Kerabu Bersuara ® |
- Dua beradik ditumbuk, ditangkap semasa ceramah Umno
- Wakil rakyat Umno ditahan bersama GRO
- Terkini! Betul Ke YB Timbalan Exco Agama Dari Melaka Kantoi Di Kelab Dangdut?
- Kenyataan Media Yb Nurul Izzah Mengenai CUEPACS Dan SSM
- Terkini! Cuba Tengok Apa Yang Pelik Semasa Najib Pasang Bata Simen
- MP terima video, foto lucah 'Datuk T'
- Jutaan rakyat Kelantan jual tomyam di Perak
- Menghina mahkamah atau mahkamah yang hina?
Dua beradik ditumbuk, ditangkap semasa ceramah Umno Posted: 26 Mar 2012 07:35 AM PDT
|
Wakil rakyat Umno ditahan bersama GRO Posted: 26 Mar 2012 07:33 AM PDT
|
Terkini! Betul Ke YB Timbalan Exco Agama Dari Melaka Kantoi Di Kelab Dangdut? Posted: 26 Mar 2012 07:22 AM PDT Kami dapat maklumat dari pembaca blog. |
Kenyataan Media Yb Nurul Izzah Mengenai CUEPACS Dan SSM Posted: 26 Mar 2012 03:46 AM PDT
|
Terkini! Cuba Tengok Apa Yang Pelik Semasa Najib Pasang Bata Simen Posted: 25 Mar 2012 11:33 PM PDT Cuba kawan-kawan teka kat mana yang tak kena? |
MP terima video, foto lucah 'Datuk T' Posted: 25 Mar 2012 10:01 PM PDT
|
Jutaan rakyat Kelantan jual tomyam di Perak Posted: 25 Mar 2012 07:58 PM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT JIKA tajuk di atas ini merupakan tajuk berita utama sebuah akhbar arus perdana, maka anda boleh yakin betapa ia hanyalah akhbar milik Umno-BN yang boleh mencipta berita seperti ini. Ini kerana dari segi 'spin', akhbar negara komunis pun boleh angkat bendera putih. Tapi itu bukan berita yang disiarkan oleh mereka. Bagaimanapun, sengaja saya nak 'spin'kan al-kisah rakyat Kelantan berhijrah ke Perak kerana kononnya kerajaan PAS tak tahu menguruskan ekonomi. Mungkin ada dua tiga kerat rakyat Kelantan daripada kalangan penganut Umno yang mencuba nasib di Perak sejak negeri itu dirampas kembali oleh BN. Mereka ini mungkin benci dengan pembangkang. Hakikatnya, bukannya semua yang membenci Umno-BN menyukai Pakatan Rakyat. Ada yang tidak berapa berkenan dengan KeADILan. Terdapat juga yang tak berapa suka dengan PAS. Begitu juga terdapat sesetengah daripada mereka ini yang tidak sebulu dengan DAP. Demikian pun, mereka ini sanggup mengenepikan ketidaksukaan mereka terhadap partiparti ini kerana mereka mahukan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Persekutuan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh SPR tentang kemenangan calon ke-148 daripada Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen (sekiranya jumlah kesemua kerusi Parlimen masih lagi 222). Solidariti dan kesatuan mereka adalah padu. Mereka membawa budaya baru dalam politik Malaysia. Sekiranya gagal dicalonkan sekalipun, mereka dan para penyokong mereka tetap berada di belakang Pakatan – sesuatu yang bertentangan dengan budaya Umno-BN di mana seseorang individu dan penyokongnya segera berpaling tadah sebaik sahaja namanya tidak tersenarai dalam senarai calon. Tapi itu Umno-BN. Perjuangan adalah hanya untuk individu atau paling-paling untuk parti yang dianggotainya. Tetapi bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, perjuangan bukan untuk kepentingan individu, bukan untuk mendapatkan projek kerajaan, bukan untuk parti, tetapi perjuangan adalah untuk mengembalikan hak rakyat, maruah negara dan keluhuran undang-undang negara ini yang sudah tercemar dengan sebegitu rupa sehinggakan tidak ada sesiapa lagi percaya Umno-BN boleh memperbetulkannya. Dalam 'roadshow' terbaru sebagai persediaan PRU13, Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sudah mula memutarkan lagu langgam evergreen Umno- BN, "Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri." Itu ayat-ayat klasik pemimpin BN macam Najib yang rakyat sudah muak bin mual untuk mendengarnya. Ia sudah sampai ke tahap bukan sahaja masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tapi nak diterima oleh terima kanan pun sudah tak mampu lagi. Tak larat. Siapa yang gadai siapa? Tak payahlah Najib nak sebut pasal gadai. Selama ini pun semua hak-hak rakyat telah tergadai oleh Umno-BN. Dan tak payah juga Najib sebut kononnya sehari dua ini pun pentadbiran Pembangkang sudah bercelaru. Ini macam kata dulang paku serpih. Apakah pentadbiran Umno-BN tidak bercelaru? Kalau pandai sangat mengurus negara, tak adalah isu NFC, tak adalah bagi projek berbilion ringgit untuk kroni Umno, tak adalah kemelut PKFZ, dan macam-macam lagi. (Tunggulah nanti. Menjelang PRU13, setiap media Pembangkang dan termasuk penyokong individu akan menggunakan setiap ruang yang ada bagi menunjukkan segala apa yang digadai dan apa yang dicelarukan oleh kerajaan Umno- BN). Kita akui PAS, DAP dan KeADILan tak ada pengalaman secara kolektif memerintah kerajaan. Tapi kalau mereka tak ada kemampuan untuk melakukan tadbir urus dengan terbaik sekalipun, ia sudah tentu tidak seburuk apa yang telah dilakukan oleh Umno-BN. Sudah sampai masanya kita mulakan budaya kerajaan alternatif. Takkan balik-balik tengok muka yang sama, parti yang sama. "Apa susah sangat, kalau esok-esok Pakatan Rakyat ternyata busuk macam BN, BN pulak dah wangi balik, kita undilah balik BN. Tapi kalau Pakatan Rakyat bagus, jangan haraplah BN nak berkuasa semula," kata seorang bekas penyokong tegar Umno yang juga kebetulan Ketua Cawangan Umno dalam sebuah Bahagian di selatan Johor. Seorang lagi orang lama dalam politik yang agak masak dengan aspirasi orang Umno di peringkat akar umbi mengatakan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berkata apa sahaja tetapi zaman BN letak batang kayu sebagai calon dan boleh menang majoriti besar sudah berlalu. Katanya, banyak kawasan parlimen di negeri itu akan berpindah tangan ke Pakatan Rakyat dan ada kemungkinan di peringkat Dun BN akan gagal memenangi malah majoriti mudah sekalipun untuk membolehkannya membentuk kerajaan negeri. Katanya, kalau tanya pemimpin Umno, memanglah mereka tetap mengatakan BN akan menang. Tapi cuba tanya rakyat biasa Johor dan ahli-ahli Umno dan pemimpin kecil-kecilan di peringkat cawangan. Sentimen amnya tidak lagi berpihak kepada Umno-BN. Malah menurutnya, sudah ada golongan orang Umno sendiri yang mempopularkan slogan 'ABU'. Dalam pada itu Najib juga menyeru kaum India agar 'berjalan bersama saya'. Ayat ini macam pernah dengar. Oh ya. Pada zaman Pak Lah dulu – "bekerja bersama saya." Lagu langgam 'evergreen' Umno- BN terus berkemudang. Mungkinlah betul kata Najib kerajaan BN di bawah kepimpinannya telah memberikan peruntukan RM400 juta kepada sekolah-sekolah Tamil. Tapi pokoknya apakah dengan pemberian serupa itu maka ternoktahlah semua masalah yang dihadapi kaum India dari sejak BN memeritah bermula dari Merdeka? Taakulan atau deduksi Najib adalah sesuatu yang tipikal bagi Umno-BN – kita dah buat ini untuk rakyat, maka kita dah berbudi kepada rakyat, maka rakyat mesti mengundi kita. Tetapi ini bukanlah menghairankan sangat. Ini adalah minda universal pemimpin Umno. Justeru sebab itulah ada Ahli Parlimen BN daripada Umno, yang juga merupakan orang lama dalam politik, dan berijazah ekonomi boleh merumuskan bahawa bukti kerajaan negeri Kelantan tidak tahu menguruskan ekonomi ialah kerana berbondong-bondongnya rakyat negeri itu berhijrah ke Perak untuk jual tomyam. Kalau beginilah mentaliti pemimpin tertinggi Umno dan seluruh pemimpin Umno yang bergelar YB, apa lagilah harapan yang dapat kita sandarkan kepada mereka. |
Menghina mahkamah atau mahkamah yang hina? Posted: 25 Mar 2012 07:55 PM PDT Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN KES seorang bekas imam, Hoslan Hussin yang dikenakan hukuman penjara setahun atas tuduhan menghina mahkamah hakikatnya memburukkan lagi imej mahkamah negara ini. Sebagai peguam saya tidak boleh menyokong perbuatan melemparkan kasut ke arah hakim. Berdasarkan perundangan perbuatan itu secara prima facie adalah satu penghinaan kepada mahkamah dan mahkamah sudah tentu mempunyai kuasa untuk mengh u ku m o r a n g y a ng melakukan kesalahan tersebut. Namun, ada beberapa perkara yang saya kira mahkamah di negara ini sendiri perlu perhatikan sebelum senjata menghina mahkamah digunakan oleh mahkamah ke atas mereka yang hadir di hadapannya. Antara perkara yang perlu diperhatikan mahkamah adalah adakah ia boleh menjamin mana-mana orang atau litigan (litigant) yang datang ke mahkamah benar-benar percaya dan yakin mahkamah di negara ini boleh memberikan keadilan kepada mereka. Bercakap tentang keadilan terdapat satu kata-kata yang masyhur iaitu "keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan tetapi keadilan juga mesti dilihat benarbenar ditegakkan." Mahkamah yang lebih menitikberat isu prosedur daripada substan/merit sudah tentu bukan tergolong dalam mahkamah yang dilihat serius menegakkan keadilan. Tidak semua litigan yang hadir di mahakamah berupaya mendapatkan khidmat peguam bagi sama ada menyokong tuntutannya atau mempertahankan dirinya daripada tuntutan orang lain ke atasnya. Dalam keadaan seperti itu sudah tentu mahkamah sewajarnya tidak seharusnya terlalu 'rigid' dalam isu prosedur yang umumnya gagal difahami oleh mereka yang tidak diwakili peguam seperti Imam Hoslan. Mahkamah juga perlu sedar bahawa telah menjadi pengetahuan umum mahkamah di negara ini dilingkari oleh banyak insiden yang menyebabkan terhakisnya kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan di negara ini. Insiden-insiden seperti kes video Lingam, kes Ayer Molek, kes Ketua Hakim bercuti dengan peguam di New Zealand, kes bekas Hakim MahkamahTinggi yang menulis surat layang yang mengandungi 112 tuduhan salah laku dan rasuah badan kehakiman, kes pelantikan Ketua Hakim yang pernah menjadi anggota Badan Disiplin Umno, kes tuduhan hakim memplagiat penghakiman hakim dari negara luar, kes bekas Ketua Hakim Negara mengarahkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Kamil Awang untuk membatalkan petisyen pilihan raya Dun Likas, kes mahkamah melibatkan rampasan kuasa di Perak dan beberapa insiden yang lain telah menyebabkan pendarahan yang terlalu banyak berlaku ke atas badan kehakiman negara ini sehingga menyukarkan luka ke atas badan tersebut untuk sembuh seperti sedia kala. Pendedahan terbaru oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah tentang campur tangan eksekutif ke atas badan kehakiman hakikatnya mengesahkan lagi tentang kebobrokan sistem kehakiman negara ini. Bekas Ketua Hakim Negara, Almarhum Tun Suffian pernah menyatakan tentang badan kehakiman negara ini dengan kata-kata berikut: "Kita hanya perlu mengambil tempoh satu hari untuk merosakkan sistem atau badan kehakiman namun kita memerlukan masa lebih satu abad untuk membangunkan semula sistem atau badan kehakiman yang telah rosak itu." Ya, Umno telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk antara lain menyiasat video kes Lingam namun sehingga kini tiada suatu tindakan pun diambil bagi membawa mereka yang terlibat dengan perkara tersebut ke muka pengadilan. Kegagalan kerajaan Umno untuk mengambil tindakan ke atas insiden-insiden yang saya sebutkan di atas mengakibatkan rakyat tidak percaya kerosakan kepada badan atau sistem kehakiman telah pulih atau dilihat pulih. Meskipun pelbagai mekanisme diperkenalkan di mahkamah bagi tujuan mempercepatkan proses perbicaraan di mahkamah, ia bukan satu penawar yang universal bagi menyelesaikan isu yang melanda badan kehakiman. Masalah kelewatan proses perbicaraan adalah hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar yang melanda badan kehakiman. Krisis yang paling besar dan serius dilanda oleh badan kehakiman adalah krisis keyakinan orang ramai terhadap integriti dan kebebasan mutlak badan tersebut. Hukuman setahun penjara ke atas Imam Hoslan selepas beliau meminta maaf di atas kesilapannya adalah terlalu keras mengambil kira semasa beliau melakukan perkara tersebut beliau tidak diwakili peguam dan dalam keadaan dan suasana yang agak tertekan bagi beliau. Hakikatnya, satu paradoks berlaku di dalam insiden baling kasut ini. Mahkamah nampaknya berpandangan hukuman penjara satu tahun adalah satu hukuman yang setimpal bagi memulihkan kembali maruah dan integritinya ke atas mereka yang cuba menghina kewibawaan mahkamah. Bagi Imam Hoslan pula beliau mungkin berpandangan hukuman yang paling berkesan bagi memberi pengajaran kepada mahkamah adalah dengan membaling kasut sebagai manifestasi betapa hinanya mahkamah di Malaysia sehinanya tapak kasut imam berkenaan. Hakim-hakim di Malaysia sewajarnya peka dengan nasihat seorang hakim Israel yang menyatakan: "When you sit to judge you are indeed being judged." (Ketika kamu duduk menghakimi, hakikatnya kamulah yang sedang dihakimi). |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan