Jumaat, 30 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Himpunan Teluk Rubiah Hari Ini

Posted: 30 Mar 2012 03:11 PM PDT

Jangan lupa hari ini, jom ke sana...

Al-Fatihah: Aktivis PAS Gopeng Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 30 Mar 2012 03:55 AM PDT

Bismillahi' r-Rahmani 'r-Raheem

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon. Dari Allah dan kepada Allah ia kembali.

Seorang aktivis PAS Kawasan Gopeng telah kembali ke rahmatullah jam 4.45 petang tadi. Allahyarham , tidak lain adalah Tuan Imam Hj Fahmi bin Zakaria, 73 tahun .

Menurut salah seorang anaknya, Jenazah Allahyarham akan disemadikan ditanah perkuburan berdekatan lebih kurang jam 10.00 pagi esok.

Jenazah kini berada di rumahnya, nombor 1, Kampong Meranti 8,Cangkat Larang, Lahad, Ipoh.

Allahyarham merupakan seorang pesara angkatan tentera yang dilahirkan di Batu Gajah pada 30hb Disember 1939. Mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak serta 40 orang cucunda yang tercinta.

Allahyarham mula melibatkan diri dengan PAS pada tahun1981. Beliau diamanah sebagai Naib YDP PAS Batu Gajah. Kemudiannya dilantik menjadi Naib YDP PAS Gopeng setelah persempadanan semula dimana pada masa itu, hanya terdapat 2 cawangan. Allahyarham juga menubuhkan PAS Cawangan Pengkalan Pegoh, Changkat Larang dan Sri Rahmat serta pernah menjadi ketua ketiga-tiga cawangan tersebut.

Pada tahun1989, Allahyarham menubuhkan PASTI Ammar yang ketika itu masih di bawah PAS kawasan Batu Gajah. Allahyarham juga menubuhkan PASTI Batu Gajah dan Pengkalan Pegoh. Jumlah murid PASTI Ammar pada awal penubuhan ialah seramai hampir 30 orang bertempat di bawah Surau Ehsaniah, Kampung Meranti. Kemudian berpindah ke rumah Allahyarham sendiri dan seterusnya kini di Taman Pinji Perdana .

Saguhati guru pada awal penubuhan hanyalah sebanyak RM 50 sahaja.Manakala tenaga PASTI Ammar adalah anak-anak Allahyarham sendiri sejak ditubuhkan. Hingga sekarang, Allahyarham masih kekal sebagai Pengurus PASTI Ammar. Al-fatehah.

Macam Tak Percaya .....

Posted: 30 Mar 2012 01:36 AM PDT

Menggemparkan! Tiada laporan lanjut mengenainya.Hanya gambar untuk renungan bersama ...

Tiada ulasan: