-kata kesat dan tidak profesional itu lebih menyentuh soal isu peribadi Datuk Seri Anwar.

Keadaan itu menimbulkan suasana hangat di kalangan hadirin namun mujur kehadiran ratusan anggota polis yang mengawal keadaan, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada sesi ceramah malam tadi, tiada isu baru yang dibangkitkan selain, sekali lagi mengulangi hasrat mahu rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang dengan menyingkirkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan lambakan kesilapan dilakukan kerajaan Najib terus menjadi senjata utama pemimpin terbabit yang mahukan rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

Antara yang disentuh, isu kerajaan BN mengadakan hubungan dengan rejim Zionis dan isu berkaitan projek lembu oleh NFC.

Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan rasa lega, berikutan sokongan di kalangan generasi muda yang dianggap mula sedar dengan kelemahan kerajaan sedia ada kini dan mula beralih arah terhadap perjuangan dibawa Pakatan Rakyat.

Sementara itu, sesi ceramah yang diadakan di Kampung Sebatu Sungai Rambai, berlangsung dengan tenang dan dihadiri kira-kira 2,000 penyokong.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan ADUN Bachang, Goh Leong San. - Tun_Telanai


‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal

Posted: 13 Mar 2012 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata Bersih 2.0.

SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.

SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.


Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah "salah" di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.

"Saya faham tujuan menangguhkan proses pengiraan, tapi saya tidak yakin keselamatan peti undi itu akan terjamin. Apa cadangan mereka sebagai jaminan tersebut?" kata Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) melalui khidmat pesanan ringkas kepad The Malaysian Insider.

"Sekiranya mereka tidak mengira peti undi tersebut, mereka haeru menyimpan peti undi tersebut di tempat yang selamat," tambahnya.

Salah satu kaedah bagi memastikan keselamatan peti undi tersebut adalah membenarkan wakil parti berada sepenuh masa di lokasi pengundian, dan mereka harus kerap diberikan maklumat.

"Kami turut mencadangkan pusat pengundian untuk anggota tentera dan pihak polis diletakkan jauh daripada kem dan kawasan balai polis dan dibuat di lokasi awam. Ini juga memerlukan pengunaan dakwat kekal. SPR harus menangani isu ini," kata bekas Pengerusi Majlis Peguam itu lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kota Kinabalu awal hari ini bahawa pengiraan awal kertas undi tidak akan dibenarkan ketika pilihan raya umum depan.

Menurut laporan The Star Online, Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengesan terdapatnya individu yang menjadi agen kepada calon membocorkan maklumat awal melalui SMS ataupun Twitter.

Wan Ahmad menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah mengalami "beberapa pengalaman buruk" sewaktu pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, sesetengah kawasan pengundian di Malaysia Timur ditutup awal sekitar 1 petang dan SPR membenarkan pengiraan boleh dimulakan pada jam 2 petang.

"Tetapi, satu atau dua pemimpin parti berhasrat untuk bercakap kepada media ... malah mereka telah mengumumkan kemenangan mereka, termasuk majoriti sekali.

"Matlamat mereka hanyalah untuk mengganggu moral lawan, namun ini juga merupakan gangguan terhadap pengundi yang masih lagi mengundi," katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR hanya akan membenarkan pengiraan undi dibuat pada jam 5 petang selepas semua proses pembuangan undi di pusat pengundian tamat.

"Kami tidak mahu kesilapan ini berulang lagi. Kami akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pengiraan undi hanya selepas selesai proses pengundian," katanya.

Menurut Wan Ahmad, perubahan itu hanya melibatkan pindaan terhadap undang-undang SPR.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-risiko-keselamatan-sekiranya-peti-undi-tidak-dibenar-kira-awal/


Tiada ulasan: