Biaqpila |
- Nazri diminta dedah sumber dana beli Porsche
- Najib putar belit lagi kah! kah! kah!
- Tengok betoi2 gambaq ni...Najib pandai buat kerja ka pandai berlakon?
- Live Dewan Rakyat 26 Mac 2012
- ADA APA DENGAN DAP ?
Nazri diminta dedah sumber dana beli Porsche Posted: 26 Mar 2012 08:03 AM PDT Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu. Dalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih. "Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini. Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac. "Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut. Katanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul "Wan Abdul Bari's statement is Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut. "Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya. Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Najib putar belit lagi kah! kah! kah! Posted: 26 Mar 2012 12:00 AM PDT Lynas: Najib putar belit lagi, cuba tutup kesilapan sendiri KUALA LUMPUR, 23 MAC: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memutarbelitkan kenyataan sendiri apabila mengakui bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas adalah penting untuk "membuat keputusan" mengenai pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Sedangkan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada 17 Mac lalu dengan jelas menyatakan PSC tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan tentang loji Lynas. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan untuk berubah nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan "dasar kuat untuk membuat keputusan" mengenai Lynas adalah "flip-flop" yang bertentangan kenyataan beliau sendiri pada 17 Mac lalu. "Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan Pakatan Rakyat untuk memboikot PSC itu. "Namun begitu, "flip-flop" yang berlaku ini menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17 Mac sebagai berkata: Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya "kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai". Menurut Guan Eng, dengan berpandukan kepada kenyataan Najib pada 17 Mac itu, DAP dan Pakatan Rakyat memilih untuk tidak menyertai PSC semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu Barisan Nasional untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat. "Melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. "Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam. Dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan," ujarnya. Setelah Pakatan Rakyat enggan menyertai PSC, Najib memutarbelitkan kenyataannya sendiri dengan mendakwa kononnya beliau tidak faham mengapa PR membantah usul penubuhan jawatankuasa itu. Alasan terbaru Najib adalah kononnya isu Lynas memerlukan penyelesaian yang menjangkau politik kepartian yang perlu ditangani semua pihak. Ia jelas bertentangan dengan kenyataan beliau pada 17 Mac lalu. Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagain mendesak Najib supaya menarik balik kenyataannya pada 17 Mac untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya, termasuk yang dinyatakannya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa kerajaan BN tidak akan membenarkan loji Lynas beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. "Untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib juga mesti memberi arahan hentikan kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut," tambahnya. Menurutnya, kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar. Roketkini KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Tengok betoi2 gambaq ni...Najib pandai buat kerja ka pandai berlakon? Posted: 25 Mar 2012 09:50 PM PDT DEY MACHA!!! HANGPA NAMPAK DAK APA YANG GUA NAMPAK? TENGOK BETOI-BETOI BEB NAJIB NI HANYA PANDAI BERLAKON KA PANDAI BUAT KERJA? KAH! KAH! KAH! NI KISAHNYA...KLIK GAMBAQ KAT BAWAH NI... KAT MANA DIA BELAJAQ IKAT BATA LAGU TU? BOLEH TUMBANG RUMAH KALU INI MACAM SAH TAK MASUK SEKOLAH TEKNIK NI KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 25 Mar 2012 09:02 PM PDT Live video by Ustream MP PAS TV Live Dewan Rakyat (Sesi pertanyaan Jawab lisan hingga jam 11.30 pagi) KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 25 Mar 2012 06:26 PM PDT Mereka sering berhujah menolak PR kerana wujudnya DAP. Apakah mereka memejam mata bahawa; 1) Sebuah kerajaan tanpa penglibatan non-muslim di negara kita adalah mustahil. 2) MCA lebih jelas menolak Islam berbanding DAP yang lebih sedia mendengar. 3) Hubungan PAS-DAP yang berprinsipkan hak kebebasan dan kesamarataan adalah lebih KUKUH dan ADIL berbanding hubungan UMNO-MCA yang berasaskan perkauman dan persetujuan bersama menolak ugama dalam politik. 4) Suara ulama dalam PAS lebih dihormati oleh DAP berbanding suara ulama UMNO oleh MCA, malah oleh pemimpin UMNO sendiri. 5) PKR terus setia menjadi jambatan yang menghubungkan dan merapatkan selisih pandangan di antara PAS dan DAP. 6) DAP di Pulau Pinang jauh meninggalkan GERAKAN di dalam membantu pentadbiran Islam melalui peruntukan kewangan dan sokongan. 7) PAS terus konsisten mempertahankan hak perlaksanaan Islam di bumi Malaysia walaupun dihujah oleh DAP, sedang UMNO hanya bisu dan dibisukan oleh MCA. 8) Gejala murtad menjadi-jadi sejak puluhan tahun dulu dan bukan bermula sedari tempoh 4 tahun pemerintahan PR di negeri-negerinya. 9) PAS memiliki suara non-muslim di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyokong perlaksanaan syariah untuk umat Islam. Dalam UMNO mana ada? 10) Rakyat, samada Melayu dan bukan Melayu yang semakin terbuka dan celik politik jelas menerima politik baru yang diperjuangkan oleh PR. Jom, tukar dan ubah! Dipetik dari Ustaz Nik Mohamad Abduh KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan