Jumaat, 9 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib jangan lupa bawa usul mansuh ISA

Posted: 09 Mar 2012 03:27 AM PST

Anis Nazri,


KUALA LUMPURc: Menjelang persidangan parlimen yang akan bermula 12 Mac ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), menegaskan Najib perlu mengotakan janjinya untuk membawa usul pemansuhan akta itu pada sidang parlimen kali ini.

"Ini kerana semasa sidang parlimen pada 3 Oktober 2011, Najib menyatakan bahawa usul untuk memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) hanya akan dibentang pada Mac 2012.

"Alasannya ialah untuk memberi masa bagi menderaf dua akta pengganti ISA dan kajian serta rundingan dapat dibuat dengan pihak yang berkenaan," kata beliau dalam kenyataannya, hari ini.

Bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan GMI, adakah benar usul pemansuhan tersebut akan dibawa ke sidang parlimen, di samping penderafan dua akta pengganti ISA tersebut sudah dilakukan.

Setakat ini, Syed Ibrahim mendakwa keadaan yang berlaku hari ini menunjukkan 'cakap tak serupa bikin' kerana tiada tanda-tanda menggambarkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan tiada rundingan dijalankan untuk dua akta baru berkenaan.

Malah, tambah beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa menteri menunjuk kesemua 'isu-isu berduri' dalam ISA adalah sah dikekalkan dalam dua akta baru, melainkan beberapa pindaan kecil berkaitan dengan tempoh penahanan, notis kepada keluarga tahanan dan membuat rayuan.

"Ini disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 21 November 2011 seperti yang dilaporkan Bernama, di mana beliau mengatakan bahawa undang-undang baru yang menggantikan ISA akan tetap ada peruntukan tahan tanpa bicara," katanya lagi.

Sebelum ini, Najib dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 Sept 2011, mengumumkan untuk memansuhkan semua akta yang disifatkannya lapuk seperti ISA dan EO, selain memberikan komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Dalam perutusan yang sama, Najib turut mengumumkan hasrat Kerajaan untuk membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Beliau mengaitkannya dengan realiti Malaysia yang telah berubah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian,

Ekoran itu, Syed Ibrahim menegaskan GMI mendesak Perdana Menteri untuk mematuhi janjinya dan memansuhkan ISA dalam sidang parlimen pada 12 Mac ini.

"Dalam masa sama, semua akta yang memperuntukkan tahan tanpa bicara seperti EO dan Akta Dadah Merbahaya juga mesti dimansuhkan," tegas beliau.

Selain itu, tambah Syed Ibrahim sekiranya dua akta baru tetap digubal, elemen drakonian yang dominan dalam ISA seperti tahan tanpa bicara, penahanan dan kuasa wewenangan polis dan menteri mestilah tidak wujud.

Perkara-perkara lain yang dituntut GMI ialah:

1. Rundingan awam mesti dilaksanakan sebelum kerajaan memulakan atau membentangkan apa-apa undang-undang baru dalam parlimen.

2. Kem Tahanan Kamunting mestilah ditutup dan diiktiraf sebagai Warisan Dunia atau Muzium seperti Pulau Robben, Afrika Selatan sebagai simbol ketidakadilan dan kezaliman ISA;

3. Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi atas ISA perlu diwujudkan untuk menegakkan keadilan bagi semua mangsa penyeksaan dan penganiayaan di bawah ISA dan pemangsa mereka dibawa ke muka pengadilan;

4. Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan penderitaan yang dialami oleh tahanan dan ahli keluarga

5. Kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti-pengganas dan melakar pelan jangkamasa panjang untuk negara dalam membangun mekanisme untuk menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan, dan

6. Kerajaan menandatangani dan meratifikasi International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).

'Impak 13' himpun jentera muslimat seluruh Perak

Posted: 09 Mar 2012 03:24 AM PST

Muhammad Faeez,

IPOH: Dewan Muslimat PAS Negeri Perak akan menghimpunkan seluruh jentera mereka sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketuanya, Dr Najihatussaleha Ahmad berkata, program yang diberi nama Himpunan Muslimat PAS Negeri Perak (Impak 13) itu akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Hillcity, Ipoh.

Menurutnya, program tersebut bertujuan untuk menghimpunkan seluruh tenaga muslimat serta meningkatkan motivasi gerak kerja dalam menghadapai PRU ke-13 nanti.

"Tujuan program ini juga adalah untuk mencipta gelombang muslimat dalam menghadapi PRU13 nanti," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.

Katanya lagi, program tersebut juga bertujuan mengerat serta merapatkan hubungan sesama jentera muslimat daripada seluruh negeri Perak.

"Di kesempatan itu, Dewan Muslimat juga akan melancarkan Skuad Kebajikan Muslimat PAS Negeri Perak (ERAT) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan program bersama rakyat," ujarnya.

Justeru, beliau menjemput seluruh muslimat PAS negeri Perak ke program yang julung-julung kali diadakan itu.

Pemuda PAS Selangor bersih rumah mangsa banjir

Posted: 09 Mar 2012 03:18 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa sedih di atas musibah banjir yang berlaku secara mengejut di Selangor baru-baru ini dan merakamkan ucapan takziah kepada penduduk dan mangsa banjir kilat di Kampung Lembah Jaya Utara dan Derah Hulu Langat sehingga ada yang kehilangan nyawa.

Seramai 500 keluarga telah terjejas dengan musibah itu dan banyak keperluan-keperluan asas yang yang telah rosak teruk.

Banjir yang berlaku pada kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan-kawasan tersebut.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak mangsa bersabar di atas ujian ini dan redha di atas ketentuan Ilahi," ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.

Katanya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya yang tidak diketahui oleh manusia biasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada para petugas dan sukarelawan daripada pelbagai pihak dan agensi yang telah turun ke kawasan musibah untuk membantu mangsa-mangsa berpindah daripada rumah-rumah mereka ke tempat-tempat yang lebih selamat selain melakukan operasi pembersihan terhadap lumpur dan sisa-sisa banjir.

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan dan mengerahkan seluruh ahli pemuda PAS dari kawasan-kawasan berhampiran bersama dengan Unit Amal Pemuda PAS untuk turut sama membantu petugas-petugas sukarelawan menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan di kawasan-kawasan terbabit.

Pemuda PAS Selangor juga, ujarnya merayu kepada seluruh rakyat yang prihatin dapat menghulurkan sumbangan berupa kewangan, makanan, pakaian dan lain-lain lagi kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.

"Semoga sumbangan para dermawan akan meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir tersebut," katanya.

MAIWP: Mengapa mohon RM1 juta, dapat RM4 juta?

Posted: 09 Mar 2012 03:13 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini mendedahkan sejumlah RM4 juta wang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diberikan kepada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, berbanding RM1 juta yang dipohon yayasan tersebut.

Ketua DPPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad , mendedahkan pada 17 Sept 2010, pihak Yayasan Taqwa telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi menampung sebahagian kos operasi dan aktiviti yayasan terbabit.

"Permohonan sejumlah wang itu bagi menampung sebahagian kos operasi dan program yayasan tersebut dari bulan September sehingga Disember 2010, bagaimanapun pada 13 Okt 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal telah meluluskan sebanyak RM4 juta," dedah beliau ketika sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Kamaruzaman yang juga Pengerusi Task Force Zakat DPPP mempersoalkan mengapa wang yang diperuntukkan jumlahnya lebih besar berbanding yang dipohon yayasan tersebut.

"Kenapa yang dipohon RM1 juta, tetapi diberikan RM4 juta? Ke mana wang itu dibelanjakan? Kita mahu Yayasan Taqwa segera mendedahkan audit dalaman yayasan tersebut berhubung pendedahan ini," tegas beliau.

Tambah beliau, bagi menjaga kepentingan pembayar zakat dan kemaslahatan masyarakat, persoalan yang dibangkit DMPP ini perlu dijawab segera pihak terbabit iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sendiri.

Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya pihak yang terlibat tidak memberikan penjelasan yang memuaskan.

"Kita memberi tempoh seminggu bermula hari ini untuk mereka jawab. Jika tidak, kita akan membuat laporan polis dan ke SPRM," tegas beliau yang mengakui mempunyai beberapa bukti lain mengenai penyelewengan MAIWP.

Dalam pada itu, Kamaruzzaman turut menuntut agar yayasan itu ditutup bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran kos yang tinggi, dan dalam masa sama menyerap kakitangan yayasan tersebut ke MAIWP bagi menjamin kebajikan mereka.

"Pandangan kami, tidak perlu Yayasan Taqwa diwujudkan kerana peranannya sama dengan Baitulmal. Kenapa perlu ditubuhkan dua badan yang berbeza untuk satu tugas yang sama? Adalah lebih baik kos pengurusan yang tinggi dapat diberikan kepada asnaf yang lebih memerlukan," tegas beliau lagi.-Harakahdaily

Najib sanggup mohon maaf kepada keluarga Altantuya?

Posted: 09 Mar 2012 03:06 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu yang melibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu semakin mencalarkan imej Datuk Seri Najib di mata masyarakat.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penghakiman bertulis yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin seakan mahu mengheret 'seseorang yang berkuasa' di sebalik pembunuhan model tersebut.

"Penghakiman ini mewujudkan persoalan dan persepsi masyarakat, adakah institusi mahkamah dalam kes ini benar-benar bebas berfungsi ataupun telah diikat dan dikongkong oleh mereka yang berkuasa di belakangnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, lebih mengusutkan keadaan apabila dalam penghakimannya, Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting walaupun ianya relevan.

"Tidak penting tujuan bunuh, justeru, mengapa Altantuya dibunuh?" soalnya.

Dua orang yang telah didapati bersalah adalah anggota Unit Tindakan Khas iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya adalah pegawai keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.

"Soalnya pula, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?

"Apa kaitan kedua-dua mereka dengan Altantuya?" tanya Riduan lagi.

Tambahnya, tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah itu tanpa sebab.

Menurutnya, mesti ada arahan oleh mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu DPPM berpandangan, sepatutnya misteri kes itu mudah terjawab dengan merungkai satu demi satu persoalan sehingga akhirnya akan menemui jawapan yang sebenar.

"Lihatlah bagaimana kes Datuk Sosilawati yang dibunuh dengan modus operandi yang hampir sama. Kes ini disiasat dengan beitu teliti sehingga akhirnya menemukan motif pembunuhan tersebut," ujarnya lagi.

Namun demikian, kata beliau dalam kes Altantuya motif pembunuhan ditutup seakan mahu menutup terus cerita ini dari terus disiasat.

Walau apa pun alasannya, ujarnya rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes itu.

Beliau berkata, meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes itu amat merendahkan reputasi Najib.

Tambahan pula, ujarnya orang kepercayaan beliau, Abdul Razak Baginda juga dikatakan terlibat meskipun kemudiannya dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

"Kes ini juga amat memalukan negara di mata dunia kerana dunia menganggap Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat dikunjungi," katanya.

Justeru, tambahnya apa yang berlaku kepada Altantuya tidak mustahil juga berlaku kepada pelancong lain yang berkunjung ke negara ini.

"Dalam keadaan Datuk Seri Najib merayu-rayu rakyat dengan permohonan maaf dan menyesali atas 'ketelanjurannya', sanggupkah beliau memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya.

"Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?" tanya beliau lagi.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap model Mongolia itu.-Harakahdaily

Di pentas global: surat Dr M kepada Israel mendedahkan kejahilannya

Posted: 09 Mar 2012 03:00 AM PST

K Suresh, Malaysia Chronicle


Jika surat bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bertarikh 8 Jun 1999 kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan 2 surat yang lain ke Tel Aviv dijadikan panduan, kita boleh meneka bahawa surat lain yang ditulis kepada pemimpin-pemimpin dunia mingkin serupa sahaja dari segi kebodohannya.

Tiga surat (sila skol ke bawah) kepada Israel mempunyai kandungan yang sama kerana dengan angkuhnya cuba untuk memberi amaran tapi sebenarnya tidak sedar diri kerana menyibuk perihal orang lain di arena antarabangsa. Mereka yang tinggal di rumah kaca tidak patut membaling batu kepada orang lain.

Jika surat-surat Mahathir pada bekas PM Israel menunjukkan pendirian tegasnya terhadap konflik Palestin, kita masih tidak akan mempunyai persefahaman dengan mereka kerana sesuatu yang tidak masuk akal tidak akan boleh diterima. Surat-surat itu tidak membawa apa-apa maksud. Ia hanyalah kertas yang penuh kontradiksi dan kurang kefahaman terhadap sejarah. Mahathir juga telah membuka ruang kepada orang lain untuk mengkritik sikap hipokritnya, menasihati orang lain tetapi di dalam negara sendiri, penindasan kaum berlaku dengan dasyat sekali.

Cakap besar depan orang kampung

Mahathir mungkin juga tidak banyak kerja di ofis, oleh itu dia mempunyai masa untuk menulis surat yang tidak bermakna itu.

Dia mengambil peluang dalam surat itu untuk mengulangi propaganda mengenai Dasar Ekonomi Baru, dengan mengambil contoh "Tanah Melayu" di Selatan Thailand dan semua orang di Malaysia amat gembira, jelas sekali dengan kepimpinannya. Sebenarnya, British yang merampas bahagian selatan Semenanjung Kra yang diduduki oleh Orang Asli- ia didiami oleh setinggan pendatang haram dan pelarian, pelarian jenayah dari pulau-pulau jiran - dari kerajaan Thai setelah terletusnya dua peperangan. Matlamat British adalah untuk menanam getah dan melombong bijih timah.

Kandungan yang lebih penting dalam surat adalah, Mahathir mahu mengambil kesempatan ke atas nasib Palestin dan bercakap besar sahaja supaya dia boleh nampak seperti hero. Jika boleh, ahli politik seperti Mahathir dalam dunia Islam mahu penderitaan rakyat Palestin untuk kekal selama-lamanya supaya mereka boleh bermain politik dengan isu tersebut.

Jahil sejarah, undang-undang dan agama

Dari sudut mana pun, surat-surat ini hanya menampakkan kejahilannya terhadap undang-undang, sejarah dan agama.

Tanah Suci sekitar Jerusalem adalah milik penganut agama Yahudi dan Kristian, walaupun tentera Islam menang semasa Perang Salib, Tanah Suci Islam adalah di Mekah dan Madinah. Pengusiran Rom terhadap majoriti orang-orang Yahudi yang menyebabkan diaspora adalah sesuatu yang umum diketahui dalam sejarah. Orang-orang Yahudi yang diusir berjanji untuk kembali semula tanpa mengira keturunan. Kini, dunia terpaksa menerima kenyataan itu. Tiada sesiapa yang waras akan melupakan usaha untuk mendapatkan semula sebahagian dari Tanah Suci, hanya kerana Tuhan dan Adat, untuk orang Islam yang hidup setinggan tetapi orang Yahudi bersedia untuk berbuat demikian dalam pertukaran untuk keamanan dan keselamatan.

Menarik juga jika pemimpin Israel menjawab surat Mahathir dengan menimbangkan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Mungkin juga Mahathir tidak menerima sebarang jawapan kerana surat-suratnya adalah suatu penghinaan yang dikira bertujuan untuk memprovokasi dan memberi tekanan kepada warganegara Israel, Arab - Islam dan Kristian dan Yahudi.

Bukan untuk menyinggung rakyat Palestin, Mahathir mencadangkan bahawa pengemis - pemimpin korup Palestin - boleh memilih. Kerajaan Tel Aviv telah menyentuh mengenai aspek ini sebelum ia mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan mempersoalkan apa yang mereka dapat. Ini adalah satu tragedi kerana pemimpin yang korup, tanpa perasaan tanggungjawab, boleh dibeli dengan mudah melalui wang dan harta. Mereka boleh mengkhianati perjuangan rakyat Palestin atas sebab-sebab kepentingan sendiri.

Amalan baik bermula di rumah

Mahathir bercakap tentang perjanjian antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). PLO bukanlah sebuah negara, atau pihak yang boleh dirunding, tetapi sering menyebabkan pertumpahan darah dan dilabel organisasi pengganas. Sememangnya tiada perjanjian boleh diuat dengan PLO. Tetapi, telah ada perjanjian Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin yang telah diberi kuasa oleh kedua-dua belah pihak supaya tidak berbalah.

Amal jariah bermula di rumah. Jika Mahathir begitu bimbang tentang mematuhi perjanjian, dia boleh sepatutnya mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah dan Sarawak bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi yang setaraf dengan Singapura dan Malaya.

Malaysia perlu memikirkan semula pendirian dan berprinsip yang konsisten terhadap Palestin. Ia tidak mempolitikkan isu ini, tentang pendustaan terang-terangan dan menyalah tafsirkan undang-undang, sejarah dan agama. Orang-orang Kristian di Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak akan bersetuju dengannya.

Pokoknya, masalah di Palestin bermula dengan British Trans-Jordan Mandate dan bukanlah orang Yahudi yang merampas tanah Arab seperti yang didakwa Mahathir. Badan dunia itu telah mewujudkan dua negara, Israel dan Palestin, seperti yang disyorkan oleh 24-Nation UN Decolonization Committee. Jadi, persoalan merampas tanah orang lain tidak timbul.

Oleh itu, Orang Asli di selatan Semenanjung dan masyarakat asli di pulau-pulau berdekatan di Indonesia perlulah bersama-sama menuntut keseluruhan kawasan tanah yang diduduki oleh Republik Singapura.

Penempatan di wilayah yang diduduki, merupakan isu lain yang hanyalah merupaka satu peratus daripada masalah pendudukan disitu. Ia menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Israel untuk keselamatan dan boleh juga ditukar dengan kawasan alternatif, seperti yang diakui oleh rakyat Palestin sendiri, semasa proses damai. Israel tidak akan membina penempatan di atas tanah yang dihuni jika Hamas berhenti melancarkan roket.

Jika rampasan tanah adalah isu pada Mahathir, Kerajaan Malaysia harus melihat pada diri sendiri dan memeriksa rekod tanah Orang Asli, Penan di Sarawak yang dihalau keluar dari hutan nenek moyang mereka, dan juga Dayak serta Dusun yang kehilangan tanah NCR mereka kerana dirampas oleh syarikat perladangan yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Felda telah pun mempunyai hak ke atas 306,000 ekar tanah NCR dan enggan memberi balik kepada kaum asli apa yang mereka telah dicuri.

Keengganan untuk mengadakan pilihanraya umum

Punca masalah di Timur Tengah adalah Palestin dan negara jiran Arab tidak menerima dan menghormati undang-undang antarabangsa. Mereka menentang Israel, menyerang negeri yang baru itu, dan terpaksa menerima akibatnya hingga ke hari ini. Negara-negara Arab tidak menyerang Israel hanya sekali pada tahun 1948 tetapi juga pada tahun 1967 dan terus menyerang negeri itu sehingga hari ini.

Akibat daripada peperangan yang berterusan antara Israel dan Palestin kita terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada negara akan wujud selagi tidak ada jaminan keselamatan pada Israel.

Bagi rakyat Palestin pula, tidak akan ada pembentukan sebuah negara untuk mereka kerana Israel tidak mendapat jaminan keamanan. Rakyat Palestin perlu berdamai dengan Israel dan mereka hanya boleh berbuat demikian melalui peti undi.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza tidak bersetuju setakat ini untuk mengadakan pilihan raya bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka sendiri. Nampaknya bahawa mereka takut dikalahkan oleh pemimpin-pemimpin baru. Mereka mendesak untuk mewakili rakyat Palestin dalam rundingan damai dengan Israel tanpa mendapat mandat daripada mereka untuk menjadi wakil. Tiada locus standi!

Menunggu rakan untuk berdamai

Israel, dalam keadaan ini, hanya boleh melihat dan menunggu untuk berdamai di sebelah Palestin. Ia mustahil untuk berlaku dalam masa yang terdekat kerana rakyat Palestin telah kehilangan kedaulatan mereka, di bawah undang-undang antarabangsa, oleh kerana kelompok kecil dalam Palestin dan Hamas.

Seperti Iraq di bawah Saddam Hussein, satu-satunya cara rakyat Palestin akan dapat kembali kedaulatan mereka adalah jika tentera persekutuan antarabangsa mengalahkan klik kecil yang mencengkam rakyat. Tentera perlu menjadikan Pihak Berkuasa Palestin dan Hamas menjadikan mereka contoh kepada mereka yang zalim.

PBB perlu campur tangan di peringkat ini, seperti di Iraq, dan menubuhkan pentadbiran interim untuk membuka jalan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan supaya boleh menyedikan mereka untuk pilihanraya yang bebas dan adil sebagai langkah pertama.

Pilihan raya di wilayah yang diduduki yang memberikan Palestin langkah pertama ke arah hubungan dengan Israel dan bergerak ke arah penyelesaian dua negara.

Di pihak Israel, pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun dan akan berlaku perubahan kerajaan. Rakyat Palestin, jika mereka mahu boleh memilih pemimpin mereka sendiri, yang akan berurusan dengan kerajaan Israel. Israel dan PBB akan menerima keputusan jika rakyat Palestin mempunyai wakil yang sah pada rundingan damai.

Sementara itu, rakyat Palestin di wilayah yang diduduki mendapati Israel merupakan rahmat bagi mereka kerana ia menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi yang tidak wujud di sebelah sempadan mereka akibat korupsi yang masih perlu dihapuskan.

Kerajaan Tel Aviv juga mengutip cukai di Tebing Barat bagi Pihak Berkuasa Palestin. Perlu diingat, Israel tidak lagi mengutip cukai di Semenanjung Gaza yang Tel Aviv dianggap tanah asal rakyat Palestin selepas penghijrahan mereka berabad yang lalu daripada Phoenicia (Lubnan).

Malaysia Chronicle

Surat pertama pada Yitzhak Rabin

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel pada tahun 1993, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober yang memaklumkan kepada saya tentang Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kami menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya ia adalah satu langkah awal untuk merealisasikan penyelesaian yang lebih komprehensif berkaitan masalah di Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara yang saya wakili pada Persidangan Penderma telah menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji akan memberi sumbangan kewangan walaupun sedikit, kepada rakyat Palestin bagi membantu mereka memulakan tugas-tugas baru.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Kerana prinsip umum, Malaysia bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sebelum itu, saya ingin melihat kemajuan dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin adalah punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian yang baru ini di antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap akan ada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

- BERNAMA

Surat kedua kepada Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada tahun 1997, yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari telah saya terima semalam. Saya amat menghargai usaha tuan untuk memaklumkan kepada saya berikutan situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara itu telahpun berubah dengan cepat.

Malaysia percaya keamanan adalah penyelesaian antara dua negara berjiran yang boleh dicapai menerusi rundingan. Sebagai jalan terakhir, kami harapkan ada pihak ketiga. Dalam pertikaian wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami telah bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian itu kepada Mahkamah Dunia untuk diputuskan. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand tentang wilayah perairan berjaya diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan adil.

Di dalam negara, ketidak adilan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang telah diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan mendapat bahagian yang lebih besar dalam ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan pendatang. Setiap orang menikmati bahagian yang adil sekarang dan mereka agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak kacau bilau.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Israel telah merobohkan rumah orang Arab dalam usaha mendirikan penempatan bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, tidak ketinggalan sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk ancaman Syria. Namun, ancaman mereka hanyalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan terpaksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, mereka akan bertindak secara ganas terhadap tuan dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak mampu bertindak balas atau menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira betapa seriusnya ia. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah untuk mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan mematahkan jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Pertimbangkanlah semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Matlamat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang patut dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap para belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka sudah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Apabila mengimbau semula orang Yahudi yang diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka telah mendapat perlindungan dari orang-orang Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai musuh selamanya. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka sedang dirampas. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah asli Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita terlalu mengenang masa lampau, kita tidak akan boleh hidup berjiran.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum komited dan mengakui apa yang dibuat oleh Kerajaan Israel tidak sah. Kami ingin sebaik sahaja hubungan wujud dengan pihak tuan, ia akan menjadi hubungan yang abadi.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD – BERNAMA

Surat ketiga kepada Ehud Barak

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, pada tahun 1999, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSI8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama

Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dengan mandat yang cukup membanggakan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di abad yang baru.

Saya mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.

Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membenarkan keganasan digunakan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghancurkan tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak bersikap jujur dalam mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad

-- BERNAMA

Konspirasi dalam Umno: Najib rancang 26 Mei untuk merdeka dari Dr M

Posted: 09 Mar 2012 02:59 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir' kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan. Sehingga dia menyiapkan pelan penggantian dengan Mahathir, dia tidak akan berani untuk mengadakan pemilihan parti," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Mereka yang ditemuramah Malaysia Chronicle juga menegaskan 26 Mei juga merupakan hari Sabtu terakhir bulan tersebut, ini menjadikan itulah tarikh yang akan dipilih.

Namun, ramai yang yakin bahawa ini adalah teka teki terbaru dari Najib - untuk memberi kejutan setelah hampir semua memikirkan bahawa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan pilihanraya apabila mandatnya tamat tahun depan.

Mesyuarat untuk mengatasi 'kejutan' Najib

Pemerhati politik memberitahu baru-baru ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan beberapa veteran Umno, termasuk mufti Perak, Harussani Zakaria untuk berbincang tentang hak-hak Melayu yang juga menunjukkan bahawa Mahathir juga telah menghidu perubahan pada rancangan Najib dan mahu merencana taktik yang baru pula.

Adalah dipercayai bahawa mesyuarat Mahathir-Perkasa memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan perpecahan antara Melayu dan bukan Melayu dan untuk terus memburukkan imej orang Kristian, bagi meraih sokongan orang Melayu kepada sayap kanan Umno. Sebuah plot yang sama dengan kejadian rusuhan kaum13 Mei 1969 juga dipercayai untuk menjadi kecemasan mereka.

"Anda mesti ingat bahawa PRU ke-13 akan diperhatikan oleh ahli UMNO serta pembangkang. Kepada panglima-panglima Umno, ia mambawa banyak erti. Apabila ia diumumkan, ini bermakna semua broker kuasa akan mengadakan perjanjian untuk berkongsi kekayaan negara. Sudah semestinya, BN mungkin gagal dalam PRU ke-13, tetapi ini adalah apa yang selalu berlaku pada pilihan raya. Rundingan untuk kepentingan mereka sendiri sentiasa diutamakan. Pertikaian utama akan menjadi 'siapa yang dapat apa', "kata pemerhati Umno.

Menurutnya, Mahathir yang berusia 86 tahun bimbang jika Najib mula menentangnya kerana ini bermakna Mukhriz tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Mempertaruhkan populariti sendiri tanpa mempedulikan Umno, MCA dan Gerakan

Walaupun takut akan pengaruh Mahathir, Najib bertaruh pada populariti peribadinya untuk mendapatkan undi. Daripada usahanya mendalangi kejatuhan NFC RM250mil, dia kelihatan bersedia untuk memburuk-buruk dan memusnahkan Umno supaya kekal sebagai Perdana Menteri. Harapan itu tidak mustahil memandangkan bahawa UMNO telah Berjaya mendapat nama buruk seperti MCA, Gerakan dan MIC. Laungan 'Asalkan bukan Umno' telah menjadi sorakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu.

Jika Najib mampu menang atas kekuatan sendiri, ini bermakna dia tidak perlu membuang sepupunya Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang secara automatik akan mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin. Terdapat tekanan dari kem Mahathir supaya Najib mengorbankan Hisham supaya Mukhriz boleh dimasukkan ke dalam slot TPM dengan lebih cepat.

Khabar angin dari UMNO juga riuh dengan spekulasi mengapa Najib tidak mengumumkannya dalam perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti akan diadakan pada akhir tahun ini. Dia sudah pun mengumumkan mesyuarat tahunan bagi semua cawangan Umno akan diadakan di antara 1 April ke 15 Jun, manakala pemilihan bahagian akan diadakan dari 1 Julai hingga 15 September. Sambutan tahunan bagi pembentukan Umno akan diadakan pada 11 Mei 2012.

Tetapi dua tarikh utama yang tidak diumumkan Najib ialah pemilihan parti dan perhimpunan agung Umno. Ini memberi petanda bahawa kerja dalaman sedang dijalankan.

Calon boleh menang untuk kawal bahagian dan cawangan menjelang pemilihan Umno

Walau bagaimanapun, mengikut masa yang diumumkan, ia amat sukar bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 pada Mei atau Jun. Walaupun begitu, jika PRU ke-13 diadakan pada bulan November atau tahun depan, Najib akan membubarkan Parlimen pada pertengahan tahun. Ini bermakna pelbagai cawangan dan mesyuarat bahagian akan bermula seperti yang diumumkan, tetapi tidak semua akan dapat berbincang.

Dipertengahan jalan, Najib dijangka mengumumkan calon-calon boleh menang BN untuk PRU ke-13, di mana selepas itu, hanya akan tinggal sedikit masa untuk panglima UMNO untuk bertindak. Ya atau tidak, mereka terpaksa juga menerimanya. Umno terpaksa melakonkan perpaduan dalam parti jika ingin mengalahkan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat iaitu Anwar.

Apabila PRU ke-13 selesai, calon pilihan Najib yang menang kerusi masing-masing akan mengambil alih bahagian Umno itu dan mengadakan mesyuarat cawangan untuk menggantikan pemegang jawatan tertinggi dengan penyokong kuat sendiri dan bersedia untuk pemilihan parti di mana mereka akan dijangka untuk mengundi bagi Najib dan beroleh majoriti besar. Dengan cara ini, Najib akhirnya boleh menjadi Presiden Umno yang kuat, tanpa perlu tunduk kepada Mahathir. Dengan orang-orangnya ditempat yang strategik, Najib akan berupaya mengisi ahli majlis tertinggi parti dengan para penyokongnya.

Mahathir tidak akan duduk diam

Sudah tentu, Umno-BN tidak boleh menang pada PRU ke-13, di mana dia akan menjadi Presiden Umno dan Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Umno dan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dia seolah-olah yakin mampu mengalahkan saingan utamanya, Anwar ibrahim.

Selain itu, sama ada rancangannya berjalan lancar bergantung kepada apa tindakan yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk mengatasi rancangan 'rampasan kuasa' Najib. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih lagi seorang ahli politik yang disegani dan masih mampu memberi kejutan.

Pada masa ini, Najib nampak seperti 100% di belakang Mahathr. Tetapi, mereka tahu sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.

Pemerhati memberi amaran bahawa Najib, pada bila-bila boleh menarik balik sokongannya kepada Mahathir untuk menghadapi pendakwaan ke atas bekas PM ynag telah menyalahgunakan kuasa dan rasuah dengan membantu kroni dan keluarganya untuk mengumpul kekayaan yang besar.

Namun Mahathir seringkali dikatakan mempunyai cengkaman tersendiri ke atas pemimpin BN yang lain, termasuk Najib yang sering terlibat dalam skandal.

"Najib cuba untuk menunjukkan bahawa dia dan Mahathir sangat rapat. Dia cuba untuk memberi isyarat kepada orang yang melindungi Mahathir dari skandal-skandal yang lalu seperti MAS dan kejatuhan Tajudin Ramli, Air Asia dan Proton," kata pemerhati UMNO.

"Tetapi itu hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya, kita tidak nampak Najib mempunyai keberanian yang cukup untuk memberanikan diri dihadapan Mahathir atau inikan pula mengatasinya. Mahathir juga bukanlah seorang yang akan berdiam diri. Ada kemungkinan Najib tidak akan berani untuk memisahkan diri dari Mahathir dan pengaruhnya. "Malaysia Chronicle

Analisis: Penyelarasan harga akan menjejaskan ekonomi untuk jangka panjang

Posted: 09 Mar 2012 02:41 AM PST



Skim subsidi pengangkutan barang terbaru ini diumumkan oleh Ismail (kiri) Isnin lalu. — Gambar fail


KUALA LUMPUR — Para analisis melihat cubaan Putrajaya untuk menyelaraskan harga di kawasan pedalaman dan luar bandar melalui bantuan kewangan berjumlah RM200 juta akan menjejaskan ekonomi dan mewujudkan pergantungan sepenuhnya kepada subsidi untuk jangka panjang.

Pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Isnin lalu bahawa sejumlah peruntukan akan dibekalkan untuk kos pengangkutan bagi menurunkan harga barangan keperluan di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak, yang juga dilihat sebagai zon pengundi "deposit tetap" bagi Barisan Nasional (BN).

Datuk Dr Mohd Ariff, daripada Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) berkata, bantuan kewangan bagi pengangkutan tersebut akan menyebabkan pembayar cukai menanggung subsidi untuk pengguna di luar bandar.

"Perkara itu sangat jelas terdapatnya penglibatan subsidi terhadap tindakan penyelarasan berkenaan. Peruntukan RM200 juta oleh kerajaan itu sudah menjelaskan segalanya," kata Ariff kepada The Malaysian Insider.

"Ia bagaikan pengguna di bandar memberikan subsidi kepada pengguna di kawasan pedalaman. Perkara ini akan menjejaskan ekonomi."

Wan Saiful Wan Jan, pengarah eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), berkata, bantuan sedemikian akan menyebabkan ketagihan penduduk di kawasan pedalaman dan terpencil terhadap bantuan dan subsidi kerajaan.

Ujarnya, tindakan itu sama seperti langkah kerajaan memberikan subsidi kepada petrol dan menyebabkan rakyat terlalu bergantung kepada harga petrol yang murah. Putrajaya telah menetapkan harga petrol RON95 dan diesel dengan membelanjakan RM15.9 bilion untuk subsidi bahan api tahun lalu. Peruntukan sejumlah RM17 bilion pula ditetapkan pada tahun 2012.

"Sekarang mungkin ianya akan lebih popular, tapi ia akan menjadi masalah jangka panjang dalam masa 20 tahun kemudian," katanya yang dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Saiful turut menjelaskan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berkata bahawa negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat akan menjejaskan tahap daya saing, "ironisnya" pentadbiran beliau sendiri melaksanakan perkara di bawah konsep negara berkebajikan berkenaan.

"Penyelarasan harga seperti ini merupakan perkara yang negara berkebajikan akan laksanakan," katanya. "Ini adalah polisi baru yang diperkenalkan bukannya berasaskan gambaran keseluruhan, tetapi lebih kepada populariti."

Wan Saiful menjelaskan, kerajaan seharusnya bertindak dengan lebih inovatif dan berfikir untuk mengukuhkan pasaran bagi mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.

"Sekiranya perbezaan harga itu sangat serius, fikirkan cara penyelesaian berasaskan pasaran dan bukannya menukarkan Malaysia kepada negara berkebajikan seperti yang dikritik mereka," katanya.

Beliau mencadangkan agar inisiatif daripada badan bukan kerajaan akan dapat membantu masyarakat luar bandar adalah subsidi yang lebih digalakkan.

Ketua Ekonomi RAM Ratings Yeah Kim Leng berkata, memandangkan bantuan pengangkutan di kawasan pedalaman dan penyelarasan harga adalah kehendak sosial, kerajaan seharusnya memikirkan langkah yang lebih berkesan seperti pendekatan pemacuan pasaran seperti pengenalan wakil pembelian pukal bagi pedalaman di Semenanjung Malaysia.

"Beri peluang kepada rakyat untuk menguruskan diri mereka," katanya.

Menurut Yeah, walaupun program bantuan amat diperlukan untuk membantu golongan miskin di pedalaman, kerajaan harus sedar agar ianya tidak akan menggangu kestabilan ekonomi.

Jelasnya sekiranya pengangkutan silinder gas ke kawasan terpencil lebih mahal, kerajaan mungkin boleh menggunakan alternatif lain seperti penggunaan tenaga solar.

"Mereka seharusnya mencari pilihan lain yang lebih efisyen," katanya.

Menteri KPDNKK Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin lalu mengumumkan bahawa peruntukan sejumlah RM191juta untuk bantuan pengangkutan telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak manakala bakinya akan disalurkan ke semenanjung.

Menurut Ismail, silider gas 14kg di Bario, Sarawak menjangkau RM148 sebelum penyelarasan harga yang kini berharga RM27, harga yang sama di kawasan bandar.

Pentadbiran Najib telah membuat penyelarasan subsidi bagi mengurangkan gangguan ekonomi dan mengurangkan bajet defisit sebagai sebagian perubahannya.

Sesetengah subsidi, seperti gula meningkat daripada RM567 juta kepada RM33 bilion akibat daripada usaha kerajaan untuk mengawal kadar inflasi.

Pemimpin BN seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan kerajaan itu, dan menjelaskan tiada niat tersembunyi berhubung pemberian subsidi kecuali demi untuk kebaikan rakyat.

Ketua hakim digesa campur hukuman Hoslan

Posted: 09 Mar 2012 02:39 AM PST


MALAYSIA KINI

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang hari ini menuntut Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria campur tangan dalam hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein yang melempar selipar ke arah hakim Mahkamah Persekutuan.

pakatan convention alor setar lim kit siangLim (kanan) berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.

"Adakah Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria akan campur tangan terhadap hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan yang keras dan berlebihan terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut, meringankan hukuman demi belas ehsan?" tanya Lim.

Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.

Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.

Rafizi, Zuraida fail saman balas ke atas Shahrizat

Posted: 09 Mar 2012 02:38 AM PST

Aidila Razak
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman balas ke atas menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan menteri tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu "terus dibawa ke mahkamah."

"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke hamah untuk memberi keterangan," katanya.

Kedua-dua Rafizi dan Zuraida memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berhubung ucapan Shahrizat itu.

"Kata-kata berbau fitnah" itu didakwa diujarkan Shahrizat semasa menyampaikan ucapan ketika pembukaan Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

Turut difailkan hari ini ialah pembelaan ke atas saman yang difailkan oleh Shahrizat ke atas mereka pada 19 Januari lalu, yang juga dihantar kepada peguam Shahrizat di Muhammad Shafee and Co.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan BN tidak lagi boleh berdolak-dalik dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini.

"Walau perdana menteri dan pimpinan kanan BN tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum," kata Rafizi lagi.

Ling Liong Sik diarah bela diri

Posted: 09 Mar 2012 02:36 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas bekas bekas presiden MCA itu.

NONELing didakwa menipu kerajaan apabila beliau didakwa tidak mendedahkan kepada kabinet yang diketuai Tun Dr Mahathir pada masa itu mengenai kadar faedah tahunan tambahan sebanyak 7.5 peratus berhubung pembelian tanah untuk projek tersebut.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah menentukan bahawa harga tanah berkenaan, termasuk kadar kupon atau faedahnya pada RM1.09 bilion berdasarkan nilai kadar RM25 sekaki persegi.

Dalam penghakimannya sepanjang 83 halaman, Ahmadi berkata Ling telah mengetahui bahawa kerajaan perlu membayar dengan harga lebih tinggi daripada nilai RM1.09 bilion memandangkan beliau telah diberitahu mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat terdahulu, namun tidak mendedahkannya kepada kabinet.

"Saya tidak teragak-agak apabila mendapati tertuduh telah mempengaruhi kerajaan untuk meluluskan harga berkenaan, yang mana kerajaan tidak akan berbuat demikian sekiranya mereka tahu mengenai faedah 7.5 peratus."

NONETambahnya, seseorang yang berpendidikan, dengan wibawa dan latarbelakang seperti Ling tidak boleh memindahkan tanggungjawab dengan mendakwa telah diberi maklumat salah memandangkan menteri itu perlu mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Sebagai seorang anggota kabinet dan dengan tanggungjawab kementeriannya, Ling perlu mendedakan kos sebenar tanah berkenaan kepada kabinet, kata Ahmadi lagi.

Katanya lagi, Dr Ling juga tahu bahawa menteri itu boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan apabila gagal mendedahkan faedah 7.5 peratus itu.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. [Baca berita penuh]

Sementara, Bernama melaporkan, Dr Ling, yang diwakili peguam Wong Khian Keong. Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah telah memanggil 25 orang saksi termasuk menteri kabinet dan pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan JPPH.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ling didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun
atau dengan denda atau kedua-duanya.

Dr Ling telah didakwa pada 29 Julai 2010 dan dibicarakan selama tiga bulan bermula 1 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, Dr Ling berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan membela diri terhadap tiga pertuduhan berkenaan.

"Ya, sudah pasti, tetapi atas nasihat peguam saya," katanya di luar mahkamah apabila ditanya oleh media sama ada beliau bersedia untuk memberi keterangan selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.

Ditanya mengenai saksi pembelaan yang akan dipanggil pada peringkat pembelaan, Dr Ling berkata beliau akan lakukan apa yang perlu berhubung perkara itu.

Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah

Posted: 09 Mar 2012 02:35 AM PST


MALAYSIA KINI
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

NONENik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

NONE"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu.

Projek mega negeri: K'jaan Pulau Pinang lwn NGO

Posted: 08 Mar 2012 04:32 PM PST

Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan dua NGO bahawa ia gagal menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai projek-projek mega yang dicadangkan di negeri itu - satu dakwaan yang disiarkan dalam media baru-baru ini.

NGO tersebut - Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) - kedua-duanya dipimpin aktivis veteran SM Mohamed Idris, mempersoalkan "ketelusan dan keterbukaan" kerajaan negeri, dengan mendakwa ia kurang mengadakan perbincangan awam berkaitan projek infrastruktur yang dirancang.

NONETetapi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Mohd Zairil Khir (kiri) menyangkal dakwaan tersebut dengan berkata, kerajaan telah mendedahkan maklumat awam mengenai projek-projek tersebut, manakala bosnya, Lim Guan Eng telah menghadiri dua sesi perbincangan dengan wakil NGO dan pihak umum.

"Kami tidak mempertikaikan hakikat bahawa isu ketelusan dan keterbukaan merupakan keutamaan yang paling penting.

"Malah sebagai kerajaan yang berdasarkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus), kami telah mengambil pelbagai langkah untuk memaklumkan pihak umum mengenai projek-projek infrastruktur yang dicadangkan," kata Zairil dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil merujuk khusus kepada sebuah artikel yang bertajuk "Kesal DAP tidak salur maklumat kepada rakyat", yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 6 Mac.

Dalam laporan tersebut, SM Mohamed dilaporkan berasa kecewa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak menyediakan maklumat lengkap kepada orang ramai berhubung projek infrastruktur yang dilaksanakan di negeri ini, yang bernilai berbilion ringgit.

Projek berkenaan termasuk terowong sepanjang 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan sepanjang 12 km menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, dan beberapa projek lain untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di pulau itu.

Aktivis veteran menambah bahawa isu ketelusan dan keterbukaan yang berkaitan dengan projek adalah keutamaan yang paling penting dalam perancangan awal dan membuat keputusan sesuatu projek.

Projek jalan RM5-8 bilion


Zairil berkata, Pada 28 April 2011, satu sidang akhbar telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya mengenai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sebuah syarikat milik kerajaan China.

NONEMenurutnya, kedua-dua Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun
Razak (Malaysia) dan Wen Jia Bao (China) - menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut

"Semua projek ini akan dijalankan secara tender terbuka. Kos dianggarkan di antara RM5-8 bilion untuk keempat-empat projek ini tetapi dijangka lebih rendah kerana ia dijalankan dengan tender terbuka," kata Zairil.

Menurutnya lagi, pemeteraian MoU itu diikuti dengan satu sidang akhbar yang diadakan di Dewan Undangan Negeri pada 29 April tahun lepas untuk meminta pandangan rakyat terhadap empat projek infrastruktur tersebut.

Dalam sidang DUN pada 10 Mei 2011, Ketua Menteri telah sekali lagi menjawab soalan-soalan mengenai projek-projek infrastruktur tersebut, tambahnya.

Zairil berkata, kerajaan negeri dan juga MPPP telah menerima beberapa pandangan dan cadangan sejak 29 April, manakala Ketua Menteri telah mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa wakil NGO dan pihak umum, termasuk dengan Penang Forum pada 16 Oktober 2011 dan juga pada 19 November 2011.

"Dalam kedua-dua forum tersebut, SM Mohamed telah dijemput tetapi beliau tidak dapat hadir dan telah menghantarkan wakil CAP.

"Oleh itu, adalah mengejutkan bagaimana CAP boleh menyatakan bahawa tidak ada rundingan dengan NGO atau rakyat apabila begitu banyak ruang diberikan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan projek-projek infrastruktur tersebut.

"Mengikut senarai kehadiran, kami boleh mengesahkan bahawa wakil CAP iaitu Rudhrapathy Vijayala (Ravi) telah menghadiri kedua-dua sesi tersebut," tambahnya.

Ketika dihubungi Rudhrapathy berkata pertemuan wakil NGO dengan Ketua Menteri tidak dianggap sebagai "perundingan awam".

Perundingan awam termasuk memaparkan pelan dan maklumat mengenai projek-projek negeri, contohnya, orang ramai dijemput untuk mencadangkan rancangan mereka untuk Taman Botani Pulau Pinang di tingkat 3, Komtar.

"Ya, kita bertemu dua kali dengan beliau tetapi ini hanyalah satu perjumpaan antara NGO dan kerajaan negeri, ianya bukan perundingan awam," katanya kepada Malaysiakini.

"Dalam satu pertemuan NGO dengan KM, kami menyampaikan pandangan dan rungutan kami dan beliau menerang dan menjelaskan pandangannya," katanya.

Radhrapathy berkata wakil-wakil NGO - semasa pertemuan tersebut - tidak pernah ""bersetuju dengan semua" hujah Guan Eng.

Menurutnya, walaupun pihaknya telah berhujah dan memberi penjelasan, namun Ketua Menteri gagal mendengarnya dan tetap dengan pandangan beliau.

Kes bunuh Sosilawati: Nasib peguam 30 April

Posted: 08 Mar 2012 04:31 PM PST

NORAWAZNI YUSOF

Sosilawati Lawiya

SHAH ALAM – Nasib bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya akan diketahui 30 April ini sama ada mereka dibebaskan atau membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan menutup kes.

Akhtar juga menetapkan 4 dan 5 April depan bagi mendengar hujahan lisan dan bertulis kedua-dua belah pihak.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof memaklumkan perkara itu selepas saksi pendakwaan 108 iaitu adik kepada peguam Ahmad Kamil Abd Karim, selesai memberi keterangan.

Ishak juga menawarkan 78 saksi kepada barisan pembelaan untuk digunakan ketika peringkat membela diri.

Perbicaraan kes berlangsung selama 71 hari sejak 4 Julai tahun lalu dan sebanyak 713 barang kes telah ditender di mahkamah.

Sementara itu, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan memohon mahkamah memberikan masa untuk melihat senarai saksi yang akan digunakan sekiranya anak guamnya diarahkan membela diri.

Dalam kes ini, Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, TThilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam prosiding itu, Akhtar turut menerima rekod rayuan berhubung semakan dan sabitan dua bekas pekerja ladang K Sarawanan, 19 dan U Suresh, 26, yang sedang menjalani hukuan penjara 20 tahun, selepas mengaku membuang abu mayat Sosilawati dan tiga individu lain pada dua tahun lalu.

Akhar berkata rekod tersebut boleh diterima pakai dan releven kerana ia berkaitan dengan kes ini.

"Justeru, mahkamah membenarkan dokumen tersebit ditender," katanya.

Posted: 08 Mar 2012 04:30 PM PST

PKR sambut baik batal SBPA, syor 5 langkah

Posted: 08 Mar 2012 04:29 PM PST

Wartawan Sinar Harian

NURUL IZZAH

SHAH ALAM - PKR mengalu-alukan keputusan kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan pagi tadi, tetapi mendakwa perkembangan itu menunjukkan kegagalan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengambil kira pendapat golongan sebelum merangka dan mengumumkan sesuatu dasar yang penting.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan kerajaan pusat untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah iaitu antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah.

"Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam satu pengumuman di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan

peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh

peratus.

Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan

bagi kawasan C, dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.

Selain itu kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji

secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja

melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan

yang diperlukan negara.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) beserta wakil-wakil pekerja Cuepacs, "barulah tindakan seraya sudah terhantuk baru terngadah diambil oleh Perdana Menteri hari ini."

Sehubungan itu, Nurul Izzah mahu kerajaan mewujudkan SSM yang lebih adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan.

Katanya, kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah harus membolehkan mereka menerima gaji "sara hidup", dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan PR 2012.

"SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam," katanya.

Selain itu kata beliau, SSM yang lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.

Malah menurut Nurul Izzah, SSM yang hendak ditambah baiki perlu mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan dalam kerajaan.

Wakil rakyat penggal pertama ini juga mengesyorkan agar SSM disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap 10 tahun.

"Semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan," katanya lagi.

Malaysia dalam tempoh ‘monsun peralihan’

Posted: 08 Mar 2012 04:28 PM PST

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan negara sedang mengalami 'monsun peralihan' yang bermula pada awal bulan Mac dan dijangka berterusan sehingga pertengahan atau lewat April ini.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Amirzudi Hashim berkata, dalam tempoh ini, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di negeri-negeri pantai barat semenanjung.

"Untuk beberapa hari ini, cuaca dijangkakan lebih lembab disebabkan berlakunya perolakan yang lebih kuat di mana ia boleh meningkatkan aktiviti ribut petir pada sebelah petang dan lewat petang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur malam kelmarin, Amirzudi berkata ia boleh berlaku dari semasa ke semasa dalam musim monsun peralihan ini.

"Sekiranya aktiviti ribut petir dan hujan lebat ini berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan berkedudukan rendah," katanya.

Malam kelmarin, hujan lebat lebih empat jam telah menenggelamkan beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun turut terbunuh akibat tanah runtuh.

SBPA batal kerana Pakatan, kata Anwar

Posted: 08 Mar 2012 04:27 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Anwar Ibrahim

GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.

"Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa.

"Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini," katanya.

Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.

"Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja.

"Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak­yat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.

Mustapa Sudah Bersedia Untuk Jadi MB

Posted: 08 Mar 2012 04:11 PM PST

MSO


Selepas menerima pujian mebiru oleh Najib Razak semasa presiden Umno itu mencemarkan kaki ke Jeli, Mustapa Mohamed buat kenyataan dia sedia untuk bertanding didua kerusi seperti mana berlaku pada tahun 2004.

Kenyataan Mustapa itu mudah untuk difahami, bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kekantan. Mungkin dia cukup yakin kali ini Umno akan berjaya merampas Kelantan berbanding dengan tahun 2004. Apakah dia akan mengatasi rekod pencapaiannya sendiri (tahun 2004) bila mana Umno memerlukan hanya dua kerusi saja lagi untuk membentuk kerajaan Kelantan? Ketika itu Umno memang 21 kerusi manakala Pas menang 24 kerusi.

Kejayaan itu satu sejarah manis buat diri Mustapa sendiri. Bahkan pencapaian Umno dalam pilihan raya 2004 lebih baik berbanding dengan pencapaian Umno tahun 1995, 1999 dan 2008 ketika Umno Kelantan dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Annuar Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam kata lain Mustapa berjaya mengatasi rekod dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah tahun 1999 dan Annuar Musa tahun 2008. Sekiranya Umno memberi kepercayaan kepada Mustapa untuk terus memimpin Umno sehingga ke tahun 2008 mungkin Umno sudah pun berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan?

Tetapi malangnya Abdullah Badawi yang ketika itu menjadi presiden Umno telah menukar Mustapa dengan Annuar Musa. Dikatakan pertukaran Annuar Musa itu atas nasihat Muhammad Alwi Che Amat yang menjadi setiausaha politik Abdullah ketika itu. Dunia tahu dari Perlis hingga ke Makkah akan hubungan peribadi di antara Alwi dengan Annuar Musa. Annuar bagi alwi samalah buluh bagi ular tedung, menggeri kata orang. Alwi hanya berani berkokok untuk melawan Annuar di luar gok, tetapi akan senyap sendu sampai terberak kapor kalau dalam gok.

Ternyata Umno di bawah pimpinan Annuar Musa parti itu kembali menjunam dan beliau sendiri kalah di kerusi Parlimen Ketereh. Melantik Annuar Musa yang sudah masam reban bagi rakyat Kelantan satu kesilapan Umno. Begitu juga kalau dalam pilihan raya akan datang Annuar Masih masih lagi dicalonkan ia akan boleh menjahamkan Umno. Annuar sebenarnya sudah sial bagi Umno.

Berbalik kepada kenyataan dan keyakinan Mustapa tadi apakah asas yang diletakkan oleh beliau dan juga Umno. Mustapa bernasyib UBN akan berjaya menawan 23 kerusi dalam pilihan raya akan datang. Jumlah itu tidak pernah berubah dan statik menunjukkan UBN benar-benar yakin. Sejak awal-awal lagi angka itu digumba oleh Umno Kelantan.

Angka itu juga seakan sama dengan apa yang saya ramalkan dan bimbang Pas akan kalah kalau parti Islam itu tidak sedia menukarkan calon-calonnya yang tidak membawa 'kegelingasan' kepada parti itu. Dalam tilikan saya seramai 28 wakil rakyat kini yang kebanyakannya mewakili kerusi Dun perlu ditukarkan. Pas perlu berani mengambil risiko menukar wakil-wakil rakyat ini kalau parti itu masih berhajat untuk menguasai Kelantan.

Alasan kenapa mereka perlu ditukar antanaya kerana mempunyai masalah peribadi yang boleh memberi masalah kepada parti. Antaranya telah dituduh dengan pelbagai 'penyakit' di mana ianya dipercayai oleh rakyat.

Selain itu mereka juga tidak perform dan tidak bersikap mesra rakyat. Setengah dari mereka hanya kelihatan turun padang dan mudah ditemui di majlis-majlis kenduri atau pun masjid sejak beberapa bulan ini saja. Sebelum ini usahkan nak lihat wajah bayang pun sukar untuk ditemui.

Jadi calon-calon ini kena dibuangkan.

Mungkin kelemahan itu sudah dihidu oleh UBN menyebabkan parti itu yakin akan menang dan menjadikan Mustapa Mohamed mulai merasai akan menjadi MB Kelantan. Ada 'kulihanya' kalau Ubn berperasaan demikian. Kelemahan Pas hari ini bukan saja kepada sebilangan besar calonnya tetapi juga diaspek lain misalnya persiapan untuk menghadapi pilihan raya.

Misalnya jentera pilihan raya Pas seakan masih belum bergerak lagi. Beberapa event yang saya hadir memperlihatkan Pas seakan belum bersedia. Apakah keadaan ini berlaku kerana nama-nama orang yang hendak bertanding tidak diumumkan menyebabkan masing-masing masih 'berkilas' kain, atau kerana apa?

Kalau itulah keadaannya maka elok Pas mengumum calonnya awal-awal untuk dinilai dan dipantau oleh rakyat? Selain daripada masalah itu, beberapa isu yang didendangkan di Kelantan sekarang ini juga memberi sedikit beban kepada Pas untuk menjawab dan menyelesaikannya. Isu-isu yang disebut oleh Najib semasa ke Kelantan baru-baru ini walaupun ia tidak akan memberi kesan dan menyebabkan rakyat akan sedia menukar parti Islam kerana isu itu tetapi ia tetap akan menjadi modal kepada UBN.

Isu-isu ini perlu diselesaikan atau Pas perlu mengemukakan plan untuk menyelesaikannya.

Apa yang hendak ditegaskan di sini, bahawa kenyataan Mustapa itu bukan main-main, ia serius. Umno kini serius untuk merampas Pas dan juga mereka serius menyediakan bakal menteri besar mereka. Kalau tahun 2008 Annuar Musa meletakkan Awang Adek Hussein sebagai bakal MB Kelantan, yang mana Awang Adek kalah, tetapi tidak begitu dengan Mustapa. Mustapa pernah mencatata rekod menang di dua kerusi Parlimen Jeli dan Dun Air Lanas pada tahun 2004 dulu.

Makanya Pas jangan pandang m udah atau terus menyamakan nasib Mustapa akan jadi macam Awang Adek. Di antara kedua anak Bachok ini, seorang yang merantau dan seorang menjaga kampung ada bezanya. Perbezaan paling penting dari segi watak dan hobi... Mustapa tidak penagih cerok seperti Awang Adek. Malahan dia tidak pun merokok. Mungkin tanpa bau asap yang menyelubungi diri Mustapa lebihi diminati rakyat Kelantan.

Justeru Pas perlu melihat kenyataan Mustapa dan gerak kerja Umno Kelantan hari ini. Jangan kernana asik mengenangkan sejarah 2008 - kekalahan dua kosong Awang Adek, kali ini Pas pula akan kalah 23 kosong dan menyebabkan kerajaan yang digenggam 22 tahun melayang

1.4 juta penjawat awam naik gaji

Posted: 08 Mar 2012 04:08 PM PST


NAJIB berucap di hadapan penjawat awam di PICC, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

"Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

'Anak tertimbus, tersepit sekelip mata'

Posted: 08 Mar 2012 04:07 PM PST

BERITA HARIAN ONLINE


TANAH MERAH: "Ketika hujan lebat terdengar dentuman kuat dan dalam sekelip mata separuh badan anak saya tertimbus serta tersepit di pintu belakang rumah," kata Raja Azlan Raja Hussin, 45, bapa kepada Raja Mohd Irfan, 13, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters polis Jalan Belfields, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Raja Azlan yang bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, berkata ketika hujan semakin lebat beliau mendapati sedikit lumpur sudah memasuki bahagian dapur belakang rumahnya.

Berikutan itu beliau meminta anak ketiga daripada lima beradik itu membantu mengemas barangan di dapur dan mengambil pakaian di jemuran.

"Ketika itu, tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran dan benteng di belakang rumah runtuh, tapi saya sempat mengelak bagaimanapun anak saya tertimbus walaupun jarak antara kami kurang satu meter.

"Saya menarik tangan Raja Mohd Irfan daripada runtuhan yang ketika itu sudah tertimbus paras dada hingga kepala tetapi tidak berjaya kerana bahu dan kepalanya tersepit di pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Kampung Bukit Merah di sini, semalam.

Pemuda BN Selangor lapor SPRM isu tender

Posted: 08 Mar 2012 04:02 PM PST


BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri itu mengamalkan pemberian projek secara rundingan terus dan tidak melalui proses tender sejak 2008.

Ketua Pemuda BN Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal, berkata SPRM perlu segera melakukan siasatan bagi mengelakkan amalan pemberian tender secara runding terus berleluasa di negeri itu.

"Kita tidak boleh tunggu lebih lama lagi bagi mengelak lebih ramai rakyat Selangor tertipu. Pemberian tender secara terbuka dan tanpa melalui proses tender biasa menggambarkan kerajaan Selangor seperti cakap tak serupa bikin serta bertentangan dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dicanangkan mereka dulu," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Ungku Salleh berkata, antara penyelewengan yang jelas, termasuk pelantikan firma guaman kerajaan negeri dalam kalangan kroni pemimpin pakatan pembangkang saja.

"Itu tidak termasuk isu pasir yang tidak berkesudahan sampai sekarang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), yang lambat bertindak berhubung sesuatu isu.

NKRA Pengangkutan Awam Mampu Tampung 600,000 Penumpang Di Lembah Klang

Posted: 08 Mar 2012 03:59 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mahu penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencapai tahap 25 peratus atau 600,000 penumpang pada waktu puncak, kataTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, inisiatif untuk Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Negara bermula sejak dua tahun lepas dan pada hari ini, sistem pengangkutan awam Lembah Klang dipermodenkan dengan penerimaan 38 set tren komuter canggih untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang digelar MyKomuter.

"Usaha berterusan Kementerin Pengangkutan terutamanya Unit NKRA dan KTMB dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam khususnya rel mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kepentingan pengangkutan awam negara," katanya ketika berucap semasa perasmian set MyKomuter yang mula beroperasi dari KL Sentral pada Khamis.

Pada masa ini, penggunaan KTM Komuter pada waktu puncak mencapai 1.4 kali had kapasiti penumpang di mana koc komuter itu sendiri hanya mampu membawa 150 penumpang tetapi terpaksa mengangkut 200 penumpang pada satu-satu masa.

"Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang dan turut membawa kepada beberapa masalah lain antaranya penyelenggaraan, kelewatan dalam jadual dan pembatalan perkhidmatan. Akibatnya, pengguna memilih kenderaan persendirian sebagai mod pengangkutan untuk melakukan tugas harian mereka terutamanya pada waktu puncak antara pukul 7 hingga 9 pagi," katanya.

Untuk membolehkan rakyat hidup selesa, kerajaan BN telah melabur sebanyak RM1.9 bilion untuk memperoleh 38 set MyKomuter yang serba canggih dengan kemasukkannya ke dalam perkhidmatan KTMB bermula secara berperingkat, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif ini tidak akan berhenti di Lembah Klang sahaja malah penambahbaikkan pengangkutan awam akan dibuat di seluruh negara.

"Sehingga hari ini, kerajaan Malaysia telah menerima 16 set MyKomuter dari China dengan empat daripadanya telah menjalani ujian keselamatan yang amat ketat di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan baki 12 tren lagi sedang menjalani Pengujian dan Pertauliahan," katanya.

Kesemua tren berkenaan melepasi tahap piawaian ketat di bawah agensi pertaulihan antarabangsa iaitu TUV (Technical Inspection Association), katanya.

Sejarah pengangkutan rel negara yang bermula untuk mengangkut hasil lombong dan pertanian pada zaman British dan ketika tanah ini bergelar Tanah Melayu, sistem rel negara telah mengalami perkembangan pesat dengan kemampuan membawa kargo pada kos yang murah serta selamat, katanya.

"Saya memohon orang ramai agar bersabar kerana semasa pembangunan infrastruktur bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, orang ramai sudah pasti akan mengalami pelbagai kesukaran namun apabila pembangunan infrastruktur ini siap sepenuhnya, rakyat akan dapat menikmati keselesaan dan kualiti hidup yang lebih baik," katanya.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan MyKomuter yang dibuat selaras dengan gagasan 1Malaysia, akan menerima kupon percuma bernilai RM2 yang boleh digunakan untuk tempoh enam bulan bagi menaiki tren itu mulai hari ini, kata Muhyiddin.

Untuk kemudahan rakyat, kata beliau, KTMB turut memberi diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket mingguan dan perjalanan percuma untuk pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah, Orang Kelainan Upaya dan warga emas selama enam bulan. - BERNAMA

Azizan Persembah Nama Dua Exco Kepada Sultan Kedah

Posted: 08 Mar 2012 03:57 PM PST

MSTAR ONLINE

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Khamis mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua exco berkenaan, beliau berkata, pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Pada 28 Februari lepas, hanya lapan daripada 10 exco mengangkat sumpah bagipelantikan semula jawatan, manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak disenaraikan untuk berbuat demikian.

Tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi semalam.

Ketika ditemui pemberita pada hari mengangkat sumpah itu, Phahrolrazi yangjuga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, berkata, beliau enggan dilantik semulakerana mempunyai perbezaan pendapat yang 'kritikal' dengan Azizan dalam soalpentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 5 Mac lalu, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur mengarahkan kedua-dua exco berkenaan menerima semula pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah. - BERNAMA

Pakatan Pembangkang Bermesyuarat 13 Mac Tentukan Ketetapan Sertai Pilihan Raya Serentak

Posted: 08 Mar 2012 03:54 PM PST

MSTAR ONLINE

MELAKA: Pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumumanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, Khamis.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang diPertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.

Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimberkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun KerajaanPersekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Pakatan pembangkang - Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. - BERNAMA

Tiada ulasan: