Khamis, 8 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Dalam pada Najib melutut minta maaf pada rakyat, kat belakang bagi lagi projek kat kroni....

Posted: 08 Mar 2012 07:00 AM PST


  • Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit


  • Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

    NONEProjek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

    Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

    "Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.

    Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

    Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.

    Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.

    Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

    Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

    -MK

    DEY MACHA!!!
    INILAH UMNO
    KALAU KENA KAT BATANG HIDUNG DEPA
    SEMUANYA BOLEH
    KALAU KENA KAT PR SEBESAR KUMAN PUN
    RIUH RENDAH DALAM BULETIN 3SUKU
    KAH! KAH! KAH!



    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

  • TV3 SUKU TIKAM UMNO/APCO DARI BELAKANG

    Posted: 07 Mar 2012 11:00 PM PST


    UMNO/APCO-BN melalui media milik mereka telah mencanangkan ke seluruh pelosok negara bahawa indeks jenayah negara kita telah menurun dengan banyaknya. Malaysia menjadi negara yang paling selamat. Hal ini akan menggamit kedatangan pelabur asing. Ekonomi Malaysia yang sedang terawang-awang akan jadi buuuuummm!! Bangga sungguh mereka bercanda. Tapi malang. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. Hakikatnya terpampang di depan mata. Sapa kata? Mereka sendiri yang kata weh.

    Saya tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak tentang hal ini. TV3 Suku ialah media penting UMNO/APCO. Oleh sebab itu, kecenderungannya adalah untuk mengangkat imej tuan mereka setinggi mana yang boleh.

    Namun demikian, cuba perhatikan persoalan ini. Adakah rakyat akan percaya jika Hishammuddin berkata tahap jenayah di Johor khasnya dan di Malaysia amnya tidak seteruk yang digambarkan oleh Lim Guan Eng (LGE) misalnya?

    Saya pasti rakyat terbanyak tidak menyetujuinya. Pihak yang mungkin setuju hanyalah ahli-ahli UMNO/APCO, pencacai-pencacai mereka, dan ahli-ahli PERKASA. Sebab itulah mereka beriya-iya hendak mengusir LGE dari Segamat tidak lama dulu. Namun, mereka gagal kerana yang menyambut atau mengalu-alukan kedatangannya menenggelami jumlah yang datang untuk mengusir. Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya!!!

    Kita kena lihat hakikat. Itu yang selalu dikatakan oleh orang yang bijaksana. Statistik Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes jenayah bukan sahaja banyak di Malaysia malahan juga jenayah di Johor melebihi jumlah jenayah yang dicacat di Pulau Pinang. Sesiapa pun tidak akan menerima pernyataan menteri cap ayam di negara ini. apabila dia bercakap tentang kadar jenayah yang menurun. Kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dari hari ke hari. Hari-hari ada kejadian jenayah. Apa buktinya?

    Oleh sebab banyaknya jenayah yang berlaku di serata Malaysia, TV3 Suku boleh buat satu rancangan khas setiap minggu untuk mengiyakan pernyataan tentang banyaknya kejadian jenayah di negara kita. Walaupun ada pihak yang berkata saluran tv itu sudah tumpul taringnya, kita iyakanlah juga kepopularannya seperti yang didakwa oleh pencacai UMNO/APCO. Oleh sebab itu, banyaklah orang yang menonton rancangan 999.

    Maka mereka pun percayalah akan kewujudan jenayah yang banyak di Malaysia. Maka mereka juga akan percaya bahawa negara mereka bukanlah satu tempat yang betul-betul selamat. Tidakkah perbuatan ini membuka pekung di dada pemerintah? Tidakkah laporan yang terkandung dalam rancangan itu mengundang rakyat mempersoalkan kemampuan PDRM? Tidakkah tindakan ini mendatangkan kerugian kepada UMNO/APCO-BN?

    Hakikatnya ialah "Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik." Kerajaan kata mereka serius menangani jenayah. PDRM pun kata mereka tidak bagi peluang langsung kepada penjenayah. Alih-alih TV3 Suku kata jenayah wujud sepanjang masa di Malaysia. Jika tidak, masakan mereka mampu menerbitkan rancangan tersebut setiap minggu. Harus diingat bahawa rancangan tersebut telah ke udara dalam waktu yang agak lama, yakni sudah bertahun-tahun lamanya.

    Apakah kejayaan rancangan tersebut? Keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan PDRM menurun. Rakyat rasa was-was terhadap keselamatan mereka. Keyakinan pelabur semakin terhakis. Pelancong berfikir beratus kali untuk datang ke Malaysia. Sektor perindustrian, perdagangan, dan pelancongan terjejas. Pelancongan domestik pun terganggu. Rakyat nak berdarmawisata pun rasa takut.

    Jalan penyelesaian perlu dicari untuk menangani isu ini. Namun, baiknya tindakan TV3 Suku itu ialah rakyat mengetahui dengan sebenar-benarnya situasi keselamatan di negara mereka dan pihak mana yang tak rok cetong. Kerajaan UMNO/APCO-BN lemah dalam soal menjaga keselamatan. Mereka perlu dihukum kerana kegagalan itu. Rakyat mahukan sebuah negara yang aman, yakni bebas daripada sebarang unsur yang negatif. Pilih sahajalah kerajaan yang baharu untuk menggantikan mereka. Jika pengganti itu pun tak rok cetong, kita berhak untuk menukarkannya dengan yang lain pula!!!

    bilahrotan



    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    Rahsia Miliki 18 Anak: "Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak"

    Posted: 07 Mar 2012 07:00 PM PST


    Suami pantang 'tersentuh', manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar 'pasangan super' apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

    Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang 'subur' kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

    Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

    "Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

    "Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.-HM

    DCM



    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    KL Dilanda Banjir Kilat - Jalan Utama Sesak Teruk, Kereta Tenggelam (Gambar dan Video)

    Posted: 07 Mar 2012 06:00 PM PST


    TEMBOK pagar sebuah rumah di Ampang, tumbang dalam kejadian banjir kilat dan ribut malam tadi.Hujan lebat dan ribut selama lebih tujuh jam di Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.Beberapa kawasan dilaporkan turut ditenggelami air termasuk 100 buah rumah di Ampang, Selangor.Dalam satu lagi kejadian, seorang pelajar tingkatan satu maut selepas ditimbus tanah runtuh di belakang rumahnya di kuarters polis di Jalan Belfield berhampiran Kampung Attap, di sini.Mangsa, Mohd. Irfan Raja Azlan, 13, berada di belakang rumahnya apabila tiba-tiba tebing setinggi lima meter runtuh dan menimbus pelajar itu kira-kira pukul 9.30 malam.


    Terkandas jalan tenggelam

    KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.

    TENGGELAM...seorang penduduk melihat keretanya yang ditenggelami banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, malam tadi.

    Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

    Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.

    SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.

    Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

    Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

    Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.

    Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

    Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit. -hm


    Kredit Foto: NST, BH & HM
















    greenboc


    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    Tiada ulasan: