Isnin, 5 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak & Ibu, Gambar yang Menyentuh Perasaan!!

Posted: 05 Mar 2012 05:00 AM PST


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan
Chi Mei di Taiwan. Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan. 

Dalam tempoh tiga hari, topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu. 

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.

"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. -DCM



P/s: Tatkala ada segelintir anak membuang atau tidak mengendahkan ibu bapa masing-masing, pengguna internet dikejutkan dengan paparan gambar Ding dan ibunya yang telah uzur. Semoga gambar yang mula tersebar ke serata dunia ini dapat menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka kepada ibu bapa.

Al-fatihah untuk ibu TM, Hamidah Binti Mohd Nordin! Terima kasih.


Pasang Kamera di Tandas Perempuan, Guru Didakwa

Posted: 05 Mar 2012 04:00 AM PST

Berita Yan Wen Xia, yang didakwa telah memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan sebuah sekolah dilaporkan di muka depan Lianhe Wanbao

The Yu Hua Secondary School, located in Jurong West, Singapore
Sekolah Menengah Yu Hua, Singapura.
Seorang guru di Singapura dituduh memasang tiga kamera "pinhole" rahsia di dalam tandas perempuan didakwa di mahkamah lapor inSing.com.

Menurut laporan berita, Yan Wen Xia, 37, didakwa memasang tiga buah kamera "pinhole" di dalam tandas perempuan tingkat empat Sekolah Menengah Hua Yu di Jurong West.

Yan dikatakan telah menyelinap masuk ke dalam tandas tiga kali pada waktu pagi dan petang pada 26 Jan dan 15 Februari lalu.
The pinhole cameras were installed on the fourth floor female toilet of the school
Salah satu kamera "pinhole" itu telah ditemukan oleh seorang pelajar perempuan yang kemudiannya  melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa sekolah.

Seorang kakitangan telah membuat pemeriksaan dan menemukan dua lagi kamera yang serupa.

Selain memasang kamera, Yan juga telah didakwa mencuri tiga kad memori SD dari pejabat pengurus operasi sekolah pada 15  Februari.

Guru tersebut menghadapi empat tuduhan - tiga tuduhan menceroboh masuk ke tandas perempuan dengan niat untuk mencabul kehormatan pengguna, dan satu tuduhan atas kesalahan mencuri.

Jika didapati bersalah atas tiga tuduhan pertama, Yan boleh dihukum penjara selama tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 (RM3, 596) atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.

Jika dia didapati bersalah kerana mencuri, dia boleh dihukum penjara selama tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Menurut akhbar Today, Yan telah pun ditahan dan diserahkan kepada Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk penilaian psikiatri. Dia akan ditahan di  IMH selama dua minggu untuk ujian tersebut. -DCM



Wanita POTONG Kemaluan Lelaki Tuntut Hutang

Posted: 04 Mar 2012 10:59 PM PST

Mangsa

IANS melaporkan seorang wanita dan dua ahli keluarganya telah memotong kemaluan seorang lelaki yang datang menuntut hutang, menurut sumber polis di Bihar, India.

Mangsa, Ram Biriksh Prasad, 35, kini bertarung nyawa di sebuah hospital. Lelaki itu tinggal di Kampung Kemai, kira-kira 140 km dari Patna.

Menurut polis, kemaluan Prasad telah dipotong oleh seorang wanita yang dikenal sebagai Pratima Devi dan dua ahli keluarganya.

Prasad memberitahu polis bahawa dia telah memberi suspek pinjaman Rs.7 000 (RM424.40) kira-kira lapan bulan lalu.

"Selepas berulang kali memintanya memulangkan wang tersebut, Pratima Devi menjemput saya ke kediamannya pada malam Jumaat."

"Apabila saya sampai di rumah, dia dan dua orang ahli keluarga mencincang kemaluan saya dengan pisau yang tajam," katanya.

Prasad telah dimasukkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah.
Polis telah memfailkan kes terhadap Pratima Devi dan dua orang ahli keluarganya termasuk Budhan Mahto, bapa mentuanya. -DCM


P/s: Fuh!!!!



Isu Kedah: PAS Pusat Putuskan Azizan Kekal MB, Pharolrazi dan Ismail Salleh Kembali sebagai Exco

Posted: 04 Mar 2012 08:22 PM PST


[SH] Kuala Lumpur - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali (menerima jawatan exco).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.
"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah.

"Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah.

Pas pertemuan itu, Ismail tidak bersama, tetapi keputusan Pas Pusat ini telah di maklumkan.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak.

Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya. 



P/s:  Kalut yang tidak sepatutnya berlaku, tetapi berlaku kerana sikap "keras kepala" pemimpin yang terlibat. Kemelut ini disangka berakhir apabila Pharolrazi dan seorang lagi exco tidak mahu menyambung perkhidmatan atas dakwaan tidak boleh bekerjasama dengan Azizan. Pada TM, pengakuan tersebut jujur dan tindakannya walaupun mendatangkan kesan buruk kepada imej kerajaan negeri dan PR, namun masih boleh diterima demi kelancaran pentadbiran di Kedah. 

Yang menjadikan situasi sukar diterima dan mendatangkan kerosakan kepada imej PAS/PR apabila Pharolrazi meminta seorang lagi exco meletakkan jawatan kononnya atas kehendak dan keputusan PAS bahagian. Mengapa perlu berbuat demikian? Jika Pharolrazi tidak mahu menyertai kabinet Azizan, biarlah, mengapa perlu memaksa orang lain dalam jemaah yang sama mengikut keputusan yang telah diambilnya?

Pada TM, jika ada kelemahan pada MB, biarlah kelemahan itu dibaiki selepas PRU13, bukannya bercakaran tatkala kedua-dua pihak, iaitu BN dan PR tengah sibuk membuat persiapan menghadapi PRU13. Tindakan memprotes atau menentang keputusan parti bukan sahaja mendedahkan kelemahan kerajaan/parti pada waktu yang tidak sepatutnya, malah memberikan modal kepada pihak lawan untuk memanipulasikan isu tersebut untuk merampas Kedah. Pada TM, jika tidak boleh bertentang mata, berbincanglah, jika gagal, letaklah jawatan dan berilah peluang kepada orang lain untuk bekerjasama.

 Harap-harap tidak ada "Hasan Ali" no 2 muncul daripada krisis PAS di Kedah!
 
 
 

Ibu Perdagang Tubuh Anak Dara Suntinya

Posted: 04 Mar 2012 06:00 PM PST


[HM] JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

"Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

"Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. 

"Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

"Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. 

"Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

"Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. 

Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. 

Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.


Mati dalam Keadaan Azab kerana SUSUK

Posted: 04 Mar 2012 05:13 PM PST



SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.
SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.

[HM] KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

"Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.

"Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

"Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.



Berkaitan:

Susah mati pakai 'Susuk Pencinta'

[HM] KUALA LUMPUR: "Setahu saya susuk digunakan wanita itu dikenali sebagai 'Sihir Marhabah' atau 'Susuk Pencinta' yang mampu membuatkan orang lain mudah jatuh cinta dan senang hati dengan pemakainya.

"Hukum memakainya haram kerana ia perbuatan syirik dan khurafat," kata Pengamal Perubatan Islam, Pusat Rawatan Pakar dan Terapi Al Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim al-Azhari.

Menurutnya, Sihir Marhabah sangat bahaya kerana ia boleh mengkhayalkan pandangan orang lain sehingga mampu membuatkan mereka terpesona dan mahu mendekatinya selain berniat sesuatu yang tidak baik.

"Susuk Marhabah adalah sesuatu yang dimasukkan ke dalam badan menggunakan jarum, bertujuan tertentu, menggunakan kaedah tertentu dan ia dikawal seekor Jin Qarin yang sentiasa mahukan unsur syirik," katanya.

Menurut Abdul Malek, kesan yang akan timbul sekiranya tidak meninggalkan susuk itu adalah susah untuk mati kerana jin Qarin memakan tuannya di waktu tua dan menjejaskan keturunan.

"Ini perbuatan yang memesongkan akidah dan buruk akibatnya di akhirat kelak. Untuk membuang susuk itu, maka wajar wanita berkenaan melakukan perkara yang melanggar pantang larang di awal perjanjian," katanya ketika dihubungi.



Anak Gadis SIAPA? Mabuk dan Bla bla!

Posted: 04 Mar 2012 04:00 PM PST



P/s: Kalau sudah mabuk, hilang kewarasan, hilang pertimbangan, bolehkah gadis yang kelihatan diapit beberapa orang jantan ini mengelakkan dirinya daripada terjebak dalam maksiat zina? Mampukah jantan-jantan yang sudah hilang kewarasan dan pertimbangan selepas meneguk air syaitan ini menahan diri daripada meratah gadis tersebut?

Pengajaran yang berguna kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa!



Tiada ulasan: