Anak Sungai Derhaka |
- Wahhh! Najib.. cantiknya '1Malaysia Chopper' ni.. betulke harganya RM450,000?
- Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk Anak saya kata Nazri Aziz
- Polis dan Penganjur sahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong telah berbohong semalam..
- Video: Polis Traffik maut dilanggar bas di CIQ Johor Bahru..
- Ketua AMK Pulau Pinang bakal menentang Ketua Pemuda UMNO di DUN Seberang Jaya?
Wahhh! Najib.. cantiknya '1Malaysia Chopper' ni.. betulke harganya RM450,000? Posted: 27 Mar 2012 06:53 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS). Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini. Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar. "Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka. "Sebagai seorang yang selalu menonton Discovery, saya berharap akan dapat melihat pemandangan biasa yang saya lihat di negara ini termasuk 1Malaysia Chopper," kata beliau. Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini – Utusan 24 Mac 2012 Kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Yen Yen Ng "Selain mewakili masyarakat Malaysia yang pelbagai, "Chopper 1Malaysia" akan menjadi alat publisiti yang baik untuk pelancongan dan kita akan menggunakannya untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bermotorsikal yang mempunyai potensi untuk menarik pasaran." Difahamkan 1Malaysia Chopper ini adalah rekaan Mr. Paul Teutul Sr. dari Orange County Choppers (OCC) USA yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel. Ianya ditempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama kumpulan mereka. Harganya hanyalah sekitar USD150,000 atau bersamaan dengan RM450,000 sajeee….(sumber harga dari SINI) Apa yang aku tak faham ialah bagaimana 1Malaysia Chopper ini akan digunakan untuk mempromosikan Malaysia dimata dunia jika ianya ditempah hanya untuk diletakkan diruang legar Kementerian Pelancongan.. Mana mungkin Ng Yen Yen akan menunggangnya mengelilingi dunia atau Najib sendiri yang akan menunggangnya menjelajah dunia.. Menjelajah dunia lah.. baru dunia akan kenal Malaysia, kalau setakat menjelajah Malaysia.. tak payahlah.. |
Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk Anak saya kata Nazri Aziz Posted: 27 Mar 2012 01:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri. "Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia," katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. "Tidak ada kene mengena dengan saya." Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan. Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu. "Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis," katanya. Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu. Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka. PKR mendakwa semalam, sekiranya polis "berusaha mempertahankan" pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membersihkan Nedim dalam dakwaan pergaduhan tersebut selepas empat hari insiden tersebut. Ketua Polis Brickfield ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Sabtu lalu "kes itu jelas" hanya melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Nedim. "Saya tak tahu mengapa dan bagaimana ada orang lain boleh terlibat (Mohamad Nedim) dalam perkara ini," menurutnya. Namun Naib Presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenyataan Wan Abdul hanya dibuat selepas empat hari kejadian tersebut adalah "mencurigakan". "Adakah pihak polis cuba melindungi Umno dan reputasi kerajaan?" kata peguam tersebut. "Kejadian itu turut dilaporkan telah di rakam oleh CCTV di kawasan tersebut. Apa kandungan CCTV itu?" Beliau turut mendesak polis mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut kerana kes ini melibatkan " anak menteri kanan". Ini adalah kali kedua anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kejadian jenayah. Pada 2004, Nedim dituduh terlibat dengan kematian Darren Kang, pelajar jurusan undang-undang di United Kingdom, yang dibunuh di Sri Hartamas. Pada masa itu, Nazri mengakui anaknya berada di lokasi tersebut namun menegaskan anaknya tidak terlibat dengan jenayah tersebut, yang mana lima peniaga Thailand mengaku salah atas tuduhan membunuh. The Malaysian Insider |
Polis dan Penganjur sahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong telah berbohong semalam.. Posted: 26 Mar 2012 11:56 PM PDT Malaysiakini semalam melaporkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak akan membuat laporan Polis terhadap orang yang dituduh mengacu penumbuk ke mukanya dalam satu perhimpunan di Kajang. Wee memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam bahawa beliau telah "memaafkan" orang yang cuba menumbuknya itu. "Saya telah memilih untuk memaafkan mereka...," katanya Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Wee Ka Siong itu hanyalah sebuah cereka untuk meraih simpati dan menunjukkan kepada masyarakat beliau adalah seorang pemaaf ini kerana tiada insiden seperti yang diceritakannya itu. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu. Sama saja rupanya perangai Pemimpin-pemimpin yang ada dalam BN ini.. menipu dan terus menipu untuk berbagai tujuan demi kepentingan diri.. Lebih kurang sama saja dengan cerita yang Mamak Azeez buat semasa Pilihanraya Kecil apanama tah.. lintas kawasan penyokong Pakatan kemudian dimasukkan ke Hospital.. Kononnya telah diserang... kah..kah..kah.. cari idea lainlah kalau nak meraih simpati tu.. ******************************************* Wee tak diserang, kata polis & penganjur Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina. "Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat. Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan. Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya. [Baca berita penuh] |
Video: Polis Traffik maut dilanggar bas di CIQ Johor Bahru.. Posted: 26 Mar 2012 09:49 PM PDT Seorang anggota polis trafik yang dikatakan sedang bertugas untuk mengawal keadaan lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) maut dirempuh oleh sebuah bas sekolah yang dipercayai dipandu seorang wanita. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.55 malam (22 Mac 2012) semasa mangsa sedang mengawal lalu lintas berhampiran persimpangan pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura iaitu kira-kira 200 meter dari CIQ. Menurut saksi kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. "Sebelum merempuh mangsa, pemandu bas terbabit terlebih dahulu melanggar sebuah lori dan kereta yang terdapat di situ. "Disebabkan panik, pemandu wanita itu terus menekan pedal minyak menyebabkan bas berkenaan terus merempuh mangsa," katanya saksi - http://speakerpecah.blogspot.com Berita berkaitan.. Pemandu bas wanita langgar mati anggota polis trafik didakwa JOHOR BAHRU 26 Mac - Seorang pemandu bas wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik pada malam Khamis lalu. Wong Lin Chan, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Maslinda Selamat. Maslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 24 April ini. Lesen memandu wanita itu juga digantung sehingga perbicaraan berkenaan selesai. Lin Chan didakwa memandu dengan cara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian Koperal Ismayuddin Ismail, 50, dalam kawasan bangunan Sultan Iskandar pada pukul 11.35 malam, 22 Mac lalu. Utusan |
Ketua AMK Pulau Pinang bakal menentang Ketua Pemuda UMNO di DUN Seberang Jaya? Posted: 26 Mar 2012 10:37 AM PDT DUN N10 ataupun Seberang Jaya terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh, pada pilihanraya Umum yang ke 12 yang telah berlangsung pada tahun 2008 yang lalu, calon dari UMNO/BN Datuk Ariff Shah Omar Shah telah menewaskan calon PKR, Ramli bin Bulat. Dalam Pilihanraya yang menyaksikan 81.48% atau 18,479 pengundi keluar mengundi itu calon dari UMNO/BN Datuk Ariff Shah Omar mengekalkan penguasaannya terhadap Kerusi DUN tersebut dengan majority 533 undi. Satu penurunan majority yan agak besar dimana sebelum ini Datuk Ariff Shah Omar telah memenangi Kawasan ini dengan majority 4,464 undi. Pada ketika itu kawasan tersebut mempunyai 22,678 pengundi dimana Melayu terdiri dari 62.36%, Cina 23.97%, India 13.13% dan Lain-lain 0.54%. Kini sehingga bulan March 2012 jumlah pengundi telah bertambah menjadi 28451 orang pengundi, pertambahan sebanyak 5733 pengundi baru yang belum dipecahkan kepada peratusan kaum. Dan yang paling menarik ialah penyandang Kerusi DUN tersebut bakal dicalonkan bagi menentang DS Anwar Ibrahim sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh. Biarpun telah terbukti beliau tidak mampu untuk menandingi kekuatan DS Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana beliau telah tewas dengan majority 15,671 undi ini adalah perlu bagi menguburkan karrier politiknya di Permatang Pauh oleh UMNO Permatang Pauh. Dalam Pilihanraya Kecil tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 31,195 undi, calon dari AKIM mendapat 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah 15,524 undi. Arif Shah Omar Shah perlu dikuburkan karrier politiknya kerana beliau bukanlah seorang yang sehaluan dengan pemimpin utama UMNO Bahagian Permatang Pauh. Inilah kebiasaan dalam UMNO, biarpun pemimpin tersebut disukai rakyat bawahan tetapi beliau tidak sehaluan dengan pemimpin atasan di Bahagian, beliau perlu dikuburkan. Menyedari akan kebolehan Datuk Arif Shah Omar Shah menguasai bahasa Hokkien bagi mereka itu tidak lagi penting kerana menurut mereka masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan terhadapnya berikutan satu penyelewengan dana untuk To'Kong. (YB Ariff Shah kalau nak tahu siapa yang cerita pasal dana tu sila hubungi Tuan Hj. Ishak) Menurut pemimpin-pemimpin UMNO itu lagi Kerusi yang kosong itu bakal diisi oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin (gambar atas). Seorang tokoh muda dari UMNO Bahagian Bagan yang telah dilantik menerajui Pemuda UMNO Pulau Pinang sekitar March tahun lalu. Selain diyakini sebagai seorang tokoh muda yang punya daya kepimpinan beliau juga diyakini mampu mempertahankan Kerusi Seberang Jaya dalam Pilihanraya Umum yang akan datang ini. Dikatakan juga beliau adalah pemimpin muda dari UMNO yang disenangi segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa di kawasan Seberang Jaya. Manakala dari PKR pula salah satu dari empat nama yang telah disenarai pendekkan oleh pihak AMK Pulau Pinang, untuk dijadikan calon bagi Pilihanraya Umum akan datang ini dijangka diletakkan di kawasan tersebut. Dari empat nama yang disenaraikan itu calon yang dikatakan paling sesuai untuk berdepan dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah Ketua AMK Pulau Pinang sendiri iaitu Saudara Amir Haji Ghazali (gambar bawah). Amir Haji Ghazali bukanlah satu nama yang asing bagi kebanyakkan pengundi di Kawasan DUN Seberang Jaya kerana beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPSP yang menjaga kebajikan rakyat di Seberang Jaya. Beliau telah dilantik bagi menyandang jawatan Ketua AMK Pulau Pinang setelah jawatan tersebut dilepaskan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff sebelum Pemilihan PKR penghujung tahun 2010 yang lalu. Setelah pemilihan berlalu jawatan Ketua AMK tersebut telah dikekalkan kepada beliau. Anak kelahiran Penanti itu telah bergerak bersama PKR seawal dari tahun 1999 lagi iaitu ketika PKR dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional dan telah menerajui AMK Permatang Pauh bermula pada tahu 2007 hingga sekarang. Mempunyai daya kepimpinan yang tak perlu dipertikaikan lagi berdasarkan pengalamannya menerajui AMK Permatang Pauh dan juga AMK Pulau Pinang. Meskipun tahap pendidikan ada sedikit perbezaan dimana Ketua AMK memiliki Diploma dan Ketua Pemuda UMNO memiliki Ijazah (kalau tak silap) tahap pendidikan itu bukanlah satu perbezaan yang penting. Ini kerana menurut TG Nik Aziz, calon-calon bagi DUN bukanlah pembuat dasar Negara, mereka adalah Wakil Kepada Rakyat yang menyuarakan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri. Biarpun pendidikan mereka rendah apa yang lebih penting ialah penerimaan rakyat terhadap meraka. Ini telah terbukti dengan kemenangan Calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai dimana Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji seorang pemborong Ikan telah Berjaya mengalahkan calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuzn Mat. Jika ianya benar-benar terjadi ini adalah satu pertembungan yang dijangka amat menarik bagi Pilihanraya Umum yang akan datang ini di mana Ketua Pemuda UMNO akan ditentang oleh Ketua AMK. Pesanan buat yang dilantik sebagai pemimpin Parti.. pepatah ada mengatakan " Andai melihat bintang di langit, rumput di bumi dilupa jangan"... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan