Selasa, 27 Mac 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


PRU-13: Jun Atau September?

Posted: 26 Mar 2012 10:44 PM PDT

 Jun atau September? Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik mengenai pilihan raya umum akan datang dibangkitkan.
Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berbanding berlaku lebih awal.
Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun.
Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

Dan terdapat rancangan Perdana Menteri yang seolah-olah untuk mengadakan pilihan raya pada Jun.
Difahamkan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berkunjung ke Amerika Syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu dengan pegawai Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York.
Majlis berkenaan ditubuhkan untuk membolehkan negara itu membuat lonjakan kuantum daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada yang berpendapatan tinggi.
Menurut sumber, Najib mungkin menghabiskan selama lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu dia boleh mengambil cuti pendek bersama keluarganya.
"Kita tidak tahu sama ada ini mengalihkan tumpuan media, yang sudah membuat persiapan penuh untuk pilihan raya," kata seorang anggota Barisan Nasional (BN) apabila diberitahu tentang spekulasi tarikh pilihan raya yang baru.
Najib pada Sabtu lalu membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, beliau mengatakan keyakinan terhadap kerajaan semakin meningkat dan "rasa-rasa bunyi dah dekat." (rasanya seperti pilihan raya akan berlaku).
"Sepanjang lawatan saya di seluruh negara sejak sehari atau dua hari lepas, saya dapat melihat keyakinan rakyat telah berkembang. Saya dapat merasakannya. Dalam politik, kita mesti ada perasaan itu dan saya rasa ia (pilihan raya umum) sudah dekat," tambahnya lagi.
Jun dianggap sebagai tempoh seterusnya bagi Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya tetapi masih terdapat isu-isu yang memerlukan penyelesaian.
Dengan kedatangan April yang hanya beberapa hari lagi, parti-parti komponen Barisan Nasional masih sibuk menyelesaikan isu-isu pertukaran kerusi dan senarai calon-calon masih belum dimuktamadkan.
Najib juga akan membuat lawatan dua hari ke China dari 31 Mac di mana beliau akan menghadiri pelancaran Taman Perindustrian Qizhou di Nanning bersama rakan sejawatnya dari China, Wen Jiabao.
Jika Perdana Menteri tidak mengadakan pilihan raya menjelang Jun, ia akan diadakan selepas Julai berikutan kedatangan bulan puasa.
"Seluruh Ogos pula akan menjadi sambutan Hari Raya sehingga kepada persiapan sambutan Hari Kebangsaan," kata seorang penganalisis, sambil menambah Najib boleh mengambil kesempatan daripada faktorr tersebut untuk bercuti dan memarakkan semangat patriotik sempena ulang tahun kemerdekaan negara.
Jika September yang dipilih, penganalisis lain berkata, ia akan diadakan pada minggu pertama bulan itu.
"Ia tidak boleh berlaku pada penghujung September kerana bermulanya musim haji dan hanya berakhir pada Oktober.
Kemudian, terdapat mesyuarat Parlimen dari 24 September sehingga 27 November, di mana Bajet akan dibentangkan. Apabila ia dibentangkan, ia akan diluluskan oleh Dewan Negara, yang bermakna (pembentangan Bajet) akan berlarutan sehingga ke tahun depan," katanya.
"Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan apabila Bajet dibentangkan. Ia perlu melibatkan kedua-dua Dewan untuk melakukannya."

Penjawat Awam perlu bersedia untuk perubahan kerajaan

Posted: 26 Mar 2012 04:30 PM PDT

  Semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu dan 'idea' yang timbul dan ini menun jukkan yang PRU kali ini merupakan PRU yang sangat penting bagi kedua-dua belah pihak PR dan BN. Jika ada perubahan, maka pegawai dan kakitangan awam perlu bersedia untuk menerima perubahan dan pertukaran kerajaan yang bukan satu perkara yang mustahil malah ia merupakan satu perkara yang amat diharapkan oleh banyak pihak untuk berlaku.


Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) telah membuat kenyataan supaya Penjawat Awam boleh menerima perubahan kerajaan dan membantu proses melaksanakan perubahan itu dengan lancar dan licin. Kita boleh mengikut contoh-contoh yang baik yang berlaku didalam kerajaan negara-negara maju seperti di Britian, yang merupakan demokrasi yang tertua dalam dunia ini.

Di Britain satu perubahan berlaku tahun lepas setelah kerajaan Labour Party telah gagal untuk mempertahankan kerajaan yang dikuasainya dan telah membantu proses peralihan kuasa dari Gordon Brown dari Labour Party kepada David Cameroon yang telah menjadi Perdana Menteri apabila mewujudkan kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat.

Proses perubahan pimpinan itu terlaksana dalam tempoh 6 jam sahaja sejurus Gordon Brown keluar dari Istana Buckingham setelah mengadap Ratu Elizabeth. Peralihan itu tidak ada perkara tarik menarik yang kuat diantara parti-parti kerana yang kalah menerimanya sebagai perkara biasa dalam sebuah demokrasi ulung didunia ini.

Pihak yang memerintah boleh diturunkan dan duduk dipihak pembangkang dengan hati yang terbuka dan kembali berkuasa apabila rakyat kembali memberikan mandat pada pilihanraya yang seterusnya. PM Gordon Brown sebelum mengadakan pilihanraya umum Britain, tidak ada membuat ucapan yang beliau akan berhempas pulas dengan apa cara sekali pun untuk mempertahankan 10 Downing Street.

Ahli ahli legislatif di England tahu dan menerima hakikat bahawa negara rakyat yang punya, bukannya pemimpin yang diberikan kuasa itu yang punya. Mungkin oleh kerana kesedaran itulah yang IDEAS telah bersedia untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada rakyat negara ini untuk belajar menerima hakikat bahawa kuasa itu tidak kekal. Kuasa itu hanya kekal ditangan rakyat kerana rakyat lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kuasa kepada pihak mana yang mereka yakini.

Nasihat Wan Saiful kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan itu sangat tepat pada masanya kerana mungkin IDEAS mempunyai keyakinan yang kali ini kuasa mungkin berpindah tangan dan itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dipihak pemerintah sendiri sedang mengalami igauan kerana memang kemungkinan untuk rakyat memindahkan kuasa kepada pihak lain itu adalah cerah.

Oleh kerana BN merasakan yang kuasa itu adalah hak mutlak mereka sahaja, maka Najib pun berkokok yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. 'By hook or by crook' Putrajaya has got to remain with them. Ini membayangkan yang BN lah yang gila kuasa, bukannya pembangkang.

Bagi saya IDEAS sepatutnya memulakan kursus sivik kepada semua rakyat untuk memberikan mereka kefahaman tentang demokrasi dengan mendalam. Rakyat wajar di latih untuk keluar dari kepompong pemikiran yang sempit sehinggakan masih ada yang sanggup dibohongi semata-mata kerana isu-isu yang dibangkitkan terhadap pihak alternatif oleh mereka yang amat takut kepada kehilangan kuasa ini.

UMNO mahukan rakyat untuk memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka bergelumang dengan rasuah yang besar-besar kerana kononnya UMNO telah mencapai kemerdekaan negara. Oleh kerana UMNO yang membawa negara kemerdekaan, UMNO mahukan rakyat mengikut sahaja walaupun mereka telah merosakkan perbendaharaan negara dan membinasakan budaya politik kita sampai ketahap yang tidak dapat dikenali lagi.

Saya memandang IDEAS sebagai satu NGO yang sangat relevan untuk kehadapan bagi memberikan 'consequence' yang baik untuk membina budaya demokrasi yang tulin dan mengutamakan semangat demokrasi itu dengan persepsi yang baik dan sempurna.

Saya sendiri mengenali beberapa orang anggota IDEAS ini dan mereka adalah dari gulungan yang baik dan menerima hakikat yang negara perlu kepimpinan yang beretika tinggi serta pimpinan yang mengikut 'rule of law' serta percaya kepada pembahagian kuasa diantara Eksekutif, Legislatif dan Judiciari yang mantap.

Kepada Penjawat Awam, mereka mesti akur dengan pilihan rakyat dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa tidak kira siapa yang diamanahkan untuk memerintah. Penjawat Awam wajar tidak memihak kepada mana-mana pihak dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja dalam pilhanraya yang akan datang secara sulit, tanpa rasa takut kepada tekanan yang datang dari mana-mana pihak.

Tiada ulasan: