Jumaat, 9 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Mak aaiiiiii.....Majlis Bertunang RM409,767

Posted: 09 Mar 2012 06:28 AM PST

PKR dakwa PMO biaya majlis bertunang anak PM PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).Jumlah itu mungkin hanya RM409,767 namun ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi," kata Rafizi.

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.

PMO bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan petang ini."Bil pertunangan anak PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri seperti didakwa sesetengah pihak," menurut satu kenyataan daripada pejabat itu di lamanTwitter.-MKini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Adakah Kita Sebaik-Baik Manusia?

Posted: 08 Mar 2012 08:00 PM PST



Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang Muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata, tetapi karena ridha Allah Ta'ala. Inilah cara mudah menjadi orang terbaik dalam konsep Islam.

Pertama, tidak ingkar melunasi hutang.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عن رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أنه فَقَالَ « خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً » متفق عليه
Ertinya: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang." Muttafaqun 'alaih

Kedua, belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

عَنْ عُثْمَانَ – رضى الله عنه- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ» رواه البخاري
Ertinya: "Ustman bin Affan r.a. berkata: "Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." Hadith riwayat Bukhari.

Ketiga, yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ ». قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا. قَالَ « خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ …» رواه الترمذى
Ertinya: "Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: "Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?" Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: "Iya, kami mau wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami," beliau bersabda: "Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…" Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami' (no. 2603)

Keempat, menjadi suami yang paling baik terhadap keluarganya.

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى
Ertinya: "Aisyah r.a. berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku." Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285).

Kelima, yang paling baik akhlaqnya dan menuntut ilmu.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «خَيْرُكُمْ إِسْلاَماً أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقاً إِذَا فَقِهُوا» رواه أحمد
Ertinya: "Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kalian islamnya adalah yang paling baik akhlaq jika mereka menuntut ilmu." Hadith riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami' (no. 3312)

Keenam, yang memberikan makanan.

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنه قَالَ: فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ» رواه أحمد
Ertinya: "Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya r.a. yang berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan." Hadith riwayat Ahmad dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami' (no. 3318)

Ketujuh, yang panjang umur dan baik perbuatannya.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ» رواه الترمذى
Ertinya: "Abdullah bin Busr r.a. meriwayatkan bahwa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?" beliau menjawab: "Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya." Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib (no. 3363).

Kedelapan, yang paling bermanfaat bagi manusia.

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Ertinya: "Jabir r.a. bercerita bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia." Hadith dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami' (no. 3289).

*) Ditulis oleh Abu Abdillah Ahmad Zain, Islamic Cultural Center 1430 H, Dammam KSA

FB Sham Kamikaze

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK



HUKUMAN PENJARA ATAS ROSLAN TIDAK WAJAR

Posted: 08 Mar 2012 06:19 PM PST

Tindakan Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas bekas Imam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim disifatkan tindakan yang tidak wajar.Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata kes ini sewajarnya ditangani dengan keadilan yang berteraskan prinsip belas kasihan dan Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya.

Tambahan lagi, Hoslan (gambar) dinafikan hak membela diri. Beliau tidak diwakili peguam dan merasa sangat sedih dengan perbuatannya melontar kasut dalam mahkamah tempoh hari."Hoslan merupakan bapa kepada tujuh orang anak dan kes beliau ini telah tertangguh sejak 1999. Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda."Pihak kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik mereka berdasarkan teras moral dan bukan dengan memenjarakan rakyat." ujarnya.

Katanya tindakan Hoslan membuktikan institusi kehakiman negara berada dalam keadaan membimbangkan dan institusi kehakiman bertanggungjawab ke atas perkara ini."Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN.

Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integirit dan kebebasan institusi kehakiman negara." jelas SurendranHoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.-Kltoday
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: